29 October, 2010

On 8:03:00 AM by Aliza
Perangai anak kita berbeza. Sebagai ibubapa pasti mengharapkan anak-anaknya bersopan santun. Apatah lagi berhadapan dengan orang lain. Adakah kita benar-benar mengenali akhlak sebenar anak kita? Bagaimana cara kita mengenali akhlak yang benar dan akhlak yang direka-reka dihadapan kita?

Jika kita lihat hadith nabi, sudah jelas Baginda memberikan panduan di dalam sebuah hadith :

almisk = kasturi

"Perumpamaan sahabat yang baik dan jahat  ialah seperti pembawa minyak wangi dan si tukang besi. Adapun si pembawa minyak wangi itu, kamu akan dapat wanginya jika dia berikan kepada kamu, ataupun kamu beli darinya ataupun kamu akan terkena baunya yang wangi. Manakala, si tukang besi samada baju kamu berlubang kerana terkena percikan api ataupun bau yang tidak menyenangkan terkena pada kamu"

Hadith di atas menunjukkan bahawa sahabat yang baik akan dapat memberikan kebaikan kepada sahabatnya yang lain. Begitu juga sebaliknya. Jika sahabat kita dari kalangan orang yang suka melakukan kejahatan, kelak orang bersahabat dengannya akan terkena percikan kejahatan sahabatnya.

Kesimpulan ringkas, BERKAWAN DENGAN BAIK, KITA MENDAPAT KEBAIKANNYA manakala BERKAWAN DENGAN SI JAHAT, KITA TERKENAL DALAM KELOMPOK SI JAHAT.

Dr. 'Aid AlQarni pernah mencatat bahawa antara cara kita mengenal akhlak sebenar anak kita ialah melalui mengenali sahabat karibnya. Atau kita sebut sebagai BEST FRIEND. Jika sahabatnya tadi seorang yang suka dengan permainan video, anak kita tidak mustahil adalah penggemar minat yang sama. Begitulah seterusnya, jika sahabat baik anak kita kaki bola, anak kita adalah dalam kelompok kaki bola. Jika anak kita pula bersahabat dengan ulat buku, anak kita bolehlah dikategorikan di dalam kelompok anak-anak yang minat membaca.

Cuba anda selidiki siapakah rakan yang paling rapat dengan anak kita. Kita pasti menemui jawapannya.

petikan dari:
http://mesrarakyat.wordpress.com/page/5/


za: terlalu risau bila kak long dah pandai melawan, dan adik selalu ikut apa yg kak long buat.

25 October, 2010

On 2:31:00 PM by Aliza
Latar Belakang

Kami mempelawa individu yang komited dan berminat untuk menjana pendapatan sebagai Rakan Niaga produk kami secara perkongsian jangka pendek dan peserta berpeluang menjana pendapatan mencecah RM1,000.00 sebulan. Kami merupakan syarikat 100% Bumiputra berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beribu pejabat di No.58, Tingkat 1, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras. Produk syarikat didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta mendapat liputan dan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan seperti Berita Harian, Harian Metro,

Sasaran peserta

Pekerja kerajaan, swasta, peniaga, pesara, surirumah dan lain-lain individu yang berminat.

Alias Mohamed SharuddinPengarah Urusan
AMS Awra Sdn Bhd (894886-P)
No. 58, Tingkat 1, Jalan Jujur, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel / Fax: 03-9171 4803 Mobile: 013-879 4466 Web: www.awrastore.com Facebook : wuddah
Email: sales@awrastore.com



za:siapa berminta jom arr..melabur untuk benda yang nampak

20 October, 2010

On 4:32:00 PM by Aliza
bayangkan seseorang yang berwajah ceria. senyum selalu. airmukanya
manis. ucapannya berhikmah. tidak menyakitkan hati orang yang
mendengarnya. walau rupanya tidak cantik tetapi perwatakannya
membuatkan dia sejuk mata memandang.


