Selamat Hari Lahir Kak Long Yg Ke-8

8:56:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Hari Pertama Kak long di Buni Allah

Hari Cukur Rambut Kak long

Kak long umur 8 Bulan

Kak long dah Besar

Selamat Hari Lahir Anak ibu Nurbatrisyia Aliza. Nanti tepat jam 2.45 Petang, genabla umur kak long 8 Tahun. Dah darjah dua kak long. Kak long anak yang comel.. masa kak long kecil, senang nak bentuk kak long, suh kak long benti menyusu.. kak long benti.. suh kak long wat itu kak long buat.. suh kak long buat ini.. kak long buat... cuma masa kak long baby kak long kuat menangis....
bila kak long dah besar.. ibu rasa susah sangat nak jaga kak long.. kak long dah pandai melawan.. tak dengar cakap ibu.. ibu sedih sangat. tapi papa selalu cakap, kena cakap elok2 dengan kak long.. bagi kak long faham bebetul... memula memang agak susah.. ibu cepat marah.... tapi alhamdulillah... bila bermacam-macam kejadian berlaku, kak long mula belajar dari kesilapan tersebut.
sekang bila kak long dah besar, ibu boleh minta tolong kak long.. basuh pinggan, sapu sampah, jaga adik, macam2 dah kak long boleh tolong. kak long dah boleh diharapkan sekarang. Kak long, besday kak long kali ni, ibu takder hadiah yang besar-besar untuk kak long, kek pun ibu buat sendiri... nanti kita fikir nak beli hadiah apa ye. ok kak long, ibu dan papa dan adik sayang kak long sangat,, terutamanya adik.... adik tak boleh takde kak long tau....

SEMOGA KAK LONG JADI ANAK YANG SOLEHAH, BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT, JADI INSAN YANG BERJAYA DAN BERGUNA KEPADA IBU DAN PAPA. AMIIINNNN



za: sayang anak-anak, tak boleh hidup tanpa anak2.. tapi za ibu yang terlalu garang

0 comments:

Belum sethun

10:13:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Alahai, belum setahun pakai dah putus. Ingat lagi rantai sebelum tukar yang baru ni, dah bertahun pakai baru nampak longgar sket, tapi takdelah putus. Nampak sangat emas zaman melenium ni tak berkualiti sangat.
oklah, Memandangkan dah malam baru putus, maka inilah habuannya.



0 comments:

Berjimba-jimba

3:39:00 PM Aliza Reesya 0 Comments




Hari ahad lepas, sempena besday saya yang ke 30an (hahahahaha) en.somi bawa kami anank beranak g tengok wayang mid night... pastu kita orang g mandi manda kat air terjun Gabai. Memang best. Tengs abang....
Wayang, kami tengok citer the Avengers... tip top la citernya. Balik jam 3.30 pagi haahha.. hari ahad lak mandi manda dengan bebudak opis en. Somi...


Hari Sabtu 19/05/2012 ~ Makan Pop corn dulu

Hari Ahad Pergi bermandi manda pulak di Air Terjun Gabai.
Siok wooo siap ada bakar2

Siap berkhemah gitu... cayalah...


Ini adalah aksi semasa memasang khemah

Nak nengok gambar yang lagi banyak meh sini

Sambutan besday yang best untuk saya.... saya tak harapkan hadiah yang besar atau mahal.. cukup sekadar ingatan, dan keluarga ada di samping saya untuk menceriakan saya. tapi saya masih rasa sedih , sebab inilah tahun pertama tiada ucapan besday dari ayah.....


za: umur semakin naik..

0 comments:

Al Fatihah... Akhirnya Norma Pergi jua

8:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Pagi ni saya buka facebook.. tetiba saya terbaca status Moon


Munirah MoonSesungguhnya Allah lebih menyayanginya . Norma telah kembali padaNya kol 1 pg tadi .


trus mengalir air mata ni. sebak.. yerlah.. saya hari2 mengikuti perkembangan Norma dari facebook dan blog Moon. Dan saya juga pernah kongsikan cerita Norma di sini.. Hmmm saya jadi buntu untuk menulis apa yang bersarang di kepala saya tentang arwah... hanya ucapan takziah dan ALFATIHAH saja yang boleh kita kongsikan bersama.. semoga roh Norma tenang dan di tempatkan di sisi orang2 yang beriman. Amiiinnn......


Ini gambar yang saya ambil dari facebook  Moon kelmarin,
dan hajat saya kelmarin nak buat satu entry untuk Norma lagi sekali.
tapi disebabkabkan saya terlalu sibuk,
saya terlupa. dan hari ni saya akan buat juga.


