27 February, 2009

On 3:58:00 PM by Aliza in    No comments
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
On 12:03:00 PM by Aliza in    No comments
Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.

2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8) Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"


**pst.. Buat Sidia aku.. kalau baca topiknih.. selam2lah yer...

26 February, 2009

On 2:48:00 PM by Aliza   No comments
Kasihnya ibu Membawa ke syurga
Kasihnya saudara Masa berada

Berkorban raga Rela binasa
Berkorban nyawa Tanda kasihnya

Kasihnya ayah Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya Berkorban nyawa

Biar pun jiwa Akan tersiksa
Ikhlas dan rela Asal kau bahagia
On 8:40:00 AM by Aliza   No comments
pepagi nih aku rasa feeling sangat ntah kenapa...


"I love you with all I am

And all I'll ever be.

You are my moon, my sun and stars,

My earth, my sky, my sea.

My love for you goes down and down

Beneath both life and death,

So deep it must remain when I

Have drawn my last faint breath.

Holding you for months and years

Will make Time disappear,

Will make your lips my lips, your face

My face, your tear my tear;

Will make us one strange personage

All intertwined in bliss,

Not man or woman, live or dead--

Just nothing--but a kiss"

24 February, 2009

On 12:09:00 PM by Aliza in    No comments
Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang berakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerana mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk

Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai
menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang
mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis
tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai
isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan
untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan
suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan
menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi
masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri
boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk
tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan
merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan
usaha untuk berdamai semula.

Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri,
semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini
disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum
oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang
menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan
untuk memulakan proses berdamai. Manakala orang yang
menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang.


Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya
akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu,
maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah
berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya
sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh
isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum

Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami
isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan
perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu,
masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain
kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata
berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila
menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik
diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap
dengan isteri, melainkan terpaksa.

Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik
muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak
mahu melayan suami. Namun, hukuman tidakmungkin
menyelesaikan sebarang masalah.

Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah
hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan
hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada
ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan
proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat
mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta

Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai,
dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan
berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual
mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura
sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia
mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak
mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk
melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah

Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari
salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah
perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan
keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah
berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia
merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya
sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh
isterinya sendiri.


5. Berhentikan bahasa negatif

Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila
bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan.
Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan
bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu."
(tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)


"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita
takkan selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga."
(celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan)

Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada
bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat
baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah
bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan
sanjungan. Gunakan bahasa inidengan murah dan lumayan.


6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok

Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang
hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke kelakang,
melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita
sendiri pada masa lalu.

Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara
yangmenyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang
sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang
hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan
"semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan
kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu
salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter,
menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari
salah tidak mungkin membawa penyelesaian.
Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh
suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam
hubungan perkahwinan.


7. Senyum semula

Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak
disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka
ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi,
senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara
yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai

Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan
beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu
memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing
mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut
risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau
orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita
mahukan perdamaian, ambil langkahpertama untuk
berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti
memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita
mahuberdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan.
Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia
memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita
telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa
bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah

Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca
masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan
diatasi, selagi itu konflik yang sama akan
berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh,
perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin
menjadi punca konflik.

Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si
isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik
demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat
punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk
mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi
untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa
depan.

Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan
perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada
itu sangat berbahaya.

Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu"
dan "semalam".


10. Kenal pasti perubahan

Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan
yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya
berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui,
maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku
itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya
mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am
dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang
mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya
tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu
yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak
biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan
itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang
mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi,
sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti
perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah
tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (x)

b. "Jangan suka tunjuk gaya ." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)
",1] ); //-->perbuatanorang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang
menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan
sehingga tercetusnyakonflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang
cukup tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum
awak bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian,
jadi saya tak berasa diri saya diabaikan." (x)


Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan
sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki
kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki
kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam
perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan
mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar
cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul


SUMBER : Forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM)
On 11:50:00 AM by Aliza   No comments

petang semalam aku kena tag dek Anil Wanina. jadik inilah jawapannyer

Rules:

1. Put your music on shuffle (on your real player or any player and play any song from your pc - make sure it more than 20 song.. :D)
2. For each question, press the next button on the player to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!
4. Tag 10 friends who might enjoy doing the memo as well as the person you got the memo from.

