Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

12:06:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..



nota hati za: rasa terasing ... merindukan dia... air mata bergenang.. termimpikan dia...

Sixth Sense TANPA

9:26:00 AM Aliza Reesya 0 Comments



Saya Terasa Sangat Rindu

11:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Dah lama tak masukkan entri dalam blog baru berapa hari jer tetiba hari ni rasa macam nak menulis sesuatu.
Sebenarnya aku rasa macam ada kerinduan dalam hati. rasa rindu yang amat sangat. tapi entah rindu pada siapa. aku cuba bertenang dan fikir pada siapa yang aku rindu.
rupa-rupanya baru aku tahu, aku rindu pada zaman kakan-kanak dulu... aku rindu pada zaman sekolah dulu.. aku rindu pada zaman belajar di kolej dulu.. aku rindu pada zaman bercinta dulu, aku rindu pada cinta dulu.. segalanya buat aku rindu. rasa rindu itu buat aku rasa macam nak menangis dah nangispun
rindu pada zaman kanak-kanak... bila nengok anak-anak aku yang seperti tiada masalah, aku rasa seronok.. begitulah aku dulu. hidup aku hanya bermain saja, tak payah nak pikirkan itu ini..seronok rasanya menjadi anak-anak, ditatang bagai minyak yang penuh... dikasihi, dipeluk, dicium, dibelai .
rindu pada zaman sekolah... saatsaat aku membesar, saat-saat aku kenal macam-macam.. saat-saat aku punya ramai kawan... semua tu seronok. memang tensen ngan exam, tapi aku enjoy. teman-teman penghibur. dan saat tu lah juga aku kenal erti cinta monyet dan tak monyet... hehehehehehe tapi zaman sekolahlah penghibur segalanya buat aku.. ada kawan baik, ada group... ada itu.. ada ini... biarpun terpaksa beruniform.
aku juga rindu pada zaman kolej.. rindu teman-teman serumah.. banyak ajar aku erti hidup berdikari, hidup berkawan.. kenal siapa kawan siapa lawan... tapi aku rasa puas.. walaupun cuma seketika.... dan ketika ini juga aku kenal bermacam-macam segi cinta, ada empat segi, tiga segi, 5 segi, bersegi segi... semuanya membawa aku ke alam yang berbeza-beza.. ada yang seronok, ada yang menyakitkan.. ada yang langsung kalau boleh aku taknak ingat dan ada juga hingga ke hari ini aku taknak padam langsung dari ingatan.. biar terus kekal. zaman bercinta memang seronok.. sebab tu aku jadi terlalu rindu. zaman tu semuanya indah belaka.. tiada silap langsung yang kita nampak.. segalanya betul belaka... hinggakan aku jadi kabur... kabur pandangan, kabur hati... terus kabur dalam membuat pilihan dan keputusan... alih-alih.. hanya terima apa yang ditakdirkan.
aku rindu pada cinta lama... banyak ragam cinta lepas... bermacam-macam ragam.. hinggakan ada ketika aku jadi letih. tapi mengenali seseorang adalah sesuatu yang terindah.. cukup indah. walau hanya seketika tapi cukup bermakna.... ikutkan hati ingin saja aku huraikan satu persatu keindahan itu... tapi... kita hidup dalam sempadan.. lepaskan apa yang bukan milik kita.. bukan mudah seperti berkata mudah.
tapi... apapun yanga ada hari ini.. aku masih terlalu rindu pada semua itu... rindu yang amat sangat... andai diberi pilihan.. aku cuma ingin satu.. beri aku peluang sekali lagi untuk menikmati semua yang aku rindu itu...

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


suara hati yang rindu: rindu sangat masakan emak, rindu sangat nak makan nasi lemak mak cak dulu kecil2 makcak selalu bekalkan nasi lemak, rindu sup ikan arwah tok, rindu kari ikan suamidulu abang selalu masak untuk za.

today is mine

2:21:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Alhamdulillah...
a new born baby is here.... today (19 mei 19**). Huhuhu its me..
Hopefully, today is a wonderful day for this year..
For hubby, i love u so much! Much! Much!
For my 2 little princess... my soul, my life is yours....

hepi besday for me....

suara hati besday gurl: tetiba teringat mak... ada sesiapa yang boleh bagi hadiah mak tak? i hope it...

