30 November, 2010

On 10:37:00 AM by Aliza   No comments
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi . Posted @ www.isuhangat.net



za: takut akan hari pembalasan, sebab tu dari hari kehari cuba menjadi umat yang terbaik. Ya Allah, ampunilah dosaku ...
On 9:14:00 AM by Aliza   1 comment
Aku sedang mencari info pasal talasemia... bukan apa, saja nak berinfo.. jadi aku pun sharelah sket kat sini, mana tau leh jadi info berguna nanti.... aku dapat ni pun dari sini
jadi marilah sesama menambah info dan ilmu hehehehehe....

Pada tahun 2006 didapati kira-kira lima peratus atau sejuta rakyat Malaysia dikenal
pasti sebagai pembawa gen talasemia.Daripada jumlah ini, 200 hingga 350 bayi yang dilahirkan
di negara ini didiagnosis menghadapi penyakit tersebut.Bayi yang tidak dapat dirawat akan
meninggal dunia dalam usia 10 higga 12 tahun.

1) Penyakit talasemia adalah sejenis penyakit anemia. Untuk penjelasan dari segi Biologi, penyakit talasemia adalah penyakit yang dibawa oleh gen autosomal(gen-gen lain kecuali gen sex) yang bersifat codominan. Maksudnya, penyakit ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Maksud codominan ialah jikalau pesakit mendapat dua gen talasemia daripada kedua-dua orang tuanya, maka pesakit tersebut akan menghidapi pesakit talasemia major yang kronik. Sebaliknya jika pesakit hanya mendapat satu gen talasemia daripada salah seorang orang tuanya dan satu lagi gen yang sihat, pesakit tersebut akan menghidapi talasemia minor. Dalam kes penyakit talasemia minor, pesakit akan mempunyai 50% sel darah merah yang sihat, 50% lagi yang sudah terjejas bentuknya dan tidak lagi efektif untuk membawa oksigen. Pada altitud yang rendah, lazimnya darat, pesakit tersebut tidak akan merasa apa-apa yang tidak kena. Ini kerana di darat, badan kita hanya memerlukan 30% sel darah merah yang sihat sahaja untuk membawa oksigen. Akan tetapi, jika pesakit itu naik ke altitud yang tinggi, dia akan mengalami simptom yang sama dengan pesakit talasemia major. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke badan kita. Sel darah merah yang sudah terjejas bentuknya tidak boleh membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan. Pembawa gen talasemia juga boleh menghadapi simptom-simptom talasemia jika mereka naik ke kawasan yang tinggi. Saya tidak menghadapi penyakit talasemia.

Orang yang menghadapi talasemia ataupun pembawa gen talasemia besar kemungkinan akan mempunyai muka yang pucat. Tetapi mereka tidak akan menjadi lebih putih daripada orang lain. Warna kulit kita dikawal oleh pigmen yang dikenali sebagai melanin, bukannya sel darah merah.

2) Simptom-simptom yang boleh diperhatikan pada pesakit talasemia minor adalah muka pucat, letih, ada "garis" @ "bulatan" hitam di mata dan simptom lain yang boleh dikaitkan dengan akibat kekurangan oksigen.

3) rawatan yang boleh diambil untuk mengawal penyakit talasemia ialah tranfusi darah dan pemindahan sum-sum tulang sekirannya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Gejalanya;
-Keletihan yang teruk.
-Sesak nafas.

-Jaundis. (Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan Bilirubin di dalam badan.)
-Limpa membesar.
-Kecacatan tulang
(muka berupa mongoloid).


Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
1.Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
2.Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
3.Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.

Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.


Talasemia major
1.Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
2.Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.
3.Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.


jadi lepasni g lah wat pemeriksaan saringan talasemia.. manalah tau ada antara kita yang menjadi pembawa, pengihidap atau yang seangkatan dengannya... apa-apapun... bersedia lebih baik...





za: sentiasa cuba yang terbaik. bila ujian datang, amat berharap ada sokongan dari orang sebelah, tapi kalau orang sebelah buat tak tahu dan boleh gelakkan kita.. hmmm tanggunglah sakit tu sendiri..

