Showing posts with label frozen. Show all posts
Showing posts with label frozen. Show all posts

12 March, 2014

Assalamualaikum... Selamat pagi. Entri sebelum ni saya sibuk bercerita pasal karipap dan bebola kentang berkeju homemade yang saya bekukan. Sebelum ni saya bekukan dan masukkan dalam bekas plastik atau tupperware pastu susun elok-elok. 

Tapi kali ni saya tak masukkan dalam tupperware atau bekas, tapi saya masukkan dalam plastik yang berzip hehehehe, ala beli kat daiso je, lagi senang. Tapi sebelum masukkan dalam plastik ni,  sila pastikan yang makanan tu dah beku terlebih dahulu baru susun dalam plastik. cer nengok gambar kat bawah ni...


saya bekukan dulu macam ni. susun jangan bagi melekat antara satu sama lain,
pastu bekukan. Agak-agak dah beku baru susun  dalam plastik atau bekas korang.

Tada... inilah hasilnya... kalau nak goreng kuarkan je.. insyallah tak melekat.

Senangkan kerja, tak payah nak beli dah kat kedai. Sah-sah kita tahu makanan tu sihat. hehehehehe.... ok, saya berhenti dulu lah yer.. kepala dah ting tong ni....


za: hehari belajar macam-macam untuk kepuasan diri sendiri

11 March, 2014

On 2:00:00 PM by Aliza in , , ,    No comments
Weekend ni memang minggu saya dilanda rajin. saya buat karipap frozenlah.. saya buat potato cheese ball la.. pastu siap bekukan... yeahhhh... jom saya kongsi resepi yang saya adu dombakan semuanya. hahahahahah

Bahan-bahannya:

5 biji ubi kentang (rebus dengan kulit sekali + sedikit garam)
Tepung gandum + Tepung beras sket (Masukkan je baper banyak yang nak sampai adunan cantik atau sebati)
4 biji telur
Serbuk lada putih
keju yang dipotong dadu (saya guna slice cheese je)
Serbuk roti secukupnya


Cara-Caranya:
  • Lenyek Ubi Kentang yang dah empuk
  • bubuh tepung sikit demi sedikit + lada putih hingga sebati
  • ambil adunan sebesar bola pingpong ke atau kecil lagi.. leperkan, masukkan cheese kat dalam pastu bulatkan.
  • golekkan dalam serbuk roti
  • golekkan pula dalam telur, lepas tu golek lagi dalam serbuk roti.
  • kalau nak goreng.. sila goreng, kalau nak frozenkan.. boleh juga....
Inilah rupanya

heheheeh, tak payah beli dah kan.. kira sihat lah ni....

za: cuba cuba tak salah kan.. kalau jadi alhamdulillah, kalau tak jadi sila cuba lagi

10 March, 2014

On 3:30:00 PM by Aliza in , , ,    No comments
Jom buat karipap lagi kawan-kawan. Kali ni saya buat karipap keledek. rasa manis-manis keledek tu buat saya rasa nak buat lagi. untuk resepi pula, saya rasa begitu selesa menggunakan resepi kak lily. Dan saya rasa kak lily pun tak keberatan kiranya saya kongsikan resepi yang beliau kongsi di blog. hehehehe... jom salin resepi cepat..dan jom buat karipap.

Bahan-bahann Untuk Doh:-
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar Margerin (saya tak guna)
1/2 cawan minyak jagung (saya gantikan dgn butter dan cairkan)
3/4 cawan air
1/2 sudu kecil garam 

Carannya :-
Panaskan butter dalam periuk hingga mencair, tak perlu sampai mendidih. Segera masukkan tepung dan gaul menggunakan garpu sebab minyak panas ye. Akan nampak seperti crumble sikit.Bila adunan agak sejuk campurkan air, garam dan uli agar doh sebati dalam lebih kurang 10-15 minit hingga doh kelihatan lembut dan sedikit berminyak. Selepas itu bolehlah mula membuat karipap mengikut inti pilihan sendiri. Tapi kaedah saya senang jer... saya guna kaedah Bread Maker... hahahahaha  hantam semua sekali masuk.


Inti Keledek saya ikut sebiji-sebijik resepi kak Lily yer. ... Kredit untuk kak lily

Bahan-bahannya Untuk Inti:-

4 biji keledek bersaiz sederhana - didadukan
1 labu bawang besar -
Segengam ikan bilis
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada kering kisar
Sedikit garam
Daun bawang / sup - optional

Caranya :-

Kededek di dadukan dan rendam dalam air supaya tidak lebam warnanya. Blender bawang, ikan bilis, rempah kari serta lada kisar tadi. Panaskan minyak dan tumis bahan blender (pes) tadi hingga kelihatan sedikit garing. Masukkan keledek dan sedikit air. Masak hingga keledek empuk dan sesuaikan garam dan tabur daun sup serta daun bawang. Sejukkan inti sebelum memulakan membuat karipap.

ok done.

Bila dah siap semuanya, karipap pun dah nampak rupa karipap.. marilah kita bekukan atau frozenkan.... cara-cara saya buat karipap frozen.. hmmm... nantilah saya tunjuk... hehehehe okbai.



za: peti ais dah penuh dengan makanan frozen homemade
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...