Ganti Puasa - Kerang goreng

4:30:00 PM Aliza 4 Comments

Hari ni dah masuk hari ke 3 saya ganti puasa. Harapnya kesampaian lah hajat nak ganti habis puasa sebelum Ramadhan baru datang, Insyaallah.... Semalam masuk je tengahari sel-sel otak dah berhubung antara satu sama lain nak makan kerang goreng. Fuh... teringin sangat gayanya.. hahahahhaa... jadi apa lagi, balik kerja je semalam saya terus singgah pasar, dan memang rezeki saya.. ada pula kerang tu.. besar-besar pula. jom mula masak.



Bahan-bahan:

1 kg kerang
3 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 sudu besar Sos cili
1 sudu besar sos masam manis
sedikit garam


Cara-cara:
  1. cuci kerang sampai bersih.
  2. kisar bawang merah, bawang putih, cili kering, belacan.
  3. tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak sampai garing. Bila dah garing masukkan sos cili dan sos masam manis. masukkan garam. 
  4. masukkan kerang, kacai sampai kerang tu masak.

Siap..... nyum..nyum..nyum... memang sedap....

za: penat nyerrrrr


4 comments:

diLa said...

assamualaikum tuan tanah..tumpang tny sos masam manis tu sos ape ek?? tq

YUS said...

Sedapnya kerang goreng!!! Heheee..

za reesya said...

Dila... alamak.. nanti amik gambar za tunjuk yer.. hahahahaha.. kat pasaraya banyak tu

za reesya said...

yus, takleh makan lagi kan?

Google+ Followers

Follow by Email

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...