Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts
Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts

15 April, 2010

On 8:41:00 AM by Aliza in
Ini sajalah stok EBM yang tinggal untuk adik hingga bulan 8 nih... adoyai.... macamner ibu nak buat nih... susu drop sangat kalau time ibu susah hati, kalau ibu tak sihat, kalau ibu tak makan.. semuanya kalau ibu huhuhuhu.. ada lebih kurang 18 botol.hmmm.... ibu kena kerja keras sket untuk adik

Satu botol ku isi dalam 4oz


notakaki ibu:- Harini kak long ada trip lawatan ke domino pizza dan muzium TUDm dengan teacher n friend Qdeesnya. Pertama kali kak long ikut trip. harap2 kak long dapat banyak belajar, dan selamat selalu....

26 March, 2010

On 11:24:00 AM by Aliza in
hari ni dah masuk hari kelima aku makan pil motilium selepas 2 minggu aku stop makan. nampak gayanya, produk tenusuku ada perkembangan. alhamdulillah... aku kena makan lagi pil motilium untuk seminggu dan stop semula dua minggu...

ni hasil perahan untuk sesi 10.30 pagi


inilah hasilnya bila dicampur


ni hasil perahan untuk sesi 8.00 pagi dan 10.30pagi, mashuk kan...


28 January, 2010

On 4:35:00 PM by Aliza in ,
banyak ni jer yang tinggal... satu plastik penuh


satu plastik tak penuh



cukup ke nih sampai adik 2 tahun???


inilah tuan punya susu


dia pulak yang masuk deep freezer






10 December, 2009

On 10:54:00 AM by Aliza in
sebelum ambil motilium
1. Jam 8.30am - 3.5oz
2. Jam 10.30am - 3oz
3. Jam 02.00pm - 2.5oz
4. Jam 04.30pm - 2oz

Selepas 3 hari ambil Motilium
1. Jam 8.30am - 6oz
2. Jam 10.30am - 4.5oz
3. Jam 02.00pm - 3.5oz
4. Jam 04.30pm - 3oz
On 9:16:00 AM by Aliza in
Sejak adik dah masuk setahun, produk susu aku semakin berkurang.. teramat-amatlah kurang, sekali pam aku hanya boleh dapat 2oz jer... macam-macam kedah yang aku guna, fenugreek seed, protien soya, pil moxolon, dan macam-macam lagi. hasilnya agak ok sket, cuma aku kekadang tak tahan dengan side effectnya dan rasanya, tapi kekadang aku paksa juga makan (protien soya). baru-baru ni aku ada tanya ngan member facebook aku.. dia sarankan aku amik Motilium,

Motilium

so dah 3 hari aku makan ubat ni.. alhamdulillah, kesan sampingan agak kurang berbanding aku amik fenugreek seed dan moxolon, cuma makan ubat ni aku agak mengantuk sket, tapi still boleh kawal. pagi tadi aku mengepam aku leh dapat 6 oz sekali pam.. wah..wah..wah.. tinggi sket idungku sebab dapat susu banyak. cuma aku mencari gak info-info mengenai motilium ni.. mari kita kongsi.

perkara2 yg boleh meningkatkan penghasilan susu ibu...

1. makanan (kurma,oat,kuchai,kobis, lobak putih, sawi, water chestnut,longan,madu, horlicks, milo dan banyak lagi)

2.pil
a) traditional/herba.. eg, PIL ASI.. ade dlm shopping online kalau nak tengok rupanya.

b)ubat/drug...

  • i)motilium/domperidone
  • kegunaan=sakit perut
  • kesan sampingan (baik)=tingkatkan paras hormon prolactin... so susu pun bertambah
  • kesan sampingan (buruk)=sakit kepala, pening, muntah

  • ii) maxolon/metoclopromide
  • kegunaan=sebagai ubat tahan muntah
  • kesan sampingan (baik)=sama macam motilium
  • kesan sampinga (buruk)=dpression
    kedua2 ubat nih boleh didapati di klinik dan farmasi(yg pro bfeed).
so.. dah tau kan.. mari kita berkongsi info yang ada.. untuk ibu-ibu yang full bf, selamat mencuba kalau nasib sama macam aku.

