photo header2-1.png

Nilai - JB - Danga Bay - Singapore. Part 3

0
COMMENTS
Buat yang pertama kalinya kami sampai ke Kota Singa ni... saya rasa biasa jer hehehehe... tapi bila saya masuk ke Universal Studio nu.. huhuhuhu... macam besar sangat Casinonya saya nengok... wah.. macam kat obersea plak. tapi disebabkan adik banyak meragam.. kami tak dapat menikmati dengan sepenuhnya tempat ini. kelam kelibut kami bertanya orang mencari shopping komplek untuk cari botol dan susu adik. bila adik meragam.. macam-macam yang dia nak, walhal hari biasa takder plak macam tu.
rupa-rupanya kami kena naik satu bas yang disedia oleh pihak Sentosa island untuk keluar. kamipun naiklah bas untuk ke tempat ni yang ada jual macam-macam barang. alamak.. terlupa plak nama tempat ni.. apa erk.... pelupa benar mokcik ni. takperlah, abaikan yer... kat sini kami nampak stroler yang regenya 59.90 dolar... so duit kita baper yer... tak larat nak dukung adik yang banyak meragam nih. beli jerlah. botol susu 2.00 dolar.. susu beli susu kotak jer. dah biarkan dia.
terus kami cari makan, sebab dah jam 2 petang, perut dah lapar sangat.

nilah strolernyer... harganya lebih kurang RM150.

kak long makan nasi ayam, dia kata sedap

inilah makanan kami

usai saja makan, kami berpusing-pusing cari jalan keluar.... hahahahaha akhirnya kami jumpa MRT... hmm kalau tempat kita LRT kot. adoi.... panjangnyer beratur... dahla nak beli tiket tak tahu. bila sampai nak masuk plak stuck plak.... anak-anak dah lepas masuk, saya dengan suami tak lepas lagi sebab tiket error. adoi.... terpaksa carik orang yang incharge plak... itu ini..itu ..ini... dekat setengah jam juga. hhhh.... sepanjang idup kat malaysia dan sepanjang naik LRT atau Komuter, tak pernahh saya lalui insiden ini hahahahahaha. kami naik MRT dari stesen Harbour Front, berhenti di Dhoby Ghaut, tukat tren terus naik ke Marina Bay. kami banyak berpandukan MRT Map yang disediakan.

panjangkan... ni baru kat Mesin beli tiket, belum nengok lagi kat kaunter

anak-anak yang terleps dulu. sib baik kak long ada untuk jaga adik

akhirnya kami berjaya juga naik MRT.

gambar kenangan

To Marina Bay.. apa yang ada di situ yer


map ni yang ada membantu walaupun tak banyak.

Akhirnya kami selamat sampai ke Marina Bay. di dalam bangunan pertukanan tren pun kami bleh sesat juga hahahahah. sib baik ada orang Melayu Singapura yang baik hati membantu.. terima kasih akak. lupa nak tanya nama berkenalan.. Apa yang ada kat Marina Bay yer? nanti saya sambung cerita. rehat minum dulu.. tapi inilah cerita kami pertama kali sampai ke Singapura.. pertama kali naik bas di Singapura, pertama kali naik MRT kat Singapura.. semuanya pertama kali... cuma apa yang saya nampak.. peraturan di dalam bangunan MRT ni, agak ketat... makan minum takbleh.. kalau ada yang minum mampos kena jerit dek orang-orang yang tertentu ahhahahaha...







za: saya ada kerja sendiri..jadi orang lain tak boleh nak berkata apa kalau saya bersukaria dengan keluarga. betul tak?

