18 August, 2010

On 10:10:00 AM by Aliza in
Sambuti si manja ke dunia baru yang mengkagumkan. Dunia yang menyayanginya, di mana bermulanya bibit-bibit kehidupan yang indah. Istimewa daripada anda.

Permulaan bibit-bibit kehidupan ini ialah dunia serba indah dan eksklusif dalam penyusuan susu ibu. Satu pengalaman yang unik dan lumrah yang dialami bersama oleh wanita seluruh dunia sejak permulaan zaman.

Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah panting ke arah perkembangan dan pambesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. la mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
Sebenamya, susu partama anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi sabab tiada makanan lain yang dapat mambarikan khasiat yangsahabat ini.

MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING SESUAI UNTUK BAYI

Penyusuan ibu menampilkan aneka kelebihan untuk bayi anda. Antaranya:
• Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul
dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
• Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada
jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
• Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
• Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
• la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
• Susu ibu memberikan khesiat terbaik untuk bayi.
• Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah
membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
• Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara
penyusuan lain.

Bukankah ini yang terbaik untuk bayi anda?

MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING BAlK UNTUK ANDA

Menyusu bayi dengan susu ibu juga balk untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya:

• Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan
anda daripada mengandung.
• Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
• la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan
yang berlebihan.
• la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
• Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja ,pada bila-bila masa.

MASALAH YANG SERING BERLAKU SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang baru melahirkar) anak pertama mungkin.mengalami sedikit masalah untuk dua minggu pertama dalam penyusuan susu ibu. Berikut adalah beberapa masalah yang sering dialami:
Bengkak buah dada
Sebab - Jika kedudukan bayi anda tidak betul dan bayi jarang diberi susu ibu, buah dada akan jadi padat dengan susu. Buah dada anda akan terasa bengkak, keras, berat dan sakit. Ini mungkin berlaku terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin.
Penyelesaian: Sebelum menyusu, perah buah dada dengan perlahan-lahan untuk melembutkannya. Ini akan memudahkan bayi menghisap puting dan areola. Anda juga akan merasa kurang sakit.
o Jika buah dada anda masih keras selepas menyusu, perahkan baki susunya. Tuamkan buah dada untuk
melegakan kesakitan.
o Pakai coli yang mengampu buah dada dengan baik.
o Tentukan kedudukan anda betul dan bayi menetek dengan berkesan. Jangan hadkan penyusuan.Menyusulah
dengan lebih kerap.

Puting yang luka atau merekah

Sebab - Jika bayi hanya menghisap puting dan tidak areolanya, ini akan menyebabkan puting luka atau merekah.

Penyelesaian -

1. Pilih kedudukan yang sesuai dan selesa. Dekatkan bayi ke buah dada dan bukan sebalik-nya.
2. Pastikan bayi menghisap puting bersama areolanya. Oleh itu mulutnya haruslah terbuka luas dan dagunya
menyentuh buah dada anda.
3. Amat penting anda terus menyusukan anak dalam kedudukan yang betul.
4. Beri bayi hisap buah dada yang tidak sakit dahulu. Bila susunya mangalir dangan elok, beralih- lah ka buah
dada yang sakit itu.
5. Selepas menyusu, masukkan hujung jari anda ke penjuru mulut bayi. Kemudian alihkan bayi dengan perlahan
dari buah dada anda.
6. Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu untuk membantu memulihkannya. Elak daripada
menggunakan sabun, krim atau losyan pada puting.
7. Dedahkan puting anda ke udara sekerap mungkin. Elak daripada memakai coli sehingga kesakitannya reda.
8. Jika putingnya terlalu sakit, dapatkan nasihat doktor. Sementara itu, perah susu anda agar pengeluaran susu
tidak terjejas dan bayi terus disusui.

petikan dari forum Dr. Hamid Arshad



sentiasa cuba untuk memahami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...