30 April, 2009

No

On 3:10:00 PM by Aliza in    1 comment
No Update...
No Story...
No mood...
No blog...
everything No for today......





28 April, 2009

On 12:35:00 PM by Aliza in    No comments
entry sebelum ni aku ngeh fening nak wat pilihan nak g Guangzhou atau Beijing. jadi atas bantuan ramai orang aku dah membuat keputusan TERIMA KASIH YER.... aku akan pergi ke Guangzhou. tapi ntah bila bila ntah hehehe.. kalau ada rezeki dan umo panjang, sampailah kami hehehehe.... jadi memandangkan aku dah simpan niat nak ke Guangzhou, jadi aku ada amik sedikit info tentang tempat tu... kat situ ada banyak tempat menarik...

  • islam telah datang ke China pada 1300 tahun yg lalu.dan Guangzhou adalah tapak permulaannya di mana Saad bin Abi Waqas menyebarkan dakwah Islam atas utusan Rasulullah.
  • Masjid tertua di China juga terdapat di Guangzhou yg dinamakan Masjid Huaisheng.
  • selain itu terdapat 3 lagi masjid iaitu masjid Haopan,Masjid abi Waqas dan Masjid dongying.
  • terdapat satu jalan yg dikenali dgn nama Beijing lu mempunyai jalan2 tinggalan sejarah 5 Dinasty bermula zaman Dinasty Han.
  • permandangan waktu malam yg menarik apabila bangunan2 bermandikan kerlipan cahaya.
  • Tempat shopping yg murah dan pelbagai lagi tempat yg menarik ( Jewelry Center; Burning Cream Center; Silk Store)
  • Yuexiu Park

  • Dr. Sun Yet-Sen's Memorial Hall;

  • Guangta Mosque

  • Burning Cream Center

  • Ersha Island

  • Zhujiang New City & Zh ongxin Square

  • Shangxiajiu Shopping Street

jadi, korang nampakkan, betapa excitednya aku..hehehehe korang tolong doakan hajatku termakbul ya... cuma satu lagi yang ku pikir, ku ada terbaca, katanya udara di sana tak berapa elok.. hmmmm ada info tak?

On 10:18:00 AM by Aliza in    No comments

"Bahagia di mata orang, bukan semestinya bahagia di mata kita. Oleh kerana ukuran bahagia tidak pernah menjanjikan dari apa dan siapa, maka syukurilah kehidupan yang sedia ada." Kunci kepada penambahan nikmat ada bersyukur.  Semakin banyak Anda bersyukur, semakian banyak nikmat ditambahkan dalam hidup Anda. Rasa bersemangat, rasa bahagia adalah salah satu nikmat.

Untuk membuat kita makin jadi bersemangat, makin jadi bahagia, rajin-rajinkan diri mengucap syukur. Bukan syukur yang dibuat-buat semata-mata nak ditambahkan nikmat, tapi syukur yang benar-benar lahir dari hati dek rasa terharu. Syukur sebab boleh hidup sampai ke hari ni dan syukur sebab diberi peluang untuk menikmati diri.

Rasa bahagia membuat kita amat bersemangat. Kita jadi bersemangat dengan rajin sekali. Rasa bahagia yang kekal, datangnya terus dari hati tanpa dipaksa-paksa.

Biarlah Anda bahagia ikut cara Anda sendiri, bukan ikut cara orang. Jika bersederhana membuat anda bahagia, maka bersederhanalah, pedulikan cara orang lain kerana tak semestinya cara orang lain sesuai buat Anda. Ini hidup Anda, jadi biarlah Anda menentukannya. Tapi jangan pula cara Anda membuat orang lain derita.


On 10:13:00 AM by Aliza in
Ransangan sentuhan ibu 


Ibu yang kerap bercakap dan menyentuh bayi mereka membantu merangsang perkembangan sosial bayi

Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menjalin perasaan kasih yang lebih mendalam buat si manja.

Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya. Sekiranya seseorang bayi itu memperoleh sentuhan yang kerap daripada ibunya, perubahan perkembangan tumbesaran dan kemahiran derianya akan memberi respons dan interaksi dengan orang tersayang dengan lebih cepat berbanding dengan bayi yang kekurangan belaian.

Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai berkata, sentuhan lembut seorang ibu merupakan pemangkin kepada perkembangan sosial bayi.

Pada peringkat usia dua bulan, senyuman dan sentuhan ibu semasa menyusu, mandi, menyalin lampin atau memakaikan baju adalah detik bayi mengenal siapa ibunya.

"Sentuhan itu seolah-olah bertindak sebagai pelindung dan luahan kasih sayang yang begitu mengasyikkan oleh seorang yang telah mengandung dan melahirkannya ke dunia ini.

"Pada waktu usia yang awal inilah detik terbaik untuk ibu menyentuh dan membelai bayi. Adalah suatu yang merugikan sekiranya tidak berbuat demikian dan hanya menyerahkan kepada pembantu rumah melakukannya.

"Ibu sebenarnya kehilangan peluang untuk mengasihi bayi yang di kandung selama sembilan bulan 10 hari itu kerana waktu inilah mereka mula mengenal ibunya dan memperoleh kasih sayang," katanya.

