10 March, 2014

On 8:21:00 AM by Aliza in , , , ,    No comments
Assalamualaikum... 
Selamat Pagi Semua...
Seperti yang kita maklum akan tragedi yang melanda negara lebih 2 hari lepas. Kehilangan pesawat MAS MH370. Rata-rata orang memperkatakan tentang kehilangan ini. Semua orang diselaputi rasa tanda tanya yang ntah di mana titik nokhtah nya.. jawapan yang sahih dan pasti benar-benar diharapkan oleh semua pihak, terutamanya sanak saudara penumpang pesawat malang itu. 

Saya selaku seorang manusia, hamba Allah yang hidup menumpang di muka bumi ini, memang rasa terkesan dengan peristiwa ini. Bukan kerana saya ada saudara atau sahabat handai di dalam pesawat itu.. tapi ntah kenapa, mungkin kerana naluri kemanusiaan yang sedia hadir di dalam hati dan diri. Risau perkara buruk berlaku. Takut peristiwa 1977 berlaku lagi. macam-macam ketakutan. 

Apa-apa pun jua yang berlaku, marilah kita bersama-sama berserah kepada Allah, semoga Dia beri yang terbaik buat kita. semoga Dia permudahkan apa yang sekarang begitu sukar rasanya.


Alahai, omak rasa sentap plak pepagi ni. tapi memang sentap kot, sebab buka tv cerita pasal MH370, buka radio pun sama, buka FB apatah lagi... alahai.... ok, meh kita pusing sket mood tu agar jangan terlalu swing. Pagi ni ibu buat bekal sempoi, bukan sebab takde idea, tapi sebab ibu nak cepat, seawal sebelum jam 7 pagi, Batrisyia kena ada kat sekolah, katanya ada taklimat pengawas. jadi kelamklibutlah ibu ni nak siapkan bekal dan terus sarapankan si anak hahahahaha... rasa nak tingtong kepala ibu ni, dah la malam takleh tido lena.. panas ngkooooo.... ekon buat hal plak.. adoiiiii...

ok..ok.. meh nak kongsi, bekal aka bento kekanak pagi ni simple je, chicken slice wrap dengan cheese, salad, tomato, dan mayonis beserta biskut jejari+coco crunch. Dah... siap!!!! 

jom makan...........


Chicken slice wrap + tomato+cheese+mayonis
&
Biskut jejari+coco crunch
Pink bekas Batrisyia, Oren bekas adik


za: seronok nengok anak-anak berbekal

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...