18 August, 2010

On 10:13:00 AM by Aliza in
Sebab - Pengaliran susu anda akan menyusut kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor
yang berikut:

1. Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang ia hendak.
2. Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3. Jika anda beri bayi menghisapsebelah buah dada sahaja.

Susu anda juga akan menyusut:

1. Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu.
2. Jika anda menghadapi tekanan emosi .

Penyelesaian -

1. Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2. Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3. Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4. Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur,
susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran).
5. Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
6. Cuba tenangkan diri anda.

WANITA: MENYUSUKAN BAYI

Breast-feeding atau penyusuan bayi oleh ibu adalah sangat disyorkan berbanding pemberian susu formula. Di samping mengeratkan pertalian ibu-anak, ada bahan-bahan yang tidak disertakan dalam susu formula, terutamanya antibodi untuk menentang penyakit. Kebaikan-kebaikan penyususan ibu termasuklah :

Susu awal ibu mengandungi colostrum. Colostrum mengandungi serum, sel darah putih dan antibodi yang memberikan perlindungan kepada bayi. Bayi yang baru lahir mempunyai daya tahan penyakit yang sangat lemah. Penyusuan bayi megawal bayi daripada sakit-sakit seperti cirit-birit, infantile eczema dsb.

Susu ibu juga mengandungi bahan-bahan lain yang penting seperti anti-allergik dsb.

Ia mengeratkan pertalian antara ibu dengan bayi.

Membantu menjarakkan bayi. Ini kerana hormon prolactin yang penting semasa penyusuan bayi menyebabkan proses pengeluaran telur terbantut.

Kemungkinan berlakunya kanser payu dara dikatakan boleh dikurangkan dengan penyususan bayi.

Ia membantu mempercepatkan pembuangan tali pusat (placenta).

Ia mudah didapati dan suhunya sesuai tanpa perlu dipanaskan terlebih dahulu.

Susu ibu mudah dihadam oleh usus bayi. Ia agak cair pada awal penyusuan dan menjadi semakin pekat.

Kejadian dimana pengambilan susu oleh bayi terlebih tidak berlaku dengan penyusuan ibu.

Bayi yang disusukan oleh ibunya didapati lebih cepat mampu berjalan.

Vitamin dan pemakanan yang perlu untuk ibu yang menyusukan bayi:

Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih banyak kalori (pertambahan sehingga 800 kalori). Pemberian makanan yang seimbang sangat perlu. Di samping itu, pastikan pengambilan vitamin dan pemakanan di bawah ini diawasi :

vitamin A sehingga 25,000 iu (international unit)
vitamin C
protein
vitamin K - yogurt, kobis
vitamin E
vitamin B kompleks
kalsium.

Permintaan terhadap kalsium naik semasa menyusukan bayi minum banyak air dan susu
Kebanyakan apa yang diambil ini akan dikeluarkan di dalam air susu dan ia penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Perkara-perkara lain

  • Jumlah air susu yang dikeluarkan tidak sama antara ibu
  • Perkara-perkara ini boleh menyebabkan air susu berkurangan:
  • Masalah thyroid
  • Merokok, demam, rasa gelisah, rasa penat
  • Keadaan kesihatan ibu yang tidak baik
  • Pemakanan yang tidak seimbang (lihat di atas)
  • Kurang darah (anaemia) seperti pendarahan selepas bersalin (post-partum haemorrhage)
  • Kekerapan menyusu boleh menyebabkan air susu bertambah

Pengambilan pil perancang. Untuk yang menyusukan anak, jenama yang disyorkan ialah Noriday kerana ia hanya mengandungi satu jenis hormon sahaja, berbanding 2 jenis bagi jenama-jenama lain (lihat wanita_rancang.htm)


Stimulasi yang dikenakan ke atas buah dada. Kanak-kanak yang diberikan pacifier (puting plastik untuk dihisap semasa tidak menyusu) mungkin tidak menyedut dengan kuat berbanding yang tidak diberikan pacifier. Begitu juga sekiranya bayi demam atau mengalami kecacatan seperti bibir sumbing.

Kedua-dua buah dada haruslah digunakan semasa menyusu.

Penggunaan habbatus sauda membantu menambah susu badan.

Antara ubatan yang digunakan untuk menambah susu ialah MAXOLON (metoclopramide). Ubat ini selalunya digunakan untuk masalah angin perut dan pening-pening kepala. Bagaimanapun, ubat ini didapati dapat meningkatkan kandungan hormon prolaktin, yang akan meningkatkan kandungan susu.

Masalah yang berlaku jika tidak menyusukan bayi

Ibu yang tidak menyusukan bayi mungkin menghadapi masalah kerana buah dada akan membengkak kerana susu tidak dapat dikeluarkan. Ini menyebabkan sakit dan ketidak-selesaan pada ibu tersebut.
Oleh itu, ibu yang tidak menyusukan bayi perlu mengeluarkan susu menggunakan alat pengepam susu yang banyak didapati di farmasi dan kedai-kedai bayi. Bagaimanapun ini mungkin menyebabkan komplikasi lain atau acute mastitis. Ketulan merah mungkin berlaku pada buah dada. Kawasan ini mudah dijangkiti oleh kuman.
Pemberhentian susu boleh dilakukan dengan pengambilan ubat. Antara ubat yang popular ialah ubat yang mengandungi bromocriptine (boleh didapati hanya di klinik atau farmasi). Bagaimanapun, penggunaan bromocriptine (seperti Parlodel dsb) untuk tujuan ini tidak lagi digalakkan. Sebaliknya ubat yang mengandungi metergoline seperti Liserdol lebih disyorkan. Ubatan ini boleh didapati di klinik atau farmasi sahaja.



BOLEHKAH SEMUA WANITA MENYUSU?

Secara lumrahnya setiap wanita dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan setiap wanita boleh melakukannya.
Saiz payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap akan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak, mengikut permintaan bayi. Masalah puting susu yang leper atau tenggelam juga tidak sepatutnya menjadi halangan. Mereka yang menghadapi masalah sebegini sebaiknya mendapatkan bantuan profesional yang boleh membantu mereka.

petikan dari forum Dr. Hamid Arshad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...