photo header2-1.png

Effmypic.com





Gambar lama

Arini aku agak bz juga... Macam-macam hal yang perlu diselesaikan. Serabut juga kepala. Tetiba aku tingat nak nengok-nengok cerita lama.. Maksud aku buka buku lama hehehehehe.. Tetiba aku jumpa gambar ni. Ala gambar lama masa zaman belajar dulu... Hampir 10 tahun lepas. Kelakar plak bila aku nengok hehehehehe. Terus aku buka web site lama plak.. Lagilah kelakarnya hahahaha.... Korang kalau nak nengok web site lama aku leh nengok sini tapi janji jangan gelak pulak.. Hahahahaha aku pulak yang gelak... Kelako giler.. Tapi rasa tersenuh plak hati bila terkenang zaman silam... Bak Ada satu lagu yang masih aku ingat, lirikny amacam in... "andai dapat kuundurkan putaran dunia....." lebih kurang gitulah... Kalaulah aku dapat undurkan putaran dunia in.. Aku nak balik ke zaman sekolah.... Aku rasa zaman TU cukup membahagiakan.. Biarpun aku akan tertekan dengan ujian, exam... School rules, Dan pelbagai lagi.. Tapi aku rasa bahagia... Bukan hidup harini tak bahagia... Tapi rasa kureng seket.. Aku tak enjoy macam zaman sekolah... Tapi aku tetap rasa sempurna sebab Ada anak n suami. Cuma hati TU... Terkadang teringat.. Terkadang terlupa. Tapi alangkah baik kalau terus terlupa... Takderlah aku terus mengelamun mengenangkan apa yang tak patut aku kenang... Hahahaha berkarat plak pepetang nih.. Tapi itulah yang aku rasa petang in.. Aku rasa tensi sket... Aku nak pejam Mata sekejap......



Mia dah balik

Hari ahad semalam, Mia dah nak balik, dah petang. Ingatkan Mia nak balik malam, tapi ibu mianak g Alamanda... So Mia baliklah awal, kak long sibu tanya apasal Mia dok umah 2 ari jer.... Papa jawab, Mia nak sekolah... Kak long pun kena sekolah...


Adik saja tumpang sit Mia


mia dah kelamklibut


adik plak wat bodo jer.. macam tak paham-paham plak yang tuannya dah tak senang duduk


semua dah balik, hanya tinggal papa, kak long adik dan ibu yang jadi tukangnya


yeiii.. adik dapat duit....





Dah keletihan

Semalaman bermain... Aku Dan ibu Mia pun dah letih melayan karenah anak-anak... Nilah masa yang dinanti.. Tido time..... Kelakar plak nengok aksi tido dorang.


adik yang dah ngantuk, berapa kali dah nguap


semua dah tombang


cuba nengok adik.. sekali kupandang macam dah susut badannya


kak long yang keletihan


mia pun dah letih


Anak - anakku

Budak-budak bila dah berjumpa macam nilah caranya, langsung tak ingat apa lagi... Seronok nengok dorang, rasa bahagia jer bila dapat bermain. Kadang-kadang rasa macam nak jadi kanak-kanak semula.. Hehehehe, mana doraemon nih......


kak long suker sangat


adik hanya boleh melihat, nak join tak reti nak main lagi, kang kena buli jer


mia dan kak long yang terlalu asyik


lihatlah gelagat mia... gelagat anak buah ku yang sorang





Jalan-jalan beli barang di Giant

Sebelum malam buat bbQ, Kita orang jalan beli barang kat Giant, nilai.. Huhuhu dah lama tak jalan gi Giant. Sambil TU, aku amiklah gambar yang patut sebab bateri kamera Ku in tak abis-abis g hahahaha.


sejak adih dah boleh duduk nih, nak duduk ajer dia kat mana-mana yang boleh duduk


nengok aksi kak long yang over tu


comei jer nengok adik dengan gaunnya


ni topi kenangan dari Guangzhou





Mia datang, geng papa Dan ibu buat bbQ

Ari sabtu lepas Mia datang... Ala.. Adik papa n wifenya datang, mak with pun datang sekali. Dah lama tak jumpa Mia, sekali jumpa dah besar dia. Cerdik dah. Hehehehe Ku cerita pasal Mia, tapi gambar yang kutempekkan adalah gambar bakar ayam huhuhuhu.. Sekali makan, ayamnya liat nak mampos, bila nengok resit, ayam tua rupanya hahahaha.. Makan jerlah.

nama saya Nur damia Auni


ni ayam yang nak buat bbq


ni ibu dan papa mia


ini pak long mia


pak long mia tengah bakar ayam


papa ngan pak long ngah cakap per tu


ayam tengah dibakar..






Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

 

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

 

 
Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya
.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

 

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah


Ala Papa don't lah papa... I don't want

Semalam kami nak dinner, ibu rajin nak masak... Sekali papa kurung adik suh jangan kacau orang nak makan... huhuhu






Email semalam

semalam aku dapat satu email, nak terglak juga bila baca, so apa kata korang baca sekali, saja nak berkongsi.
Tahukah kau wahai suami Dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2

Individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan

Dipertemukan Dan aqad nikah telah menyatukan Kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,Dan
Fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic David copperfield bila tiba2
Kau buka wallet Ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang
Isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?"

TAPI Bila kau Ada duit, wah! Wah! Kau siap boleh tanya lagi bini
Kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya Dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus is isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang Dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut
Lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah TU tak Lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah Mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu
Apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki
Aku bila pakai baju in?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat
Lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri TU tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi Dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala Dan kalau nak tidur TU, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini TU selagi laki dia tak lelap Mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST IN
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata

SAH!!!! Tuhan TU telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini Dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai
Kereta korang, PS2 korang Dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang Hari ini mengerjakan apa yang orang
Lain akan mengerjakannya tiga Hari kemudian ..
JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!



Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa
Mesti Kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,
Kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika Kita tak
Dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan
Yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau Kita sbg lelaki tak
Soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah
Dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah Kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau Kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau Kita tak
Berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari
Langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya Kita perlu
Hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak Ada untuk Kita memulakan alam
Perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak Ada....
Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,

ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .... ...



Mari Kita cegah





Aksi Sebelum Tido

Semalam, papa balik lambat.... Ada hal..... Kononlah. Jadi tinggallah kami 3 beranak macam biasa. So dah tak boleh nak buat menda ngan bebudak in, aku amiklah gambar detik-detik yang perlu diabadikan sebelum tido hehehehehe





PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.