Nilai - JB - Danga Bay - Singapore. Part 2

0
COMMENTS
Hari sabtu pepagi saya dah kejutkan semua orang suruh bangun.... bas nak jalan jam 11. yang liat-liat bangun tu di kerah juga bangun takut ketinggalan bas. adik ngan kak long bila dengar nak naik bas, laju jer bangun. usai semuanya bersiap, kami terus makan.. alasannya nak alas perut dan teman pakcik makan sesama, sian plak pakcik t makan sorang-sorang. pakcik tak ble ikut sebab pakcik takder passport.

 
kak long makan bihun putih dan air bliss saja

dah selesai semua, kami terus amik teksi dari hotel ke stesen bas Larkin. hmm dari danga bay ke stesen bas Larkin dalam 10 minit jer, tak jauh pun, tapi pelik.. macamner kami bleh sesat masa nak balik dan masa mencari stesen bas Larkin tu kekekekekke. jam 11.20 bas bergerak ke Singapore... adoi.. tak tepat masa plak rasanya.. janji naik bas jam 11.. tapi itu ini.. tunggu bas, jam 11.20 gak. sepanjang perjalanan, 2 kali kami berhenti turun naik bas.. pertama masa sampai di Imegresen Malaysia.. passport nak diperiksa untuk keluar... sib baik orang tak ramai sangat. kali kedua masa sampai di Imegresen Singapore... kat sini lama sket.. satu persatu dorang nak periksa hehehehhe... lebih kurang masa gi Guangzhou dululah.. 
dek kerana keletihan, adik dah mula ngamuk.. ada saja yang tak kena pada dia.. si ibu plak.. bila dah serabut mula la pot pet pot pet macam montot ayam hahahahahha.. c papa pulak dah moncong sebab ibu potpetpotpet.

macamnilah bila kena turun dari bas untuk
pemeriksaan imegresen Malaysia dan Singapore


muka budak penat

da selesai semua urusan imegresen. nak naik bas terus ke Singapore da

dia dah mula ok bila bas dah mula berjalan

Pemandangan di Tambak Johor. sesak dengan kenderaan masuk ke Malaysia. Banyaknyer


kami dah nampak ini.. itu tandanya kami dah masuk Singapore.
Welcome to Singapore papa, kak long.. adik..

Dah sampai
 

kami dah sampai ke Pulau Sentosa, Singapura. gambar tak banyak dengan saya, banyaknyer dengan papa, jadi sekarang tengah menunggu ihsan papa untuk upload gambar-gambar yang ada.
perjalanan dari Stesen Bas Larkin ke Pulau Sentora Singapura amik masa lebih kurang sejam. kalau tak termasuk turun naik 2 hentian imegresen, setengah jam dah memadai untuk sampai. takperlah, pertama kali sampai. kami sampai di Pulau Sentosa di mana terletaknya Universal Studio.. ramai sangat orang yang datang. tiket untuk masuk ke dalam Universal Studio ni lebih kurang 66.00 Dolar Singapore... huhuhu cuba darabkan dengan 2.5 berapa jumlahnya.. RM165.00 hahahahaha.... botak kepala yer.




za: nak ke Singapore naik kete plak

Nilai - JB - Danga Bay - Singapore. Part 1

0
COMMENTS
Jumaat lepas kami skeluarga ponteng kerja gara-gara nak g bercuti. Asalnya plan nak kuar awal, tapi tak dapat gak, saya ada appoiment untuk buat crown gigi dan en.somi nak basuh kete. Alih- alih kami bertolak jam 12.30 tgh. Mak aih.... Kesesakan yang amat sangat kat highway nilai-senawang. Dekat sejam lebih gak kami sangkut kat kesesakan ni...akhirnya puncanya adalah ada eksiden lori bawa kereta proton terbalik. Huhuhu hancussss.
Kami sampai JB dalam jam 5 ptg... Terus gerak cari danga bay... Sampai danga bay... Check in... Selesai semua dalam jam 7 ptg. Penat gilos.
Malam tu kami ke hentian bas larkin nak amik bas untuk ke singapura esok, tak jadik bawa kete. Hari pertama di JB sesat barat kami ntah ke mana hala. Last- last kami makn malam kat restoran yang dekat dengan hotel jer. Buhsan..makan tak sedap tapi mahal.

kak long lepas makan

makan kat sinilah.. hampess... tak sedap langsung.. pastu mahal plak



za: hari pertama penat..... moncongs tak benti

dah ada basikal

2
COMMENTS
Untuk sekian kalinya, ibu baru ada duit lebih sket hehehehehe...
nak menyenangkan hati anak-anak..upgradelah basikal kak long dan adik dapat basikal baru... sonok depa... cuma adik masih tak berapa pandai nak naik n kayuh basikal...

basikal kak long. beli besar sket

adik dan basikalnya

basikal adik



za: seronok....

