photo header2-1.png

Selepas 10 Tahun ~ Patah Tumbuh Hilang tak Berganti ~

0
COMMENTS
Semua orang ada menyimpan barang yang menjadi kesayangan, begitu juga dengan saya. saya punya barang yang saya sayang. saya tahu saya ni jenis orang yang suka tukar-tukar gajet, tapi barang yang satu ni ampuuunnnn... memang tak rela untuk ditukar. apa dia erk.... Cincin Nikah sayaaaa...... Incik suami saya bagi kat saya pada hari pernikahan kami 10 tahun yang lepas...

Pagi tadi, saya rasa begitu terkejut... tersentap saya sekejap... ngah pegang stering kereta masa nak hantar anak-anak g sekolah... batu birunya dah hilang.... adoyaaiiiiii.... mana perginya. kelamklibut saya call incik suami...
"abang, batu cincin hilang"...
waaaa............... mana mau carik.........


abaikan bulu tangan saya itu, pejamkan mata jangan nengok jari saya yang terlalu runcing..
tapi fokus pada cincin yang telah kehilangan batunya....


za: pilunya hati.. walau patah tumbuh hilang berganti, tapi yang hilang tetap tak sama dengan yang diganti...

SALAM JUMAAT

0
COMMENTS
OK, Salam Jumaat Semua.... harap-harap hari ni adalah hari paling baik untuk kita semua berbanding semalam, semalam, semalam dan semalam. jom kita cuci hati dan minda kita sekejap dengan kata-kata hikmah yang saya copy and paste dari facebook Suzana Ghazali

Anda takkan mungkin dapat memuaskan hati apatah lagi memenuhi setiap kehendak semua insan yg berdampingan dengan anda. Usahakan sekadar terdaya dan jika masih belum menepati selera mereka; bermaksud sudah tiba masanya untuk anda memberi sepenuh perhatian kepada kehendak dan selera anda sendiri pula asalkan tidak melanggar ketentuan syariat, kerana anda bukan saja punya tanggungjawab tapi juga punya hak yg ditentukan oleh-Nya. Jika bukan anda yg peduli mengenai hak dan ketenangan diri sendiri, nak harapkan siapa lagi? (",)

Kata orang tua kita dulu2 - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Realitinya, penyesalan belakang hari masih memberi manfaat dan ada gunanya jika penyesalan itu disusuli pula dengan tindakan bagi membuktikan kekesalan yg dirasa. Tak pernah ada istilah terlambat dalam mencari redha-Nya selagi insan dipinjamkan-Nya nyawa dan selagi pintu taubat masih terbuka. Buktikan penyesalan atas kesalahan lampau dengan berusaha menjadi yg lebih baik buat diri sendiri dan insan2 tersayang. Tak perlu bimbang penyesalan dipandang sebelah mata oleh manusia asalkan Allah Yg Maha Pengampun mengetahui dan menerima taubat kita, insyaAllah...! (",)

Ada beza antara ambil berat dan menyibuk. Besar jurangnya antara menegur dengan mengata. Ada kelainan antara menasihat dengan mengumpat. Tak sama juga antara jaga tepi kain orang dengan masuk dalam kain orang. Semuanya hanya dengan kata2, bezanya cuma bentuk ayat yg diguna. Lantas, sama2lah kita berhati2 dengan setiap kata2 kerana sesungguhnya lidah dan mata pena itu lebih berbisa dari segala senjata yg ada... (",)

Mencintai dan dicintai adalah dua perkara berbeza. Berbahagialah kerana mencintai. Bersyukurlah jika dicintai. Anda bertuah jika mencintai dan dicintai insan yg sama. Anda beruntung jika dicintai biar dia anda tak cinta. Anda tak rugi jika mencintai tetapi tidak dicintai olehnya. Cinta bukan paksaan. Yg penting ikhlaskan hati dalam memberi dan menerima cinta seseorang kerana Allah Taala. Biar banyak cabaran dan dugaannya, pasti tetap ada bahagia, insyaAllah... (",)


Muhasabah diri!! Dalam keberdayaan kita dek kerana kemampuan diberikan Allah Taala hingga berbelanja bukan lagi atas nama keperluan tapi kemewahan, ada hak mereka ini yg sewajarnya mereka nikmati.... (",)Disaat kita sibuk berebut rebut
nak membeli gadget2 terbaru
ada org lain berebut2 nak dptkan sesuap nasi


