Bekal kanak-kanak aka bento

1:38:00 PM Aliza 0 Comments

Alhamdulillah, masih bernyawa saya untuk berblog. saya harap blogger yang lain juga sihat walafiat. macam saya ni, nak kata sihat sangat takdelah.. nak kata tak sihat, masih boleh main masak-masak lagi. hahahahaha

sekejapan tadi saya terfikir.. dah lama juga rasanya saya berkecimpung dalam dunia blogging ni.. dari tahun 2008... fuhhh.. dan ramai kawan-kawan blog yang saya kenal dan jumpa. dan dari tahun ke tahun pengisian dan cerita dalam blog saya ni berubah-rubah dan bertukar-tukar rentak. dulu sibuk cerita pasal breastfeeding,cd, anak-anak, keluarga dan pelbagailah. korang yang biasa follow blog saya mesti tahu kan. 

sekang ni saya tukar rentak lagi.. saya dah minat masal plak. yelah, sejak-sejak terjerumus dengan kawan-kawan kaki masak ni, apa lagi.. gunakanlah sebaik mungkin idea kawan-kawan tu untuk kebaikan bersama.

entri kali ni saya nak cerita pasal bento atau bekal. kalau saya, senang je nak sebut.. panggil bekal je, kalau kat sabah darang panggil "baun" atau "tapau". tapi sekang saya dah dapat bahasa baru BENTO. dulu saya pelik, kenapa panggil BENTO.. tak paham saya orang dok sebut bento-bento.. sedangkan benda tu bekal. hahahahaha.... meh saya kongsi penemuan saya tentang maksud BENTO. 

Bento sebenarnya adalah istilah orang Jepun, iaitu makanan yang dibungkus dan selalunya diletak didalam bekas makanan tradisional mereka. Makanan untuk bento selalunya adalah sejuk dan sedap dimakan walaupon sejuk/suam contoh makanan yang selalu dijadikan bento ialah sushi, sandwish, buah-buahan,sayur-sayuran dan lain-lain. Bestnya bento ni, siapa yang bawa mesti senang hati sebab hiasan dalamannya yang macam-macam ragam. hahahahaha.

ok, korang faham dah ye. Jadi saya pun rasa macam seronok plak nak guna istilah bento. hahahahahha ops.. jangan silap yer, sebenarnya saya dah lama mula masakkan sarapan pagi untuk kekanak riang kat umah, dari tahun lepas lagi. cuma bekal tu kekadang je bawa sebab Batrisyia sekolah agama, jadi dia susah nak makan sebab takde waktu rehat kat sekolah. so sekang ni bila dia dah masuk sekolah kebangsaan sidang pagi, maka berbento lah kami anak beranak. hahahahahahaha



Dari awal tahun hari tu, kekanak riang kat umah dah mula bawa bekal, cuma mood ibu nak bergambar takdelah begitu tinggi sebab tak paham lagi maksud bento ni. sekang da pandai berbentoing ni... hahahahah siaplah kau. beberapa hari lepas, saya dengan tak malunya bertanyakan pasal aksesori bento yang cantik2 dari seorang teman di FB... wahhh alhamdulillah, nasib baik Sue Aleen tak keberatan nak bagi idea dan info kat saya. TQ Sue.. jasamu di kenang. maka dengan itu, semalam sementara tunggu Batrisyiia balik sekolah, saya singgah MR. DIY kat bangi ni ha.. carilah apa yang patut.... walllaaahhh dapat wooooo.... yessss siappp.

tada... nengoklah hasil bekal aka bento kekanak riang kat umah saya.... semalam saya buat roti tortila inti sosej & slice ikan... letak sayur sket. arini plak saya buat bake mash potato dan nugget homemade. wallahhh... saya plak teruja nak mendeko. 

ok, kita stop dulu.. tunggu esok punya BENTO plak. hahahahaha


za:sukamasakplak

0 comments:

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...