Mungkin kerana Rindu

0
COMMENTS
"Berikan ku waktu untuk bersamamu Meniti hari…
Tak puas bagiku Dan kau pun berlalu Tinggal ku sendiri…
Gelap seluruh jiwaku..Ku ingin benar bersama denganmu Dan kau pun menjauh…"

Semalam separuh hari di Ofis saya sibuk dengan gotong royong. Letihnya dibawa hingga ke malam. kebetulan pula semalam en.Suami keluar dapatkan stok untuk barang printing. jadi tinggallah saya dan kak long saja... yang lain semua ikut papa termasuklah adik hahahahah.
jadi, saya biarkan kak long buar homework sendiri.. alasannya saya adalah ibu contoh untuk anak sepintar kak long hahaahha layakkah? bukan apa.. saya terlalu penat.... saya tertidur hinggalah en.suami balik kejut saya untuk makan malam. seperti biasa, bukan saya yang masak, tapi akan dibeli oleh suami tercinta hahahahaha... alasan saya tetap sama, saya terlalu penat.
Tidur saya seolah-olah terlalu lama sangat rasanya.. hinggalah tetiba saya rasa saya seperti berada di sebuah tempat yang tak asing sangat... tempat yang terlalu biasa buat saya waktu kecil dulu... rumah lama saya di putatan Sabah. Bila sampai di situ, orang pertama yang saya cari adalah Mak , puas saya panggil mak... tetiba ada sorang makcik bagi tau mak mana ada, mak dah lama takder. saya tetap panggil... sekali lagi makcik tu cakap, mak dah takder.... lama saya duduk sendirian lepas makcik tu pergi tinggalkan saya... puas saya fikir kenapa saya ada di sini dan cari mak... saya sendiri dah tau yang mak dah lama takder..dah terlalu lama, sejak saya darjah 3 lagi.. sejak adik-adik saya kecil lagi.
tapi tiba-tiba ada seseorang panggil saya dengan nama manja saya.. "ja, mak ada kat situ"... automatik saya menoleh mencari kelibat mak... Ya Allah, betul mak ada kat situ.. rindunya saya kat mak... berlari saya ke arah mak..saya peluk dia puas-puas... dah terlalu lama tak rasa pelukan mak...cukup lama.mak peluk saya kuat, erat sangat seperti tak mahu lepaskan saya.. saya pandang mak.. mak senyum.."mak, orang cakap mak dah takder.. tapi ada jer nih.. dorang tipulah tu.. mak tak pergi mana pun."  mak cuma senyum jer.. angguk tidak geleng pun tidak.. saya mula keliru..
tetiba saya terjaga bila adik cakap nak susu... Ya Allah, bermimpi rupanya saya... patutlah saya seperti tak tercapai apa-apa yang saya nampak melainkan sempat memeluk mak. terus saya teringat persis wajah mak.. mak cantik walaupun di wajahnya terselit wajah seorang ibu yang garang. terus ingatan saya jadi lupa untuk melupakan wajah mak... masih terasa pelukan tu hingga saat ini... cukup rindu pada dia..
saya terus tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa tetiba saya perlu mimpikan semua tu.. rindukah saya pada dia? atau letih kah saya bergotong royong semalam? persoalah tu saya biarkan tanpa jawapan...
apa yang saya tahu dan saya sedar ke saat ini... SAYA CUKUP RINDUKAN MAK.. TERALU RINDU HINGGA TAK TAHU BAGAIMANA NAK GAMBARKAN KERINDUAN TU. BIAR MENITIK BANYAK MANA SEKALIPUN AIR MATA INI.. PASTI KERINDUAN TU TAK TERJAWAB BATASNYA.
cuma saya tak tahu, apakah perasaan ini hanya dirasai oleh saya seorang atau turut dirasai oleh adik beradik saya yang lain...apakah mimpi ini hanya menjelma dalam mimpi saya seorang atau turut jua menjelma dalam mimpi adik beradik saya yang lain...
apa-apapun... mak dah cukup jauh dari kami semua.. cukup jauh dari saya untuk menyediakan segalanya buat saya..sudah cukup jauh untuk marah-marah saya..sudah cukup jauh untuk segala-galanya untuk saya... mak kini cukup tenang bersemadi sendirian di Kampung Ketiau, Putatan. Dan besar harapan saya untuk setiap doa saya agar mak berada di tempat orang-orang yang beriman...

