Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts
10 September, 2015
18 July, 2014
Nampak tak gambar tu? menarik tak? rasa nak makan tak? ahahahahahahaha..... sekali pandang macam beger untuk kekanak je kan...
Nah!! saya perkenalkan first homemade mini burger dari dapur saya. Oklah no bad rasanya. bun macam biasa bm uli dan oven bakar, daging burger plak saya buat sendiri dari daging kisar... nyum..nyum..nyum... alhamdulillah habis.. Cuma saya tak berani nak makan banyak sangat, takut gomok ahahahahahaha... saya sekarang lebih fokus kepada eat clean kengkonon lah.
Resepi untuk bun boleh ikut pada resepi roti yang pernah saya share sebelum ni. Untuk resepi daging burger plak.... ayokkkk kita cuba resepi bawah ni.
Resepi Daging Burger
Bahan-bahan:-
- 1/2 cawan Daging lembu kisar
- 1/2 cawan daging ayam kisar
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- sedikit garam
- 1 kiub daging/ ayam
- 1 biji telur
- daun bawang
- secubit rempah sup
Cara-caranya:-
caranya senang ajerr... campur semua bahan, uli n gentel-gentel la.. saya uli sampai terture daging tu elok tak melekat, kalau melekat saya letak minyak sket kat tapak tangan. buat bulat2 kecil (agak-agakla besar daging beger yang korang nak). bila dah siap, saya bakar atas kuali tanpa minyak sebab minyak daging tu akan kuar nanti. masa ngah bakar tu saya letak serbuk lada sulah atas daging tu. bila tebalikkan, saya letak lagi lada sulah kat bahagian lain plak. bakarla sampai masak lebih kurang dalam 15 minit ikut ketebalan daging burger korang. Siap....
selamat mencuba yer... kompom best.
#menubukapuasa
02 July, 2014
On 9:22:00 AM by Aliza in buka posa, DAPUR, durian, Kuih muih, MAKAN-MAKAN, masak-masak, RESEPI, Serabai 3 comments
Masuk hari kedia puasa saya dah sibuk cari resepi nak makan apa untuk berbuka. ahahahaha masa ni barulah tahu fungsinya incik Google. Masa tengah menggodek tetiba kat wall FB saya ada plak tertera kuih Serabai ni. aihh macam menarik je rupanya, tapi rasanya tak tahulah sebab tak pernah rasa.
Kuih serabai ni kalau diikutkan merupakan kuih tradisional yang popular kat Malaysia. Kuih serabai dibuat dari tepung beras, dimasak macam lempeng dan kena makan dengan kuah sirap gula melaka + santan. rasanya. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan, tapi saya tak tahulah gerai Ramadhan mana ada jual.
Kuih serabai ni kalau diikutkan merupakan kuih tradisional yang popular kat Malaysia. Kuih serabai dibuat dari tepung beras, dimasak macam lempeng dan kena makan dengan kuah sirap gula melaka + santan. rasanya. Kuih ni jarang dijual di gerai kuih kecuali pada bulan Ramadan, tapi saya tak tahulah gerai Ramadhan mana ada jual.
Kalau ikut Wikipedia, kuih ni popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah.
Dan dekat Melaka plak kengkawan ramai cakap kuih serabai ni dihidangkan pada kenduri arwah, biasanya ia dihidangkan pada hari kelima arwah.
nama lain bagi kuih serbai adalah kuih mayat. Wahhh dah macam kamus bergerak plak saya ni yer.
Jom saya tunjuk caranya...
Bahan-bahan:
- 250 gm tepung beras
- 150 gm nasi sejuk
- 550 ml santan
- 11gm yis segera
- 1/2 sudu teh garan
Cara-cara:
- Satukan semua bahan serabai didalam pengisar dan kisar hingga halus. Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
- Panaskan acuan serabai/ baulu yang diliser dengan minyak hingga minyak betul- betul panas. Tutup api dan tuang adunan serabai hingga 3/4 penuh.
- Kemudian masak dengan api perlahan sehingga masak.
![]() |
| Ini rupanya semua adunan yang telah diblend dan dah di perap selama 2 jam. Kembang gilerrr |
![]() |
| Saya takde acuan, saya masak dalam kuali kecil jer, yang penting kuali tu jangan mudah melekat. Sila pastikan kuih tu macam ni tu, berlubang-lubang permukaannya. masak sampai agak kekuningan atau hingga permukaan jadi macam gambar ni tau. |
Kuah Durian:
- 600 ml santan
- 100 gm isi durian (lecek-lecek tau)
- 80 gm gula pasir
- 1/4 sudu teh garam
- 1 helai daun pandan disimpul
Cara-cara:
- Satukan semua bahan hingga mendidih.