Ini gambar yang saya baru ambil dari facebook moon. pilunya hati..
semoga Talib dan kuarga norma tabah...


ALFATIHAH...


za: itu janjiNYA....

0 comments:

Anggota tubuh akan bersaksi

9:29:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Bismillah,

Ðaripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda. Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa?”

Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”

Mulut orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.” Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu. Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasa’i)

Mahkamah Akhirat

Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

Pelbagai hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.

Ðalam hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan khabar-khabarnya.”

Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”

Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.

Anggota tubuh

Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’” (Surah Fussilat 41:20-21)

Ðalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa di dunia).” (Surah Yasin 36:65)

Sebuah penghinaan

Al-Tahir bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.”

Ðemikian jelas beliau dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir.

Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita.

Al-Zamakhshari berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.” Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.

Paha kiri

Ðaripada ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang mubham (tidak diketahui identitinya).

Ðalam riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”

Sama ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan. Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan selamat di mahkamah akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara kedua-dua  rahangnya (yakni lidah), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.

Hamba Allah

Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah SWT.

Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah, setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak bermaksiat kepada-Nya.

Ðalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”

Jika sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Walau ketika bersendirian

Sungguh lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya dengan maksiat.

Sesiapa yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak akan bersaksi untuk membahayakan kita.

Seorang ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”

Wallahu ‘alam.

Sumber : 
Umar M.Noor di Solusi ISU#42 (hlm 111-112) 


0 comments:

Keadaan pada zahir cermin keadaan hati

9:19:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Oleh: Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)
Petua orang tua-tua ada menyatakan: “Berhati-hatilah terhadap lelaki kerana matanya dan perempuan dengan gerak tubuhnya.” Percaya atau tidak terpulang kepada pengalaman yang pernah dilalui setiap orang. Bolehkah kita menilai hati seseorang dengan tanda-tanda zahir yang terdedah? Tentunya mustahil menyelami hati budi manusia dengan cara itu. Persoalannya ialah Allah saja yang Maha Mengetahui setiap gerak hati manusia dan tajuk diatas bukan bertujuan untuk menilai orang lain tetapi mengajak kita untuk menilai diri sendiri. Menyelami rasa hati sendiri dan menerokai rahasia peribadi lewat tingkah laku.
Manusia mempunyai dua kategori yang layak menjadi sebutan bagi dirinya. Adakah ciri-ciri ini melekat pada diri kita, hanya kita sendiri yang boleh menjawapnya. Dan orang lain tidak berhak untuk menilai diri kita secara melulu. Kecuali demi kebaikan dan sekadar nasihat pencetus ide yang membina.
Seseorang yang menyimpan dendam terhadap orang lain akan tetapi manis mulutnya dan baik layanannya terhadap orang yang didendamnya, tentunya perbuatannya itu tidak menunjukkan keadaan sebenar hatinya. Orang seperti ini masuk dalam kategori munafik. Tidak ikhlas dan tidak jujur dengan hatinya sendiri. Tetapi sampai bila kebusukan hatinya itu dapat disimpan. Pasti akan terhidu juga segala yang ditutupi.
Kategori yang kedua adalah mereka yang suka berterus terang, benci katakan benci sayang katakan sayang. Antara hati dan perbuatan seiring sejalan. Kejujuran menjadi amalan yang meninggikan maruah diri, mengajar erti berani bertanggung jawap atas semua resiko yang akan dihadapi.
Tetapi benarkah ada kategori ketiga yang berpendapat bahawa ada orang yang hatinya baik walaupun perangai macam hantu. Contohnya orang yang beranggapan bahawa tak mengapa tinggal sembahyang asalkan hati kita baik dan tak berdendam dengan orang. Aurat tak ditutup tak apa asalkan jaga hati, untuk apa tutup aurat tapi hati berbisik-bisik mengata orang. Anggapan-anggapan seperti diatas tentu saja bertentangan dengan ajaran Islam. Kerana Allah SWT akan menilai seseorang berdasarkan amal perbuatan dan gerak hatinya. Kedua elemen ini penting untuk memastikan penghisaban di akhirat nanti akan berjaya. Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya: ”Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa parasmu tetapi hatimu dan amal perbuatanmu.”
Jika hati saja yang menjadi penilaian sungguh amat berbahaya kerana manusia akan mengambil kesempatan untuk menghalalkan segala perbuatan kejinya asal hati baik. Bahkan agama kita mengajarkan bahawa segala perbuatan yang dizahirkan adalah cermin hati seseorang. Belum cukupkah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang keadaan hati apabila ia baik maka baiklah seluruh badan (amal perbuatan) dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.
Bagi kita yang sentiasa melakukan muhasabah diri eloklah teliti apa yang tersimpan di lubuk hati dan senaraikan amal perbuatan yang dilakukan setiap hari. Jika kurang beramal itu tandanya hati tak sihat. Jika tak beradab, tak bersopan santun tandanya hati berpenyakit. Begitu juga sebaliknya, jika banyak sembahyang dan beribadat tapi masih menyimpan bara api dendam pun tak sempurna diri. Kerana Allah menilai hati juga perbuatan. Inilah yang menjana konsep keikhlasan pada diri hamba-Nya.
Kisah seorang ulama besar Fudhail bin Iyadh yang pernah bertaubat dari segala kejahatannya dahulu (beliau diceritakan pernah menjadi perompak sebelum bertaubat), ketika mendengar ayat-ayat Allah dibaca memberi iktibar pada kita bahawa hati yang bertaubat perlu dibuktikan dengan amal perbuatan. Ayat tersebut berbunyi: ”Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang telah diturunkan (kepada mereka) dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang terdahulu yang telah diturunkan al-Kitab kemudian berlalu masa yang panjang (sedangkan mereka masih belum insaf) lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” (al-Hadiid: 16)
Menurut Imam al-Tirmizi, hati terbahagi kepada enam kategori.
1. Hati yang hidup iaitu yang penuh dengan iman.
2. Hati yang mati iaitu yang kufur kepada Allah dan segala nikmat-Nya.
3. Hati yang sihat sentiasa taat kepada Allah.
4. Hati yang sakit ialah yang melekat padanya maksiat.
5. Hati yang bangun (terjaga) yang selalu mengingati Allah.
6. Hati yang tidur selalu lalai kepada Allah.
Diantara hamba-hamba Allah ada yang memiliki ketiga-tiga kategori yang paling sempurna iaitu hati yang hidup, sihat dan bangun. Ada pula yang bercampur-campur antara keenam-enamnya mungkin semua ada dalam diri. Mungkin kita yang lemah ini seharusnya sentiasa menilai keadaan zahir melalui cermin hati. Kerana disitulah tempat yang paling jujur dan setia untuk mengetahui siapa sebenarnya kita.