29 November, 2010

On 9:39:00 AM by Aliza   1 comment
Jumaat, Sabtu dan Ahad Wuddah membuat jualan pembukaan.. banyak barang yang diturunkan harga... antaranya bamboo cd yang harga RM50 diturunkan ke RM30.. Bamboo printed CD yang regenya RM79 diturunkan ke RM35... tapi cuma sehari jer rege diturunkan gile2. dan alkisahnya plak... hari sabtu.. bintik merah berair aku jumpa kat belakang badan adik.. alamak... bila dibawa ke klinik, comform adik kena chiken pox... tapi alhamdulillah.. adik tak  meragam sangat... cuma dia main sorang2 jer...

tengoklah dia, main sorang jer

Sian anak ibu.. kat dahi pun dah timbul

buat apa dik?

menulis ibu

alahai anak aku yang sorang nih..

kak long dah tanak main ngan adik

nampak tak dahi adik?

nak cari member lah


inilah kedai adik

Kedai kecil ajer.. tapi alhamdulillah... inilah rezeki kami
terima kasih buat yang sudi datang.. semoga Allah saja yang membalas support yang anda berikan.. buat member yang join, nora, azrina, Vivian.. tengs alot for ur support.. tanpa kalian siapalah kami.. for all staff.. terima kasih atas kerjasama yang diberikan...


za:seronok bila dilibatkan dalam aktiviti begini.. rasa nak menolong pun berkobar2 tapi kalau tak dilibatkan banyak lebihkan orang lain.. akupun tak heran huhuhuhu

24 November, 2010

On 8:34:00 AM by Aliza   No comments
Sempena pembukaan Showroom Wuddah di Nilai 3, saya dgn berbesar hati menjemput semua kengkawan blog untuk dapatkan baucar untuk barangan Wuddah. cuma perlu comment dgn tulis NAMA, NO. KP, dan NO.TEL. Baucarnya adalah:
 free baucar RM10 utk pembelian RM10 keatas
 free baucar RM20 utk pembelian RM20 keatas 
free baucar RM50 utk pembelian RM50 keatas.
jom meriahkan jualan.

Baucar ni hanya sah untuk tempoh 3 hari sahaja (26, 27, 28hb 11 2010). 
TERHAD KEPADA 10 ORANG PERTAMA SAHAJA.

syaratnya:
saya tak limitkan berapa nilai baucar yang anda akan dapat.  Tapi seorang hanya akan dapat 1 baucar saja.  so penentuan baucar anda adalah pada masa anda membuat pembelian nanti, kalau pembelian anda RM150 saya akan bagi baucar yang paling besar RM50. then anda  bleh tebus barangan Wuddah yang bernilai RM50 selepas bayaran dibuat. kalau pembelian bawah RM20 tapi atas RM10, anda akan dapat baucar free RM10. saya harap penerangan saya jelas yer.

Map Ke Showroom Wuddah Nilai 3

tuntutan baucar hanya terhad kepada barangan wuddah sahaja.



za: sekali sekala membantu, i like it

22 November, 2010

On 8:29:00 AM by Aliza   No comments
Jualan Pembukaan Wuddah @ Nilai 3 pada 26 - 28 Nov 2010 (Jumaat - Ahad) Masa 10.00pg - 9.00 mlm. Dapatkan Lampin Kain Moden Wuddah, Jeans, Pakaian kanak-kanak berjenama (GAP, Polo, Guess dll), Milk Booster, Soft Toys, Story Book Pillow dan pelbagai brgn ibu, bayi dan kanak-kanak dgn HARGA PROMOSI (Hanya 3 hari!!) Semua Dijemput Hadir :)



semua kengkawan, saya dengan besarnya hati saya yang kecil ini, ingin menjemput semua datang untuk memberi sokongan kepada kami... insyallah dengan kehadiran semua, apa yang dirancang akan berjalan degan baik.. tak beli takper.. just datang untuk memberi support untuk percubaan pertama kami di Nilai 3....
sokongan dari semua hanya Allah saja yang boleh balas. TERIMA KASIH


gandingan bersama Kiosk Shaklee and me, Noorafizah Ahmad


za: hmm... rumah mana satu yer nak serbu...