- Hidang serabai dengan kuahnya.
![]() |
| Ini durian tau |
Siap. Boleh makan. Rasanya? rasa kuih serabai ni tawar je, tak manis pun, garam pun tak berapa nak rasa sangat. tapi bila di 'kahwinkan' dengan kuah durian ni... walllaahhhhh, sedap. memang rasa siok makan. jadi kawan-kawan jemput la try menu ni yer. ok chowww selamat bersungkai kata orang sabah.
nota za: baru hari keempat puasa dah hilang idea nak masak pe.
15 May, 2014
On 11:15:00 AM by Aliza in buka posa, DAPUR, family, hobi, Homemade, Kuih muih, MAKAN-MAKAN, masak-masak 2 comments
Semalam Saya puasa lagi.. banyak lagi weh nak ganti. Tabi terpaksalah bertabah untuk habiskan sisa-sisa puasa yang tinggal. Insyaallah... Semalam dari petang dok teringin nak makan tauhu kukus goreng. ni gara-gara member FB la ni dok post resepi bagai.. dok post gambar bagai kata sedap. Alih-alih semalam balik kerja terus cari bahan-bahan yang nak buatnya. jom saya kongsi bahan yang kena ada untuk buat tauhu kukus goreng ni.
Bahan-Bahannya:-
Za: cube je resepi yang adaasal perut kenyang
Bahan-Bahannya:-
- 4 Keping tauhu putih
- 2 Tiub tauhu lembut rege dalam 90sen je kot
- Segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye. Tapi semalam gantikan dengan daging kisar je)
- 4 Biji telur ( 2 unruk blender, 2 lagi untuk goreng)
- kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat yer dah sudah masukkan dlm bekas
- 2 biji cili merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)
- Sedikit daun bawang yg di potong halus2
- sedikit serbuk cukup rasa Maggie.
- Semua bahan ni di campur dan digaul dengan bahan yang dikisar tadi.
![]() |
| Dah cukup semua bahan tu bolehlah di kukus dlm 20-30min. Saya kukus
masuk dalam loyang empat segi je pun. Dah cukup 30 minit, saya kuarkan dari loyang, kira tos buang airnya |
![]() |
| biar sejuk barulah di potong. Celopkan tauhu yg dah di potong dalam telur
yg dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan |
![]() |
| Tada... inlah hasilnya... jemput makan. memang sedap. jangan lupa cicah sos tau. |
Za: cube je resepi yang adaasal perut kenyang
17 March, 2014
Nyum..nyum..nyum... Tragis kan tajuk entri ni. hahahahah ni cerita sarapan di pagi Ahad. ada beli pisang, asalnya nak buat cokodok pisang je. tapi tetiba teringat kan kak lily plak. ada minta resepi apam pisang dangan beliau tempohari. jadi apa lagi, makcik ni nak lah juga mencuba. ada member yang nak resepi apam pisang ye.. meh saya kongsikan, dan seperti biasa rasanya kak lily tak kisah kot kalau saya kongsikan. Jom...
Bahan-bahannya:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 sudu kecil baking powder diayak bersama tepung.
- 2 biji telur
- 1/4 cawan brown sugar
- 120ml butter cair
- 4 biji pisang
- 1/2 sudu kecil soda bicarbonat.
Cara-Cara:
- lenyek pisang bersama soda. Ketepikan.
- pukuk dengan whisk telur, buttet cair dan gula hingga sebati dan berkrim.
- masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung dan gaul sebati.
- kukuskan dalam 30 minit.
Rasanya??? fuh, memang terbaiklah apam ni.. lembut, gebu.. creamy, memang betul2 sedap.. lagi-lagi kalau makan panas-panas. jemputlah mencuba, insyaallah tak rugi.
za: tak salah mencuba
On 11:17:00 AM by Aliza in ANAK-ANAKKU, bekal, bento, karipap, kekanak, MAKAN-MAKAN, masak-masak, puasa, RESEPI No comments
Sepanjang minggu lepas kekanak memang bawa bekal. macam-macam variasi bekal yang ibu siapkan.. tapi ada antara bekal kekanak ni ibu tak sempat rasa sebab ibu puasa. Alhamdulillah.
Hari Isnin ibu bekalkan roti tortila wrap dengan chicken slice dan salad. Untuk kudap-kudap ibu bekalkan biskut jejari dan coco crunch. Alhamdulillah, walau salad, tomato dorang tak makan sama macam ibu, tapi bekalnya habis hehehehee.