---------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------<@ @>-----------------------------------

IF SOMEONE SAYS “IS THIS OKAY” YOU SAY?
ziana zain - Dingin


WHAT WOULD BEST DESCRIBE YOUR PERSONALITY?
Azharina-Rawan

WHAT IS YOUR MOTTO?
Spin – Dekat dekat disayang jauh-jauh dikenang

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Arrow - Niat Di Hati Tak Nak Berpisah

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Edry KRU –sumpah tak cari yang lain

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Abiet G-Ade – Aku ingin pulang

WHAT IS 2+2?
Secondhand Serenade - Fall For You

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Krispatih – bila rasaku ini rasa mu

WHAT DO YOU THINK OF A PERSON YOU LIKE?
Matta - Ketahuan

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
POCO POCO Ahahahaha....

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Faizal Tahir -Coba

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Gita Gutawa ft Dafi - Dua Hati Menjadi satu

WHAT WILL YOU DANCE AT YOUR WEDDING?
Matta – Jatuh cinta Lagi

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Aliff Aziz – Sayang sayang

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Sharifah Aini - Ingatan manis dibulan september

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Daniel - Mimpi

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Air Supply - Goodbye

WHAT’S THE WORST THING THAT COULD HAPPEN?
Glenn - Sekali Ini Saja

WHAT MAKES YOU CRY?
Mawi - Ayah Aku Rindu Pada Mu

WHAT MAKES YOU LAUGH?
Akele Hum Akele Tum

WHAT IS THE ONE THING YOU REGRET?
Exists - Hani Lempengnya Hangus

HOW WILL YOU DIE?
Ungu - Aku Datang Untuk Mencintaimu


WILL YOU EVER GET MARRIED?
Acha - Cinta Bertahan

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Hujan - Pagi Yang Gelap

DOES ANYONE LIKE YOU?
The Lima - Buronan Cinta

WHAT SCARES YOU THE MOST?
Yuni Shara-Sepi

IF YOU COULD GO BACK IN TIME, WHAT WOULD YOU CHANGE?
Ungu-Aku Datang Untuk Mencintaimu

WHAT WOULD YOU SAY WHEN YOU MEET YOUR BOSS?
Siti Nurhaliza - Ku Mahu

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Faith Hill - There's You'll Be

--------------------------------------<@ @>-----------------------------------


ok siap.. belasah jer.... jadi sekang nak tag siapa erkkk......

1. Sue

2. AMSYAR

3. Dinie

On 9:45:00 AM by Aliza   No comments
masa g gathering tempohari aku punyalah penat dukung adik... wat.. naik lenguh tangan. sekali aku tadi berminat plak bila dengar ceramah pasal Babywearing. so aku kecek2 sket kat sidia... huhuhuhu dengan berat hatinya dihulurkan juga duit hahahaha. "nanti za bayar balik yer abang"


macam nilah ak dukung adik sepanjang hari


sekali aku dapat daaaa.... amacam rupa adik erk.. aku rasa macam bibik indok plak

On 9:29:00 AM by Aliza   No comments
Aku malas nak bercerita dah sebab banyak nar keje nak dibuat, tapi disebabkan nak tunjuk gambar gathering tempoh ari aku buat drama bisu jer... tapi ni sket jer aku masukkan kalau nak nengok yang lagi update n lagi canteek... jom terjah sini




Posted by Picasa
On 9:23:00 AM by Aliza in ,    No comments
Pagi nih aku masukkan lagi gambar masa gathering aritu... kalau nak nengok lagi besar klik kat gambar tu erk..


adik ngah lalok nih.. layan kejap


kak long ngah kusyuk makan


borak ngan Maryaa


kek gathering

kekalau nak nengok gambar yang banyak g, masuk sini erk....

23 February, 2009

On 4:20:00 PM by Aliza in    No comments
1. Janganlah Bimbang!
Kebimbangan adalah penyebab aktiviti dan fikiran kita tidak produktif.

