05 February, 2013

On 9:11:00 AM by Aliza in    4 comments
Apa khabar semua? Macam dah lama tak update blog kan. Hehehehehe.. Jom saya kongsi cerita best. Cita-cita saya... Kikiki takdelah, saje nak mengada sket. Meh saya kongsi cerita saya jejalan ke Ho Chi Minh Vietnam.

Pada 26 jan 2013 aritu kami ikut trip opis g pusat membeli belah yang terkenal di Vietnam... Ho Chi Minh... Yehhhh. sebelum ni saya cuma dengar cerita saja pasal bandar ini. katanya kain murah, telekung murah..dan macam-macam lagi. so kali ni jom kita pula yang pergi.

penerbangan kami pada jam 12.00pm lebih kurang gitulah, sebab saya pun dah tak berapa ingat hehehehe. Penerbangan Ke Ho Chi Minh City lebih kurang dalam 2 jam sahaja..tapi bila kukira balik, rasanya tak sampai pun 2 jam perjalanan. kalau gitu, jauh lagi Sabah la. heheheheh


Kami breakfast ini dulu

selamat tinggal Malaysia

masa ni kami dah sampai, ni menunggu kat Imegresen  Vietnam
Untuk makluman korang, Vietnam ni bukanlah sebuah negara yang maju, negara ni merupakan negara yang baru hendak membangun selepas perang melanda mereka. jadi tak hairanlah kalau memula sampai sini saya nengok serba serbi agak kureng la. servisnya lambat so kita terpaksa menunggu. mereka nak loading maklumat kita pun lambat. sabar jelah. 


semua dah get ready untuk mulakan aktiviti di Ho Chi Minh

kami sampai, tourist guide trus bawa kami makan kat Satay House. wahhh terkejut saya nengok makanannya... samalah macam makanan kita kat Malaysia. ada asam pedas tuu... sambal belacan tu.. maveles la... tapi asam pedasnya memang tip top. tak tau nak cakap macamner, sampai sekarang masih terasa-rasa lagi

usai saja lunch, kami trus dibawa ke kedai Basiroh. kat sini katanya telekung dijual dengan murah. saya masa sampai sini, cuma riki-riki harga dulu. oklah, murah berbanding kat pasaraya Mydin di Malaysia. ahakssss

Orang lelaki hanya pandang dan lihat saja dulu. kekanak plak, sibuk memain.

ini pemandangan depan hotel kami yer. depan hotel kami  ada kedai makan Basiroh dan Kampung Melayu. oklah, cuma kat sini makan agak mahal. dan makan kat kedai2 ni ada yang saya boleh terima dan ada yang tak boleh.


lepas chek in, Zara bawa kami jejalan menjelajah Ben Thanh Market. wah... macam-macam ada. tapi harnganya boleh tahan jugalah, nak kata murah rasanya tak juga murah. yelah, belum minta tawar lagi kan. nanti dah minta tawar oklah tu regenya. tapi saya memang rasa tersangat sesak kat sinilah.  

ini adalah menu dinner kami. malam pertama kami makan kat Nyonya Restaurant kalau saya tak silap. wahhhh asam pedasnya memang sedap. rasanya orang kat Vietnam ni memang pandai masak asam pedas yer. memang betul-betul memenuhi selera sayalah..hingga saya hirup kuah asam pedas tu. Ya Allah, memang sedap wehhh..... kerabu mangganya lagi wahhh... so korang siapa yang pasang hajat nak jejalan sini, sila cuma makan kat sini yer, nanti saya bagi alamatnya hehehehehe

ini katany buah Apple Vietnam. hanya kat sini saja ada buahnya. sekali rasa macam buah plum. tapi dorang kata ini Apple. oklah, sedap..kena yang manis, maka manisla rasanya, kena yang masam..sila makan sampai terpejam-pejam mata yer. hihik


selesai saja Dinner,  kami trus ke pasar malam   Ben Thanh. ya rabbi.... macam-macam ada.. ok, baru hari pertama kan, so tak boleh nak buat apa-apa penilaian tau. kita tunggu masa nak balik nanti.
Selesai sudah hari pertama kami. sekejap saja rasanya masa berlalu. tapi masih belum penat lagi. untuk pengetahuan korang, kat sini masanya lewat sejam dari Malaysia tau. so dalam jam 11.30pm kami tido, maksudnya kalau ikut masa Malaysia jam 12.30am kami titon.... good nite semua... sok nak kena bangun seawal jam 6.30 pagi.


za: enjoyyy.....

4 comments:

Misz-ella said...

Best, kan. Kc dah 2 kali pegi dan rasa nak gi lagi bulan depan.

Aliza said...

boleh la kc... cuma za rasa macam tak sexcited masa pergi Guangzhou dulu hehehehe..... kalau nak niaga memang ok. kc kalau g dok hotel mana?

YUS said...

x sabarnya nk pegi!!!

Aliza said...

tak sabar yer yus...hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...