16 November, 2010

On 9:12:00 AM by Aliza   No comments
Esok Hari Raya Aidil Adha... selamat berhari raya kepada semua terutama mereka yang berada di Tanah suci Mekah.... raya tahu ni kami anak beranak tak ada baju raya Aidil Adha.. pakai baju raya Aidikfitri jer... uhuk... tak sempat.. gara-gara sibuk memanjang... takperlah... yang penting dapat berhari raya. bukan apa, rasa tahun ni semuanya tak sempat saja.. sehari selepas raya kak long ada Exam untuk masuk darjah 1... so persiapan untuk itu lebih penting ... harap2 kak long dapat masuk kelas yang paling atas sekali yer... maksud ibu bukan kelas tingkat atas, tapi kelas budak2 pandai... ibu sentiasa nak yang terbaik buat anak2... AMIN.

12 November, 2010

On 10:00:00 AM by Aliza   3 comments
Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.
Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..
"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..
Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.
Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.
Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.



PS (Pendapat Aku) : Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman. Dan perkahwinan juga tempat kita di uji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dengan penuh hikmah .



"Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, btp besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. Jadikanlah kebaikkan seseorg isteri itu sbg hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg t'jawab utk anda memperbaikinya....InsyaAllah..

za: tak suka bila kecantikan dijadikan alasan untuk berubah hati.

10 November, 2010

On 8:18:00 AM by Aliza   No comments
aku suka baca entri ni, biarpun aku bukannya seorang usahawan... tapi aku adalah pekerja dan berusaha untuk meningkatkan taraf hidup aku dan keluarga dengan apa cara sekali pun.... aku amik artikel ni dari facebook.. saja nak share.

"Keluarga saya bukanlah dari golongan peniaga. Ayah dan emak saya adalah kakitangan kerajaan. Begitu juga makcik dan pakcik saya kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan.

Namun ada seorang pakcik saya… beliau adalah seorang yang kurang cemerlang dalam pelajarannya. Oleh itu peluang untuknya menyambung pengajian ke peringkat tinggi adalah tipis. Jadi tak adalah beliau mengikut jalan tipikal makan gaji seperti orang lain. Pakcik saya bermula sebagai pembantu kedai. Hari ini beliau memiliki rangkaian perniagaan sendiri.

Pakcik saya bukanlah seorang yang terkenal seperti Syed Mokhtar al-Bukhary, namun keperibadiannya dalam membina empayar perniagaan adalah contoh terbaik untuk saya ikuti. Beliau amat menitikberatkan elemen-elemen Islamik dalam perniagaannya.

1. Perniagaan yang halal

Ini adalah perkara wajib bagi peniaga Muslim. Walaupun menjadi seorang usahawan internet, namun jangan menggadaikan maruah agama dek kerana pasaran yang lebih besar terhadap benda-benda yang tidak menepati prinsip Islam.

2. Meraikan persaingan

Di dalam Islam tidak ada istilah persaingan, sebaliknya ia mengutamakan konsep takaful atau kerjasama, saling lengkap-melengkapi. Ini adalah nilai yang sudah hampir pupus dalam diri kebanyakan pengusaha dan peniaga Muslim. Sanggup tikam belakang dan ‘makan dalam’ untuk menjatuhkan sesama pengusaha ini.

3. Berurusniaga dengan Allah

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi (Surah al-Faatir : 29)

Tahukah anda bahawa ada seorang ulama yang mempunyai empayar perniagaan tidak pernah membayar zakat? Beliau adalah Abu al-Laits yang mempunyai rangkaian perniagaan yang besar tapi tak pernah membayar zakat.

Abu al-Laits tidak pernah membayar zakat kerana harta dari hasil perniagaannya tidak pernah disimpan sehingga cukup haul (setahun). Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membantu orang miskin, membangunkan ummah dan untuk kepentingan Islam.

