JOM REMBAT!!!!

3:35:00 PM Aliza Reesya 8 Comments


JUALAN CINCAI WUDDAH

Lampin kain Moden Bamboo Printed Wuddah (Wuddah Bamboo Printed Cloth Diapers)
Item : Snap Button  Bamboo Cloth Diapers/Nappies

Design option: Genius Kid,Cute Butterfly,Pink Dot,Autumn Dream, Football Fever,White Galaxy

Material:

Cover (outer): 100% polyester + waterproof

Cover inside: 98% bamboo 2% polyester

Insert:

1 layer: 98% bamboo 2% polyester
3 layers: 100% microfiber
Contain : one set include one diaper cover and one insert



New features:



1. New button style to overcome 'wing drop' problem

2. 4 layers insert.

3. Extra button on left wing to well fit new born baby.





Untuk Pembelian bolehlah lengkapkan order form di sini.

8 comments:

kecil hati

3:02:00 PM Aliza Reesya 2 Comments


Dari saya yang sedang berkecil hati............ Selamat berpuasa

2 comments:

Tahniah kepada Arif dan Abah

8:46:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Tahniah kepada Arif  Dan  Abah..... untuk pertandingan selamat hari bapa Alizareesya
Nama Bapa: Atan Ahmad 
Nama Anak: Ahmad Arif 
FB Peserta: Siti Darna Sanoesi 
Blog: www.kasih-ibu-arif.blogspot.com 
Email: sdwan381@gmail.com 
Kata-kata: Abah yang terlebih happy dari anak almaklumlah bukan selalu kan dapat macam ni??? 

Hadiah disumbangkan oleh Aliza Tshirt Printing

0 comments:

Ramdhan kali ini

8:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Ramadhan dah masuk hari yang ketiga. Alhamdulillah, dah 3 hari juga kami sekeluarga berpuasa.. kak long pun da puasa 3 hari. adik?? adik puasa setengah hari jer.. tu pun puas pujuk. merengek sana sini kata lapar, haus.. macam-macamlah karenah dia. kalau dibuat perbandingan kak long dan adik.. kak long lagi mudah diajar berpuasa,adik agak susah sket nak diajak berpuasa.takpelah, lain anak lain habuannya. apa-apa pun, saya doakan Ramadhan kita kali ini adalah yang terbaik berbanding tahun sebelumnya. 
cuma pada saya, tahun ni merupakan Ramadhan yang agak sunyi berbanding tahun sebelum2 ini. saya sunyi tanpa suara ayah. saya rasa begitu kekok tanpa dia. saya rasa seronok lagi Ramadhan tahun lapas dan lepas berbanding tahun ini. tahun sebelum ini biar banyak mana masalah yang datang, tapi saya masih boleh berpuasa dengan tenang dan tanpa kekusutan..sebab ayah adalah terapi paling baik untuk segala kekusutan saya, dia tahu memujuk hati saya bila saya tidak ok. bila dia tiada... kekusutan saya terbiar bersimpul begitu saja hingga saya rasa mood saya benar-benar ke laut. 
Tak apalah... segalanya ujian Allah.. semoga ayah di tempatkan di tempat mereka yang di kasihi Allah. Aminnnn....
ayuh.. sempena bulan baik hari baik ini, mari kita usyar-usyar apa yang patut kita buat untuk diri kita sendiri.. bukan untuk diri orang lain, tapi diri sendiri...







za: Ramadhan yang sepi...

0 comments:

Suami rahsiakan wujudnya telefon bimbit kedua

3:59:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Saya berminat dengan entri di blog Bina Bahagia Bersama Suzana Ghazali... dan saya ingin kongsikan di sini
 marilah kita bersama-sama mengambil cerita ini sebagai panduan....


SOALAN: "Sebelum ini suami suka menceritakan apa sahaja yang berlaku sepanjang hari kepada saya, seolah-olah memberi laporan harian. Malah dia tidak kisah jika saya memeriksa telefon bimbitnya. Akhir-akhir ini, saya dapati dia mula tidak “melaporkan” aktiviti harian. Telefon bimbit pun sering disorok dan saya dimaklumkan anak, suami ada dua telefon bimbit. Hal ini menimbulkan syak. Apa yang harus saya lakukan bagi memastikan suami tidak bermain kayu tiga?"


