Ho Chi Minh Hari Ketiga

2:55:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

 Hari ni merupakan hari ketiga kami di sini. wahh banyak pengalaman ni. hari ketiga macam biasa, sarapan seawal jam 7 pagi, pastu jam. 7.30 dah get ready kat lobby tunggu bas untuk ke destinasi seterusnya.

Semua dah berkumpul untuk  meneruskan apa yang menarik untuk dilihat hari ni

Sepanjang perjalanan, banyak gambar yang saya ambil. tapi dalam banyak-banyak gambar, saya cukup berkenan dengan reka bentuk rumah di sini. hehehehe.. rumah orang kat sini ala-ala rumah kotak jer...berpetak-petak rumahnya takde macam umah kita ada macam minang kabau lah, rumah orang melaka lah..tapi kat sini majoriti rumah sama jer. pastu bangunannya jenis memanjang ke atas, bukan melebar. jadi korang boleh bayangkan duduk dalam rumah yang lebarnya kecil, tapi panjang ke belakang. aikk macamner saya nak terangkan yer. nengok sendirilah

ni antara bangunan dorang..ni saya rasa rumah dorang yang dok kat bandar

Hari ni perjalanan kami mengambil masa lebih kurang hampir 2 jam... sejam lebih la anggarannya, tapi tolak dengan jalan sesak bagai...lebih kurang 2 jamlah.. naik boring gak saya dok dalam bas lelama. Kami akan ke Mekong Delta ala...sungai Mekong lah..ingat tak sejarah dunia lagi? saya ingat-ingat lupa lah. memang besar dan panjang kelihatan sungai ni. untuk ke pulau-pulau perlancongan kat sini kami akan naik bot yang laju tak laju. pastu kami berhenti di 3 perhentian sebelum kami selesai ekspedisi menjelajah Mekong Delta ni hahahaha

Inilah bot yang kami naik..takuuutttt wooooo

Memula sekali, kami berhenti kat tempat jualan madu... kat sini kami diberi rasa minum madu asli dengan beberapa campuranlah... kalau siapa tak pernah minum madu..mesti cakap..yulkkkk manisnya

Perhentian kedua kami pula di sini.... tempat orang buat coconut candy..dalam bahasa melayunya..gegula kelapa. unik cara dorang.. makan masa panas-panas gegula ni memang sedap. tapi bila dah bawa balik ke malaysia, then makan dalam keadaan sejuk..hmmm ala-ala boleh la. tapi not bad rasanya. siapa nak rasa meh la ke rumah saya, ada lagi nih.


Ini adalah perhentian terakhir kami. makan buah..kat sini banyak tanaman buah... dapat makan buah longan fresh, betik, apa lagi erk..saya dah lupa. tapi sedap. di samping tu kami dipersembahkan dengan persembahan nyanyian dari artis dorang lah..sepatah harap aku tak paham...tapi yang paham bila part dorang nyanyi lagu si jantung hati... hahahaha. tapi jangan lupa masukkan duit dalam bakulnya yer...

saya ingatkan dah selesai makan buah, terus naik bot lah..rupanya kamia kan naik sampan...makkk aiihhh takutnya..last tahun bila saya naik sampan yer... dah berpuluh tahun rasanya.

tengah beratus nak naik sampan. takut yokkk

wahhh anak-anak ibu berani yer

inilah rupa sampan kami
selesai berbot..bersampan bagai..dah tibalah masanya untuk makan. hari ni kami makan tengahari lambat. lapo gila.. dan makanan hari ni habis licin sebab lapar.menunya sama saja macam sebelum-sebelum ni..tak banyak yang berubah menunya..asik-asik ikan talapia adehhhhh


Ini kopi vietnam. untuk penggemar kopi macam saya..memang sedap kopinya

korang nengok..apa yang ada kat sini takde kat malaysia... 

ni adalah tempat kami dinner..saya sangat berharap ada sesuatu yang special  kat sini malam ni


Alhamdulillah. akhirnya ada sesuatu yang menarik hati saya. yang ada cili tu ntahla apa namanya dalam bahasa dorang, kalau kita rasanya lempeng kot. hahaha...dalamnya ada isi udang, telur.. wahhh memang sedap...first time makan udang kat sini hahahahaha. yang sebelah kanan tu popia..popia dorang pun sedap wehhh


yang ini pula, bunga betik..seumur hidup saya tak pernah makan bunga betik.. tapi kat sini sebab nak cuba maka saya makan. boleh tahanlah untuk saya yang kurang makan sayur ni. yang sebelah kanan tu, macam biasa, ikan talapia..dan saya hanya makan sedikit saja...


