17 March, 2014

Sepanjang minggu lepas kekanak memang bawa bekal. macam-macam variasi bekal yang ibu siapkan.. tapi ada antara bekal kekanak ni ibu tak sempat rasa sebab ibu puasa. Alhamdulillah. 

Hari Isnin ibu bekalkan roti tortila wrap dengan chicken slice dan salad. Untuk kudap-kudap ibu bekalkan biskut jejari dan coco crunch. Alhamdulillah, walau salad, tomato dorang tak makan sama macam ibu, tapi bekalnya habis hehehehee.

Hari selasa pula ibu bekalkan karipap frozen dan bebola kentang cheese frozen yang semuanya ibu buat sendiri. Alhamdulillah, walau ibu tak pandai sangat... tapi tak perlu dah beli. buat je. eleh, nak kasi tau yang ibu ni rajin dan wanita berkerjaya yang berjaya ahaksss...

Hari Rabu Sandwich telur dan nasi goreng menjadi bento kak long dan adik. nasi semalam ada lebih, jadi layankan je... sandwich pulak ibu buat supaya dorang tak bosan nak makan nasi je. Percubaan pertama ibu buat telur rupa kartun juga. hahahahaha.



Hari Khamis ibu buat puff inti sosej dan cheese bentuk teddy bear dan roti sapu nutella. adik kata sedap lah ibu... dia nak makan teddy bear pun dia pikir banyak kali kot... kesian dia cakap. adik..adik

Hari Jumaat hari ibu malas. kak long dan adik cuma berbentokan nasi semalam dan tomyam semalam. dah abissssssssss

Itulah alkisahnya cerita bento kedua beradik tu. Alhamdulillah, dorang suka walau kekadang ada juga yang nak ngelat sebab ada sayur. tapi ibu cuba jugalah buat yang terbaik untuk mereka berdua tu. Insyaallah...



ibu: penat memang penat, tapi nak biasakan anak2 bawa bekal g sekolah, duit belanja boleh simpan

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...