bandingkan dengan yang ini. wajahnya kusut sentiasa bermasalah. melihat
sahaja wajahnya yang masam murung dan tidak bermaya, membuatkan hati
kita terus tertekan. udahlah begitu , ditambah pula dengan
mulut berbisa yang banyak mengeluarkan kata-kata sinis dan
menyindir-nyindir. bagaimana dengan orang sekelilingnya?


lalu, yang mana satu pilihan kita? mahu menjadi dia dalam senario 1 atau
2? kerana kita boleh memilih. Allah itu adil. diberi jalan . diberi
pilihan dan disediakan balasan.


lalu, atas pilihan kita juga , kita mahu menjadi orang yang bagaimana.


7 tips untuk ceria.


1. katakan pada diri-'aku ceria' berkali-kali. masuk dalam bilik air
dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang
ber'shower'- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan
orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri
sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.


2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku
adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan
berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama
seperti membaca 1 al-quran)


3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain
maafkan kita.


4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan
buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat
mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi.
contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas,
bayangkan hasad keluar dan seterusnya.


5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum
seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada
wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan
berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur.
cubalah. rasakan perubahannya.


6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir
buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui
kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes
around.


7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang
yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua
membasuh muka semasa berwudhu'- wa nur yusufa wajhi man
roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan
mengasihiku).

dari
http://bit.ly/muzamin


za: cuba untuk ceria selalu

14 October, 2010

On 9:13:00 AM by Aliza
Dalam duduk bersendiri melayan mata yang belum mengantuk malam tadi, hati saya berbisik sendiri.Berulangkali.Membaca beberapa komen teman-teman lewat status saya di fb, semakin
menambah kekuatan saya berimaginasi. Angan-angan saya, alangkah baiknya, jika ada satu alat yang berfungsi seperti sebuah mesin kira-kira, yang boleh digunakan untuk aktiviti tambah, tolak, darab dan bahagi. Cuma kelainannya ialah subjek yang dihitung bukanlah satu benda, tetapi adalah sebuah cinta. 'Kalkulator cinta'.** Saya cuba membayang-bayangkan aplikasinya. Andai seorang suami melafazkan puji-pujian kepada isteri tersayang, disertai ucapan, I love you my dear, maka aktiviti tambah akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, ucapan cinta menambah bahagia, membuatkan seorang isteri rasa dikasihi dan dihargai. 'Suami, ucapan cinta, romantik + CINTA = isteri gembira = rasa bahagia.

Saya berangan-angan lagi.
Andai seorang suami menegur gaya berpakaian isteri sebelum keluar membeli di pasar tani dengan kata-kata : 'Cantiknya awak hari ni! Macam nak pergi mengurat mamat benggali!'. Maka aktiviti tolak akan berlaku kepada kalkulator cinta mereka. Ini kerana, kata-kata yang kasar amat dibenci oleh seorang isteri, walaupun teguran yang diberi adalah benar demi kasih dan cinta suami kepada isteri. 'Suami, sindir, perli – CINTA = isteri terasa hati = masam mencuka wajahnya sehari.

