10 March, 2014

On 3:30:00 PM by Aliza in , , ,    No comments
Jom buat karipap lagi kawan-kawan. Kali ni saya buat karipap keledek. rasa manis-manis keledek tu buat saya rasa nak buat lagi. untuk resepi pula, saya rasa begitu selesa menggunakan resepi kak lily. Dan saya rasa kak lily pun tak keberatan kiranya saya kongsikan resepi yang beliau kongsi di blog. hehehehe... jom salin resepi cepat..dan jom buat karipap.

Bahan-bahann Untuk Doh:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar Margerin (saya tak guna)
1/2 cawan minyak jagung (saya gantikan dgn butter dan cairkan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam 

Carannya :-
Panaskan butter dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih. Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit.Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak. Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri. Tapi kaedah saya senang jer... saya guna kaedah Bread Maker... hahahahaha  hantam semua sekali masuk.


Inti Keledek saya ikut sebiji-sebijik resepi kak Lily yer. ... Kredit untuk kak lily

Bahan-bahannya Untuk Inti:-

4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional

Caranya :-

Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya. Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi. Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing. Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang. Sejukkan inti sebelum memulakan membuat karipap.

ok done.

Bila dah siap semuanya, karipap pun dah nampak rupa karipap.. marilah kita bekukan atau frozenkan.... cara-cara saya buat karipap frozen.. hmmm... nantilah saya tunjuk... hehehehe okbai.



za: peti ais dah penuh dengan makanan frozen homemade

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...