25 February, 2014

On 4:51:00 PM by Aliza in , ,    No comments
Timun Tua... 
Timun ni makanan saya dari kecil. satu ketika dulu, ayah rajin buat kerabu timun. nyum..nyum..nyum... memag sedap. sampai dah besar sekali sekala saya akan nampak ayah buat.. dan saya akan makan, memang sedap. Bila saya dah kahwin.. resepi kerabu timun tua ni saya masih gunakan. pertama kali incik suami makan, memang dia rasa pelik. tapi akhirnya saya berjaya buatkan menu kerabu timun ni menjadi permintaan incik  suami. hahahahahaha

Minggu lepas kami pergi beli barang dapur. incik suami amik timun tua.

"Yunk, timun ni buat macam selalu buat tu" 

hahahahah saya buat-buat-buat tanya, nak buat cemana? dia cakap yang ada belacan tu.. yang biasa buat tu. hahahahahahah... okayyyy.

Tapi agak malang sket, sebab timun tua ni terperuk kat dalam peti air seminggu lamanya. hahaha sampai incik suami yang tegur.. 

"nampak gayanya timun abang tu tak buat apalah.."

hahahahah... terus semalam saya nekat untuk buat kerabu timun tua tu. hehehehehe. meh saya share ngan sorang.


Ni lah timun tua. kenal kan..kenal kan...


nak buatnya senang je. kikis isi timun ni guna sudu. dapat lah macam ni hasilnya

Tada... dah siap. sedap. makan macam tu je pun nyummyyyy



Bahan-bahan Kerabu Timun Tua:

  • Timun tua - amik isi macam kat gambar tu
  • belacan besar jari kelingking... (sila ukur jari kelingking memasing)
  • setengah genggam udang kering - Tumbuk jangan hancur
  • 4 ulas bawang merah - hiris
  • 5 biji cili api - hiris halus
bila dah ada semua bahan tu.... campur semua sekalid alam satu bekas. letak la garam dan gula ikut suka. siap. Selamat Mencuba ye kengkawan. Chowwwww



Nota za: sentiasa rindu masakan ayah

18 February, 2014

On 7:54:00 AM by Aliza in    No comments
 Assalamualaikum... selamat pagi semua... cewah... semangat konon pagi ni nak aktif update blog. wahahahahahha..... ok..ok... pepagi ni takde cerita best, cuma saya nak kongsikan satu info. klinik Intensif Cetak Tshirt. Belajar cetak tshirt sampai pandai, lepas tu boleh buka kedai printing.. pastu leh dapat duit beribu-ribu lemo woooooo.... hahahahahaha... Insyaallah.

Meh siapa nak join, boleh la jenguk FB Aliza tshirt Printing . Detailnya seperti kat bawah ni yer kengkawan... yelah, kot ada yang takde FB... jadi kesian plak kan..

Tinggal beberapa KEKOSONGAN.

Lebih 90% peserta program ini yang lepas telah memulakan biz sendiri!!

-----------------------------------------------------
Tarikh: 22 Feb 2014 (Sabtu)
Masa: 10 pg - 5.00 ptg
Tempat: Aliza Tshirt, No 6B & 8B, Jln 3/69, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor DE
Tel: 03-89127163 

-----------------------------------------------------

Terima kasih bagi mereka yang telah MENGESAHKAN TEMPAT. Masih ada kekosongan tempat yang boleh di isi utk program ini.

1 hari program yang PADAT dengan 90% praktikal. Pengisian pembelajaran pelbagai teknik cetakan tshirt YANG TERBUKTI BERJAYA mengurangkan modal serta memaksimakan keuntungan.

Program KICT terakhir adalah 5 bulan lalu iaitu pada SEPTEMBER 2013 (FULL SEATED). Awas Tempat TERHAD dan mungkin anda perlu menunggu lama jika terlepas peluang ini!!

Belajar dari asas hingga pelbagai teknik cetakan tshirt. (Sila klik pautan untuk lihat maklumat lanjut).http://tinyurl.com/qa997fw

Jangan terlepas peluang ini serta kongsikan kepada keluarga, sahabat & rakan anda yang MUNGKIN MEMERLUKAN & TERCARI-CARI PELUANG INI.

Sila daftar & sahkan tempat di sini: http://tinyurl.com/qa997fw






za: tiada seni....

17 February, 2014

On 12:14:00 PM by Aliza in    No comments
Yahhhhh akhirnya saya berjaya.. dalam kemalasan melanda... berhasil juga buat Header baru untuk baju baru blog Alizareesya.... insayallah saya akan cuba jadi rajin untuk update blog ye....

chaiyookkkkk........

14 February, 2014

On 9:28:00 AM by Aliza in    No comments
Yeahhhh arini malas nak makan makanan yang heavy.. sebab dah masuk 2 minggu tak joging sebab kaki ku injured... so makan wajib jaga. nak workout memang dah tak boleh yang heavy, kena buat yang sopan santun jer.... 

jadi petang semalam dah terpikir kat kepala ni nak buat roti, pastu wat sandwich.. kebetulan chiken ham ada kat peti ais, tinggal beli salad, timun dan tomato je...

tada.... inilah bekpes kami 3 beranak pagi ni... adik dan kak long pun bawa bekal yang sama, cuma dorang tak letak sayur yang banyak, kang sesia je kena buang. 


nak resepi rotinya yer... boleh..boleh... resepi ni pun saya try and error dari internet... mana yang ok saya teruskan gunala resepi tu sampai bebila... hehehehehehe ayokkkk...


        BAHAN-BAHANNYA


  1. 300 ML AIR
  2. 2 SUDU BESAR GULA
  3. 2 SUDU KECIL YEAST (MAURIPAN)
  4. 1 SUDU KECIL GARAM
  5. 1 SUDU KECIL BREAD IMPROVER/ SOFTERNER
  6. 2 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
  7. 2 SUDU BESAR BUTTER
  8. 300G TEPUNG ROTI
  9. 200G TEPUNG GANDUM



Cara:
Masukkan semua bahan sekali harung dalam Bread Maker.... biarkan dia lakukan kerjanya sampai siap....

04 February, 2014

On 9:57:00 AM by Aliza in    2 comments





Pengenalan

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.


Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.
Bacaan Tekanan Darah
Kategori
Sistolik
Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan
bawah 90


Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:

  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?

90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

  • Sebab yang tidak diketahui (90%)
  • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?

Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan Gejala

  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut
  • (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
- Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
- Coronary Heart Disease
- Congestive Heart Failure
- Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
- Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
- Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
- Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
- Aneurysm
- Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat

• tanpa menggunakan ubatan:
    • Perlu mengubah amalan cara hidup andae
    • Amalkan permakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    • Melakukan senaman berkala
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok

Kategori tekanan darah normal/optima

• Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
• Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

  • Pra Hypertensi
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
  • Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
    • Amalkan pemakanan sihat
    • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    • Jantung
    • Ginjal
    • Mata
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...