Sumber :- http://drjuanda.com/



za: Pengalaman mengajar segalanya.... mengajar lebih berhati2

0 comments:

Aku da bosan!

7:25:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

0 comments:

SELAMAT HARI IBU

11:39:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Bermacam-macam andaian tentang sambutan hari ibu. Tapi pada saya, setiap hari adalah hari ibu. Dan untuk sambutan hari ibu sempena tarikh rasminya, bergantung kepada niat dan cara kita sambut. As long kita sambut tak menyalahi dari undang2, hukum dan syarak... rasanya tak salah kot. Pada saya lah. Oklah, saya bukan nak cerita pasal isu sambutan hari ibu, tapi saya nak cerita pasal kami di hari ibu.
Hari sabtu lepas, kami sekeluarga perGi kenduri kahwin anak abang saya di Kota Gelanggi, pahang. Kami bertolak pagi.. dan sampai di sana dalam jam 1 tengahari. Usai saja makan, sesi salam-salam, peluk cium... kami pun blk. Dalam perjalanan balik, en. Somi tanya nak g mana.. saya cakap nak blk, dia tanya lagi, tak mo g mana alang2 da sampai sini. Trus saya cakap g cherating. Tapi hati saya masih berbolak balik, skejapan nak pergi.. sekejapan nak balik... last2 bila sampai simpang, trus saya ckp, jomlah kalau nak g cherating. Sampai destinasi dalam jam 4pm. Cari chalet betul -betul tepi pantai. Wah memang destinasi percutian ad hoc yg best dari en somi. Petang tu cari baju dan barang keperluan lain, sebab kami memang gamble... keke... oklah, petang sabtu kami mandi laut di tepi pantai cherating, tido di chalet tepi laut... nyaman....
Hari ahad, kami mandi manda lagi, chek out trus lajak cari sata di kemaman.... makan puas2... selesau sesi makan2 chowww... balik. Saya enjoy... saya seronok..saya suka... walau percutian bajet... tapi best.
Kami sampai umah dalam jam 7pm.. memang letih... tapi sonok. Saya bertambah seronok bila dapat sms ucapan selamat hari ibu...dari en.somi... rupanya, percutian ad hoc tu, sempena hari ibu juga sampingannya... tengs abang... i love u 2.... 143  :)



0 comments:

‎4 Tanda Hidup Tak Berkat

3:34:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga


za: Solat tanda kita bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita

0 comments:

Cerita dari Gambar

2:53:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Ini Gambar terbaru anak Sedara saya yang baru... apa yang korang boleh ceritakan dari gambar ni....
di dalam kepala saya ada bermacam-macam cerita tentang dia.. tapi bagi korang plak...



za: Rindu bau Firas

0 comments:

Armada - Hargai Aku

8:19:00 AM Aliza Reesya 0 Comments




Untuk mereka yang rasa mereka hebat...
untuk mereka yang rasa yakin tiada neraka bagi mereka...


Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku


0 comments:

TIPS KESIHATAN

8:07:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri. 

Gamba diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kitai berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.
Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.


MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥ 

" Ya Allah.Sinarkan lah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami & pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan & fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan & hiasi diri ini dengan akhlak yang baik & kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah yang maha esa..amin ya rabialamin."














za: kalau sakit hati kat mana pulak punatnya?

0 comments:

Sebulan sudah

2:27:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

09/05/2012, genab udah sebulan pemergian ayah... memang cepat masa itu berlalu... tapi menempuhikehidupan tanpa ayah adalah satu yang cukup sukar dalam hidup saya rasakan... tak pernah rasa sesukar ini... walau banyak mana kali pun saya ditinggalkan, saya tak pernah rasa sesukar ini... cuba untuk melupakan.. tapi semakin dekat perasaan rindu dan sayang itu... betullah kata orang.. kasih ayah tiada gantinya... kasih yang lain mungkin berganti... kasih isteri.. suami.. teman boleh ditukar ganti dengan yang lain.. tapi kasihnya ayah tiada berganti... tak boleh dicari di mana2.
dalam tempoh sebulan ini, saya cuba redha.. alhamdulillah.. sedikit demi sedikit saya boleh menahan kekeliruan yang melanda, boleh mengawal sedih di hati.. cuma adakalanya saya gagal.. bila saya gagal... hanya air mata dan ayat suci alquran sebagai teman... dan sekarang.. saya masih dirundung masalah dan kesedihan... memang tiada tempat untuk mengadu.. hanya telan sendiri perasaan sedih itu.. ya.. tak merasa tak tahu.. bila dah kena batang hidung sendiri baru tahu tinggi atau rendah langit itu.
Bila ayah ada... dialah yang selalu memarahi atau menasihati dan memberi kekuatan diri buat saya untuk terus berjuang demi hidup.. saya jadi kuat kerana dia ada di sebalah saya di samping kasih sayang yang Allah berikan... tapi bila dia tiada.. hanya Allah tempat saya mengadu dan meminta agar tidak dizalimi lagi, agar tidak dikecewakan lagi... Ya Allah, kau lindungilah aku dan anak-anakku dari tingkah laku manusia yang tak berhati perut dan serupa binatang.. lindungilah aku dan anak2ku dari kekejaman dunia... lindungilah kami agar terus mensyukuri nikmat yang kau berikan... lindungilah aku dan anak2ku dari jauh tersesat dari jalanMu, sesungguhnya aku tak sanggup terus hanyut dan menzalimi diri sendiri dengan dosa2 yang pernah aku lakukan...
Ayah... semoga Allah tempatkan ayah di tempat orang2 yang beriman... ija akan cuba menjadi anak yang soleh untuk ayah... ija tahu ija belum cukup kuat untuk berdiri sendiri tanpa ayah, tapi ija cuba juga untuk kuat.. sebab doa dan pesanan ayah sentiasa ada bersama kami...






za: solat adalah tanda kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.....

0 comments:

Bila semua tidur

3:59:00 PM Aliza Reesya 0 Comments



Ahad lepas kami balik dari penang ke umah naik bas. Selalu klu nak bas nak kemana-mana kami hanya naik bas ofis je. Tapi kali ni kami naik pengangkutan awam. Adehhh.... macam hampeh servis dari driver bas ni. Dah la laju, langsung x berhenti sepanjang perjalanan. Boleh menimbulkan kemarahan. Ok, abaikan, saya bukan nak cerita pasal bas... tapi pasal mereka yang tak sampai sejam naik bas... trus lentok... kesian anak2 saya.






Za: kak long, adik... ibu sayang anak2 ibu dunia dan akhirat. Ibu sentiasa cuba yg terbaik untuk anak2 ibu dan kita... kalau ibu pergi dulu, kak long kena jaga adik baik2... adik pun kena jaga kak long baik2

0 comments:

Followers