Showing posts with label Apa-apa pun boleh masuk. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa pun boleh masuk. Show all posts

01 April, 2016

On 8:22:00 AM by Aliza in ,    No comments
Assalamualaikum. selamat hari jumaat. perghhh dah lama terperam gambar ni. tak dan la nak post... apatah lagi nak taip cerita panjang-panjang. ahahaha

sebenarnya ceritanya sepatutnya keluar sekali dengan entry tasik kenyir tu. Tapi tak sempatlahhhhh...
ok ok meh nak cerita. masa g kenyir kami singgah Kuala Terengganu semalam. dah alang-alang kan. dan saya setiap kali g Terengganu hati tu memang berhajat besar nak jumpa kawan lama aka jiran lama masa duduk kat Desaria Nilai dulu. last jumpa dia tahun 2011 kot, saya pun dah ingat-ingat lupa. Alhamdulillah, hajat saya kesampaian juga.

Kebetulan saya mendapat berita ayah Jue meninggal masa saya datang ke sana, saya pun usaa juga pujuk incik suami untuk ziarah Jue dan keluarga. walaupun sesat barat, alhamdulillah jumpa juga kami.



tu Naim, sebaya Batrisyia. dah bujang anak teruna ni. tak berubah mukanya.

Dulu Jue ni lah tempat saya bercerita tentang
suka duka hidup yang kekadang rasa macam nak mati je. 

Nampaknya Jue dah advance dari saya.
saya masih kekal 2 orang anak. Jue dah nak masuk 3 orang.
semoga semuanya selamat dan baik-baik belaka.

Ok jue, selesai entri pasal gambar kita ahahahaha... anyway, ko kawan yang rapat dengan aku dulu. apa-apa hal aku cari ko. apa-apa hal aku minta tolong kat ko, apa-apa hal aku nangis kat ko... ko baik semoga segala kebaikan ko tu Allah balas dengan kebaikan juga. aku rindu nak borak .. nak ketawa2 dengan ko macam dulu....



#kenangan tu boleh menjadi pahit dan boleh menjadi manis.

22 March, 2016

Ok, mari kita berborak, sembang-sembang, cerita-cerita. Dah lama tak berblog. Bz lah mak. 

Minggu lepas sempena cuti sekolah saya dan family ikut trip bercuti ke Tasik Kenyir family incik suami. Dah lama sebenarnya saya dan keluarga kecil kami tak join aktiviti keluaga belah incik suami. Bukan tak nak join, tapi sebab bz dan masa tidak sesuai. Anak-anak nak periksa, mak sekolah, mak nak periksa. Ahahahahaha. Jom kita nengok apa yang ada kat kenyir ni. 

Usai saja kak Long tuisyen, dalam jam 11.30 kami gerak ke kenyir. Sebelum tu semua pakat tunggu kat petrol pam kat tol gombak. Nak konvoilah kononnya. Ahahahaha...  Jadi sebab nak konvoi maka yang sampai awal kena tunggulah kami yang lambat ni. Sampai je kat tempat yang dijanji, 4 biji kereta trus zasss....  Perghhh menguji betul berkonvoi beramai-ramai ni ahahahaha. 

Dalam jam 6.30 pagi kami sampai pekan apa ntah namanya, solat subuh,  sarapan bagai. Saya ni macam biasa memang bukan jenis makan berat awal-awal subuhnya, tapi kat kedai tu yang ada cuma nasi lemak, nasi minyak dan as usual nasi dagang. Failed betullah, rasa nak mogok je. Mencari juga kot-kot ada kuih ke hapa...  Illek...  Maka redha jelah mak telan nasi minyak sebab takut lapar kan. 



Pepagi Sarapan Kat sini. ni orang ngah sibuk buka pasar tadi...
ehh kalau kat sabah Tamu 


Usai je makan, perjalanan harus diteruskan ahahaha, power tak ayat. Dekat 2 jam kot baru betul-betul sampai kat jeti Kenyir. Wallah....  Banyak bot sebenarnya, dan banyak juga kereta yang pakir. Mujur ada pakir biar pun ntah selamat ke tak. 

Angkat Barang Dulu yer


Sebelum terbang  berlayar amik gambar dulu yer.
inilah family besar incik booos


Belum naik bot mak dah mula rasa goyang. Adoiiii....  Lagi satu hal yang spoiled. Ahahaha. Ok not bad botnya, ada 2 tingkat.  Tingkat bawah ada hall, dapur dan 🚽. Ada tv tu, astrox pun ada tapi tak berfungsi ahahaha. Rasa tertipu pula. Tingkat atas semuanya bilik. Ada 6 bilik semuanya, ada tilam dan bantal. Selesa lah juga bilik biarpun takde kunci. Bila nampak bilik apa lagi, mak pun coverlah tidur, sebab sepanjang perjalanan malam tu memang tak nyenyak tidurnya. Tapi ya rabbi...  Panasnya. Takde kipas ko... 