Thinking...

12:01:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

I'm always thinking a wonderful life in this world. Just for today, tomorrow, next, next and next.

wishlist za: anybody willing to realize my wishlist?

Pantai Timur Lagi

10:16:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Sambung dari cerita semalam. gara-gara nak cari tempat tido semalam masa turun dari Bukit Tinggi, kami empat beranak pun terus terlajak sampai Kuantan. so bermalamlah di Kuantan. Langsung ke Kuantan, esoknya kami terus ke Cherating dan Kemaman. Apa tujuannya? apa erk....
Malam bila sampai Kuantan, n dah Chek in hotel. g cari makan dulu.

Kak long dah keletihan sangat seharian berjalan, Nilai - Bukit Tinggi - Kuantan. Esoknya kami pun terus gerak ke Cherating, cari chalet kemudian sambung jalan plak. Cherating - Kemaman.

Dalam perjalanan nak ke Kemaman, singgah dulu beli kopok leko, wat kudap kudapan sementara nak makan tengahari kat Kemaman.

Lunch hour.. papa makan nasi sedap wooo, makan kat mana?

Makan kat Kuala Kemaman, kat kedai "Aziz Satar". makanan kampungnya boleh tahan. tapi ibu tak makan pun nasi, cuma papa, adik n kak long je makan nasi.

Nengok adik makan, abis sepah

Nilah kedainya. kalau sampai Kuala Kemaman, jangan lupa singgah, ada yang special kat sini, patutpun ramai nar orang yang datang

Inilah yang specialnya. aku makan ni berpinggan-pinggan... sedap woo.. puas banget

Ni yang makan di sini jer, belum campur yang dibungkus bawa balik tu


Bila dah kekenyangan

Lepas balik makan, semua balik chalet, tido jap. bila petang sambung aktiviti lain plak....

Mandi....... memula ingat tanak mandi. tapi geram plak nengok laut tu hehehehe
Nengoklah 3 beranak tu


Nilah gambar terakhir yang dapat diambil sepanjang di Pantai Timur sebelum kemera kena serang ombak hahahahahahahaha..... kena tukar kamra yang lagi canggih nih.

apa-apapun semua dah selamat sampai balik umah esok harinya. biarpun kepenatan, tapi sonok. alhamdulillah, sampai gak aku ke cherating dan tak kempunanlah nak makan satar, ketupat palas goreng, kopok lekor dan bla bla bla....

Nota hati ibu: sonok bila dapat jejalan, cuci kepala, cuci minda, cuci segalanya... bila anak0anak sonok hatipun tak serabut. lepasn nak ke mana plak? KK - TAWAU............

Jalan-jalan cuci mata

11:03:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

sabtu lepas, 08/05/01 kami sekeluarga meneruskan niat untuk jalan-jalan di Bukit Tinggi, Pahang yang dah lama tertunda. dah lama nak pegi, tapi ada saja aral yang tak boleh nak dielakkan. tapi kali ni negad juga nak pegi, sebab tak tahu lepas ni bila lagi boleh pegi. tak banyak sangat gambar yang diambil sebab papa tak bawa camera, so kamera ibu saja yang ada, so belasah jer.

Ni muka baru sampai. dekat 2 jam gak jalan dari nilai, fuh tempuh traffic jam lah plak.

Ni baru nak panjat bukit, jenuh nak tolak troli adik. jom naik, nengok2 perkampungan jepun.

papalah yang jadi mangsa menolak adik yang dah semakin membesar bagai johan

Sampai-sampai atas belasah eskrem dulu kat satu-satunya kedai yang ada kat area ni.

muka kepenatan semua, abis mekap tebal-tebal luntur

"best wooo" adik cakap hehehehe

kak long maintain lagi, belum merengek lagi

sempat duduk kat umah orang jepun


Amik gambar kat luar jer, mahal nak mampos spa nyer.. tak mampu aku hehehehehe



ni masa dah nak turun. bila turun laju jer, jenuh tekan break.

inilah Colmar Tropicale hotel.

