31 March, 2010

On 2:33:00 PM by Aliza in
Harini Wuddah dapat liputan di Harian Metro. huhuhuhuhu, papa glamour lah pulak, kali ni adik takder masuk paper, papa sajer. so untuk papa, GOOD LUCK!! semoga apa yang diimpikan tercapai....
On 2:17:00 PM by Aliza
Oleh : Dr. Azwan

Kenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.


Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri - ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.


Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.

Waktu Terbaik

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid anda adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya haid anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Cara Lain Mengetahui Waktu Subur

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

Menganggar Waktu Terbaik Untuk Mendapat Zuriat

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka jangkamasa untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami-isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15 atau/dan 16 untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya haid anda datang secara konsisten selama 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke-14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

Mengelakkan Mengandung Melalui Cara Kiraan

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari!), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang dinyatakan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

30 March, 2010

On 10:23:00 AM by Aliza

Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Seolah-olah sudah tidak ada apa lagi yang boleh dikongsi.

Kekadang perasaan itu datang kerana kerap kali apabila suami bersuara hendak meluahkan masalah, isteri membalasnya dengan selamba. Ah, masalah aku lebih besar. Atau terdetik di hati, balik-balik yang itu juga. Bosan. Begitu juga bagi pihak suami, sudah lali mendengar “siaran ulangan” yang kerap diperdengarkan isteri. Masalah anak, masalah kesihatan, masalah wang… tidak ada cerita baru!

Ada kalanya duduknya rapat-rapat, tetapi sudah tidak bertemu lagi. Masing-masing menonton TV, dari awal rancangan hinggalah tamat siaran, tetapi tidak ada yang dibualkan. Tidak ada yang dapat dikongsikan. Boleh jadi dalam kereta, si suami sibuk memandu, di sebelahnya isteri membisu. Muram tanpa reaksi atau respons. Mujur masih ada anak-anak yang menjadi “mediator” secara tidak rasmi, terhubung jugalah kata-kata atas apa yang ditimbulkannya. Bila anak tiada, keadaan pun menjadi sepi semula.

Oh, maaf… saya tidak bercakap tentang “orang baru” yang masih berbulan madu, ketika itu segala-galanya indah sahaja. Perkara yang kecilpun boleh menjadi topik perbualan yang berjela-jela. Sejak senja melabuh tirainya hingga terkuak mentari pagi, cerita tidak habis-habis lagi. Ini cerita orang lama. Apakah kehilangan kata-kata menunjukkan kehilangan cinta? Mana yang lebih tepat, cinta yang melahirkan kata-kata atau kata-kata yang melahirkan cinta?

Bagi saya, kedua-duanya betul dan patut dipraktikkan. Benar, sewaktu mula bercinta dahulu, cintalah yang melahirkan kata-kata, tetapi apabila cinta telah lama bermula dan ingin diperbaharui semula, kata-katalah yang perlu diluahkan untuk mengharumkan cinta. Ingat kita bercinta bukan hanya sekali tetapi kita perlu bercinta berkali-kali.

Apa maksudnya? Maksudnya, kita perlu bercinta berkali-kali dengan orang yang sama (isteri kita). Cinta itu perlu diperbaharui. Perbaharuilah cinta dengan luahan kata-kata yang baik. Jangan membisu, jangan menjadi tuli. Sentiasa jadi lidah yang menuturkan kata-kata yang baik dan telinga yang sentiasa terbuka mendengarnya.

Kata bijak pandai, the first duty of love is to hear – tugas cinta yang pertama ialah untuk mendengar. Itu betul, tetapi jika tidak ada apa yang hendak diperkatakan apa pula yang hendak kita dengarkan? Jadi untuk menjadi pendengar, mesti ada “penuturnya”. Kata-kata yang baik umpama sedekah, kita mesti ringan mulut untuk memulakannya. Ada kalanya berdiam diri tidak terpuji, apatah lagi jika sudah ke tahap menimbulkan sangsi.

Ada orang yang petah dan becok bercakap dengan orang lain di tempat kerja, tetapi bertukar jadi pendiam di dalam keluarga sendiri. Sikap peramahnya boleh bertukar jadi pemarah bila di rumah. Marah yang tertahan itulah kekadang menimbulkan diam yang panjang. Lama-kelamaan, jika tidak diuruskan baik, marah terpendam akan menjadi dendam. Dendam itulah yang akan mewujudkan diam yang panjang!