Hari selasa pula ibu bekalkan karipap frozen dan bebola kentang cheese frozen yang semuanya ibu buat sendiri. Alhamdulillah, walau ibu tak pandai sangat... tapi tak perlu dah beli. buat je. eleh, nak kasi tau yang ibu ni rajin dan wanita berkerjaya yang berjaya ahaksss...
Hari Rabu Sandwich telur dan nasi goreng menjadi bento kak long dan adik. nasi semalam ada lebih, jadi layankan je... sandwich pulak ibu buat supaya dorang tak bosan nak makan nasi je. Percubaan pertama ibu buat telur rupa kartun juga. hahahahaha.
Hari Khamis ibu buat puff inti sosej dan cheese bentuk teddy bear dan roti sapu nutella. adik kata sedap lah ibu... dia nak makan teddy bear pun dia pikir banyak kali kot... kesian dia cakap. adik..adik
Hari Jumaat hari ibu malas. kak long dan adik cuma berbentokan nasi semalam dan tomyam semalam. dah abissssssssss
Itulah alkisahnya cerita bento kedua beradik tu. Alhamdulillah, dorang suka walau kekadang ada juga yang nak ngelat sebab ada sayur. tapi ibu cuba jugalah buat yang terbaik untuk mereka berdua tu. Insyaallah...
ibu: penat memang penat, tapi nak biasakan anak2 bawa bekal g sekolah, duit belanja boleh simpan
12 March, 2014
Hari ni dah masuk hari ke 3 saya ganti puasa. Harapnya kesampaian lah hajat nak ganti habis puasa sebelum Ramadhan baru datang, Insyaallah.... Semalam masuk je tengahari sel-sel otak dah berhubung antara satu sama lain nak makan kerang goreng. Fuh... teringin sangat gayanya.. hahahahhaa... jadi apa lagi, balik kerja je semalam saya terus singgah pasar, dan memang rezeki saya.. ada pula kerang tu.. besar-besar pula. jom mula masak.
Bahan-bahan:
1 kg kerang
3 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar sos masam manis
sedikit garam
Cara-cara:
- cuci kerang sampai bersih.
- kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan.
- tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak sampai garing. Bila dah garing masukkan sos cili dan sos masam manis. masukkan garam.
- masukkan kerang, kacai sampai kerang tu masak.
Siap..... nyum..nyum..nyum... memang sedap....
za: penat nyerrrrr
On 11:13:00 AM by Aliza in frozen, hobi, Kuih muih, MAKAN-MAKAN, masak-masak, suker-suker ajer No comments
Assalamualaikum... Selamat pagi. Entri sebelum ni saya sibuk bercerita pasal karipap dan bebola kentang berkeju homemade yang saya bekukan. Sebelum ni saya bekukan dan masukkan dalam bekas plastik atau tupperware pastu susun elok-elok.
Tapi kali ni saya tak masukkan dalam tupperware atau bekas, tapi saya masukkan dalam plastik yang berzip hehehehe, ala beli kat daiso je, lagi senang. Tapi sebelum masukkan dalam plastik ni, sila pastikan yang makanan tu dah beku terlebih dahulu baru susun dalam plastik. cer nengok gambar kat bawah ni...
![]() |
| saya bekukan dulu macam ni. susun jangan bagi melekat antara satu sama lain, pastu bekukan. Agak-agak dah beku baru susun dalam plastik atau bekas korang. |
![]() |
| Tada... inilah hasilnya... kalau nak goreng kuarkan je.. insyallah tak melekat. |
Senangkan kerja, tak payah nak beli dah kat kedai. Sah-sah kita tahu makanan tu sihat. hehehehehe.... ok, saya berhenti dulu lah yer.. kepala dah ting tong ni....
za: hehari belajar macam-macam untuk kepuasan diri sendiri
11 March, 2014
Weekend ni memang minggu saya dilanda rajin. saya buat karipap frozenlah.. saya buat potato cheese ball la.. pastu siap bekukan... yeahhhh... jom saya kongsi resepi yang saya adu dombakan semuanya. hahahahahah
5 biji ubi kentang (rebus dengan kulit sekali + sedikit garam)
Tepung gandum + Tepung beras sket (Masukkan je baper banyak yang nak sampai adunan cantik atau sebati)
4 biji telur
Serbuk lada putih
keju yang dipotong dadu (saya guna slice cheese je)
Serbuk roti secukupnya
Cara-Caranya:
- Lenyek Ubi Kentang yang dah empuk
- bubuh tepung sikit demi sedikit + lada putih hingga sebati
- ambil adunan sebesar bola pingpong ke atau kecil lagi.. leperkan, masukkan cheese kat dalam pastu bulatkan.
