photo header2-1.png

Denggi - KPJ Kajang

Penyakit adalah ujian. Sakit adalah asbab untuk berlakunya sesuatu. Saya kekadang atau memang jarang untuk berfikir yang anak-anak saya akan sakit teruk. Tapi siapalah kita untuk menjangkakan apa yang bakal belaku. Dua minggu lepas, kak long demam musim exam plak tu. Memula ingatkan demam panas biasa... Masuk hari ketiga demam tak kebah-kebah. Terus cek darah... Hmmm positif denggi. Alahai.... 3 hari berturut-turut cek darah kat Poliklinik Mahkota, bandar bukit Mahkota. Masuk hari keempat cek darah, kak long dah tak boleh bertahan. Ke hospital juga kami akhirnya.
Mujur ibu ada buat potongan gaji untuk insuran semua...  Dapatlah dok kat hospital yang selesa sikit. 



Walau sehebat mana pun tempat kita bermalam ketika sakit memang tak terasa nikmatnya.. hanya Allah saja yang tahu perit dia. tapi apa boleh buat.. ujian dari Allah. cuma ada ketika rasa tak mampu melihat anak hari-hari di ambil darah. Tapi hati kita yang rawan bukan ada sesiapa peduli dan kisah pun... sebab tu sampai hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa masih ada orang atau manusia yang boleh mempertikaikan kebenaran sakit seseorang manusia tu... "teruk sangat ke sakit anak dia sampai takleh masuk ofis sekejap?", "betul ke anak dia saki?"... hmmmm

Sebenarnya malas nak cerita sangat pasal denggi ni... tapi rasanya semua sedia maklumlah kan apa tu denggi... ahh denggi... cukup membuatkan kami anak beranak jadi fobia... semoga kita sama-sama membenteras nyamuk Aedes !!!!!




0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.