23 June, 2011

On 8:56:00 AM by Aliza   No comments
Masa balik sabah baru-baru ni.. saya tak lepaskan peluang ke Kundasang-Ranau.. bukan tak pernah pergi.. selalu pergi, tak jauh mana, cuma lebih kurang 2jam setengah saja.. lebih kurang perjalanan dari KLIA - Kota Kinabalu, Sabah.. naik eroplen yer.. bukan kereta.. tapi nak ke Kundasang-Ranau ni.. kami naik kete jer. Gunung kinabalu takder yang berubahnya.. cuma orang-orangnya saja yang berubah.. gunung kinabalu tetap cantik macam 9 tahun yang lepas... tetap jadi igauan... tetap jadi rebutan untuk didaki...

pemandangan gunung kinabalu di kala senja

semakin ditutupi awan... cuaca sejuk tetap seperti dulu.

sesekali saya berkata-kata dengan en. Suami.. "bang, nanti, kalau ada peluang kita panjat gunung kinabalu.. abang tak pernah panjat kan? za dah pernah.. rugi tau" kekekekekek.... kenangan 9 tahun lepas muncul semuala.. ingat balik masa dioffer join daki gunung kinabalu.. banyak kali saya berfikir.. bebab masa nak daki tu, saya dalam tahun untuk melangsungkan perkahwinan... ramai yang tak setuju, takut itulah inlah.. tapi.. akhirnya.. saya buat keputusan untuk join juga.. peluang yang ada kan.. lagi-lagi masa tu saya masih bekerja di bawah JPKN, Sabah. memang sonok...macam-macam aktiviti yang sesuai dengan minda saya.. yerlah rakan-rakan semuanya lebihkurang sebaya saya...
Mendaki Gunung Kinabalu memang mencabar... tapi seronok... tak sangka.. itulah kali terakhir saya berada di puncak Gunung Kinabalu hingga hari ini. ntah, bila lagi peluang itu akan kembali...

Kenangan 9 tahun lepas..

za: setiap kenangan itu ada citra dan manisnya tersendiri.. tak ada siapa yang boleh mengusiknya, sebab kenangan itu adalah milik peribadi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...