- golekkan dalam serbuk roti
- golekkan pula dalam telur, lepas tu golek lagi dalam serbuk roti.
- kalau nak goreng.. sila goreng, kalau nak frozenkan.. boleh juga....
![]() |
| Inilah rupanya |
heheheeh, tak payah beli dah kan.. kira sihat lah ni....
za: cuba cuba tak salah kan.. kalau jadi alhamdulillah, kalau tak jadi sila cuba lagi
10 March, 2014
Jom buat karipap lagi kawan-kawan. Kali ni saya buat karipap keledek. rasa manis-manis keledek tu buat saya rasa nak buat lagi. untuk resepi pula, saya rasa begitu selesa menggunakan resepi kak lily. Dan saya rasa kak lily pun tak keberatan kiranya saya kongsikan resepi yang beliau kongsi di blog. hehehehe... jom salin resepi cepat..dan jom buat karipap.
Bahan-bahann Untuk Doh:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar Margerin (saya tak guna)
1/2 cawan minyak jagung (saya gantikan dgn butter dan cairkan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Carannya :-
Panaskan butter dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih. Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit.Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak. Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri. Tapi kaedah saya senang jer... saya guna kaedah Bread Maker... hahahahaha hantam semua sekali masuk.
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar Margerin (saya tak guna)
1/2 cawan minyak jagung (saya gantikan dgn butter dan cairkan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Carannya :-
Panaskan butter dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih. Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit.Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak. Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri. Tapi kaedah saya senang jer... saya guna kaedah Bread Maker... hahahahaha hantam semua sekali masuk.
Inti Keledek saya ikut sebiji-sebijik resepi kak Lily yer. ... Kredit untuk kak lily
Bahan-bahannya Untuk Inti:-
4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional
Caranya :-
Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya. Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi. Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing. Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang. Sejukkan inti sebelum memulakan membuat karipap.
ok done.
Bila dah siap semuanya, karipap pun dah nampak rupa karipap.. marilah kita bekukan atau frozenkan.... cara-cara saya buat karipap frozen.. hmmm... nantilah saya tunjuk... hehehehe okbai.
za: peti ais dah penuh dengan makanan frozen homemade
Assalamualaikum...
Selamat Pagi Semua...
Seperti yang kita maklum akan tragedi yang melanda negara lebih 2 hari lepas. Kehilangan pesawat MAS MH370. Rata-rata orang memperkatakan tentang kehilangan ini. Semua orang diselaputi rasa tanda tanya yang ntah di mana titik nokhtah nya.. jawapan yang sahih dan pasti benar-benar diharapkan oleh semua pihak, terutamanya sanak saudara penumpang pesawat malang itu.
Saya selaku seorang manusia, hamba Allah yang hidup menumpang di muka bumi ini, memang rasa terkesan dengan peristiwa ini. Bukan kerana saya ada saudara atau sahabat handai di dalam pesawat itu.. tapi ntah kenapa, mungkin kerana naluri kemanusiaan yang sedia hadir di dalam hati dan diri. Risau perkara buruk berlaku. Takut peristiwa 1977 berlaku lagi. macam-macam ketakutan.
Apa-apa pun jua yang berlaku, marilah kita bersama-sama berserah kepada Allah, semoga Dia beri yang terbaik buat kita. semoga Dia permudahkan apa yang sekarang begitu sukar rasanya.
Alahai, omak rasa sentap plak pepagi ni. tapi memang sentap kot, sebab buka tv cerita pasal MH370, buka radio pun sama, buka FB apatah lagi... alahai.... ok, meh kita pusing sket mood tu agar jangan terlalu swing. Pagi ni ibu buat bekal sempoi, bukan sebab takde idea, tapi sebab ibu nak cepat, seawal sebelum jam 7 pagi, Batrisyia kena ada kat sekolah, katanya ada taklimat pengawas. jadi kelamklibutlah ibu ni nak siapkan bekal dan terus sarapankan si anak hahahahaha... rasa nak tingtong kepala ibu ni, dah la malam takleh tido lena.. panas ngkooooo.... ekon buat hal plak.. adoiiiii...
ok..ok.. meh nak kongsi, bekal aka bento kekanak pagi ni simple je, chicken slice wrap dengan cheese, salad, tomato, dan mayonis beserta biskut jejari+coco crunch. Dah... siap!!!!
jom makan...........
![]() |
| Chicken slice wrap + tomato+cheese+mayonis & Biskut jejari+coco crunch Pink bekas Batrisyia, Oren bekas adik |
za: seronok nengok anak-anak berbekal
07 March, 2014
Alhamdulillah, masih diberi khudrat yang baik untuk terus bangun pagi dan tidur lewat bagi siapkan keperluan sarapan dan berbekal kekanak riang kat rumah.