Ada angsa besar

Colmar Tropicale, cantik kan... suker.

Macam kat perancis, tak dapat jejalan g perancis, g tempat yang seakan-akan pun jadiklah. tapi kalau g sekejap-sekejap oklah, tempatnya menarik, bila petanga da aktiviti yang dibuat. cuma tempat makan terhad. pastu jangan was-was, kalau ada rasa syak, baik tak payah makan hehehehehe.


Rasa macam bam bam plak ibu hehehehehe.. baju ni kot buat kita nampak besar kan hehehehehehe

Anak-anak seronok nampak, ibu dan papa pun sonok tapi pening kepala lapas ni nak lepak mana plak, sebab dah petang sangat dah. nak balik nilai dah malas huhuhu



sebelum turun dari Bukit tInggi, singgah g nengok rabbit plak. kak long suka sangat, adik plak takut, langsung tanak amik gambar.

nengok, betulkan? adik takut....

Bila main playground adik suke plak
kami turun dari Bukit Tinggi dalam jam 6 petang... cari petrol pam, terus ke kuantan, sebab tanak tido kat Bukit tinggi punya pasal.. tu yang cari hotel kat Kuantan, lagipun tak pernah sampai Kuantan tu yang jelajah tu. hehehehehehehe.. nanti aku uploadkan gambar lagi yer...

Kisah Dari Mahkamah Syariah

9:15:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

salam semua. dalam beberapa hari ni aku tak dapat nak masuk langsung dalam email atau blog. semuanya dihack oleh orang yang pelik. bertungkus lumuslah aku nak selamatkan blog n email aku. alahai, penatnya. tapi alhamdulillah, semuanya balik pada yang asal. Harini aku baru boleh buka email, so terpanggil nak sharekan email ni. so bolehlah kita ambil iktibar dari apa yang berlaku.

Bekas pesakit barah payu dara kongsi pengalaman pahit 'dihina' bekas suami

MINGGU ini, ruangan ini memberi peluang kepada seorang pembaca yang menulis mengenai kisah hidupnya. Sedih sekali membaca kisah Khadijah (bukan nama sebenar) yang mendapat layanan buruk daripada suami yang sepatutnya melindunginya. Ikuti tulisan beliau.

"Saya tertarik hati membaca tulisan Siti Nur Almizan bertarikh 8 Oktober lalu di halaman Ratu, Berita Harian bertajuk 'Sokongan Suami Penawar Duka' kerana saya juga pesakit barah payu dara, tetapi nasib saya kurang baik sebab 'suami menambah duka'.

Saya disahkan menghidap barah payu dara pada Oktober 1998 ketika berumur 44 tahun. Saya mempunyai empat orang anak yang sedang bersekolah ketika itu. Saya membuat pemeriksaan awal sendiri di hospital sehinggalah pengesahan daripada doktor mengenai penyakit itu tanpa suami.

Mungkin nasib saya agak baik kerana bertugas sebagai pendidik, jadi tidaklah terlalu memikirkan masalah kewangan. (Suami saya juga seorang pendidik). Saya akur dengan nasihat doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang sebelah kanan payu dara dengan segera dan saya perlu memberi tahu suami mengenainya.

Ketika itu saya memang tidak dapat membayangkan masa depan saya dalam keadaan yang cacat 'mahkotanya'. Perasaan berbelah bagi sama ada hendak bedah atau mencari pilihan lain atau merahsiakan saja daripada suami dan keluarga. Namun apabila membayangkan wajah anak-anak yang memerlukan, saya berjanji kepada diri sendiri 'Aku mesti sihat demi masa depan anak-anak' dan saya menerima musibah ini sebagai ujian Allah selepas diberi kaunseling oleh seorang jururawat.