Di dalam ilmu pengurusan komunikasi ada hukum yang dinamakan “hukum 24 jam”. Hukum ini menyatakan jangan dibiarkan krisis yang berlaku antara rakan sekerja melepasi temph 24 jam. Mesti ada di antara mereka (seelok-eloknya kedua-duanya) bertindak memecahkan kebuntuan itu dengan mengambil inisiatif menegur, memandang atau memberikan sebarang reaksi atau petunjuk ingin berbaik-baik semula.

Jangan malu alah untuk memulakan. Justeru, jika tempoh 24 jam sudah berlalu, dan tidak ada sebarang inisiatif dilakukan, maka peluang untuk berbaik-baik semula akan menjadi lebih sukar. Maka begitulah dalam sebuah rumah tangga, teguran dan percakapan yang pertama untuk mengujudkan kemesraan semula setelah lama membisu adalah sangat mahal harganya. Percayalah inilah termasuk dalam tuntutan menghubung silaturahim yang sangat besar pahalanya di sisi Islam. Dalam Islam, siapa yang memulakan langkah untuk memberi satu kebaikan sesungguhnya mendapat ganjaran yang lebih besar daripada pihak yang menerimanya. Sebab itu, orang yang datang berziarah lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang diziarahi.

Maka begitulah dalam rumah tangga. Untuk bercinta lagi, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam. Cari-carilah topik yang menarik untuk diperbualkan. Antara kaedahnya ialah:
• Berdoa untuk Allah ilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan.
• Menerima dan berkongsi hobi dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga dengan selalu memaafkan selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi masa 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara resmi atau tidak resmi.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat. Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah lain.

Pernah satu ketika seorang Sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w. akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain. Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian. Lantas, Rasulullah pun berkata, “Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.”

Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya. Begitulah sebaliknya. Tetapi saya kurang setuju jika perkataan “sayang” itu diluahkan berulang-ulang. Pernah saya terdengar seorang suami memarahi isterinya dengan perkataan sayang. “Yang, dah berapa kali saya bagi tahu jangan buat macam ni. Kenapa awak degil lagi?” Begitulah herdik si suami sambil menjegilkan mata dan meninggikan suara. Bagaimana? Apakah panggilan sayang sebegitu masih romantik lagi?

Kasih sayang ini boleh dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa. Pertama, secara tindakan, kedua secara lisan. Sayang yang dilahirkan dalam bentuk tindakan itu lebih besar impaknya berbanding secara lisan. Jangan menanam tebu di mulut tetapi menyembunyikan racun di hati. Buktikan sayang, dengan perbuatan kerana cinta itu perbuatan (love is a verb) bukan perkataan. Namun, alangkah indahnya jika perbuatan yang baik diiringi juga dengan perkataan yang baik.

Sayangnya, ramai suami atau isteri telah melakukan kesilapan. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi pasangan, tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk perbuatan ataupun kata-kata. Kita tersilap kalau beranggapan sekali bercinta, tetap cinta selamanya. Yang sebenarnya, cinta yang kekal abadi ialah cinta yang dibuat berkali-kali. Berkali-kali bercinta, baru cinta itu abadi. Bukankah bijak pandai mengingatkan bahawa satu kebaikan (termasuk cinta) perlu dimulakan berkali-kali.

Benar, setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat-kalimat cinta seperti “I love you” atau “Saya sayangkan awak” sudah semakin kurang kedengaran. Ramai beranggapan, mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat-kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula-mula berkahwin dahulu. Tetapi apakah kita sudah terlalu tua untuk menyatakan cinta dalam bentuk tindakan dan percakapan?

Sebenarnya, banyak perkataan yang boleh masih boleh dipilih untuk menggantikan kalimat-kalimat romantik yang susah dirasakan malu dan segan untuk diucapkan sewaktu usia tua. Mungkin perkataan itu biasa-biasa sahaja tetapi intonasi dan bahasa badan yang mengiringinya mampu mencipta kesan yang luar biasa.

Kata-kata baik wajar diiringi oleh belaian fizikal. Katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas. Sedangkan, semakin bertambah usia perkahwinan, sewajarnya semakin banyak belaian fizikal yang tidak dibauri oleh keinginan seks.