2. Jangan membiarkan ketakutan yang tidak beralasan menguasai hidupmu! Kebanyakan
sesuatu yang kita takutkan tak pernah terjadi!!!

3. Jangan menyimpan dendam! Hal inilah yg paling besar dan paling penghalang seluruh
hidup kita!!!

4 Selesaikan setiap masalah satu per satu! Hanya inilah cara menangani setiap
persoalan, satu demi satu.

5. Semua masalah tak perlu dibawa tidur! Hal tersebut buruk dan tidak sihat,
biasakanlah tidur dengan nyaman dan nyenyak

6 Jangan mencampuri masalah/urusan orang lain! Mereka memiliki cara sendiri untuk
menangani setiap masalahnya.

7 Jangan hidup pada kenangan silam! Nikmatilah masa lalu sebagai kenangan, namun
jangan bergantung padanya. Konsentrasilah hidupmu pada kejadian ketika ini dan
anda akan bahagia sekarang, bukan hanya pada kenangan silam.

8. Jadilah pendengar yang baik! Hanya saat menjadi pendengar seseorang mendapat dan
belajar idea-idea baru yang berbeza dari orang lain

9 Jangan biarkan rasa kecewa merosak dan mengatur hidupmu! Kasihanilah dirimu lebih
dari segalanya. aktiflah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.

10 Hitunglah rahmat ALLAH! Jangan pernah melupakan rahmat Allah yang kita terima
sekecil apapun. Semakin banyak rahmat kecil yg kita kumpulkan,akan semakin
bererti bagi hidup kita.

ORANG YG DIANGGAP PALING BERSYUKUR KEPADA ALLAH IALAH ORANG YG PALING BERTERIMA KASIH KPD MANUSIA.-RIWAYAT AT-TABRANI
On 12:19:00 PM by Aliza in ,    No comments
Semalam selamatlah berlancar gatherting yang aku tunggu-tunggu wahhh... penat juga wooo.. tapi aku rasa puas sebab ramai juga member yang aku juma.. kira bersosial jugaklah aku sket... cuma gambar tak banyak yang sempat aku masukkan almaklumlah aku tak sempat nak amik gambar sendiri so mengharap pada ihsan orang lain... jadi bila orang lambat bagi aku gambar untuk ditengok maka lambat jugalah untuk aku bercerita panjang pasal apa yang aku rasa semalam. cuma aku boleh share yang ini jerlah.... yang lain kalau nak nengok yang lagi banyak n shateeks..shantekss... nengok sini leh upload sini gak...cantik woo gambar. jom MASUKKKK


Anak saper nih... dia tak peduli apa yang orang sekeliling ngah buat


gambar kenangan beramai-ramai
Posted by Picasa
On 11:13:00 AM by Aliza   No comments

The Letter H


Thank you to Ina for tagging me... :D

The rules:
It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: Za

2. Four letter word: zink

3. A boy's name: Zulkarnain

4. A girl's name: ziana


5. An occupation: Admin... apa yang Z erk..

6. A color: ZRed *jadi tak?*

7. Something you'll wear: zasss

8. A food: zaitun

9. Something found in the bathroom: Zip

10. A place: zimbabwe

11. A reason for being late: zzzzzzz

12. Something you'd shout: zarghhhh….

13. A movie title: ????

14. Something you drink: ???

15. A musical group: z??

16. An animal: zebra

17. A street: zon 20

18. A type of car: ada ker?

19. The title of a song: zaman

And now, I have to tag 20 people(banyaknyaaaaa) :


1. Sue

2. Dinie

3. Amsyar

4. Anilwanina

5. MIA-ZA-RIEL

6. Tumitu

7. iZmA_ShAhRiN

8. love...aliadi

9. Illa

10. Nurul Dhia

11. Ummimon's

12. Mama Irfan

13. Kak Iena

14. adhaliana

15. Neeza

16. Maryaaa

17. Asya

18. Ibu Mia

19. Hayati

20. Ina

On 9:14:00 AM by Aliza in ,    No comments
Ni bukan nak cerita pasal gathering, sebab lom upload gambo g. cuma aku nak bercerita pasal tugas yang aku relakan sendiri. iaitu membuat nametag. huhuhu.. kelamklibut juga acik, sebab masa nih aku ngah sibuk bangat dengan belanjawan kat opis nih.