Dalam keadaan yang sangat sedih saya memberitahu suami mengenai perkara itu dengan harapan saya akan mendapat semangat atau sokongan manja daripadanya, tetapi jawapan yang diterima ialah "Kalau doktor kata bedah .... bedahlah.... kalau sampai masa untuk mati... matilah nak buat macam mana?.."

Di manakah tempat untuk saya meletakkan kesedihan ketika itu? Saya tidak mahu menunjukkan kesedihan di depan anak-anak kerana saya tidak mahu pelajaran mereka terganggu jika saya tidak bersemangat. Begitu pun, suami setuju untuk saya dibedah dan dia berjanji menerima keadaan diri saya seadanya selepas pembedahan.

Pada awal November 1998 saya menjalani pembedahan mastektomi, tetapi sebelum itu doktor menasihatkan suami untuk bercuti pada hari pembedahan, tetapi suami tidak bersetuju dan apabila saya meminta suami hadir awal ke hospital sebelum saya masuk ke bilik bedah, dia hanya berkata "tengoklah kalau sempat datang" (saya akan di bedah jam 8.30 pagi).

Kesedihan saya bertakuk lagi apabila saya sudah pun dipakaikan dengan baju bedah, suami masih lagi tidak muncul-muncul sehingga saya dibawa ke Bilik Bedah tanpa iringan suami yang sepatutnya memberi sokongan kepada saya, juga untuk saya mencium tangannya sebelum dibedah, manalah tahu jika umur tidak panjang.

Saya berada di wad selama 10 hari, apabila pulang ke rumah, suami tidak sabar-sabar untuk menuntut layanan intim daripada saya tanpa bersimpati dengan apa yang saya tanggung selepas pembedahan, meleleh air mata ketika menunaikan kehendaknya, dan begitulah seterusnya. Memandangkan bekerja dengan kerajaan, saya diberi cuti bergaji sepanjang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi.

Suatu hari saya diperkenalkan dengan payu dara gentian (silikon) oleh seorang jururawat hospital yang harganya lebih kurang RM300 dengan bayaran dua atau tiga kali. Saya menyuarakan kepada suami untuk membelinya, tetapi suami dengan selamba berkata: "Buat apa beli harganya mahal... sumbat sajalah dengan kain buruk!" Apakah perasaan saya ketika itu?

Memandangkan saya mempunyai wang gaji sendiri, saya beli silikon itu dan gunakan hingga hari ini dengan selesa walaupun sudah sedikit rosak (10 tahun guna) kini saya sedang mencari di mana boleh membeli yang baru. Saya pernah mengajak suami untuk pergi mencari yang baru, tetapi tidak dilayan.

Sepanjang mendapatkan rawatan, ada kalanya saya tidak boleh pergi ke hospital sendirian, saya perlukan pertolongan suami untuk memandu kereta contoh ketika membuat rawatan kemoterapi dan radioterapi. Ketika itu saya terpaksa bersabar dengan rungutan, muka yang masam, ada kala membisu dan pelbagai macam kerenah daripada suami.

Saya hampir hilang semangat untuk meneruskan rawatan susulan selepas pembedahan, tetapi atas nasihat doktor pakar yang merawat saya dan tidak jemu untuk memujuk supaya saya menghabiskan rawatan terutama kemoterapi dan radioterapi. Kadangkala saya rasa tertekan oleh sikap suami yang berasa jijik apabila tiap kali rawatan kemoterapi, saya akan mengalami muntah-muntah dan dia akan menjauhkan diri daripada saya.

Bila bertanyakan pendapat suami adakah saya perlu memberhentikan saja rawatan kerana sikapnya itu, dia menjawab: "Suka hatilah. Kalau Tuhan nak pendekkan umur, rawatan macam mana pun tetap mati juga."

Itulah kata-kata 'sokongan' yang saya terima daripada suami, yang penting baginya saya tidak menyusahkan dia untuk meminta pertolongan. Bagi memudahkan saya memandu, saya menukar kereta jenis automatik dan kembali bekerja apabila cuti sakit tamat.