ini pula mi sup mereka. hmmm boleh la... tapi saya tak makan habis juga, mungkin sebab dah kenyang kot saya melantak lempeng tu hahahaha.. yang sebelah tu ulam-ulaman mereka. saya cuba sket..makkk aihhh tak sedapnya. dan cilinya teramat penas wehhhh


yesss.... yang ini..saya dan anak-anak cukup suka.. sampai kami kumpul dari sesiapa yang tak makan. memang sedap weh yourgart dia..sedap..sedap...

ok.. selesai makan, kami balik ke hotel.. pastu kami jejalan lagi ke pasar malam. kali ni kami round habis..memang letih..tapi nak menghabiskan sisa-sisa perjalanan yang ada sikit ni..kami round habis.

heheheeh nengok dorang jual apa

kekanak ni dapat mask.. suke mereka ye. mask ni orang sini guna untuk naik moto.
Sebab  udara kat sini tak berapa elok.

za: Perjalanan yang ala-ala ok...

0 comments:

Ho Chi Minh hari Kedua

11:24:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

~Sambungan episod pertama ~

Hari pertama di Vietman memang tak terasa berlalu macam tu jer.. tapi banyak yang best saya dapat..dapat rasa asam pedas sedap... dapat jalan-jalan nengok tempat orang. oklah, not bad. hari kedua kami dibawa berjalan ke Cu Chi Tunnel. perjalanan dari Ho Chi Minh City ke Cu Chi Tunnel makan masa lebih kurang 1-2 jam. rasanyalah. dan sepanjang perjalanan banyak gambar yang saya ambil dan saya rasa menarik. rumah-rumah di sini ala-ala kotak empat segi rupanya. dan kelihatan penduduk di sini hidupnya sederhana saja. 


usai saja sarapan, semua pakat berkumpul untuk naik bas ke Cu Chi Tunnel

Tengoklah anak dara saya berdua tu

ini antara yang menarik perhatian saya. terlalu banyaknya motosikal di sini. dan apa yang dimaklumkan kepada saya, orang sini kebanyakannya hanya mampu beli motosikal jer, kalau ada yang beli kereta tu, dah masuk dalam golongan kaya atau mampu. keadaan sini tak macam Malaysia, kereta merupakan satu keperluan. di sini, kereta hanya kehendak.

dia sudah penat.  belum sampai lagi dah tertidur. nak cerita jauhnya rasa perjalanan kami

sebelum sampai ke cu chi tunnel, kami di bawa berhenti di sini dulu. tak ingatlah apa nama tempatnya. tapi kat sini kita leh nengok cara2 buat keropok beras. ye kot namanya keropok beras, tapi benda alah ni lebih kurang macam kulit popia tu. cer nengok gambar ni, halus sangat buatannya.

beratur nak tempek stiker utk masuk ke Cu Chi Tunnel
Cu Chi Tunnel merupakan kawasan hutan yang penuh dengan lorong-lorang rahsia untuk empat tinggal, tempat persembunyian, tempat menyimpan senjata dan juga tempat menyerang sekiranya musuh datang. Tempat ini merupakan tempat persembunyian tentera Viet Cong. Ada satu lubang tempat tentera Viet Cong sembunyi untuk membuat serangan hendap. Semua lorong ini akan menyambungkan mereka dengan banyak jalan keluar dan juga sungai. Ya Allah sempitnya lubangni. tak berani saya nak masuk. tapi incik suami saya berani nak masuk hahahaha...dia cakap panas sangat dan sempit.

Dan ada satu lorong kecil tempat persembunyian rakyat Vietnam masa perang dulu... kecil yang amat. kami cuba menyelusuri lorong tu, tempatnya rendah sangat, kami terpaksa membongkok untuk melaluinya. untunglah Batrisyia dan Qaireen sebab dorang kecil, mudah saja untuk jalan. kami ambil laluan yang pendek sahaja, tak berani nak ambil risiko sakit pinggang bila amik laluan yang panjang hahahahaha.

inilah lubang kecil yang incik suami saya masuk. ngam-ngam saja

ini pulak perangkap 

askar wanita Vietnam

cuba teka orang ni buat apa

tada..dia buat kasut/ selipar dari tayar
Kami berada di sini lebih kurang dalam 2-3 jam. masuk di sini saya dapat rasakan seolah-olah berada di dalam kawasan perang. dengan bunyian tembak menembak di sini. dah saya dapat rasakan betapa susahnya hidup mereka di zaman perang ini. terpaksa tinggal di kawasan yang sempit untuk teruskan hidup. bersyukur saya sebab hidup sebagai rakyat Malaysia dan tidak hidup di zaman perang. Alhamduillah.