 JAWAPAN: Hubungan perkahwinan dan jawatan sebagai suami atau isteri bukanlah satu perkara yang semata-mata menggembirakan sebaliknya satu amanah daripada Allah SWT. Bila disebut sebagai amanah, jelas sekali terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu diambil berat dan diambil peduli bagi merealisasikan antara hikmah perkahwinan ditetapkan syariat iaitu untuk kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri merasai tenang dan bahagia dan agar kedua-dua pihak melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Untuk merasai ketenangan dan kebahagiaan, pasangan suami isteri perlu mewujudkan komunikasi unggul antaranya berterus terang, berbincang, bergurau senda dan saling berkongsi cerita suka dan duka. Tahniah kerana puan dan suami temasuk golongan yang melaksanakan komunikasi unggul. Namun, kisah terkini puan menunjukkan komunikasi unggul yang wujud sebelum ini kian malap. Jangan berdukacita! Mendung tak selalunya hujan dan jika benar hujan, takkan terus hujan selamanya kerana hari yang cerah pasti tiba jua! Bila berdepan situasi seperti ini, perkara yang perlu dijauhi ialah syak yang melampau! Mempunyai dua telefon bimbit tidak semestinya bermaksud suami puan mempunyai orang ketiga. Dahulu, sebelum mempunyai pembantu, saya sendiri pernah mempunyai dua telefon bimbit, bagi membezakan urusan kerja dan keluarga. Bila keadaan mendesak, telefon untuk urusan kerja saya ‘matikan’. Malah, dua telefon bimbit bukanlah perkara luar biasa tika ini. Ramai yang mempunyai dua malah lebih daripada itu bagi menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang mempunyai pelbagai rangkaian telefon mudah alih. Keterlaluan meragui suami akan membataskan kemesraan puan bersama suami termasuk akan menghambarkan suasana ceria sedia ada. Bila mendapat maklumat mengenai telefon bimbit baru suami, jalan terbaik ialah puan perlu berdepan dengan suami dan minta suami berterus terang mengenai sebab dan alasan wujudkanya telefon bimbit kedua tersebut. Berhati-hati dengan ayat puan, jangan sampai suami merasakan puan meraguinya ketulusannya. Puan boleh mulakan dengan menyatakan puan mendapat tahu daripada anak puan, suami puan memiliki satu lagi telefon bimbit, benar atau tidak? Jika suami mengakui, mohon suami jelaskan alasan dan sebab memerlukan telefon bimbit yang baru dan dapatkan juga nombor telefon bimbit tersebut untuk makluman puan. Jika nombor sedia ada tidak dapat dihubungi, puan boleh hubungi talian satu lagi. Sebaliknya jika suami menafikan, mungkin jelaskan itu telefon bimbit rakan atau apa juga alasannya, jangan cepat meradang. Berikan masa dan carilah jalan untuk membuktikan kata-kata anak puan itu benar dan kata-kata suami juga benar. Mungkin betul telefon yang dilihat oleh anak puan itu adalah telefon rakannya atau sesiapa saja seperti kata suami. Dalam masa yang sama, puan perlu ‘memaksa’ suami untuk kembali seperti keadaan seperti sebelum ini. Jika suami tidak lagi bercerita, puan sendiri mulakan bertanya agar suami bercerita. Jika suami memberi alasan penat atau tiada cerita menarik, puan sendiri tanyakan satu persatu sebagai jalan untuk suami mula berbicara semula. Usahakan berulang kali. Jika hari pertama tidak menjadi, cuba lagi esoknya. Selepas beberapa hari dan suami masih serupa, cari masa yang sesuai dan paling penting, bukan di hadapan anak-anak, luahkan rasa pelik dan kesal puan dengan perubahan sikap suami yang tidak lagi berkongsi seperti sebelum ini. Tanyakan, apakah perkara yang mengganggu dirinya hinggakan suami berubah sikap dan tawarkan bantuan puan jika diperlukan. Ingat!! Jangan sesekali sentuh mengenai telefon bimbit kedua atau pun wujudnya orang ketiga!! Jika suami memberi respons positif, usahakan untuk membantu suami keluar daripada belenggu masalah yang mengganggunya. Sebaliknya, jika suami memberikan reaksi negatif atau kebanyakan lelaki menafikan atau mendiamkan diri, jangan cepat mengalah. Berikan masa dan peluang kepada suami. Teruskan memberikan layanan yang baik dan adalah lebih baik juga jika puan dapat ‘upgrade’ atau menambahbaikkan lagi layanan puan kepada suami. Lebih luangkan masa bersama suami biar hanya puan saja berbicara. Ada tikanya puan masih boleh luangkan masa bersama suami walau dengan keadaan diam membisu. Terlalu banyak bicara dalam keadaan suami asyik mendiamkan diri