19 November, 2009

On 10:25:00 AM by Aliza in
sejak produk susu ku berkurangan agak-agak masa bulan posa tempohari, aku mengambil keputusan untuk amik ubat dari doktor, doktor bagi aku makan pil Moxolon untuk tambah susu. cuma bila makan ubat ni aku dah mula rasa tak selesa pada badanku, aku rasa mengantuk, malas, cepat moody.. macam-macamlah....

ni lah moxolon

Dari hari kehari aku makin rasa tak selesa untuk makan pil ni, so alu cuma makan masa malam jer, tapi produk susu ku memang ok bila makan ubat nih... jadi hari ni aku kebetulan pergi klinik homopati kat seksyen 9 bandar baru bangi. so aku amik terus ubat tambah susu. harap-harap kesannya menyenangkan hati aku.

ini ubat tambah susu homopati yang aku amik. baru makan 2 kali

01 October, 2009

On 12:18:00 PM by Aliza in
Tak sampai seminggu aku bercerita tentang beg pam susu ku yang teruk koyak. akhirnya semalam atas ihsan yang ada semalam aku sudah dapat penggantinya. Beg susu ni aku beli dari blog MIA-ZA-RIEL siapalah yang bermurah hati tu.nanti aku bagi tau siapa ya.

Masih dalam plastic lagi

cantik juga


ini brandnya, stylo mama

dan aku mengucapkan jutaan terima kasih sebab sudi menderma beg ni untukku.. terima kasih sangat buat diri sendiri huhuhuhu....

16 September, 2009

On 4:02:00 PM by Aliza in
Saja aku nak share ngan korang. selain aku makan fenugreek untuk tambah susu, aku juga amalkan minum protien soya, alhamdulillah, dari sekali mengepam dapat 2oz, aku dah boleh dapat 4oz sekali mengepam. so korang lehla cuba, tak payah fening2 nak minum air soya 24jam hehehehe macam aku memula dulu naik kembung peyut . kalau ada yang berminat aku leh tolong belikan, regenya RM40 kalau takder ofer. hehehehehe




14 September, 2009

On 10:40:00 AM by Aliza in
Pepagi ni aku dah mengepam, alhamdulillah, dapatlah dalam 6oz.. muahahahahaha rezeki adik murah hari ni.


08 September, 2009

On 10:00:00 AM by Aliza in
nampaknya hasil tenusuku ada peningkatan... sekali pam pagi ni aku leh dapat 4oz lebih. alhamdulillah.... korang kalau ada masalah macam aku, lehla try fenugreek macam aku...



04 September, 2009

On 8:02:00 AM by Aliza in

Masa memula posa aritu aku Ada bercerita pasal produk susu Ku yang terlalu teruk. Atas nasihat Dan pengalaman cik CT, jadi aku pun Cuba fenugreek seeds. Harini masuk 4 Hari aku makan, alhamdulillah, Ada peningkatan sket... Tak banyak pun takper, asal Ada peningkatan. Rezeki adik... So kalau korang Ada masalah macam aku leh la try beli kat sini


30 July, 2009

On 9:44:00 AM by Aliza in
korang tak rasa tension ker bila mengepam sekali dapat 2 oz jer.... waaaa.....................





19 May, 2009

On 10:39:00 AM by Aliza in    No comments

Bulan in pengeluaran susu agak meningkat sket... Mungkin sebab aku semakin rajin mengepam, Ku ambil kalsium, kuminum hot coklat, Ku minum air longan kering, kumakan kurma hahahahaha....






20 April, 2009

On 11:48:00 AM by Aliza in    No comments
Hari ni hari pertama ku berposa, bukan per.. ku lihat kalendar.. awal plak Ramadhan tahun nih. Fuh.. mampos den nak mengganti posa, ada dalam berapa puluh hari tu.... lebihla agaknya 30 huhuhu. jadi aku risau satu benda jer.. produk tenusuku merundum... tapi pelik plak... pagi tadi masa mengepam dalam jam 8am, ku dapat dalam 6 0z... pastu dalam jam 11am ku mengepam lagi dapat dalam 5 stengah oz. wah, bagus macam nih sebab selalunya ku hanya akan dalam dalam 3 oz jer sekali mengepam.... rezeki berpuasa nampaknya. sok kalau aku ada kekuatan ku posa lagi..

Ni hasil perahan ku pagi tadi... banyakla banding biasa


Inilah teman sejatiku... my Spectra3


inilah bilik tempat ku memproses hasil tenusuku setiap hari... kwang..kwang..kwang...kwang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...