di sinilah kami tinggalkan mak sendiri bersama-sama
sepohon pokok bunga raya yang mak pernah tanam semasa hanyatnya.

za: kerinduan itu tak pernah hilang walau sesaat, hingga saya terfikir boleh ka saya buat solat hajat setiap hari agal Allah hidupkan semua mak saya yang dah pergi 24 tahun yang lepas.

BABY FAIR

0
COMMENTS
Dah 5 hari en. suami berkampung di Shah Alam. ada BABY FAIR Anjuran Baby Garden pd 1-14 Julai 2011 di alamat No. 56, Tingkat Bawah, Jalan Pelabur A23/A, Seksyen 23, 40200 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
saya asalnya tak tahu berapa harga barangan Wuddah yang akan dijual.. sekali bila saya pergi sendiri ke Baby Garden... Wow!!! lebih separuh harga. Alasan jual murah??? sebab nak wat stock clearence... nak masukkan stock baru insyaallah...


antara barang yang harganya gila-gila... Bamboo cloth diapers (CD Bamboo printed) pada harga RM35 sahaja. Microfiber cd RM15, Wuddah blanket RM10. jom meriahkan lagi.. banyak lagi barang2 separuh harga.


za: sekali sekali wat promosi dan membantu, bukan sekali sekala bertelefon tanyakan untung

first time amik report card

0
COMMENTS
Dah lebih setengah tahun kak long bersekolah... darjah satu. macam-macam ragam kak long, macam-macam yang dibelajar kak long. semuanya mengajar ibu dan papa erti sabar. kak long dah besar, dah sekolah pun.. tapi ibu masih anggap kak long seorang anak kecil yang masih perlukan ibu untuk semua hal.

Hari Sabtu lepas hari ambil report card kak long. minggu sebelumnya ambil report card sekolah agama kak long, keputusan ok, semua A cuma kedudukan dalam kelas agak belakang sket. tapi ustazah cakap, kedudukan tak penting, yang penting peratus markah. Masa ambil report card sekolah kebangsaan kak long... hmmmm oklah... kedudukan dalam kepas tak berapa cantik, tapi sama seperti sekolah agama, cikgu kak long cakap, kedudukan tak penting, yang penting peratus markah. Alhamdulillah, kak long anak yang pandai dan cerdik.. Insyallah hingga kak long dah besar prestasi ni akan meningkat.
Cikgu kak long cakap, kak long banyak cakap.. papa cakap macam ibu hahahahaha.... tapi kelas kak long ni cikgi cakap kelas budak pandai-pandai, sebab tu saingannya tinggi.

6A 1B

za: dulu masa sekolah selalu kena marah

rupanya pernah juga

0
COMMENTS
Assalamualaikum.
Pagi tadi saya kemas-kemas sijil... semalam tido lambat sebab baru dapat panggilan temuduga untuk hari isnin nin huh!! tak pernah pula saya dapat panggilan temuduga melalui sms hahahahah... ok abaikan...  apa yang nak diceritakan masa ngah semak-semak..susun-susun sijil.. tetiba jumpa benda alah ni.....


tak sangka yer... rupa-rupanya saya pernah wat permohonan untuk sambung belajar... tahun ni rasanya tahun 2004, masa dalam pantang bersalinkan kak long... ngah takder keje.. susah dapat keje.. terus memohon untuk sambung belajar... tapi tadak rezki. ingat lagi masa ni, semangat untuk sambung belajar berkobar-kobar... tapi peluang tak ada.. hingga menyebabkan saya merata-rata cari kerja ntuk membantu en. suami mencari sesuap nasi... huhuhu...
alhamdulillah.... hari ini walaupun tak berjaya menyambung pelajaran, tapi saya bersyukur berada di Universiti ini..... Alhamdulillah.


za: bersyukur membuatkan saya rasa saya adalah seorang manusia

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.