Bahagia adalah hak milik setiap daripada kita, tidak terkecuali seorang pun kerana bahagia milik kita tidak sama. Yang pasti, kita berhak miliki bahagia kita yg tersendiri. Cuma bahagia tersebut perlu diusahakan dan disyukuri. Bahagia takkan datang dengan sendiri dan sebab utama gagal bahagia ialah apabila gagal mensyukuri nikmat pemberian Ilahi... (",)

kredit: Suzana Ghazali

Jalan-jalan Utara ~yey yey balik kampung~

2
COMMENTS
Ok, ini entry baru dari gambar yang dah basi. Sebelum amik gambar jalan-jalan Singapore, kami sempat jalan ke utara tanah air aka balik kampung hehehehe...  Tak lama, tapi dekat seminggu jugalah. Kali ni barulah jalan-jalan makan angin sambil buang duit hahahahaha. 


Kami memula singga umah makcak yang kat butterworth dulu, bermalam semalam baru kami gerak balik ke kedah. Adeh, letih memang letih tapi apa boleh buat, nak jalan punya pasal jumpa kaum kerabat punya pasal kan. Dah alang-alang sampai kedah...  Macam biasa mari cari barang-barang siam pula. Uishhhh...  Dua hari satu malam di kedah paling hujung sekali, kami patah balik lepak kat Sungai Petani pulak... Kali ni 2 malam... Best.. Best... Best...  Jangan lepaskan peluang g makan mee udang banjir kat depan Giant SP tu tau. Sedap sangat takdelah, tapi oklah bila dah sampai. Harga?? Hehehehe... Bolehla. 


Percutian kali ni, kami jalan penang, g USM jap jumpa my sil, pastu jejalan Bukit Bendera, pastu harus naik feri gitu. Oklah percutian kali ni, tak membosankan. Sesambil eratkan hubungan silaturahim, boleh relaxkan minda dan perasaankan. Meh saya share sket gambar yang ada.



Happy sangat mereka
kami

Jalan-jalan makan angin ~Danga Bay - USS Singapura ~

0
COMMENTS
Masih belum terlambat saya ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Wahhhhh, makin naik umur kita kan...  
Ok, saya rasa masih banyak cerita di tahun 2012 yang masih belum sempat saya kongsikan. Kekangan masa membuatkan saya jadi tak sempat tau ahakksss....  Ok, jom saya ceritakan percutian kami sekeluaga ke negara jiran. Selalunya tiap kali jejalan mesti ayah yang paling sibuk tanya itu ini, tapi tahun ni merupakan tahun pertama kami jalan-jalan makan angin tanpa ayah. Hmmmm :(

Hujung bulan 12/2012 dengan berbaki cuti yang sudah sikit, kami plan jalan-jalan ke Universal Studio Singapore... Kali ni kami jalan dalam keluarga besar, mak, adik-adik dan juga mak lang. Meriah kami dengan baju serba merah semua. Baju pula ditaja khas oleh Aliza Tshirt Printing.

Kami bermalam di Danga Bay, 3 hari 2 malam. Hari kedua baru kami bergerak seawal jam 7.15 pagi ke Singapore. Wah.. Memang rasa teruja sangat. Kami sampai di USS lebih kurang jam 9.30am. Ambil tiket itu ini.. Kami masuk dalam USS lebih kurang jam 10.10am. Wah... Besarnya... Dalam hati saya, mesti tak sempat nak round semua ni. Seperti yang dijangka, banyak tempat yang kami tak berpeluang masuk.. Semuanya gara2 anak-anak tak cukup inci, pastu gara-gara orang yang terlalu ramai... Jadi nak beratur tu, bapak punya siksa. Hahaha....  Jom tengok gambarlah... Malas la nak citer panjang... Korang nengoklah gambar ni saja baru tau best atau tak. 


Baju kami dari belakang
aksi real
tergamam nengok, sound effectnya pun...

ibu dan adik

Memasing dah tak tau nak g mana dulu

tiket kami...  Semua sekali cecah riban gak

Kami yang dah kepenatan

antara tempat yang best, 2 kali saya masuk

Mereka takuttttt

kungfu panda


Antara banyak2 hal... Budak ni yang paling maintain.. Hahahha rindu dia



Za: bila bersuka ria, tingat ayah yang suka jalan2
PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.