Demi anak-anak saya bertekad, reda dan berdoa kepada Allah supaya saya diberi ketabahan dan kekuatan iman untuk menghadapi semua perkara yang menyedihkan. Saya membina semangat sendiri dengan sokongan sahabat baik yang bersimpati.

Saya menjaga kesihatan dengan membaca pelbagai artikel dan membeli ubat-ubatan (vitamin) yang boleh menguatkan imunisasi dengan kewangan sendiri. Suami tidak percaya jika saya sekali-sekala mengatakan penat atau kurang sihat sebaliknya dia akan menuduh saya sengaja berkata begitu sebagai alasan untuk tidak melayan kehendaknya. Bermakna saya mesti sihat sentiasa demi kebahagiaan suami dan keluarga.

Saya mulakan keredaan kepada Allah dengan membaca al-Quran dan surah Yassin sebagai 'Syifa' (penyembuh) dan bermohon supaya diberikan kesihatan baik sehingga anak-anak boleh berdikari. Saya luangkan masa untuk ke kelas mengaji dan berzanji, sedangkan suami pula terus membuat pelbagai kerenah yang kadang-kadang memberi tekanan emosi kepada saya walaupun saya tahu itu adalah tidak baik bagi pesakit barah.

Tetapi apa boleh buat sudah sikap suami begitu, justeru saya mencari ketenangan di sejadah dan daripada urusan kerja di sekolah. Memang Allah itu maha pengasih ketika saya masih lagi belum sembuh sepenuhnya, saya memohon untuk menunaikan Fardu Haji di Makkah. Alhamdullilah pada awal 2001 saya diterima untuk menunaikan ibadat haji dan saya pergi tanpa suami dengan hanya menumpang seorang bapa saudara yang berumur 75 tahun ketika itu.

Saya bersyukur sepanjang menunaikan ibadat di Makkah, saya sihat walaupun berjalan jauh ke masjid untuk tawaf, saie dan melontar jamrah. Doktor ada membekalkan ubat-ubatan, tetapi saya rasa sihat dengan air zam zam.

Itu cerita hampir 10 tahun lalu. Kesabaran yang Allah kurniakan kepada saya, dapat mengatasi segala kesedihan yang ditanggung. Dua orang anak saya sudah bekerja dan mempunyai keluarga sendiri, seorang anak saya baru saja menamatkan pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dan sudah pun bekerja, hanya seorang lagi anak masih lagi di IPT.

Namun suami tidak bersyukur dengan keadaan saya yang sentiasa berusaha untuk yang terbaik bagi menyihatkan diri tanpa menyusahkan dia baik dari segi masa mahupun kewangan. Saya bekerja dengan lebih bersemangat dan dikurniakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan dianugerahkan Guru Cemerlang pada 2008. Saya sentiasa positif dan ceria kepada semua perkara yang saya lakukan sehingga sukar untuk sesiapa percaya bahawa saya adalah pesakit barah payu dara.

Begitupun, saya tidak boleh lari daripada ujian Allah. Dugaan dan kesedihan datang lagi selepas 10 tahun saya membina semangat dan jati diri sendiri. Saya rasa apa yang saya lakukan tidak mempunyai nilai apa-apa dan semangat terbina akan luntur jua jika tiada sokongan yang kuat kerana dua hari sebelum saya menyambut ulang tahun ke-55 kelahiran saya, suami bertindak keluar rumah dan mendaftarkan perceraian di Mahkamah Syariah.

Saya dijatuhkan talak dengan alasan 'isteri enggan melayan suami' selepas 30 tahun hidup bersama dan suami lupa pada janjinya. Saya rasa terlalu aib dan hina sekali, saya tidak mahu membantah alasan yang diberi kerana mahu menjaga maruah suami di mahkamah sebaliknya menerima perceraian itu dengan reda dan ketentuan Ilahi dengan persoalan 'layanan yang bagaimanakah dikehendaki oleh suami dan apakah hina mempunyai sebelah payu dara?'