HATI SEORANG ISTERI
Saya sebenarnya tidaklah terlalu serius memikirkan keperluan wujud atau tidak alat sedemikian. Sekadar berfikir separa santai dalam menanggapi sekian banyak kemelut rumahtangga yang berlaku hari ini. Salah satu darinya diutarakan melalui ruangan komentar pada artikel, JANGAN BERHENTI BERKENALAN : Renungan buat suami dan isteri. Beliau yang menamakan diri sebagai Lynn meluahkan isi hati :
"Saya suka membaca perkongsian ini. Saya sedang menghadapi kemelut rumahtangga.Sudah sekian lama berkahwin (hampir 5 tahun), suami tidak pernah memujuk, berbual, berkomunikasi (hanya bila mahukan hubungan intim) malah tidak pernah memberitahu apa yang disukai atau apa yang tidak disukai. Saya bagai hidup dengan 'stranger' setiap hari saya menangis mengenangkan hal ini. Saya tidak mahu 'selfish', anak saya sudah 3 orang walau saya masih muda (belum menjangkau 30 tahun). Saya sayangkan rumahtangga ini dan anak-anak, cuma sedih kerana rasa langsung tidak dihargai kecuali bila suami mahukan hubungan intim. Saya bukan wanita berkerja, saya korbankan karier untuk mencurahkan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak. Dunia saya hanya suami dan anak-anak. Bila jadi begini, saya rasa amat tertekan dan rasa 'useless'. Apa yg patut saya buat/fikirkan? Banyak kali saya berbincang dengan suami namun jawapan yang diberikan hanya 1 :
"Maaf abang tak tahu nak cakap apa." Saya sangat kecewa. Saya tak pernah berhenti berdoa dengan harapan suami akan menyayangi saya. Saya pernah suarakan, jika suami mempunyai kekasih hati/pilihan lain
saya izinkan dia berkahwin. Mungkin suami akan berubah kepada yang lebih baik dengan cara ini tapi tiada jawapan dari suami dan hubungan kami berterusan hambar beku seperti ini.  Harap ustazah sudi memberikan pandangan.

WANITA DAN KATA-KATA CINTA
Saya bersimpati dengan kemelut perasaan yang sedang dihadapi oleh Puan Lynn. Sebagai seorang wanita, saya maklum, belaian jiwa dari seorang suami yang dijelmakan melalui kata-kata seperti ucapan sayang, bicara yang lembut, mahupun sekadar lafaz terima kasih, banyak memberi kesan dan ransangan yang positif terhadap keutuhan rumahtangga yang dibina.Isteri mana yang tidak bahagia dengan kata-kata yang menggambarkan penghargaan dari suami tercinta. Sesaat lafaz sayang diperdengarkan, sudah cukup meredakan keletihan isteri berbakti untuk anak-anak dan suami. Sepatah ucapan terima kasih diberikan, sudah cukup menjadi penawar yang meredakan resah isteri berdepan rutin yang sama di kebanyakan hari.Hanya semudah itu, seorang suami dapat mengungguli emosi isteri yang dikasihi. Ia tidak banyak memakan masa, menagih kudrat dan tenaga dan tidak juga menelan belanja yang tidak terjangka nilainya.Cukup hanya sekadar kata-kata mesra.Namun begitu, sebagaimana kata-kata yang saya titipkan di laman fb, sebagai peringatan kepada teman-teman, juga untuk tatapan dan renungan diri sendiri, saya menukilkan :
"ALLAH SWT tidak memberikan semua yang kita inginkan, tetapi DIA memberi apa yang kita perlukan."Saya akur, bukan semua wanita, bertuah dapat menikahi jejaka yang 'cukup' serba serbi. Seorang yang soleh dan bertaqwa, pandai pula berlawak jenaka, mahir memikat dengan aksi dan gaya yang menambat sukma, juga bertanggungjawab terhadap anak dan isteri di bawah seliaannya.Tidak semua lelaki memiliki pakej lengkap sebegini!Kerana itu, saya melontarkan satu persoalan :"…antara suami yang romantik dan bertanggungjawab, yang manakah menjadi dambaan?"