inilah rupa nametag yang dah di potong


siap susun lagi


dah potong gitu


ni dah siap dilekat pin... jadi nanti kita nengok hasilnya bila dah dipakai erk...
Posted by Picasa

20 February, 2009

On 3:54:00 PM by Aliza in    No comments
jam 12.30 aku tak sempat nak mengepam sebab aku berkejar amik batrisyia dari tadika. so aki skit sesei mengepam jam 12.30 jadi kugantikan dengan jam 2.30 petang.


untuk petang nih aku dapat banyak nih jer....


dapatlah dalam 5oz jer
Posted by Picasa
On 10:50:00 AM by Aliza in    No comments
Seperti yang dicerita pepagi tadi... jadi ku teruskan sesi megupload susu yang ku pam...


masuk jam 10.30 susu agak berkurang sket.. tapi dah kira ok banding sebelum2 ni agak merundum


jadi inilah hasil yang kudapat jam 10.30 nih. nanti kita nengok plak hasil jam 12.30 nanti erk...
Posted by Picasa
On 9:50:00 AM by Aliza in    No comments
Salam semua. arini aku tanak bercerita tentang perkara-perkara lain, aku cuma nak cerita pasal susu. hehehehe jangan mareee erk...


Pepagi lagi sesampai opis aku terus minum susu soya... ni aku minum sebelum aku mengepam tau.


jadi pagi ni aku mengepam dalam jam 8 pagi... so inilah hasil susu yang aku dapat jam 8 pagi nih. nanti jam 10.30 kita nengok lagi hasilnya erk...

On 9:01:00 AM by Aliza in    No comments
petang nih jam 4.30pm aku dapat sket jer susu agak2 dalam 3.5 oz jer....


banyak nih jer 3.5oz


jadi hari nih.. banyak inilah yang aku dapat...
SAYONARA

19 February, 2009

On 8:50:00 AM by Aliza in    No comments
WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).
Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena
tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI
mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,
tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya
lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan
juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI
menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah
tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata,
WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk
berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita
berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan
WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh
sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah
seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya
dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu
adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya
dia patahkan.
On 8:46:00 AM by Aliza in    No comments
Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan. Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

16 February, 2009

On 9:15:00 AM by Aliza   No comments
sebenarnya entri ni tak pernah diceritapun, cuma nak cerita pada cik sue canteek.. laman umah za dah cantik dah, semalam c dia dah buat operasi luar plak, habis serai wangiku di cabut... tapi dia tanam balik lah dalam pasu.


tenang jer nengok


clear betul-betul clear
On 9:09:00 AM by Aliza   No comments
Ok sambung lagi.. kita dah sampai peringkat siap..


jadi inilah hasilnya... aku combinekan kaler merun dengan kuning jagung.
Katil masih bersepah g.


Adik ku letakkan jer di tengah2 katil, sebagai pemerhati, kekalau dia menangis senang terus ku bf kan dia


ni bila udah kususun.. katil memang kusambungkan sejak Batrisyia dah ada.. tak muat dah sebab tu kena sambung. tapi bolehlah.. daripada tido lantai.


Hasilnyer.. tapi gambar blurlah plak..
Posted by Picasa
On 9:01:00 AM by Aliza   No comments
Mula-mula aku ingat nak upload semua sekali gambar n cerita aku mengecat, tapi ada poblem plak bila mengupload.. so terpaksa aku buat mengikut versi hehehehe. takperlah erk asal apa yang aku nak ceritakan sampai.


ni operasi pertamaku, Batrisyia dari penonton percuma dan pengacau terhormat. dah boleh agak kan kawan-kawan semua kaler apa yang aku nak.


semangat gitu, lengan baju siap dilipat lagi, macam pekerja kontrak suami aku plak huhuhu


ni hasil yang baru aku dapat, tapi peluhnya bukan main


sampai bahagian mengtouchup bahagian yang tertinggi aku serahkan pada sidia, bukan apu, aku ni gayat sket nak panjat tetinggi nih.. lagipun aku nih kan tak cukup sangat incinya.tak gitu cik sue? ok kita sambung operasi III plak erk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...