17 February, 2011

On 3:20:00 PM by Aliza   No comments
Harini saya masih tak sihat.. semalam pun tak sihat.. ramai yang suspek saya mengandung..huhuhu... ohh mungkin tidak.... kerja tengah banyak, sebab tu saya gaghkan juga diri untuk masuk kerja, esok ada audit pulak. uh!! Audit nak datang esok, surat tak dapat-dapat lagi.. apa kes...
memandangkan kerja yang cukup banyak perlu diselesaikan, saya pun buka email, so saya tertarik dengan satu artikel dari Indonesia ini..Perempuan Tak Pernah Bisa Melupakan Mantannya? macam best bunyiknya..terus saya berfikir-fikir

Dunia kita sekarang sudah semakin jauh ke depan majunya, maklumat semua di hujung jari tanpa batasan. semua orang dengan mudah boleh mencapai segala info termasuklah info tentang teman-teman lama ataupun kekasih lama. Dan yang paling terkini sekali adanya facebook. cukup senang kerja untuk mencari kengkawan lama.. saya pun dengan fb ni saya dah boleh jejak ramai kawang2 sekolah dulu.. seronok tak terhingga saya. Tapi dari artikel yang saya baca, ada yang menggunakan fb ini untuk menjejaki kekasih lama.. huhuhu.. pasti saja nak tahu, dia dah kahwin ke belum, dah ada anak ke belum.. segalanya.



Jadi, betul jugalah info dari artikel ni, bila asik menjejak atau mengikuti perkembangan kekasih lama, macamna kita nak lupakan dia..hari-hari dok nengok wall dia saja. Cuba pulak kita bayangkan, kalau takde fb atau internet ni.. mungkin kita langsung dah tak terfikir pasal kekasih lama kan? kengkawan kita cuma yang dekat-dekat saja.mengikut kajian, dari 22 Disember hingga 5 January 2011, seramai 1000 orang yang terlalu terikat untuk mengingati kekasih lama mereka, tak kiralah yang dah kahwin atau yang masih bujang heheheh, banyak tu. member2 sekeliling saya pun ada juga yang masih tak boleh melupakan, so benda tu mungkin ada betulnya. dan yang paling best sekali, golongan yang paling ramai yang tak boleh melupakan kekasih lama adalah orang perempuan wakakakakakaka...

antara kajian mereka:
* 74 % perempuan dan 64 % lelaki mengaku terlalu sering memikirkan kekasih lamanya.
* 76 % perempuan dan 70 % lelaki pernah menjejaki kekasih lamanya di internet.
* 50 % perempuan dan 40 % lelaki mengaku sering menjenguk info di Facebook atau jejaring sosial lain bekas kekasih mereka.

mak aih.. susah betul jugak rasanya nak melupakan bekas kekasih kan, rasa tak boleh lupa ni ada kebarangkalian seseorang tu tak betul-betul ikhlas untuk putus satu ketika dulu, tidak betul-betul bersedia untuk melepaskan bekas kekasih mereka atas pelbagai alasan. Dan mengikut aktikel ini, telah terbukti, 59 % orang masih berhubung dengan bekas kekasih mereka di Facebook setelah putus, dan 48 % (42 % di antaranya telah berkahwin) mengakui selalu melawat wall Facebook atau jejaring sosial lain bekas kekasih mereka.

Dan yang lagi dasyat bila hati dah mula angau pula, sebab sebanyak 86 % responden mengaku selalu melihat gambar-gambar bekas kekasih mereka di fb, dan 14 % dari mereka sudah berkahwin. Tak cukup setakat itu saja, 50 % mereka-mereka yang dapat menjejak bekas kekasih mereka melalui fb sudah mula memulakan operasi bertelefon, berSMS, ber e-mail, atau ber yming antara mereka walaupun mereka tahu mereka tak seharusnya begitu. Cuma kesimpulannya sekarang, kalau punca utamaya masih ada.. bagaimana operasi untuk melupakan itu boleh berhasil.. jadi fikir-fikirlah.. lagipun internet ni bukannya untuk menjejak kekasih lama kan..kan..kan...

artikel ni saya dapat dari sini


za: selalu teringatkan sekolah lama, kantin sekolah lama..macam-macam yang lama

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...