Perkara ini berlaku disebabkan pada awal sesi persekolahan 2009, sebagai guru yang agak sibuk sedikit dengan tugasan awal tahun, ada kalanya saya sangat letih (waktu balik jam 3.00 atau 4.00 petang, tetapi 10 minit sudah sampai ke rumah). Ketika itu suami sudah bersara wajib 56 tahun.

Selain itu, saya juga sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan anak. Saya tidak pernah ada pembantu rumah sejak mula berkahwin dan semua urusan anak serta rumah tangga saya uruskan sendiri. Suami akan membantu mengikut mood dan suatu malam saya menolak kehendak intim suami kerana terlalu letih.

Itulah pertama kali saya menolak dan keesokan harinya suami terus dingin berpanjangan, saya cuba membaiki keadaan, tetapi dia menambahkan emosi saya. Suami keluar dari rumah ketika saya bekerja. Suami balik ke kampungnya dan mungkin bercerita kepada saudara-mara di sana mengenai kekurangan diri dan layanan yang saya tidak tunaikan kepadanya.

Akhirnya dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya yang berbunyi.

"Jumpa di pejabat kadi," dan saya membalas "Untuk bincang apa?" Dia menjawab SMS "Aku bukan nak bincang, tapi nak ceraikan kau!"

Baru-baru ini, dengan bangga sekali bekas suami memberi tahu anak-anak yang dia akan berkahwin lagi dan menghantar SMS kepada saya yang berbunyi "Dia tak macam engkau", mungkinkah maksudnya wanita itu lebih baik dari saya yang sudah cacat mahkotanya? Kenapa ya...

Haruskah saya meneruskan semangat diri pada hujung-hujung usia begini? Perlukah saya menyambung kesedihan sebagai pesakit barah payu dara sehingga ke akhir hayat kerana terlalu mahal untuk mendapatkan sokongan daripada orang yang dipanggil suami?

Pada ketika ini, saya berserah kepada Ilahi dan saya tidak peduli lagi apa akan berlaku pada diri saya selepas ini, andainya saya positif semula pada penyakit itu, saya reda ianya menjadi titik terakhir dalam kehidupan saya. Itulah semangat yang mula tertanam di hati saya."

Kepada Khadijah, langit tidak selalu mendung. Pada usia semakin senja, usah biarkan penghinaan bekas suami menjadi kudis di hati. Anggaplah tindakan dan kata-katanya bagai orang tua yang sudah nyanyuk. Pekakkan telinga, kerana hakikatnya Khadijah jauh lebih baik daripada bekas suami.

Sesungguhnya, tindakan Khadijah yang tetap sabar dengan segala tindakan atau kata-kata melampau suami, amat terpuji. Kehilangan payu dara bukan noktah kepada kehidupan. Ini ujian daripada Ilahi dan ingatlah, Khadijah 'dipilih' kerana kesabaran tinggi yang dimiliki.

Hanya insan sabar seperti Khadijah yang mampu mengharungi 10 tahun paling menyakitkan itu. Mungkin perceraian jalan terbaik supaya Khadijah tidak lagi disakiti. Malah inilah masanya untuk Khadijah melakukan apa saja untuk diri sendiri, sesuatu yang tidak dapat dilakukan ketika hidup bersama bekas suami.
bhnita@bharian.com.my


suara hati za: rasanya tak setabah wanita ni...... tetiba teringat kata orang, ada betulnya juga "pompuan yang dah kawin ni nasib dia bak untung sabut timbul, untung batu tenggelam..."

Selamat Hari Ibu

3:28:00 PM Aliza Reesya 0 Comments


Selamat hari ibu buat semua ibu. doa aku untuk diri sendiri, semoga aku terus menjadi ibu yang baik dan terhebat buat anak-anak aku. dan my wishlist... hmmm harap-harap tahun ni aku mendapat ucapan selamat hari ibu dari mereka yang menganggap aku ibu hmmm... kalau dapat cincin sebentuk pun best gak kan kekekekekeke.

suara hati ibu: hari-hari mengharap menjadi ibu terhebat

Followers