selesai saja melawat, berjalan bagai.. kami terus dibawa untuk makan tengahari. hari kedua kami, kami dibawa makan di Kedai Shamsudin. makanan kali ni tak dapat menandingi rasa makan pada hari pertama. makanan kat sini ala-ala boleh la. cuma kopinya boleh tahan. untuk pengetahuan korang, kat Vietnam terkenal dengan kopinya yang sedap. wallahhhh amat sesuai dengan ku yang gila kopi.


lunch our time

alamak, awat bercahaya plak muka incik suamiku ini

ini longan kering, bijik teratai dan bijik gajus panggang. semua sedap

menu  lunch kami, telur goreng curah kicap. hihihi

sayur kobis goreng. memang ku tak usik

Ikan talapia masak sweet sour kot. tapi pedas

Gendang gendut
tali kecapi
kenyang perut
senang hati

Ok tak pantun saya. kikiki... betullah orang cakap, bila perut kenyang, nak buat apa pun rasa senang dan selesa. selesai saja kami makan tengahari. Vincent alamak lupa nak kenalkan. dia ni org vietnam yang jadi tourist guide kami kat sini  bawa kami pergi ke War museum. Dekat sini kita berpeluang melihat peninggalan sejarah perang Vietnam melawan tentara Amerika sekitar tahun 1955-1975. kalau siapa yang pernah belajar sejarah dunia mesti masih ingat kan tentang perang Vietnam dan Amerika. Selain peperangan menggunakan senjata , amerika juga menggunakan bermacam senjata kimia seperti Agent Pink, Agent Green, Agent Purple, Agent Blue, Agent White, dan Agent Oren. Agent Oen ni menggunakan sejenis bahan kimia yang bernama Dioxin. Dioxin ini disebarkan dengan menggunakan bom atau asap yang disebarkan menggunakan kapal terbang. Kesannya, yang terkena akan mati, kalau hiduppun, ia akan meninggalkan kesan untuk 3 generasi mereka. Seandainya mereka diberi pilihan ketika itu, mungkin mereka memilih untuk mati saja daripa tersiksa dalam keadaan yang cacat serba serbi. Dioxin yang digunakan oleh Agent Oren ini mutasi genetik yang sangat teruk hinggakan bila kita melihat gambar-gambar pameran di bahagian agent Oren ni... ya Allah..hanya iu saja yang boleh diluahkan.Tetiba saya teringat Sejarah dunia yang saya ambil masa tingkatan 6 dulu.. alahai...

ini adalah bayi kembar siam yang telah diawet. bayi ini adalah hasil daripada Agent Oren
kak long minat sangat nengok gambar-gambar ni. dia cakap kesian

aiyarrkkkk siapa kah gerangan awek ni???


lepas kami melihat dan menghayati sejarah peperangan, kami dibawa ke salah satu masjid yang ada di sini untuk menunaikan kewajipan kami sebagai ham Allah

Malam dah menjelang tiba. yeahhhh...inilah masa untuk menonton Water Puppet. Water Puppet show adalah hiburan tradisional masyarakat Vietnam. lebih kurang macam wayang kulit la. cuma mereka ni lagi lagi canggih la. Ada pentas di sebelah kiri dan kanan kolam air, tempat tukang karut memainkan muzik latar dan bercerita. Pemain-pemain patung tu duduk di belakang tabir dalam kolam tu.  


baru nak masuk cari tempat duduk
Hari ni memang memenatkan. selesai menonton Water Puppet show, kami dinner. eh mana gambar makan malam kami yer.... alamak dah ilang lah pulak. hmmm nantilah saya masukkan... sebab ada  yang special saya nak tunjuk pasal dinner kami malam kedua. alahai... dah penatlah.... cer nengok gambar kat bawah tu...besarkan duriannya.

ehhhh...mana gambar shopping... hahahaha...saya tak banyak shopping, setakat beli jubah sehelai, baju kurung siap labuci sehelai. kain pasang 4 pasang kalau tak silap. telekung plak saya beli untuk yang kirim dan juga untuk mak dan diri sendiri. dah... takde apa yang menarik sangat pasal shopping.. aci tak???? hahahahah


duriannya gabak punya besar

za: saya seronok jejalan hingga saya lupa berapa banyak duit yang habis untuk shopping...kikikiki

0 comments:

Ho Chi Minh hari pertama

9:11:00 AM Aliza Reesya 4 Comments

Apa khabar semua? Macam dah lama tak update blog kan. Hehehehehe.. Jom saya kongsi cerita best. Cita-cita saya... Kikiki takdelah, saje nak mengada sket. Meh saya kongsi cerita saya jejalan ke Ho Chi Minh Vietnam.