IF MAN COULD TALK
Demikian satu judul buku yang dikarang oleh, Dr Alon Gratch, seorang pakar psikologi klinikal dan juga seorang pensyarah di dalam bidangnya. Beliau banyak menulis untuk pelbagai penerbitan termasuk New York Times dan Wall Street Journal.Manurut Dr Gratch, lelaki bukan tidak boleh berbicara, hanya saja mereka lebih mudah berkata-kata dengan bahasa yang berbeza. Tidak sebagaimana kaum perempuan, yang umumnya terbuka dengan perasaan mereka, kebanyakan lelaki merasa sangat sulit untuk 'membuka' diri untuk orang lain. Oleh sebab itu, pada dasarnya, kaum lelaki sering terlihat jauh dan terasing serta sukar difahami, atau dalam banyak keadaan, agak keras dan menjengkelkan.Oleh kerana itu juga, lelaki lebih mudah mewakilkan luahan kasihnya melalui sejambak bunga, atau paling tidak mereka akan memilih sekeping kad yang telah dipenuhi dengan berbaris ayat dan madah pujangga supaya ruang untuk mereka menulis menjadi lebih terhad dan tidak terlalu luas.Justeru, saya berpandangan bahawa seorang isteri yang sentiasa menginginkan kebahagiaan dan ketenangan di dalam rumahtangganya pasti akan berusaha mengerti, meneliti secara jujur dan yakin diri bahawa tanda-tanda cinta seorang suami terhadap isteri ada pelbagai sudut dan segi.Kasih sayang seorang suami bukan hanya boleh dinilai dengan kata-kata cinta dan ucapan mesra semata-mata ( verbal ), akan tetapi lebih penting dari itu ia harus dibuktikan melalui perbuatan dan tingkahlaku ( non-verbal ).Kasih sayang, sama ada ia boleh diimplimentasikan dengan kalimah indah dan menyejuk jiwa, ia juga boleh dijelmakan dari perilaku yang baik, pandangan yang mendamaikan, juga sentuhan dan belas ihsan. Dan yang paling utama, peranan dan tugasnya sebagai ketua keluarga telah dilaksana sebaik-baiknya.Walau tanpa bicara, ia cuba untuk menterjemahkan perasaan dalamannya yang dipenuhi rasa cinta dan kasih mesra terhadap isteri dan cahaya matanya dengan cara yang diyakininya. Sungguhpun cara ini mungkin kelihatan agak sederhana pada penilaian ramai wanita, tetapi ia tetap bernilai secara makna, lebih-lebih lagi kepada sebuah institusi keluarga.Justeru itu, pandanglah keadaan 'tanpa suaranya' ini sebagai satu kelebihan, kerana seorang suami yang memiliki upaya sebegini adalah seorang suami yang punya keistimewaan tersendiri. Dia sebenarnya seorang yang penyayang tetapi kasihnya ditunjukkan dalam diam. Tanpa bicara, tidak melalui kata-kata.

BAHASA TUBUH RASUL JUNJUNGAN
Rasulullah SAW sendiri sebagai contoh tauladan terbaik seorang suami yang menyintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk non-verbal ini. Situasi ini dapat dilihat dari sekian banyak hadis-hadis baginda, di antaranya :

1. Bersegera menemui isteri jika tergoda. Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat seorang wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lantas baginda menumpahkan keinginan baginda kepadanya. Setelah itu, baginda keluar dan bersabda : "Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya, kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut." ( Hadis riwayat Tirmidzi )2. Bergiliran minum pada tempat yang sama. Dari 'Aisyah r.a, dia berkata : "Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda minum, kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dariku, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, lalu baginda pun menghirupnya." ( Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur)Hadis-hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda, sekaligus menyatakan bahawa Islam sangat mementingkan komunikasi non-verbal ini, kerana sememangnya bahasa tubuh, dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

PRO-AKTIF
Saya bersetuju, andai menginginkan suami romantik, tidak salah jika isteri yang memulakan langkah pertama. Bersikap pro-aktif dalam persoalan rumahtangga dan kebahagiaan ikatan perkahwinan tidak akan merugikan pihak isteri. Sebaliknya, bak kata pepatah Inggeris :
'What you give, you get back'.
Dengan senyuman yang manja, sentuhan yang lembut diiringi tutur kata yang sopan bersahaja, pasti dapat menjadi pemangkin buat seorang suami yang pendiam untuk berbicara sepatah dua.Walau masa yang diambil, mungkin bertahun lamanya, namun usaha yang ikhlas kerana ALLAH, demi kelansungan ikatan perkahwinan dan keharmonian rumahtangga, pasti akan beroleh bantuan dari Yang Maha Esa. Memang tidak mudah, tetapi dengan kesabaran dan mujahadah beserta penyerahan yang tuntas kepada ALLAH, segalanya impian akan menjadi nyata, InsyaALLAH.Ini sifir yang saya yakini ketepatannya.Selebihnya, mungkin perkongsian pengalaman dari dua wanita ini, dapat membuka mata dan hati wanita lain yang membaca.Itu harapan saya.

