Yang terbaik buat Anak-anak adalah bila mereka gembira

9:39:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

minggu lepas aku bawa kak long dan adik g jejalan kat Jusco Maluri, minta papa tolong dropkan kami kat situ, pastu papa g Showroom. lama gak kami menghabiskan masa kat situ.. memang letih melayan, ngan adik yang mengantuk, dengan kak long yang nak main playground dengan ibu yang nak bershopping. ops!!! terlepas cakap.

masa ni adik dah ngantuk sangat, mengamuk bukan main, so biar kak long main dulu.


kat sinilah tempat dorang berseronok

Bila adik dah fresh, barulah ada aura nak main



kak long memang suka sangat, sampai abis duit ibu wat bayar token

sonok adik dapat banyak belon








lepas berjam-jam main, baru kami makan

last sekali baru ibu shopping, tapi tak dapatlah amik gambar masa shopping, kang semua orang terkejut hahahahaha. jadi hari tu, rasanya anak-anak aku paling gembira dan akupun rasa puas hati bila tengok dorang seronok... cuma pada aku, kalau ada papa di sisi mesti lagi sonok melayan karenah anak, dan pada anak-anak pula, maybe dorang tak kisah asalkan dorang dapat main puas-puas apa yang dorang nak... sepanjang jalan senyum jer kak long, dan adik pulak terus tido keletihan.... so minggu ni dan minggu depan dan minggu-minggu seterusnya nak g mana lagi yer........ any idea?

You Might Also Like

Followers