bukan saja memanaskan hati puan sendiri malah dibimbangi akan menimbulkan rasa bosan di hati suami. Tak perlu bersuara tetapi biarkan tangan-tangan anda melaksanakan peranannya. Jika suami menonton televisyen atau melakukan kerjanya hingga lewat malam, temani suami dengan menyedikan secawan kopi bersama jemput-jemput atau kuih atau apa sahaja. Kemudian picit-picit bahunya. Suami mungkin melarang jika ia sesuatu yang baru tapi percayalah, halangan tersebut hanya sebagai ‘berbahasa’ dan bukan larangan yang nyata. Terus lalukan!! Jika suami tidak mempunyai ‘agenda’ lain, layanan kelas pertama puan akan menjadi suatu yang istimewa buatnya. Jika suami tetap berkeras menghalang puan bertindak sedemikian, puan ada asas untuk meragui. Tunggu! Jangan ragu dalam tangisan tetapi puan perlu bertindak! Awasi tingkah laku suami. Siasat kebenaran cerita telefon kedua dan ambil tahu aktiviti suami menggunakan telefon bimbit tersebut. Jika ada panggilan masuk yang disembunyikan daripada puan menggunakan telefon bimbit tersebut, puan berhak untuk bersuara tetapi secara berhikmah! Puan masih boleh minta izin suami untuk membelek telefon bimbit tersebut seperti sebelum ini. Tiada larangan bererti suami masih boleh dipercayai! Jika dihalang, puan berhak mempersoalkannya. Bila soalan demi soalan tidak memberikan sebarang petunjuk malah pembayang kepada persoalan puan, tiba masanya untuk berterus terang dengan suami mengenai perkara yang menyesakkan emosi puan iaitu orang ketiga! Puan boleh mengajak suami makan malam sama-sama di luar dan dalam suasana paling ceria, puan tanyakan, apakah hati suami puan kini dikongsi oleh wanita lain? Penting! Puan perlu rasional dan dapat mengawal emosi. Jika benar suami kini punya teman baru, mohon suami berterus terang sejauh mana hubungan tersebut. Percayalah!! Jika puan boleh bersikap professional, terbuka dan bersedia berbincang sebagai kawan, suami akan berterus terang! Bila realiti diketahui, jangan layan kesedihan. Ingat!! Suami puan masih hak milik puan yang mutlak. Puan perlu kekalkan senyuman puan. Kenapa perlu senyum dan tak boleh marah atau menangis? Kerana puan sebenarnya sedang berada dalam pemerhatian Allah SWT. ‘Pengkhianatan’ yang suami puan lakukan itu merupakan satu ujian di dalam rumahtangga puan. Firman Allah yang bermaksud: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. - surah Al-Ankabut ayat 2-3. Ujian itu adalah tanda kasih sayang-Nya. DIA berikan ujian tersebut dan hanya DIA yang mempunyai jalan keluarnya. Jangan gentar dan jangan risau! Allah pasti puan mampu hadapi dan lepasi ujian tersebut. Janji Allah adalah pasti. Firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - surah Al-Baqarah ayat 286. Berusahalah untuk memperbaiki diri. Jangan putus asa kerana anda masih di hatinya lantaran itu anda diberikan pesaing dan bukan ditinggalkan. Berusaha untuk berikan yang terbaik. Jika selama ini anda telah berikan yang terbaik; usahakan untuk berikan yang lebih baik. Saya akui, ada juga kesilapan suami; jangan mengherdik sebaliknya cakap dengan elok agar suami boleh sedar diri. Kata-kata nista dan caci maki, walau bukan kepada suami tetapi kepada kekasih hatinya, tidak akan berikan keputusan yang baik malah anda akan dicap sebagai keras kepala dan enggan memahami. Sebaiknya; tunjukkan pemahaman anda dan minta agar suami kenalkan anda dengan teman barunya. Berjumpa dan berbuallah dengan baik. Luahkan perasaan anda dan dengar juga luahan teman wanita suami anda. Tiada salahnya bermadu jika suami anda layak dan wanita itu juga baik. Sebab itulah perlunya anda berdepan dan berkawan dengan wanita tadi; agar wanita tadi lebih tahu banyak kebenaran tentang suami anda dan anda serta keluarga sebelum masuk ke dalam keluarga anda. Dalam masa yang sama berdoalah: Kalaulah wanita ini baik untuk masa depan dan agama suami puan, masa depan dan agama puan serta masa depan dan agama anak-anak puan; lapangkan hati puan untuk terima dirinya sebagai madu. Lapangkan juga hati wanita itu untuk menerima puan dan anak-anak sebagai ahli keluarga. Kekalkan kasih sayang suami puan kepada puan. Sebaliknya jika dia tak baik untuk puan sekeluarga; padamkan cinta suami puan kepadanya dan jauhkan dia daripada keluarga puan. Bertindak dan berdoalah, DIA pasti akan berikan yang terbaik untuk puan sekeluarga, insyaAllah!