KALKULATOR CINTA
Akhirnya, buat Puan Lynn dan para isteri di luar sana, saya suka berkongsi beberapa ayat yang sangat memberi kesan kepada diri ini untuk terus memuhasabah sikap, tindakan dan perlakuan saya sehari-hari, terutama dalam menunaikan hak suami dan pelaksanaan tanggungjawab sebagai isteri.

Firman ALLAH SWT :
وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ
نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا
بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ
Maksudnya : "Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan." ( Surah al Anbiya' ayat 47 )

Dan firman-Nya lagi :

كُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَآئِرَهُ فِي عُنُقِهِ وَنُخْرِجُ لَهُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنشُورًا
Maksudnya : "Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka." ( Surah al-Israa ayat 13 )

اقْرَأْ كَتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا
Maksudnya : "Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini
sebagai penghisab terhadapmu." ( Surah al-Israa ayat 14 ) 

Saya mengakhiri coretan di ruang fb dengan komen balas berisi sedikit renungan buat diri sendiri dan teman-teman :
"Dalam mempersoalkan tentang hak, adalah lebih baik kita ( isteri ) bertanyakan diri tentang tanggungjawab yang kita telah, sedang dan akan berikan buat yang berhak ( suami). Fokus kepada apa yang kita perlu buat sebagai seorang isteri dari menumpukan kepada apa yang kita patut dapat dari seorang suami. Bimbangnya diri ini, andai di akhirat nanti, kita menjadi musuh kepada diri sendiri atas kecuaian dan kelalaian sebagai isteri ketika hayat di dunia ini." Realitinya, kalkulator cinta suami isteri di dalam Islam tidak berkisar sekadar luahan cinta dan kata-kata yang indah membelai jiwa semata. Ia tidak terhenti hanya pada kiraan secara lahiriah dan fizikal sahaja, tetapi ukuran cinta yang hakiki adalah berlandaskan taqwa, ikhlas dan menuruti sunnah Nabi yang diperakui Ilahi. Keredhaan ALLAH, matlamat utama cinta mereka. Walau sekecil apa pun usaha yang dilakukan demi menjamin ikatan yang ada tidak terlerai dan bubar, ia pasti diberikan ganjaran setimpal oleh Yang Maha Esa.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada menunaikan ketaatan pada-Mu, telah bersatu dalam berdakwah untuk kembali pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.

Ameen ya rabbal alamin.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


**( p/s : Sudah pasti bukan kasih uda dan dara yang tidak halal fokus
saya, tetapi cinta mesra seorang lelaki kepada seorang wanita yang
telah diikat dengan akad : aku terima nikahnya.)

13 October, 2010

On 8:44:00 AM by Aliza

Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Petikan Yadim - Sakinah: Bahagia Sebuah Keluarga


za: semua isteri inginkan kebahagiaan, inginkan hidup sampai mati hanya dengan seorang suami sahaja..
On 8:40:00 AM by Aliza
Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  "We are special!".


   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.

"Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat"

   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur. 

 

 

Firman Allah:

 

 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)


   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:

 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)


   Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. Firman-Nya:

 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)


   Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa"we are special!".


za: istimewa buat anak-anak ibu, semoga menjadi anak yang soleh, berguna kepada semua orang. ingat, Allah tu tak pernah menghukum kita atas tanpa apa2 kesalahan.

