photo header2-1.png

Tauhu Kukus Goreng Menu Berbuka Puasa

Semalam Saya puasa lagi.. banyak lagi weh nak ganti. Tabi terpaksalah bertabah untuk habiskan sisa-sisa puasa yang tinggal. Insyaallah... Semalam dari petang dok teringin nak makan tauhu kukus goreng. ni gara-gara member FB la ni dok post resepi bagai.. dok post gambar bagai kata sedap. Alih-alih semalam balik kerja terus cari bahan-bahan yang nak buatnya. jom saya kongsi bahan yang kena ada untuk buat tauhu kukus goreng ni.


Bahan-Bahannya:-
  • 4 Keping tauhu putih
  • 2 Tiub tauhu lembut rege dalam 90sen je kot
  • Segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye. Tapi semalam gantikan dengan daging kisar je)
  • 4 Biji telur ( 2 unruk blender, 2 lagi untuk goreng)
  • kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat yer dah sudah masukkan dlm bekas

  • 2 biji cili merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)
  • Sedikit daun bawang yg di potong halus2 
  • sedikit serbuk cukup rasa Maggie.
  • Semua bahan ni di campur dan digaul dengan bahan yang dikisar tadi.

Dah cukup semua bahan tu bolehlah di kukus dlm 20-30min. Saya kukus masuk dalam
loyang empat segi je pun. Dah cukup 30 minit, saya kuarkan dari loyang, kira tos buang airnya
biar sejuk barulah di potong. Celopkan tauhu yg dah di potong dalam telur
yg dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan
Tada... inlah hasilnya... jemput makan. memang sedap. jangan lupa cicah sos tau.

Za: cube je resepi yang adaasal perut kenyang

2 comments:

hidayah halim said...

Kita punya versi guna homemade tauhu jepun..

za reesya said...

Xdan nak wat homemade tauhu

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.