Selain daripada itu, kasih sayang juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan-kawan di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya. Membela di sini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah. Tetapi membela dalam ertikata bersimpati dan empati terhadap krisis yang mereka alami.

Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut. Jangan sekali-kali kita menempelak, menyindir atau membiarkan mereka keseorangan. Buktikan, kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi “serangan” orang lain. Walaupun ada kalanya (menerusi penilaian kita) dia yang bersalah… jangan dipersalahkan, cuma perbetulkan sahaja!

PETIKAN BLOG i FOLLOW : Genta-Rasa

29 March, 2010

On 12:27:00 PM by Aliza







dah naik basikal pulak....

On 11:56:00 AM by Aliza
semalam kami g makan malam kat restoran Wong Solo kat bandar baru Bangi. sedap makanannya, boleh tahan, kalau nak rasa kelainan leh la datang.

ni signbordnya

Menu, banyak pilihan nya

sama tapi tak serupa

anak-anak dipaksa duduk ngan papa untuk amik gambar

sementara menunggu makanan. nak tunggu makanan sampai takderlah lama sangat

inilah kami anak beranak


ayam bakarnya sedap

yang ni berlado petai

buah potong

ni ayam penyet papa. boleh tahan rasanya

arkk... dah kenyang


so, bila dah kenyang time kak long amik gambarlah pulak


so, kalau tingin nak makan makanan indon, mehla sini, harga dan makanan boleh tahan, so di dalam kemampuan, pastu bersih pun bersih... servisnya pun ok...
On 8:38:00 AM by Aliza

Hargai lah setiap ahli keluarga kita, sementara masih ada umur…

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/11.jpg

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/12.jpg
Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/13.jpg

Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/14.jpg

Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/15.jpg

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...

http://i710.photobucket.com/albums/ww104/estimasoleha/Tazkirah/16.jpg

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluq Nya..
Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia.....???

26 March, 2010

On 2:00:00 PM by Aliza

Ini adalah hasil perahanku jam 2pm ni. Alhamdulillah dapat juga 4oz. Syukur sangat.
On 11:24:00 AM by Aliza in
hari ni dah masuk hari kelima aku makan pil motilium selepas 2 minggu aku stop makan. nampak gayanya, produk tenusuku ada perkembangan. alhamdulillah... aku kena makan lagi pil motilium untuk seminggu dan stop semula dua minggu...

ni hasil perahan untuk sesi 10.30 pagi


inilah hasilnya bila dicampur


ni hasil perahan untuk sesi 8.00 pagi dan 10.30pagi, mashuk kan...


On 10:27:00 AM by Aliza

Tahu kah anda bahawa rasa ghairah, orgasma dan kepuasan yang tercapai setiap kali melakukan hubungan kelamin banyak dipengaruhi oleh situasi serta keadaan persekitaran? Lebih-lebih lagi tempat pasangan itu melakukan hubungan tersebut.

Apabila berbicara tentang tempat, banyak aspek perlu diperhatikan. Antaranya ialah
aspek Feng Shui. Bangsa Cina sangat menitikberatkan soal Feng Shui ini dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan. Hal ini termasuklah ketika melakukan hubungan seksual.

Akan tetapi sebelum anda berhasrat untuk menyelesaikan masalah hubungan seksual
yang dihadapi menggunakan cara Feng Shui, anda mestilah benar-benar faham dan tahu
tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Feng Shui itu sendiri.

Bagi bangsa Cina, Feng Shui ialah angin dan air. Lazimnya, Feng Shui ini dijadikan panduan untuk mendapatkan kehidupan yang ideal dan sempurna. Feng Shui bagi hubungan suami isteri lebih menjurus kepada bagaimana untuk menentukan komposisi yang paling sesuai untuk pasangan tersebut melakukan hubungan kelamin. Dalam hal ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah pertemuan elemen-elemen utama yang mempengaruhi diri anda secara peribadi.

Untuk pengetahuan, ada lima elemen dalam Feng Shui yang perlu anda pertimbangkan. Elemen itu ialah Cing (logam), Mu (kayu), Shui (air), Huo (api) dan Thu (tanah). Dengan mengetahui elemen diri sendiri, anda akan dapat menentukan reka bentuk hiasan dalaman bilik yang sesuai untuk merangsang seterusnya menyemarakkan lagi hubungan intim anda berdua.