Menurut Dr. Anna, salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan. Ini sebenarnya tidak perlu terutama pada usia di bawah empat bulan kerana bayi hanya boleh melihat pelbagai warna ketika berusia empat bulan.

Pada usia bawah empat bulan, bayi hanya inginkan sentuhan dan wajah ibunya sahaja. Justeru itu, dinasihatkan ibu-ibu supaya sentiasa bercakap-cakap dengan bayi kerana ia adalah rangsangan kepada perkembangan sosial yang paling berkesan.

"Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada seorang ibu. Bagaimanapun ia boleh dilihat mengikut peringkat usia.

"Pada peringkat usia sebulan, bayi anda akan mula tersenyum, dua bulan (mula mengeluarkan suara), empat bulan (cuba mencapai ibunya, menatap mata bayi menjadi lama dan bayi bergelak ketawa)," ujarnya.

Empat tanda jalinan kasih sayang

  • Bayi tersenyum lebih kerap

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dalam dunianya dan sudah bersedia untuk mempelajari tentang dunia yang sebenar kelak nanti.

  • Bayi cuba mencapai kepada ibunya

Apabila bayi cuba mencapai kepada si ibu, bayi mungkin cuba memberitahu si ibu untuk memeluk dan membelainya; untuk merapatinya atau si bayi gembira dengan kehadiran ibu.

Apa yang penting, bayi sedang menunjukkan rasa perlunya terhadap ibu, dan ini menandakan hubungan erat antara ibu dan anak. Semasa anak membesar, tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar akan pergerakannya dan cara membuat pergerakan yang bermakna.

  • Bayi bergelak ketawa

Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya kerana merupakan suatu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

Apabila bayi gelak sebagai salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda, ia merupakan cara bayi untuk memberitahu betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

Dengan berbunyi-bunyi manja pada waktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali anda, dan sedang berhubung dengan anda. Dalam erti kata lain, bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balasnya bagi kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

  • Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si manja.

Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.

Melihat muka anda yang telah dia kenal seolah-olah mampu menenangkan si manja. Ada kalanya anda juga mendapati si manja seolah-olah sedang termenung ke arah anda. Ini adalah kerana bayi sedang cuba mengingat muka anda dan mengenal pasti bagaimana rupanya kasih sayang dan keselesaan.


On 9:54:00 AM by Aliza in ,    No comments
Hari ni 28hb 04 2009. Hari ni Adik dah genab 8 bulan.. maksudnya dah 8 bulan adik Breastfeeding denganku. Hari ni aku demam + Selesema + Batuk.... ( bukan selesema khinzir tau...) produk tenusuku agak merundum sangat... sampai aku terpikir... bolehla aku menyusukan adik untuk 8 bulan akan datang lagi? atau bulan2 seterusnya.... Aku runsing....





23 April, 2009

On 12:28:00 PM by Aliza in    No comments
Dalam entri ku semalam, kubercerita pasal ku shopping sabun MIOR. hari ni ku dah terima barangnya.. cukup pantas.

Ini parcelnya


Ini Antara barangyer, yang kaler merah tu gift, cocoa collagen


Ini Gift yang aku terima


Inilah sabunnya


kumasukkan semula ke dalam beg



22 April, 2009

On 12:12:00 PM by Aliza in    No comments

kengkawan semua, semalam ku dah bercerita pasal percutian ke China, info yang ku perlu, ku dapat sket jer. pastu ada plak yang cadangkan ku pegi Beijing. jadi korang tolonglah aku wat pilihan. Beijing atau Guangzhou? korang tolonglah bagi cadangan lagi. mana lah tau korang ada member ker pernah g, atau korang yang g sediri.

On 11:35:00 AM by Aliza in    No comments
Korang.. korang kan korang... hahahaha, aku dah jadi meroyan jugaklah.. aku dah meroyan shopping online. Tak padan dengan takder wit nih.. tak padan dengan sengkek nih... apa nak buat, semuanya hasil daripada ihsan Mr. Abang ku yang nak tengok ku cantik. hehehehe. baru sekejap tadi aku membeli Sabun MIOR... semua nih berkat nengok muka Cik Sue Canteek yang dah canteek... tapi ku beli dari kak Yan. tak pernah kenal pun, baru jer kenal tadi hehehehe, tapi kak Yan layan ku baik. ku dapat harga murah, sebab ku beli ikut pakej yang disediakan, pastu ku dapat free gift lagi... wah.. bestnyerrrr... korang kalau berminat leh nengok online blog kak Yan. Apa-apapun, korang doakan aku selepas pakai sabun nih bertambah-tambah cantik n shomel erk... untuk Mr. Abang, TQ.. muahhhh.....

ni sabunnyer....