Yeahhhh..... mari kita nengok apa yang cantik tu ye... hehehehehe
![]() |
| Ni bekal pagi ni, nasi goreng sotong+ carrot dan lempeng kelapa+sambal sardin. letak sket coco crunch. |
![]() |
| Bekal semalam (khamis) Roti manis campur chicken Floss+mayonis dan sosej goreng |
alhamdulillah, semoga saya terus diberi karajinan dan semangat untuk sihat sampai bila-bila. aminnnn....
05 March, 2014
Alhamdulillah, masih bernyawa saya untuk berblog. saya harap blogger yang lain juga sihat walafiat. macam saya ni, nak kata sihat sangat takdelah.. nak kata tak sihat, masih boleh main masak-masak lagi. hahahahaha
sekejapan tadi saya terfikir.. dah lama juga rasanya saya berkecimpung dalam dunia blogging ni.. dari tahun 2008... fuhhh.. dan ramai kawan-kawan blog yang saya kenal dan jumpa. dan dari tahun ke tahun pengisian dan cerita dalam blog saya ni berubah-rubah dan bertukar-tukar rentak. dulu sibuk cerita pasal breastfeeding,cd, anak-anak, keluarga dan pelbagailah. korang yang biasa follow blog saya mesti tahu kan.
sekang ni saya tukar rentak lagi.. saya dah minat masal plak. yelah, sejak-sejak terjerumus dengan kawan-kawan kaki masak ni, apa lagi.. gunakanlah sebaik mungkin idea kawan-kawan tu untuk kebaikan bersama.
entri kali ni saya nak cerita pasal bento atau bekal. kalau saya, senang je nak sebut.. panggil bekal je, kalau kat sabah darang panggil "baun" atau "tapau". tapi sekang saya dah dapat bahasa baru BENTO. dulu saya pelik, kenapa panggil BENTO.. tak paham saya orang dok sebut bento-bento.. sedangkan benda tu bekal. hahahahaha.... meh saya kongsi penemuan saya tentang maksud BENTO.
Bento sebenarnya adalah istilah orang Jepun, iaitu makanan yang dibungkus dan selalunya diletak didalam bekas makanan tradisional mereka. Makanan untuk bento selalunya adalah sejuk dan sedap dimakan walaupon sejuk/suam contoh makanan yang selalu dijadikan bento ialah sushi, sandwish, buah-buahan,sayur-sayuran dan lain-lain. Bestnya bento ni, siapa yang bawa mesti senang hati sebab hiasan dalamannya yang macam-macam ragam. hahahahaha.
ok, korang faham dah ye. Jadi saya pun rasa macam seronok plak nak guna istilah bento. hahahahahha ops.. jangan silap yer, sebenarnya saya dah lama mula masakkan sarapan pagi untuk kekanak riang kat umah, dari tahun lepas lagi. cuma bekal tu kekadang je bawa sebab Batrisyia sekolah agama, jadi dia susah nak makan sebab takde waktu rehat kat sekolah. so sekang ni bila dia dah masuk sekolah kebangsaan sidang pagi, maka berbento lah kami anak beranak. hahahahahahaha
Dari awal tahun hari tu, kekanak riang kat umah dah mula bawa bekal, cuma mood ibu nak bergambar takdelah begitu tinggi sebab tak paham lagi maksud bento ni. sekang da pandai berbentoing ni... hahahahah siaplah kau. beberapa hari lepas, saya dengan tak malunya bertanyakan pasal aksesori bento yang cantik2 dari seorang teman di FB... wahhh alhamdulillah, nasib baik Sue Aleen tak keberatan nak bagi idea dan info kat saya. TQ Sue.. jasamu di kenang. maka dengan itu, semalam sementara tunggu Batrisyiia balik sekolah, saya singgah MR. DIY kat bangi ni ha.. carilah apa yang patut.... walllaaahhh dapat wooooo.... yessss siappp.
tada... nengoklah hasil bekal aka bento kekanak riang kat umah saya.... semalam saya buat roti tortila inti sosej & slice ikan... letak sayur sket. arini plak saya buat bake mash potato dan nugget homemade. wallahhh... saya plak teruja nak mendeko.
ok, kita stop dulu.. tunggu esok punya BENTO plak. hahahahaha
za:sukamasakplak
Subscribe to:
Posts (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20169 years ago
-
hati hati9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
cribriform11 years ago
-
-
-
-
-
-
MH37012 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

















