11 January, 2013

On 9:44:00 AM by Aliza in    No comments
OK, Salam Jumaat Semua.... harap-harap hari ni adalah hari paling baik untuk kita semua berbanding semalam, semalam, semalam dan semalam. jom kita cuci hati dan minda kita sekejap dengan kata-kata hikmah yang saya copy and paste dari facebook Suzana Ghazali

Anda takkan mungkin dapat memuaskan hati apatah lagi memenuhi setiap kehendak semua insan yg berdampingan dengan anda. Usahakan sekadar terdaya dan jika masih belum menepati selera mereka; bermaksud sudah tiba masanya untuk anda memberi sepenuh perhatian kepada kehendak dan selera anda sendiri pula asalkan tidak melanggar ketentuan syariat, kerana anda bukan saja punya tanggungjawab tapi juga punya hak yg ditentukan oleh-Nya. Jika bukan anda yg peduli mengenai hak dan ketenangan diri sendiri, nak harapkan siapa lagi? (",)

Kata orang tua kita dulu2 - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Realitinya, penyesalan belakang hari masih memberi manfaat dan ada gunanya jika penyesalan itu disusuli pula dengan tindakan bagi membuktikan kekesalan yg dirasa. Tak pernah ada istilah terlambat dalam mencari redha-Nya selagi insan dipinjamkan-Nya nyawa dan selagi pintu taubat masih terbuka. Buktikan penyesalan atas kesalahan lampau dengan berusaha menjadi yg lebih baik buat diri sendiri dan insan2 tersayang. Tak perlu bimbang penyesalan dipandang sebelah mata oleh manusia asalkan Allah Yg Maha Pengampun mengetahui dan menerima taubat kita, insyaAllah...! (",)

Ada beza antara ambil berat dan menyibuk. Besar jurangnya antara menegur dengan mengata. Ada kelainan antara menasihat dengan mengumpat. Tak sama juga antara jaga tepi kain orang dengan masuk dalam kain orang. Semuanya hanya dengan kata2, bezanya cuma bentuk ayat yg diguna. Lantas, sama2lah kita berhati2 dengan setiap kata2 kerana sesungguhnya lidah dan mata pena itu lebih berbisa dari segala senjata yg ada... (",)

Mencintai dan dicintai adalah dua perkara berbeza. Berbahagialah kerana mencintai. Bersyukurlah jika dicintai. Anda bertuah jika mencintai dan dicintai insan yg sama. Anda beruntung jika dicintai biar dia anda tak cinta. Anda tak rugi jika mencintai tetapi tidak dicintai olehnya. Cinta bukan paksaan. Yg penting ikhlaskan hati dalam memberi dan menerima cinta seseorang kerana Allah Taala. Biar banyak cabaran dan dugaannya, pasti tetap ada bahagia, insyaAllah... (",)


Muhasabah diri!! Dalam keberdayaan kita dek kerana kemampuan diberikan Allah Taala hingga berbelanja bukan lagi atas nama keperluan tapi kemewahan, ada hak mereka ini yg sewajarnya mereka nikmati.... (",)Disaat kita sibuk berebut rebut
nak membeli gadget2 terbaru
ada org lain berebut2 nak dptkan sesuap nasi


Bahagia adalah hak milik setiap daripada kita, tidak terkecuali seorang pun kerana bahagia milik kita tidak sama. Yang pasti, kita berhak miliki bahagia kita yg tersendiri. Cuma bahagia tersebut perlu diusahakan dan disyukuri. Bahagia takkan datang dengan sendiri dan sebab utama gagal bahagia ialah apabila gagal mensyukuri nikmat pemberian Ilahi... (",)

kredit: Suzana Ghazali

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...