21 April, 2009

On 3:58:00 PM by Aliza in    No comments

Korang semua, ku dah puas arini surfing kat "tenet" pasal Guangzhou, China. Bukan per, kucuma pasang angan-angan nak ke sana, sebab ku selalu nengok kat Astro, ala cerita Farah AF tu yang g jalan sana sini kat China tu. Dalam hati ku nak g Hainan atau Guangzhou tapi ramai kata baik g Guangzhou. korang kalau yang ada pengalaman atau info, sikit atau banyak, leh tak tolong ku? kesian kat ku.... tak reti langsung. ku nak tau macamner cara mudah untuk percutian ke Guangzhou@hainan, naik MAS ker AIR ASIA or travel agency ker... kalau Travel Agency, ada cadangan tak? Nak cari makan Halal senang ker? nak shopping murah ker? best ker idak.. alah pelbagailah untuk orang yang 0 knowledge macam ku nih... PLEASE HELP ME...


On 11:12:00 AM by Aliza in    No comments
Korang tengoklah adik... dia tak mo dok dalam car seat dia semalam... penat aku memujuk... kak long pun dah tak boleh pujuk... waaaa... aku rasa penat macam nih driving sambil dengar lagu adik yang tak sedap.

tengoklah dier


Dier betul2 tanak



On 11:08:00 AM by Aliza in    No comments
hahahahaha, ku sudah mula gilakan Tight.. bukan untuk aku, tapi untuk anak-akulah... ni adalah kesinambungan dari online shopping ku yang pertama. ahahaha, ala murah jer sebab tu ku berani beli... THU lepas nih mu jangan jual apa2 lagi kat ku... penat wooo

ni bungkusan yang aku terima pepagi tadi


hahaha, korang klik kat gambo kalau nak nengok.



20 April, 2009

On 4:12:00 PM by Aliza in    No comments


Hari rasa macam banyak benda yang aku nak buat. keje kat opis kudah siapkan pepagi tadi lagi. jadi nak mengelakkan ku keboringan, jadi kubuatlah keje-keje yang berpaedah seperti ini.. hehehehe selamat menjamu matalah yer...


On 12:32:00 PM by Aliza in    No comments

korang nengok adik... sekang umo dah 7 bulan lebih, sket ari lagi dah 8 bulan.. gigi takder lagi.. tapi adik dah semakin bijak.. dan tiap tindak tandung adik sering jadi perhatian.. dan kami sekeluarga selalu ketawakan adik

ni adik ngah mengejar sesuatu...


tetiba adik buat macam nih...


sebelah kiri plak.. atok siap ketawa g nengok adik


bila ku panggil adik terus dia berpusing


tak tahan bila senyum tu


sekejapan jer dah sampai kat aku


pantang tul adik




On 11:48:00 AM by Aliza in    No comments
Hari ni hari pertama ku berposa, bukan per.. ku lihat kalendar.. awal plak Ramadhan tahun nih. Fuh.. mampos den nak mengganti posa, ada dalam berapa puluh hari tu.... lebihla agaknya 30 huhuhu. jadi aku risau satu benda jer.. produk tenusuku merundum... tapi pelik plak... pagi tadi masa mengepam dalam jam 8am, ku dapat dalam 6 0z... pastu dalam jam 11am ku mengepam lagi dapat dalam 5 stengah oz. wah, bagus macam nih sebab selalunya ku hanya akan dalam dalam 3 oz jer sekali mengepam.... rezeki berpuasa nampaknya. sok kalau aku ada kekuatan ku posa lagi..

Ni hasil perahan ku pagi tadi... banyakla banding biasa


Inilah teman sejatiku... my Spectra3


inilah bilik tempat ku memproses hasil tenusuku setiap hari... kwang..kwang..kwang...kwang...





On 8:36:00 AM by Aliza in    No comments
Terapi Pernafasan untuk sakit Kepala Dan Keletihan (Breathing Therapy For Headache & tiredness

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?)..

-

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

-

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ..
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

-

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan .. Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ..
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

-

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah ..
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

-

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa ..
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

-

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ..
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).
-

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri .. Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh .. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril.. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) ..
-

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?)
...
-

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
(
Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition

Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..




19 April, 2009

On 7:37:00 PM by Aliza in    No comments

Ini Anak Kami Nurbatrisyia Aliza


Ini Anak Kecik Kami Nurqaireen Aliza


Ini Anak Kami Kak Long dengan Papa


Ni anak kami adik dengan ibu


Ini Kami




17 April, 2009

On 8:57:00 AM by Aliza in    No comments

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang
ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada
pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam

__,_._,___



16 April, 2009

On 12:53:00 PM by Aliza in    No comments

Sebenarnya Ku dah Mengoder Baby Tight N Legging minggu lepas g.. kalau tak silapla.. tapi tek berpeluang berjuma dengan THU. so semalam baru THU pos...

ni Sampul yang kuterima pagi tadi.

yang dalam kotak merah tu, ole2 yang kuterima dari THU... hahahaha mu ni kan THU, bukan alang2 ole2 mu, borang insurans gitu.. Tengs THU.

Nilah Legging yang kubeli. Cartoon gitu.. kusuker, cantik dan harganya pun agak murah. mudah untuk ku Shopping lagi. sebelah tu PIL ASI, memandangkan susu ku agak drop, so kucuba inisiatif lain.

Ini baby tight untuk adik....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...