18 August, 2010

On 10:08:00 AM by Aliza in
Amalan Positif:-

1. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil.
2. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
3. Menyusui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
4. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang betul dan selesa supaya tidak terasa lenguh.
5. Makan makanan yang seimbang dan minum air atau cecair yang mencukupi.
6. Ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan semakin banyak susu akan dihasilkan.

Amalan Negatif:-

1. Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Bayi hanya perlukan kolostrum pada hari-hari awal selepas kelahiran.

2. Bayi tidak memerlukan sebarang minuman lain seperti susu botol atau air. Cara menghisap puting botol dan puting buah dada adalah berbeza. Ini akan mengelirukan bayi dan seterusnya menggagalkan penyusuan susu ibu.

3. Dalam masa 6 minggu pertama adalah 'masa latihan' untuk ibu dan bayi. Anda harus tenang dan sabar semasa melakukan penyusuan kerana cara ini dapat menyelesaikan banyak masalah.

4. Adalah menjadi suatu kebiasaan jika bayi yang diberi susu ibu kerap membuang air besar. Najis ini biasanya cair dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga merupakan suatu perkara biasa.

Berapa Lama Bayi Perlu Menyusu?

Penghasilan susu ibu yang secukupnya diperolehi dalam masa 6 minggu. Dengan ini ibu boleh meneruskan pemberian susu selama mana yang diingini. Para doktor mengesyorkan supaya bayi harus diberi susu ibu sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Ramai juga ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi mereka sehingga 2 tahun. Amalan begini sangatlah digalakkan kepada keluarga yang mempunyai banyak alahan.
Oleh kerana banyak susu akan terhasil selepas kelahiran, adalah tidak mustahil bagi ibu-ibu yang bekerja terus menyusui bayi mereka walaupun mereka bekerja sepenuh masa atau secara sambilan.

Pilih Tempat Bersalin

• Pilih hospital "Baby-Friendly" untuk melahirkan bayi anda.
• Ini adalah langkah pertama bagi penyusuan susu ibu.


Susu ibu sangat berharga.Selain daripada menjamin kesihatan ibu dan anak, penyusuan susu ibu dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Seterusnya, penyususan susu ibu juga menjimatkan kos perubatan dan rawatan.
Melabur dalam penyusuan susu ibu, menjamin kesihatan masa depan keluarga, masyarakat dan negara.

Faedah untuk keluarga.

o Keluarga berjimat kerana tidak perlu membeli susu formula, botol susu dan puting.
o Keluarga juga berjimat kerana tidak perlu masak air dan membersihkan botol dan puting susu.
o Bayi yang diberi susu ibu jarang jatuh sakit dan menjimatkan kos rawatan.

Pemberian susu formula adalah amalan yang membazir dan merbahaya.
Kos susu formula adalah tinggi

o Keluarga terpaksa berbelanja banyak untuk membeli susu formula, botol susu dan puting.
o Keluarga juga terpaksa membazir wang, membuang masa dan tenaga kerana perlu memasak air dan
membersihkan botol dan puting susu.
o Menjejas perkembangan fizikan dan emosi ibu dan bayi.
o Tidak membantu ibu menjarakkan kelahiran.

Seorang bayi memerlukan 22 kg susu formula dalam 6 bulan pertama. 2.5 kg pada bulan pertama, 3.2kg pada bulan ke-2 dan 4 kg sebulah pada bulan seterusnya.

Penyusuan susu ibu secara ekslusif

Untuk 6 bulan pertama, bayi perlu diberikan cuma susu ibu. Makanan dan minuman lain tidak harus diberi sebelum bayi berumu 6 bulan kerana Ini hanya akan mengurangkan penyusuan susu ibu dan seterusnya menjejaskan pembesaran bayi.

Akibat pemberian makanan dan minuman terlalu awal.

• bayi tidak mendapat khasiat susu ibu yang sepenuhnya.
• Bayi mudah dijangkiti penyakit.
• Pembesaran bayi akan terbantut.
• Perkembangan mental bayi akan terencat.
• Ibu mudah mengandung semula dan menghasilkan bayi yang kecil.
• Pengeluaran susu ibu akan berhenti
• Keluarga terpaksa bergantung kepada susu formula.

Bahaya pemberian susu formula.
Lebih kerap mendapat cirit-birit
lebih kerap mendapat jangkitan pernafasan
lebih menyakit meningitis
lebih jangkitan telinga
lebih alahan
lebih banyak masalah pembelajaran dan perkembangan mental
lebih kerap memerlukan rawatan di hospital
mengakibatkan kekurangan zat makanan.

petikan dari forum Dr. Hamid Arshad



za: bermacam-macam petua yang dicuba. malam ni petua apa pulak yer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...