Kredit To http://bersamasuzana.blogspot.com


za: buat apa berbohong... hidup di dunia hanya sementara.. isteri untuk dikasihi bukan untuk disakiti

 

0 comments:

Kasut hitam

9:52:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Saya tengah iron baju untuk kerja esok. Tiba-tiba saya teringat akan lelaki itu lagi. Dulu masa saya kecil, dialah yang kekadang akan iron baju sekolah kami adik beradik. Hingga satu ketika buat terakhir kalinya, dia tolong kilatkan kasut hitam saya untuk konvo lagi 2 hari. Dia suka kilatkan kasut kerjanya,sebb itulah tradisi kerjanya dari muda hingga dia pergi buat selamanya. Saya cukup rindukan dia. Saat ini saya rasa begitu sunyi.. begitu kosong.. rasa udah terlalu lama tidak berbual dengan dia di telefon. Rasanya dah terlalu lama tidak bervideo call dengan dia. Rasanya sudah terlalu lama tidak bergurau dengan dia.
Dulu saya pernah merasa kehilangan, ditinggalkan sendiri...tapi saya ada dia.. saya tak goyah walau ada ketika air mata mengalir kerana menangisi kehilangan.. tapi dia ada bersama saya menjadi tiang untuk saya berdiri tegak. Dan kehilangan kali ini... walau tidak ditinggal sendiri buat saya mahu jatuh... jatuh tersungkur hingga tak boleh bangun. Saya seperti orang gagal tanpa dia... saya lebih perlukan dia dari apa yang pernah saya rasa penting sebeum ini,sebab kesakitan kali ini cukup berbeza... AYAH.... Ija cukup rindukan ayah...cukup perlukan ayah...

Za: kerinduan itu cukup memakan diri

0 comments:

Dia

10:30:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Rindunya pada ayah... Rindu sangat... Rindu tak terkata. Hanya gambar peneman lara. Kalaulah ayah masih ada, saya pasti x kalah begini. Saya lebih perlukan ayah lebih dari segalanya untuk saya trus kuat dan yakin sengan tipu helah dunia ini. Ayah.. Rindunya ija pada ayah, air mata dah kering..

0 comments:

Rindu ayah lagi

1:09:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Malam dah sampai kepada tengah malam. Dah jam 1 pagi. Hati saya x karuan.. Saya gelisah yg amat.. Hati saya sayu.. Saya perlukan ayah saat ini, saya terlalu rindukan ayah. Hanya ayah yang memahami saya. Hanya ayah segalanya buat saya. Dan ayah tak pernah pertikai kenapa saya jadi anak dia walau byk mana kali saya menyakiti hati ayah. Ya Allah, saya terlalu rindukan ayah, andai bisa digntikan org lain dgn ayah, saya sanggup kehilangan orang lain berbanding ayah. Mati itu pasti, tp sanggupkah kita mati dalam keadaan kita tak lengkap dan bersedia menjadi hamba Allah?

0 comments:

Followers