Bila Cover siputih tiada

10:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Saya sedang mencari-cari di mana letaknya saya punya cover siputih saya... merata saya mencari. hari terakhir saya bersamanya hari Rabu lepas.


akhirnya saya dah giveup, penat mencari.. nak beli baru rasa malas nak buang duit... akhirnya saya terjumpa sesuatu.

inilah cover baru siputih saya..


tada...

stokin adik masa baby. kreatif dan inovatif kan....




za: selalu berfikiran terbuka tapi tak semestinya menerima

0 comments:

Kak long Cabut Gigi Lagi.. Dah jongang depan

12:12:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Entry ni dah basi sebenarnya.. tapi macam biasa, alasan saya.. SIBUK. tapi saya tetap nak masukkan juga.

gigi kak long dah goyang teruk.. dua minggu saya tahan daripada jumpa dentist, tapi lepas 2 minggu, gigi kak long dah makin goyang, terus bawa g kinik... cabutttttt









za:takut cabut gigi

0 comments:

Takziah

11:12:00 AM Aliza Reesya 2 Comments

Entry ni sepatutnya saya masukkan hari jumaat lepas.. tapi saya tak berkesempatan.

Hari ni saya mencuri sedikit masa sibuk saya untuk mengucapkan salam takziah buat keluarga salah seorang ahli AJK sebutharga saya. baru saja pagi hari jumaat tu saya berurusan dengan Arwah.. rasa terkejut juga saya.




Nak buat macamner, itulah perjanjian kita. kita diturunkan di muka bumi ini, dan cukup masa kita akan dipanggil kembali. sebagai yang tinggal, saya sentiasa berasa takut akan mati... tapi itulah hakikatnya dan itulah yang tertulis sebelum saya dilahirkan di muka bumi ini.

untuk ahli keluarga arwah, saya ucapkan takziah dan semoga arwah di tempatkan di samping orang-orang yang beriman. AMIN...




za: nampaknya perlu mencari pengganti

2 comments:

fall in love again

10:07:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Rasanya macam dah berbulan-bulan, bertahun-tahun tak bertemu, sedangkan setiap hari hanya mampu melihat dari jauh saja. nak dekat, nak menulis, tapi tak termampu.. terlalu sibuk dengan tugas harian


inilah dia yang membuatkan saya tak sabar buka internet huhuhu.. menjenguk kengkawan alam maya... semuanya menghiburkan hati saya, ada saja yang membuatkan saya tersenyum. macam-macam celoteh mereka. cuma untuk saat ini saya seolah-olah tak berpeluang langsung untuk menulis atau mengomen.... saya terlalu sibuklah kawan-kawan... rasa seperti ingin tambah kaki dan tangan.. yang penting ada satu tangan wajib untuk menulis di GHMB ni... waaa..........






za: kadang-kadang rindu, kadang-kadang rawan

0 comments:

Ibu, adik penatlah

10:53:00 AM Aliza Reesya 1 Comments

Semalam kononnya nak g cari kasut baru, alasannya kasut saya sudah koyak. berpusing-pusing tak jumpa, ada yang berkenan, tapi takder saiz, almaklumlah acik pakai saiz 4.


kami keluarpun semalam dah jam 3, takderlah lama pun, balik jam 6.30 petang. tapi keletihan adik melampau-lampau plak gayanya. usai saja dia mandi, terus begini jadiknya.












za: hari-hari letih

1 comments:

Tempat Baru

3:42:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Hari ni Hari Jumaat, Saya rasa tak sempat-sempat... nasib baiklah semalam bukan Jumaat, kalau tidak... banyaklah kerja saya yang tak selesai nampaknya hahahhaha. Hari ni saya di arahkan pindah tempat duduk dari belakang ke depan pulak..

Sebenarnya rasa tak best duduk depan nih, semua orang nampak kita. yang penting nak main game pun susah, nak berblog pun susah.. apatah lagi nak berFB... adoyai... tapi nak wat camner, dah arahan.


Ni tempat lama saya.. posisi yang strategik.. tersembunyi


Nrpindah betul-betul kat depan

Ni tempat Baru.. tak best.. tak best


Dah kosong.. lompong




za: tak sukernya berpindah randah. (randah ker rendah?)

0 comments:

Bikin Panas

8:13:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Hari ni Hari Jumaat.. sedangkan semalam saya mati matian ingat semalam hari Jumaat.. aduh.. sudah mula jadi nyanyuk ke saya. Takperlah.. yang penting hari Jumaat datang jua. tapi pepagi tadi.. mood saya udah hilang.. ada orang bikin panas.

saya hari-hari macam biasa akan ikut highway bila nak g keje... dan selalunya perjalanan saya ok ~insyaallah~. tapi pagi ni, selepas kuar tol nak masuk round about, tetiba ada driver %%^^&& kat belakang bagi hon suh masuk gak round about tu.. macamner saya nak jalan juga kalau kete berderet-deret kat round about tu.. kang tak pasal-pasal orang marah. sekali saya dapat masuk dan melepasi ronud about tu, saya nak nengok siapa yang kelamklibut sangat tu.. lelaki rupanya.. sekali lagi dia hon saya.. bengong... terus saya hon pendek sekali. huh!! nampak marah bukan main dia, macam dihon berjuta kali. saya buat tak tau jer, sekali dibontotnya kereta saya punya rapat.. mak aih... cari pasal betullah.. saya tau dia rapat.. terus saya main break.. terus dia hon panjang.. dia ingat kita ni apa, mentang-mentang perempuan yang memandu dia ingat kita takut. *&^&^&^%. Kebetulan saya nak masuk simpang dan dia terus. saya nengok dia dari jauh, Ya Allah... drive kete macam orang gila, dia nak terberak kot.. sebab tu dia bawa laju mencelok-celok macam tu... ntahla... saya harap dia bukan staff tempat saya bekerja... kalau dia staff di sini.. huh!! memang tak layak tul, sebab *(&*&^%^$%.

k cukup untuk pagi ni... hati saya masih panas.. bila nengok orang macam ni saya terus teringat kat seseorang yang perangai lebih kurang sama, dahla buat salah dekat saya.. tapi dia plak yang marah-marah dan maki hamun saya..

dan kat opis saya ni pun ada seorang juga gitu... macam hampeh...


za: sekali meletup habis semua

0 comments:

Puas Sudah Hati

10:06:00 AM Aliza Reesya 1 Comments

Semalam seharian saya mengadap komputer betulkan blog saya yang tunggang langgang.... akhirnya saya dapat buat juga header yang ehem....

memula pening gak kepala... pastu arini saya dapat tukar tulisan kat blog, tapi tak semuanya tukar huhuhu







nah sekarang saya punya header dah bleh tukar-tukar gambarnya. One more thing, saya nak kembali kepada Alizareesya... so siapa yang nak mengunjungi blog saya, bleh masuk ke... http://alizareesya.blogspot.com... dan saya ingin privatekannya.. kengkawan yang sudi singgah ke teratak saya, boleh request yer....



za: sentiasa berubah bila ada yang dengki

1 comments:

6:40:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Selepas sekian lama saya tidak mengusik blog saya... hari ini saya berjaya..aduh...


Tada.........


tapi saya rasa lepasni saya nak privatekan blog saya....


za: banyak sangat kutu

0 comments:

Followers