photo header2-1.png

Kerabu Timun Tua ~ Resepi Ayah

Timun Tua... 
Timun ni makanan saya dari kecil. satu ketika dulu, ayah rajin buat kerabu timun. nyum..nyum..nyum... memag sedap. sampai dah besar sekali sekala saya akan nampak ayah buat.. dan saya akan makan, memang sedap. Bila saya dah kahwin.. resepi kerabu timun tua ni saya masih gunakan. pertama kali incik suami makan, memang dia rasa pelik. tapi akhirnya saya berjaya buatkan menu kerabu timun ni menjadi permintaan incik  suami. hahahahahaha

Minggu lepas kami pergi beli barang dapur. incik suami amik timun tua.

"Yunk, timun ni buat macam selalu buat tu" 

hahahahah saya buat-buat-buat tanya, nak buat cemana? dia cakap yang ada belacan tu.. yang biasa buat tu. hahahahahahah... okayyyy.

Tapi agak malang sket, sebab timun tua ni terperuk kat dalam peti air seminggu lamanya. hahaha sampai incik suami yang tegur.. 

"nampak gayanya timun abang tu tak buat apalah.."

hahahahah... terus semalam saya nekat untuk buat kerabu timun tua tu. hehehehehe. meh saya share ngan sorang.


Ni lah timun tua. kenal kan..kenal kan...


nak buatnya senang je. kikis isi timun ni guna sudu. dapat lah macam ni hasilnya

Tada... dah siap. sedap. makan macam tu je pun nyummyyyy



Bahan-bahan Kerabu Timun Tua:

  • Timun tua - amik isi macam kat gambar tu
  • belacan besar jari kelingking... (sila ukur jari kelingking memasing)
  • setengah genggam udang kering - Tumbuk jangan hancur
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • 5 biji cili api - hiris halus
bila dah ada semua bahan tu.... campur semua sekalid alam satu bekas. letak la garam dan gula ikut suka. siap. Selamat Mencuba ye kengkawan. Chowwwww



Nota za: sentiasa rindu masakan ayah

0 comments:

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.