Pada 26 jan 2013 aritu kami ikut trip opis g pusat membeli belah yang terkenal di Vietnam... Ho Chi Minh... Yehhhh. sebelum ni saya cuma dengar cerita saja pasal bandar ini. katanya kain murah, telekung murah..dan macam-macam lagi. so kali ni jom kita pula yang pergi.

penerbangan kami pada jam 12.00pm lebih kurang gitulah, sebab saya pun dah tak berapa ingat hehehehe. Penerbangan Ke Ho Chi Minh City lebih kurang dalam 2 jam sahaja..tapi bila kukira balik, rasanya tak sampai pun 2 jam perjalanan. kalau gitu, jauh lagi Sabah la. heheheheh


Kami breakfast ini dulu

selamat tinggal Malaysia

masa ni kami dah sampai, ni menunggu kat Imegresen  Vietnam
Untuk makluman korang, Vietnam ni bukanlah sebuah negara yang maju, negara ni merupakan negara yang baru hendak membangun selepas perang melanda mereka. jadi tak hairanlah kalau memula sampai sini saya nengok serba serbi agak kureng la. servisnya lambat so kita terpaksa menunggu. mereka nak loading maklumat kita pun lambat. sabar jelah. 


semua dah get ready untuk mulakan aktiviti di Ho Chi Minh

kami sampai, tourist guide trus bawa kami makan kat Satay House. wahhh terkejut saya nengok makanannya... samalah macam makanan kita kat Malaysia. ada asam pedas tuu... sambal belacan tu.. maveles la... tapi asam pedasnya memang tip top. tak tau nak cakap macamner, sampai sekarang masih terasa-rasa lagi

usai saja lunch, kami trus dibawa ke kedai Basiroh. kat sini katanya telekung dijual dengan murah. saya masa sampai sini, cuma riki-riki harga dulu. oklah, murah berbanding kat pasaraya Mydin di Malaysia. ahakssss

Orang lelaki hanya pandang dan lihat saja dulu. kekanak plak, sibuk memain.

ini pemandangan depan hotel kami yer. depan hotel kami  ada kedai makan Basiroh dan Kampung Melayu. oklah, cuma kat sini makan agak mahal. dan makan kat kedai2 ni ada yang saya boleh terima dan ada yang tak boleh.


lepas chek in, Zara bawa kami jejalan menjelajah Ben Thanh Market. wah... macam-macam ada. tapi harnganya boleh tahan jugalah, nak kata murah rasanya tak juga murah. yelah, belum minta tawar lagi kan. nanti dah minta tawar oklah tu regenya. tapi saya memang rasa tersangat sesak kat sinilah.  

ini adalah menu dinner kami. malam pertama kami makan kat Nyonya Restaurant kalau saya tak silap. wahhhh asam pedasnya memang sedap. rasanya orang kat Vietnam ni memang pandai masak asam pedas yer. memang betul-betul memenuhi selera sayalah..hingga saya hirup kuah asam pedas tu. Ya Allah, memang sedap wehhh..... kerabu mangganya lagi wahhh... so korang siapa yang pasang hajat nak jejalan sini, sila cuma makan kat sini yer, nanti saya bagi alamatnya hehehehehe

ini katany buah Apple Vietnam. hanya kat sini saja ada buahnya. sekali rasa macam buah plum. tapi dorang kata ini Apple. oklah, sedap..kena yang manis, maka manisla rasanya, kena yang masam..sila makan sampai terpejam-pejam mata yer. hihik


selesai saja Dinner,  kami trus ke pasar malam   Ben Thanh. ya rabbi.... macam-macam ada.. ok, baru hari pertama kan, so tak boleh nak buat apa-apa penilaian tau. kita tunggu masa nak balik nanti.
Selesai sudah hari pertama kami. sekejap saja rasanya masa berlalu. tapi masih belum penat lagi. untuk pengetahuan korang, kat sini masanya lewat sejam dari Malaysia tau. so dalam jam 11.30pm kami tido, maksudnya kalau ikut masa Malaysia jam 12.30am kami titon.... good nite semua... sok nak kena bangun seawal jam 6.30 pagi.


za: enjoyyy.....

4 comments:

Followers