Meletakkan Allah sebagai rakan kongsi bisnes kita, akan membuatkan kita sentiasa terbina sebagai seorang usahawan yang berdisiplin dan tidak mementingkan diri sendiri dan berorientasikan keuntungan semata-mata.

4. Menyediakan sarana untuk membantu ahli keluarga dan masyarakat

Imam Abu Hanifah menggunakan hasil dari perniagaannya untuk menyara murid-muridnya.

Bagi kami, anak-anak buahnya, pakcik saya menyediakan peluang2 pekerjaan, terutama untuk adik-adik dan sepupu saya yang baru menamatkan pengajian. Bukankah satu wasilah yang amat baik bagi mendorong anak-anak muda (terutama anak buah) menjalankan kerja berfaedah dengan menyediakan peluang2 ini. Maka tak adalah anak-anak buahnya yang berpeleseran sebab tak ada benda yang boleh dibuat.

5. Jujur dalam menjalankan perniagaan

Walaupun zaman sekarang, kata orang “Siapa lebih licik, dia akan cepat berjaya” tapi kita perlu ingat, Allah menggunakan hukum yang sama sepertimana yang diturunkan kepada Nabi kita. Berjaya di dunia bukan cermin kejayaan di akhirat, namun ia bukan juga sebaliknya. Menurut satu hadis (maaf, lupa perawinya), Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Kesengsaraan yang paling perit ialah susah di dunia dan susah di akhirat”.

Untuk berjaya, banyak jalan mudah, tapi kemudahan yang tidak berlandaskan syariat tidak membawa makna apa-apa. Berniaga bukan semata-mata untuk wang, atau kerana minat, tapi menjalankan urusan di bawah undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah.

Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit (Surah at-Taubah : 28)

6. Jauhi sifat dengki

Sifat dengki telah menyebabkan iblis dilaknat Allah, kerana dengkinya terhadap Nabi Adam. Disebabkan perasaan dengki dan iri ini iblis telah berusaha menggoda Nabi Adan dan Hawa sehingga mereka berdua dicampak keluar dari syurga. Usaha mereka berterusan menggoda anak-anak Adam agar masuk neraka bersama mereka.

Perniagaan pakcik saya adalah yang biasa-biasa, dan ramai pengusaha lain yang membuat benda yang sama. Namun pakcik saya berusaha keras untuk memajukan bisnesnya, dan tidak pernah mengaitkan dengan pengusaha lain. Malah menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi baginya untuk terus berjaya.

Bagi saya ahli perniagaan yang berjaya bukanlah orang yang paling kaya, tapi orang yang paling berbakti kepada masyarakat sekelilingnya, dan berbakti kepada agamanya. Apa guna kalau berjaya dan kaya tapi kedekut, atau tamak dan menjalankan kegiatan perniagaan secara monopoli. Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (maksud hadis).

Marilah kita sama-sama mendoakan ahli-ahli perniagaan ini tidak akan kelabu mata dengan kejayaan yang sedikit di dunia ini. Sama-sama kita bersaing secara sihat (win-win) agar semua dapat membina empayar masing-masing dan menakluk kembali dunia.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (Surah as-Shaff : 4)

Semoga kita semua akan jadi ahli perniagaan yang berjaya "

petikan dari sini


za: jadikan solat di tempat yang paling atas sekali.. walaupun sekali sekala terbabas, tapi tetap berusaha untuk jadikan ia paling utama, sebab punca kejayaan seseorang itu baik dalam keluarga, kerjaya atau apapun.. adalah solat.. bukannya perkara-perkara lain yang macam sering kita bicarakan dan isukan...

08 November, 2010

On 2:41:00 PM by Aliza   No comments
ni Nabil dan Qaireen, Nabil umo 3 tahun, Qaireen 2 tahun

anak-anak aku kekadang dah jadi macam ank terbiar bila mak ayah sibuk niaga hahahahahah...

