21 December, 2012

On 10:28:00 AM by Aliza in ,    No comments
Seperti beberapa tahun yang lepas, hujung tahun jer saya mesti sibuk fikirkan urusan sekolah kak long. Jahit baju sekolah, beli kasut, beli buku macam-macamlah. Tapi tahun ni dah bertambah, adik dah nak masuk sekolah. Jadi ibu dan papa pun terpaksa kerja keras untuk bagi anak-anak sekolah.
Lepas balik dari bercuti di utara saya terus uruskan urusan anak-anak.
Baju sekolah kak long ada sket lagi tak siap. Beg sekolah kak long dah beli..  Tahun lepas tak beli langsung beg sekolah kak long. Kasut sekolah dah beli, buku dah beli, alamak... pensil belom lagi.  Hmmm nantilah.
Adik punya semua dah...  Tinggal nak ambil kasut jer lagi. Alhamdulillah dah selesai....
Yeyyy jom boleh bercuti lagi...


Baju sekolah Adik
beg sekolah kak long dan adik
kak long dan adik punya


za: zaman dah habis
On 10:11:00 AM by Aliza in , ,    No comments
Minggu lepas kami sekeluarga pergilah menjenguk keluarga di sebelah utara. Rasanya tahun ni banyak balik utara kot. 

Memula sekali kami singgah di Butterworth, bermalam semalam esoknya baru gerak ke Kedah... Hujung sinun. Jadi bermalam semalam lah. Bak kata orang, sambil menyelam kena minum air kan, apa lagi. Alang-alang sampai utara, kami ambil keputusan menghala ke Padang Besar. 


Tujuan utamanya adalah mencari ganti sihitam ku yang hitam legam itu hahahahah. Alhamdulillah...  

Tada...  Inilah hasilnya.


Kuali bertangkai bawah tu regenya RM15, periuk Eagle tu RM45... oklah....



za: rajin masak nih....

05 December, 2012

On 4:10:00 PM by Aliza in    No comments
Ayohhh kita kongsi bersama.


SOALAN : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?

JAWAPAN :
Wa'alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit.
Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain" Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga. Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين 

Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 ) Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini. Nabi SAW bersabda :

لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها

 Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.

sekian 
ust zaharuddin 
15 Mei 2007


 


za: apalah pendek punya akal orang yang sibuk melihat hak orang lain....

02 December, 2012

On 11:02:00 AM by Aliza in    2 comments
Hmm...  Saya sebenarnya jarang nak minat dengan artis ni. Tak taulah kenapa. Mungkin faktor usia juga kot, dulu zaman remaja memang boleh tahan jugalah fanatik saya dengan sorang artis ni. Macam-saya sanggup buat supaya boleh kelihatan seperti artis tersebut. Siapa erk...  Hehehhe mestila Ziana Zain. Dari tingkatan 2 saya minat dia hinggalah umur saya mencecah 26 tahun kalau saya tak silap. Sekarang ni pun masih minat, kalau Ziana kuar tv.. Layan tak kelip mata juga saya. Tapi agak, kuranglah fanatiknya selarang. Heheheh... 

Cuma sejak, dua menjak ni, awra yang saya terima agak pelik sket, hahahahaha. Bukan pe, mungkin sekang tengah angin Adam dan Hawa kot, jadi semua tentang pelakon cerita tu saya review.. Terutamanya Nadiya Nisaa yang bawa watak Ain Hawani. 

Sebenarnya korang, saya da mula minat NN ni masa dia berlakon dalam filem CUN, sebagai Manis, adiknya Atan. Memang agak. Berkesan lakonannya masa tu walau hanya sebagai seorang budak yang tak cukup "betul". Tp wataknya berkesan. Dalam filem lain saya tak perasan lagilah, sebab Misalnya dalam Ombak Rindu,NN hanya sebagai watak tambahan je,tak ketara sangat.

Tapi dalam filem Jiwa Taiko...walweeee... Saya memang  agak terkejut jugalah. Bukan apa, penampilan berani NN...  Heheheh. Semalam puas saya google merata cari movie Jiwa Taikon ni semata-mata nak nengok lakonan Nadiya Nisaa ni yang dikatakan tak sesuai dengan status dia sebagai isteri dan ibu. Selepas saya. Menonton hampir 2 jam, ya... Saya berani katakan NN berani. Terlalu jauh wataknya di dalam Adam Dan HAwa. Tapi secata peribadi pada saya, dia pandai menjiwai wataknya. Dia ada bakat untuk setanding dengan artis popular yang lain. Cuma yang buat kita tak selesa perubahan watak itu saja kot, yelah.. Dalam AH.. Dia digambarkan seorang wanita yang lembut, sopan.. Dan adegan-adegan yang dibawa dalam AH semuanya seolah-olah "berlapik", belum ada yang terbabas jauh walau dalam novel jalan ceritanya mampu membuat nadi kita berdenyut kencang. Tetapi dalam filem Jiwa Taikon pulak... Rasanya dah terlebih denyut kot, hingga saya sendiri takut melihat adegan yang dilakonkan oleh NN. 

Tapi saya ada baca satu artikel, nadiya Nisaa ada buat pengakuan yang lepas ni dia tak akan melakonkan adegan-adegan yang sedemikian lagi memandang kan status yang sedang dia galas sekarang. Alhamdulillah.. 
Jujur saya katakan, saya selesa jika Nadiya Nisaa hanya membawa watak yang tidak keterlaluan... Apa-apapun.. Apa saja watak yang dia bawa.. Memang hidup.. 

Hehehehe....  Apa dah jadik erk... Hahaha.. Macam da minat plak saya ni.. Ok.. Good luck NN...


Adios.. Amigos


Za:manis tahi lalat Nadiya Nisaa.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...