Selain itu, anda perlu tahu elemen pasangan. Dengan cara ini, anda berdua akan dapat menjadikannya sebagai panduan yang benar-benar tepat untuk mencapai kepuasan maksimum sewaktu melakukan hubungan seksual tersebut.

Untuk pengetahuan, setiap tahun kelahiran mempunyai elemen Feng Shui yang berbeza. Jika anda dan pasangan tahu apa elemen masing-masing, mudahlah untuk anda berdua menerapkannya dalam setiap hubungan seksual yang dilakukan.

Unsur logam
Sekiranya anda berada di bawah pengaruh logam, anda dikatakan memiliki kekuatan tenaga erotik yang tinggi. Anda juga sesuai untuk bertindak sebagai peneraju hubungan seksual yang dilakukan. Oleh itu, posisi yang paling selesa untuk anda ialah berada di atas agar anda dapat menakluki si dia. Rasa ghairah anda juga mudah melonjak setiap kali dia memerhatikan anda.

Rangsangan Feng Shui:
Untuk mencipta tenaga fizik yang tinggi, anda perlulah meletakkan satu mangkuk
kaca berwarna gelap (biru) di sebelah timur bilik tidur. Isikan mangkuk itu dengan air dan taburkan serbuk berkilau ke dalamnya. Kombinasi ini akan membolehkan anda mempunyai banyak tenaga untuk mencuba pelbagai posisi seksual tanpa rasa penat.

Lampu berbentuk seperti mulut gunung dengan mentol bulat di tengah-tengahnya jika
diletakkan di selatan sudut bilik akan menyeimbangkan kadar adrenalina yang mengalir
di dalam badan anda dan pasangan. Ini bermakna, ketika itu bukan hanya anda
yang bersemangat bahkan pasangan juga.

Unsur Kayu
Individu yang berada di dalam naungan unsur kayu ini merupakan individu yang dianggap sempurna terutamanya di tempat tidur. Mereka ini juga dikatakan gemar melakukan eksperimen. Oleh itu, mereka akan sentiasa bekerja keras untuk mengembangkan pelbagai teknik agar hubungan kelamin yang dilakukan jadi lebih sempurna.

Kebiasaannya pasangan daripada unsur kayu akan menuntut pasangannya menjaga tubuh agar sentiasa ideal dan sempurna. Mereka secara suka rela akan mengikut keinginan pasangan mencuba pelbagai posisi yang ditawarkan. Untuk membakar rasa ghairah itu, unsur kayu memerlukan masa yang agak lama. Namun begitu, individu di bawah unsur kayu ini mudah mencapai orgasma.

Rangsangan Feng Shui:
Orang yang mempunyai unsur kayu menggemari gaya bercinta secara sentimental. Oleh itu, jalan penyelesaian secara Feng Shuinya ialah anda perlu menempatkan mangkuk yang diperbuat daripada kayu berwarna hitam ataupun mangkuk daripada kaca berwarna ungu di sudut barat bilik tidur. Mangkuk ini dikatakan berfungsi untuk merangsang rasa ghairah anda.
Untuk mendapatkan multi orgasma, letakkan lima batang lilin merah di tempat yang diperbuatkan daripada kaca di sudut selatan bilik. Susunan seperti ini akan membantu anda mencapai klimaks  berkali-kali.

Unsur Air
Anda adalah seorang yang sangat romantis. Setiap percintaan seakan peristiwa penting yang anda ingin kecapi hingga ke akhir hayat. Orang air tidak suka tergopoh-gapah
dalam bercinta. Bagi mereka rangsangan harus melalui satu proses yang panjang.
Mereka berpendapat kenikmatan hubungan seks bergantung kepada proses hubungan itu
sendiri.

Rangsangan Feng Shui:
Untuk meningkatkan ghairah seks, nyalakan tiga batang lilin biru di depan kaca pada bahagian utara sudut bilik anda. Kemudian, hamparkan kain dengan sulaman emas di atas tilam. Dipercayai kononnya pantulan helaian benang emas akan memperkayakan fantasi seksual anda.

Unsur api
Anda yang berada di bawah naungan unsur api adalah merupakan seorang yang berani dan sering bertindak spontan. Fantasi seksual orang api ini kadang-kala sangat liar. Tidak wujud perkataan tidak mungkin dalam kamus hidup mereka ini. Kesimpulannya, orang api ini memang luar biasa.