Qaireen dah besar.. Nabil memula pemalu

nengok ragam nabil bila disuruh action

oh Nabil

hensemkan Nabil

dia sudah mula mengusik anakku


ini Naim.. abangnya Nabil, Naim pemalu orangnya... dari kecil memang pemalu

Naim sebaya Batrisyia

inilaj gambar kite


za: siapakah Naim dan Nabil?
On 9:42:00 AM by Aliza   No comments
Aku cuba redha dengan tiap percaturannya. denganapa yang telah ditulis DIA. walau perit untuk terima akan kenyataan, tapi aku tak punya pilihan lain melainkan terima demi insan lain yang aku sayang. walau kekadang hati berbisik berbicara aku seperti tiada pilihan lain.. tapi aku terpaksa jua terima.. biarlah dikatakan buta mata.. asal jangan buta hati.. asal jangan hitam di hati, kerana sesungguhnya aku tahu.. DIA lebih mengetahui di mana letaknya hati yang bersih dan tidak.
aku tahu.. ada ketika aku kelihatan seperti diperbodohkan, diperlaku seperti orang yang tiada hati, dilayan seperti orang yang tak boleh melihat dan mendengar, tapi itu bukan tanda aku kalah dan bodoh.. segalanya kerana aku cuba untuk REDHA dengan setiap ketentuannya, kerana aku pasti.. janjinya DIA pasti yang terhebat buat aku.... dan janjinya lagi... segalanya dibayar CASH!!! ALLAH Maha Besar... dia Maha melihat dan lebih mengetahui dari segala-galanya...  aku ibu beranak dua... besar ganjaran yang ditulis Dia buat aku...
buat dia di luar sana yang sering memperlekeh atau meletakkan aku di tempat yang paling rendah sekali dengan cacian, hinaan, kutukan dan cerita-cerita bodoh tentang kelemahan aku sebagai seorang MANUSIA untuk dijadikan sebab.... ingatlah... segalanya pasti ada GANJARANNYA...  cukuplah sampai di sini saja segalanya lakonan.. yang busuk itu pasti tak boleh disimpan lama.... tak kisahlah siapa dia.. yang pastinya kita tetap satu.. milik ALLAH... tiada yang kekal walau berkali kita cuba berlagak kekal untuk mendapatkan kepuasan dunia yang orang di sebelah kita tak boleh penuhi...

AMIN...


za: hati selalu berbisik.. kawan makan kawan dan sesekali bermonolog lagi... orang yang paling rapat dengan kita itulah yang selalunya menikam kita dari belakang.. dan orang yang kita selalu tolong itulah yang akan meracun kita balik.. ibarat anjing yang tersepit, bila dilepskan akan menggigit balik orang yeng membantu.. usahlah jadi seperti anjing wahai manusia.. ingatlah.. aku tak pernah buta melainkan Allah yang membutakan hati ini...
On 8:23:00 AM by Aliza
Hamba lalai, sombong tak akan dapat rahmat
SEBAGAI seorang Muslim, mengingati Allah SWT tidak semestinya dalam masa kesusahan atau ketika ditimpa bencana saja, tapi Allah perlu diingat sepanjang masa selagi nadi berdenyut kerana sebagai hamba, kita tidak boleh melupakan pencipta.

Hendaklah kita ingat Allah sentiasa bersama dan melihat apa yang kita lakukan sepanjang masa. Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dalam tulisannya berkata, orang yang tidak menjaga (ingat) Allah, maka Allah tidak akan menjaganya. Orang yang tidak dijaga-Nya, maka kehidupannya di dunia akan buruk dan tidak mendapat kebahagiaan, Sedangkan di akhirat tempatnya adalah di neraka jahanam, selama langit dan bumi masih ada.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa berpaling daripada mengingati-Ku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Taha, ayat 124)

Orang yang mengingati dan menjaga Allah sentiasa terdorong untuk melakukan perintah-Nya serta meninggalkan apa saja yang dilarang atau ditegah. Sembahyang fardu lima kali sehari akan segera dilakukan sebaik saja masuk waktu.

Sembahyang tepat pada waktunya menunjukkan salah satu ciri orang itu menjaga Allah dengan baik. Dan orang demikian akan Allah jaga mereka seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar.” (Surah Al-Ankabut, ayat 45)

Dalam kehidupan manusia hari ini memang ada golongan yang hanya mengingati Allah pada masa tertentu saja seperti apabila sakit atau ketika mendapat musibah. Mereka yang melakukan perkara dilarang boleh dianggap lupa mengingati Allah.

