29 September, 2015

On 5:02:00 PM by Aliza in , ,    No comments
17hb september lepas, saya dapat berita yang betul2 buat saya rasa tak senang duduk. Bukan sekali dua dengar berita tentang orang sakit atau tak sihat, banyak kali dah sampai naik lali. Tapi kali ni lain macam rasanya. Tengahari khamis tu saya nengok ada miss call dari makcaq. Nak return call, tapi terus dapat call dari cik siti kat sabah bagi tau pakcaq sakit. Terus saya call makcaq balik. Ya Allah, terkejut... Rasa nak menangis. Saya maklumkan kepada incik suami... Kami decide balik penang malam tu juga.
Bukan nak cerita pasal kesakitan yang ditanggung pakcaq.. Tapi nak cerita tentang kehebatan lelaki tua itu. Dia terlalu kuat melawan segala penyakit yang dia tanggung hingga kami orang luar tak tahu sejauh mana sakit yang dia rasa. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pakcak seorang yang baik.. Sepadan dengan makcaq yang tertib orangnya. Selalu pandang dan cuba menjadi seperti mereka berdua bila dah tua nanti... Hehehehe. Pakcaq dulunya adalah kakitangan kerajaan, tapi pencen awal. Dari takde cucu sampai dah ada cucu, rajinnya turun bangi menjenguk kami anak beranak tak payah cerita. Tak kisahla, turunnya ke bangi atas tujuan lain atau tak, tapi mereka tak pernah jemu menjenguk kami hingga cucu2 pun dah begitu rapat dengan mereka.
Diusia yang dah lebih setengah abad, pakcaq masih rajin belajar. Sebelum dia sakit masuk hospital, dia sempat menghadiri konvo.. Wahhh hebatkan dia. Saya ni yang muda belia pun rasa malas yang amat... Tapi dia begitu gigih....
Alahai... Rasa macam tak mampu nak menulis lagi. Saya tutup jelah cerita saya... Semoga pakcaq sembuh seperti biasa... Sihat walafiat. Pakcaq bangunlah dari tidur... Dah lama sangat pakcaq tidur... Kami semua rindukan pakcaq, apatah makcaq... Begitu setia dan tabahnya makcaq menanti dan menunggu pakcaq bangun.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...