On 8:14:00 AM by Aliza
Sebenarnya aku rasa tak ada mood sangat.. badan sakit kepala agak kusut sket. ntah kenapa. cuma apa yang aku sering fikirkan tika ini, apa yang kita cari dalam hidup ini. kebahagiaan atau kesempurnaan? atau kedua-duanya sekali? dulu aku selalu berfikir, bahawa kebahagiaan itu adalah satu kesempurnaan dalam hidup.. sebab tu aku cuba sedaya upaya aku untuk mencari kebahagiaan.. baik dengan apa cara sekalipun. tapi dari hari kehari aku rasa semua tu silap.. bukan itu yang aku cari.. aku tetap rasa tidak sempurna.. kenapa? sebab kebahagiaan itu aku tak ketemu kah? atau kebahagiaan itu bukanlah satu kesempurnaan? aku keliru... atau kesempurnaan itulah kebahagiaan untuk aku? bila hidup dah semakin panjang, penuh ranjau yang ditempuh.. aku semakin hilang.. hilang dalam mencari kebahagiaan dan kesempurnaan.. mungkin aku perlu menghadap atau mencari sesuatu yang dinamakan kebahagiaan.. itu tandanya aku akan terus mencari... tapi aku dah penat.. aku ingin berhenti dari mencari semua itu.. biar Allah sahaja yang menentukannya... setiap perjalanan hidup kita ni dah tertulis oleh Dia... tapi terpautkah kebahagiaan dan kesempurnaan itu di dahan hidup aku seandainya aku hanya berdiam dan membiarkan Allah saja yang menentukan tanpa aku berusaha untuk ke arahnya?
sebenarnya aku dah tak berdaya untuk menjadi yang terbaik untuk semua orang... aku kalah dengan nasib sendiri, aku pasrah dengan ketentuan ilahi.. apa yang ada sekarang.. biar saja segalanya berlalu, biar saja kulihat percaturannya.. biar saja .....





za: tidak pernah dianggap istimewa..tidak pernah di letak di tempat yang tinggi..tidak pernah tidak kecewa.

07 October, 2010

On 2:14:00 PM by Aliza

Semalam Fakulti wat Jamuan Raya. tak sangka ibu dapat hadiah cabutan bertuah yang terakhir. TQ..TQ..TQ...
On 10:28:00 AM by Aliza

kak long selalu tanak dengar cakap ibu, selalu buat ibu marah... hari-hari ibu jadi tension dengan perangai kak long... dulu masa kak long kecil-kecil, kak long baik jer, dengar cakap ibu, sekang ni susah sangat nak dengar. ibu dah tak tahu nak buat macamner, kadang-kadang ibu marah sampai terlepas cakap.
cuba kak long tengok gambar-gambar nih, kak long nak jadi macam dorang ker? kalau taknak, cuba dengar cakap ibu, jadilah budak dan anak yang baik....





za: sayang sangat kat anak-anak.

04 October, 2010

On 12:15:00 PM by Aliza
Sepasang: RM10 termasuk Pos
COD :RM7
1. no. 7 booked - Ariani
2. No. 6 booked - Kak sha
3. No. 2, 9, 10 & 11 booked - Nonnie
Sepasang: RM10 termasuk pos
COD: RM7
1. 14 booked


Sepasang. RM10 termasuk pos
COD: RM7

Sepasang: RM10 termasuk Pos
COD: RM7
1. 19 & 25 Booked - Ayu
2. 23 booked - Ariani
3. 26 Booked - Rohani
4. 28 Booked - Kak sha

Sepasang : RM20 termasuk pos.
COD: RM16


za: cari duit lebih nak wat beli baju raya haji
On 10:50:00 AM by Aliza

ini saja yang tinggal ... selesai semuanya bila adik berumur 2 tahun 2 bulan...

On 8:50:00 AM by Aliza
11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun i man . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk man usia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis man usia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersa man ya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."



2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di man a ia melakukan solat."


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai man a kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"



9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di man a pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

za: selalu berusaha untuk menjadi manusia yang didoakan Malaikat dan manusia sendiri.. biar kecil tapi ada, dari langsung tiada
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...