Melupakan Allah boleh berlaku dalam kalangan hamba-Nya yang lalai, terutama mereka yang diberikan kesenangan hidup. Mereka sombong dengan Allah, sedangkan kesenangan dan rezeki yang dinikmati itu semuanya datang daripada Allah. Mereka lupa kebesaran dan kekuasaan Allah.

Sebenarnya Allah boleh mengambil kembali kesenangan harta, kemewahan wang ringgit dan rezeki itu bila-bila saja yang Allah suka tanpa memberi notis amaran terlebih dulu. Mereka diberi kesenangan tetapi tidak mengingati Allah, maka Allah juga pasti tidak akan mengingati mereka.

Qarun adalah contoh terbaik untuk menjadi teladan bagi mereka yang sombong, tidak mengingati dan menjaga Allah. Disebabkan kesombongan dan keangkuhan Qarun, maka Allah binasakan dia dengan menenggelamkan dia, rumah dan seluruh hartanya ke dalam perut bumi.

Itulah padah dan balasan bagi orang yang sombong, tidak mengingati dan menjaga Allah apabila diberi kesenangan serta kemewahan hidup oleh Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang.” (Surah Yusuf ayat 64)

Untuk mengenali orang yang mengingati dan menjaga Allah tidak sukar. Sesiapa mengerjakan solat sebaik-baik saja masuk waktu dan solat itu dilaksanakannya pula berjemaah di surau atau masjid dengan khusyuk, maka orang itu adalah antara yang mengingati dan menjaga Allah.

Dalam sejarah Islam ada disebutkan ketika menjelang kematian akibat terkena tikaman dengan air mata berlinang Umar bin al-Khathab berkata: “Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam masalah solat, tidak ada bahagian apa-apa dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat.”

Selain memelihara solat (didirikan tepat pada waktunya serta khusyuk), menjaga hati juga salah satu ciri orang yang mengingati Allah. Menjaga hati bermaksud tidak tunduk kepada hawa nafsu yang mendorong ke arah perbuatan maksiat.

Orang yang menjaga hatinya akan memastikan hatinya sentiasa dalam keadaan elok dan bersih (selalu berzikir dan mentaati apa yang diperintahkan oleh Allah). Jika hati rosak dan kotor (melakukan perkara mungkar) maka orang itu tidak menjaga hatinya dengan baik.

Orang yang berani melakukan perkara mungkar tentu tidak mengingati dan menjaga Allah kerana jika mereka ingat dan menjaga Allah, sudah pasti ada rasa takut kepada balasan Allah dalam hati mereka.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya.” (Surah At-Taghabun, ayat 11)

Sesungguhnya dalam apa keadaan dan suasana sekali pun, kita perlu ingat kepada Allah. Jika kita mampu lakukan dengan ikhlas dan jujur, maka Allah akan menjaga serta mengingati kita di dunia dan akhirat. Apabila Allah mengingati dan menjaga kita, hidup akan tenang, bahagia dan selamat.


Pelihara solat, jaga hati ciri mukmin diredai
Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir


 

za: selalu lalai bila sibuk

04 November, 2010

On 9:54:00 AM by Aliza   No comments
ini gambar baru kami.. dah lama tak amik gambar sesama.... kak long dah besar.. adik pun dah montel...

kak long dah jadi anak dara.. adik plak dah makin matang, ibu .. hmmm dah mula nampak garisan halus di muka

anak daraku yang sorang ni.. kalau bab bergambar



ini kak long.. dah cantik dia sekarang kan.. tapi malas gosok gigi

adik sebak bila ibu tak amik gambar adik..

terus ceria bila ibu cakap "senyum,,,,,"

kak long

ibu dan adik

kami... saling memerlukan

Inilah gambar baru kami...



za: kami.. kami dan kami... hanya kami... tidak ada yg lain dari kami dalam hati kami .. hanya kami
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...