07 January, 2009

On 8:48:00 AM by Aliza in    No comments

Tahun dah semanin bertambah, sebelum ni baru tahun 2008, arini dah masuk tahun 2009.. segalanya bertambah, umurpun dah bertambah, akak sekang pun dah bertambah beratnyer hihik… anak pun dah bertambah dari satu kepada dua.. lepasnih tak tau apa lagi yang akan bertambah.. sesekali aku termenung terpikir macam mana aku nak mendidik anak-anak aku, takut terlebih ajar dan takut jugak terkurang ajar. Sebab tu aku selalu termenung hehehehe *padahal termenung pasal gelang baru, baju baru etc lah bagai… jadi pepagi tadi aku cuba-cubalah surfing kat internet pasal kaedah mendidik anak, harap2 dapatlah panduan… dan aku berharap sangat kekalau ada anybody can help me tu tell me d good tips untuk mendidik anak…

Jadi pagi nih aku cuba sharekan apa yang aku dapat pagi nih harap leh jadi panduan erk…

PETUA ORANG2 TUA 

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...