11 March, 2014

On 2:00:00 PM by Aliza in , , ,    No comments
Weekend ni memang minggu saya dilanda rajin. saya buat karipap frozenlah.. saya buat potato cheese ball la.. pastu siap bekukan... yeahhhh... jom saya kongsi resepi yang saya adu dombakan semuanya. hahahahahah

Bahan-bahannya:

5 biji ubi kentang (rebus dengan kulit sekali + sedikit garam)
Tepung gandum + Tepung beras sket (Masukkan je baper banyak yang nak sampai adunan cantik atau sebati)
4 biji telur
Serbuk lada putih
keju yang dipotong dadu (saya guna slice cheese je)
Serbuk roti secukupnya


Cara-Caranya:
  • Lenyek Ubi Kentang yang dah empuk
  • bubuh tepung sikit demi sedikit + lada putih hingga sebati
  • ambil adunan sebesar bola pingpong ke atau kecil lagi.. leperkan, masukkan cheese kat dalam pastu bulatkan.
  • golekkan dalam serbuk roti
  • golekkan pula dalam telur, lepas tu golek lagi dalam serbuk roti.
  • kalau nak goreng.. sila goreng, kalau nak frozenkan.. boleh juga....
Inilah rupanya

heheheeh, tak payah beli dah kan.. kira sihat lah ni....

za: cuba cuba tak salah kan.. kalau jadi alhamdulillah, kalau tak jadi sila cuba lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...