09 April, 2009

On 3:43:00 PM by Aliza in    No comments
Ni sebenarnya cerita pagi tadi, cuma aku tak berpeluang untuk bercerita. pagi tadi masa nak pergi opis, macam biasalah ku akan memandu sambil mendengar radio Hot FM, suke mendengar gelagat FBI dan Fafau. tapi topik pagi ni buat aku tersenyum sendiri, bukan apa, topiknya lebih kurang berbunyi cinta datang kembalilah.. ala cerita cinta lamalah gitu... tergerak hati untuk telefon.. tapi arrhhh malas ah, buang duit ku jer.. jadi kusimpan sendiri di dalam hati. ada sorang pendengar tu dia bercerita yang dia bercinta bagai nak rak ngan pekwe dia, sekejap putus sekejap baik.. last2 kawin ngan orang lain, cuma ada ketika dia teringat pakwe lama dia.. punyalah di sorang oleh FBI dan Fafau.. havoq betul. aku pun tersenyum sendiri... aku nih bukannya nak mengungkit atau mengenangkan kisah lama, cuma saja nak bercerita... ku dulu pun pernah melalui zaman-zaman kegemilangan, hinggakan ku tak sedar apa yang aku lalui sebenarnya.. tapi yang pastinya za man tu adalah zaman yang cukup mudah untuk kuluahkan perkataan I LOVE U tiap kali kurasa perasaan tu timbul, akan kuluahkan tanpa rasa silu.. sebab itulah perasaan ku.. cukup sayang. boleh dikatakan tak dapat kuluahlan melalui tinta, akan kuluahkan melalui mulut, tak dapat kuluahkan melalui mulut akan kuluahkan melalui sms.. apa saja kaedah yang ada.. zaman bercinta cukup mudah.
Hari ini... umurku dah masuk usia yang boleh dikatakan matang.. udah jauh berlari dari zaman-zaman kegemilangan ku dulu.. dah berapa tahun kutinggalkan semua tu.. aku pun dah lupa yang aku pernah lalui semua tu... dan pagi tadi baru ku sedar, sepanjang hampir 7 tahun perkahwinanku dengan Cdia atas dasar cinta... ungkapan I LOVE U udah menjadi usang dibibir kami.. bukan dibir saja, malah ditinta, telefon, sms atau apa saja... bukan tiada rasa itu, cuma bagai mana untuk menzahirkannya, sedangkan.. hati terlalu cinta untuk Cdia (abang cintakakan aku kah?) hinggakan petang ni, selepas mendengar celoteh FBI dan Fafau.. hati aku sentiasa berdetik bahawa aku cukup rindukan saat-saat indah zaman kegemilangan dulu, tak kisahlah dengan siapa aku bercinta tika itu, tapi yang pastinya aku cukup rindukan ungkapan I LOVE U. kenapa bila dah beranak pinak, umur dah meningkat, usia perkahwinan semakin meninggi.. kenapa ungkapan itu semakin menghilang, walhal Di Hati bukannya tiada sayang.. adakah perkahwinan tu membataskan segalanya? adakah perkahwinan tu menghalang untuk masing-masing lupa untuk mengucapkannya...... saat ni fikiran aku jadi buntu, bercelaru.. aku terus berfikir dan berfikir, aku terus terkenang dan mengenang.. bak lagu
Alyah- Tak Mungkin Kerna Sayang.. liriknya cukup kusuka...
Aduhh... berkarat pula aku petang nih... kenapa yerk...., cuma harapanku.. andai dalam hati kalian ada rasa seperti apa yang kurasa, cuba luahkan.. kongsilah dengan aku.....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...