Adik Muntah..

10:45:00 AM Aliza 0 Comments

Semalam aku cuti.. kena jaga adik ngan kak long.. kak long dengan demamnya yang tak bebaik lagi.. adik plak dengan muntah-muntahnya. pening kepala. adik mula muntah petang sabtu lepas, elok jer lepas aku bagi breastfeeding kat adik terus dia muntah macam air paip mencurahnya, siap kuar dari hidung lagi. aku apa lagi panic lah, mulanya aku ingat sebab adik kembung ker hapa. tapi perasaan lagi kacau bila tiap kali adik bf mesti dia muntahkan balik, rasanya berdrum-drum air susu adik yang kuar balik. kesian adik sampai lembek jadinya, tapi adik tak nangis masih boleh tersenyum lagi walaupun lepas muntah mencurah-curah.


tengah malam pun adik muntah juga tiap kali lepas bf, bercelaru aku, sampai tak tido malam, nak bagi susu kat adik pun aku takut. tapi yang peliknya bila aku bagi adik minum susu ebm adik ok plak. malam tu juga aku sms member chatting baru aku nak tanya apa masalah sebenarnya, tapi tak dapat jawapan (mungkin dah tido sebab aku sms dah lewat malam), lagilah aku risau. keesokan paginya aku ngan hb bawa adik g klinik, bawa kak long sekali, bila dah jumpa doktor jawapan yang aku terima sungguh mengecewakan sebab doktor tu macam tak tau apapun (macam tak belajar) last-last dia suh aku bawa adik jumpa pakar kanak-kanak. sebenarnya aku jarang g klinik tu dah sekang sebab jauh, tapi disebabkan klinik Dr. Norlela di bukit mahkota tutup pagi tu, tu yang bawa adik g bandar baru bangi. balik umah adik masih tak berubah tiap kali bf tapi adik tak meragam pun. aku pening kepala, sampai naik letih jadinya. malam tu aku bawa adik g klinik Dr. Norlela jumpa Dr. Norlela sendiri, puas Dr. cari puncanya, siap buat kajian apa yang aku makan. last sekali baru dapat tau yang aku makan ubat selesema n ubat batuk. bila Doktor buka buku dia, dia terangkan kat aku yang ubat selesema n batu yang aku makan tu memang dia tak akan bagi kat pesakit dia yang mengandung atau menyusukan anak,aku bagi tau Dr. locum di klinik dia yang bagi, dia andaikan Doktor tu beranilah sebab bagi aku ubat tu. dia kata lagi ubat tu kalau tak serasi ngan baby yang menyusu dia akan jadi macam yang terjadi kat adik sekarang nih. kalau nak tau inilah ubat yang aku makan tu..



Jadi untuk member-member yang bf kena hati-hatilah dengan pengambilan ubat.

0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...