Rangsangan Feng Shui:
Bagi mereka ini, ghairah seksual boleh dibangkitkan dengan hanya melihat gambar-gambar sensasi. Cara termudah adalah dengan memasang cermin besar di lelangit bilik tidur agar anda dapat memandang gaya anda berdua di bilik tidur. Dalam masa yang sama pantulan cermin akan meningkatkan lagi tenaga seksual anda.

Unsur tanah
Orang berunsurkan tanah ini adalah orang yang sangat sensual. Untuk membangkitkan rasa ghairah, mereka memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang cukup lama. Sentuhan tubuh, pendekatan secara emosional sangat penting bagi mereka untuk mencapai orgasma. Itulah sebabnya mereka yang   berunsurkan tanah ini sangat sukakan sentuhan lembut. Suasana bilik yang nyaman, ditambah dengan kehadiran kain-kain lembut dan indah seperti sutera akan meningkatkan tenaganya.

Rangsangan Feng Shui:
Letakkan gelas kaca yang diisi dengan batu-batu indah atau kristal di sudut selatan bilik tidur anda. Gunanya adalah untuk mengungkap sifat sensual anda. Untuk meningkatkan sensitiviti, letakkan bantal bersarung sutera dengan warna-warna garang seperti merah dan ungu di tempat tidur ataupun di lantai. Semua ini akan meningkatkan tenaga seksual anda. Biarpun lambat tapi hasilnya pasti memuaskan.

On 10:13:00 AM by Aliza
saja nak share, kalau korang dapat email macam ni, boleh abaikan yer.. aku dah banyak kali dapat email ni, memula dapat terkejut gak, tapi bila dah banyak kali dapat dah jadi malas...


---------- Forwarded message ----------
From: <admin@maybank2u.com.my>
Date: Fri, Mar 26, 2010 at 6:41 AM
Subject: Maybank account Infomation




Maybank2u.com
Profile Confirmation

Due to our recent upgrade of all online accounts, it is of utmost importance that all Maybank customers to confirm their profile. This is one of our varying methods of checking online fraud which seems to be on the increase.

Please click on Confirm Profile and reconfirm your account details. This completes the verification process and ensures that you have a safe and uninterrupted online usage of your account at all times.



Thank you , Maybank Berhad

© 2010 Maybank2u.com. All rights reserved
On 10:10:00 AM by Aliza
Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,
" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum
berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang
dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya
kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak
berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun
ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti
terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal be rsamanya bererti saya
selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan
sekarang?

Lalu saya bertanya,
Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain?
Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih
berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak
pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki
yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu
seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada
gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan
yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,
Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan
seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki
kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga
gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali
ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali
keempat? Kemudian kelima, keenam ? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda
telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org
berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai
suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap
anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan
mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat
anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia.. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi
jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar
kekurangan untuk membenarkan kata-kata "NO MAN IS PERFECT".

On 10:07:00 AM by Aliza

saudi_fries_1.jpg

EJAAN YANG TERTERA PADA LOGO INI :
JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA 
ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA




saudi_fries_2.jpg


_________________________________________________

MENGIKUT KENYATAAN PENGURUSAN CARREFOUR KEPADA PEGAWAI PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI PPIM, PN ROSNANI PAGI INI,MEREKA AKAN MENARIK PENJUALAN PRODUK MEREKA DI CAWANGAN-CAWANGAN MEREKA BAGI MENGHORMATI PENGGUNA DI MALAYSIA.


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TINJAUAN PPIM,PENGADU DAN PIHAK MEDIA DI CARREFOUR KOTA DAMANSARA PADA 11 MAC 2010. (TONTON BULETIN UTAMA DAN 999 UNTUK KUPASAN LANJUT)

saudi_c4_5.jpg
saudi_c4_4.jpg

saudi_c4_2.jpg
saudi_c4_1.jpg
saudi_c4_3.jpg

Pautan Khas
English Articles, Iran TV, JAKIM
* Mesti Lihat
but_radio24.jpg

but_melayu.jpg

but_senaraiyahudi.jpg

but_mfo.jpg

zakirnaik.gif
Undian Pengguna

Bangsa Melayu dan umat Islam tanpa mengira fahaman politik wajib menentang penempatan ladang babi di Melaka


SETUJU
TAK SETUJU
TAK KISAH
APA APA JE


   

 

 
  

 








__
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...