27 July, 2011

On 10:32:00 AM by Aliza in    No comments
Hari sabtu pepagi saya dah kejutkan semua orang suruh bangun.... bas nak jalan jam 11. yang liat-liat bangun tu di kerah juga bangun takut ketinggalan bas. adik ngan kak long bila dengar nak naik bas, laju jer bangun. usai semuanya bersiap, kami terus makan.. alasannya nak alas perut dan teman pakcik makan sesama, sian plak pakcik t makan sorang-sorang. pakcik tak ble ikut sebab pakcik takder passport.

 
kak long makan bihun putih dan air bliss saja

dah selesai semua, kami terus amik teksi dari hotel ke stesen bas Larkin. hmm dari danga bay ke stesen bas Larkin dalam 10 minit jer, tak jauh pun, tapi pelik.. macamner kami bleh sesat masa nak balik dan masa mencari stesen bas Larkin tu kekekekekke. jam 11.20 bas bergerak ke Singapore... adoi.. tak tepat masa plak rasanya.. janji naik bas jam 11.. tapi itu ini.. tunggu bas, jam 11.20 gak. sepanjang perjalanan, 2 kali kami berhenti turun naik bas.. pertama masa sampai di Imegresen Malaysia.. passport nak diperiksa untuk keluar... sib baik orang tak ramai sangat. kali kedua masa sampai di Imegresen Singapore... kat sini lama sket.. satu persatu dorang nak periksa hehehehhe... lebih kurang masa gi Guangzhou dululah.. 
dek kerana keletihan, adik dah mula ngamuk.. ada saja yang tak kena pada dia.. si ibu plak.. bila dah serabut mula la pot pet pot pet macam montot ayam hahahahahha.. c papa pulak dah moncong sebab ibu potpetpotpet.

macamnilah bila kena turun dari bas untuk
pemeriksaan imegresen Malaysia dan Singapore


muka budak penat

da selesai semua urusan imegresen. nak naik bas terus ke Singapore da

dia dah mula ok bila bas dah mula berjalan

Pemandangan di Tambak Johor. sesak dengan kenderaan masuk ke Malaysia. Banyaknyer


kami dah nampak ini.. itu tandanya kami dah masuk Singapore.
Welcome to Singapore papa, kak long.. adik..

Dah sampai
 

kami dah sampai ke Pulau Sentosa, Singapura. gambar tak banyak dengan saya, banyaknyer dengan papa, jadi sekarang tengah menunggu ihsan papa untuk upload gambar-gambar yang ada.
perjalanan dari Stesen Bas Larkin ke Pulau Sentora Singapura amik masa lebih kurang sejam. kalau tak termasuk turun naik 2 hentian imegresen, setengah jam dah memadai untuk sampai. takperlah, pertama kali sampai. kami sampai di Pulau Sentosa di mana terletaknya Universal Studio.. ramai sangat orang yang datang. tiket untuk masuk ke dalam Universal Studio ni lebih kurang 66.00 Dolar Singapore... huhuhu cuba darabkan dengan 2.5 berapa jumlahnya.. RM165.00 hahahahaha.... botak kepala yer.




za: nak ke Singapore naik kete plak

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...