Tapi disebabkan mata yang begitu mengantuk, maka mak pun tertidur tanpa menghulur bantuan kat orang-orang di bawah untuk masak. Ahahahaha..  Saya memang surrender dalam bab masak memasak ni sebab saya memang x sebat memasak tambah pula saya memang x suka masak. Nasiblah... 

Nampak tak air terjun tu? nampak tak?
cantik sangat pemandangan dia kan.

Agak-agak segar sikit mata tu, solat pastu layan orang memancing. Cis, langsung takde ikan. Hampeh. Rasa macam buang duit pula. Lebih kurang dalam 2 jam lebih perjalanan, kami sampai kat kawasan air terjun. Waaahhh cantiknya. Saya memang tabik spring la.. Memang cantik. Sesiapa yang berminat pada keindahan alam semula jadi, saya rasa ini tempat yang sesuai. 

Hari kedua kat atas air, dah mula rasa bosan sebab line telefon takde. kalau ada pun macam nyawa-nyawa ikan jer. Kalau korang nak tau, pepagi nya sejuk ya rabbi.... dah la takde selimut. jenuh menggagau kain nak buat selimut ahahahaha..... jadi sila ingat pesanan penaja ye, kalau nak ke sini sila bawa baju, tuala dan selimut ahahahahaha.


ini aktiviti sebelum balik. terjun tasik berendam.
disebabkan saya ni penakut air... makanya saya statik je kat situ.

joran yang banyak tangkap ikan apa erk...
alamak dah lupa. manis ikannya


Dorang ni pula naik bot nak ke kawasan air terjun
Siap, jom balik

Akhirnya selesai sudah percutian kat tengah-tengah Tasik Kenyir. 2 hari 1 malam punya trip. ok boleh la dari takde trip ni, nak kata best sangat takdelah... sedang-sedang gitu. mungkin sebab saya tak berapa minat kot dengan aktiviti bot-bot ni, makanya saya bagi 2 bintang jer untuk percutian kali ni. ahahahahahaha.... bosan aihhhhh..... wakakakakaka...  lepas ni nak panjat gunung lah....

saya takde no. telefon orang bot ni tau, kalau korang nak try... nengoklah kat gambar tu.. ada kot nombor fonnya. kalau tak pun, apa susah incik google kan ada. ok kawan-kawan, selamat bekerja semula.


#jangan terlalu menunjukkan kebahagiaan kita sedangkan masih ada yang kurang bernasib baik untuk berasa bahagia.

29 September, 2014

On 4:49:00 PM by Aliza in ,    3 comments
Dah bersawang, dah berhabuk, Dah tak nampak apa-apa kat blog saya ni. Adeehhhhh ..... dah jadi lupa nak intro macamne.... itulah padahnya tinggal blog lama-lama sangat.

ok ok... meh kita sambung. saya nak kongsi satu story baik punya. ini cerita sabtu lepas.

Hari sabtu lepas 27 September 2014, dengan rasminya saya bergelar seorang pelajar lagi. Setelah sekian lama tidak berkecimpung di dalam arena belajar, jadi rasa kekok plak bila kena mendaftar bagai hahahahahahha....

kali terakhir saya mendaftar masuk belajar pada tahun 1998, 16 tahun yang lepas.... lamanya kan... sekarang dah tahun 2014, cara pendaftaran dulu dengan sekarang dah jauh berbeza. dan yang paling penting umur pun dah terlalu jauh meningkat berbanding dulu. dulu belasan tahun, tekarang dah puluhan tahun ahahahahaaha. dan beza yang paling ketara, dulu saya mendaftar dengan ayah, ayah lah yang temankan saya naik flight dari KK ke KL untuk mendaftar masuk Universiti. angkut baldi bagai untuk masuk asrama. terlalu nostalgia pengalaman tu. masa tu ayah siap pesan macam-macam bila duduk jauh dari mak ayah. duit semua kena jimat sementara ayah usahakan untuk apply biasiswa kerajaan negeri Sabah. masa tu pula tak ada handphon, yang ada public phone empat segi tu, kalau nak telefon kena beratur tunggu giliran, dan sila pastikan duit syiling banyak. ahahahahahaha jauh plak tu dari asrama.

Sekarang....

Saya mendaftar belajar masuk Universiti sengsorang je, tiada ayah atau sesiapa untuk teman. bawa diri sendiri. apa yang saya rasa ketika itu hanya Allah dan hati saya seorang saja yang tahu. nak belajar kali ni, tiada ayah yang nak applykan biasiswa untuk saya, tiada ayah yang nak turun naik sana sini untuk dapatkan bantuan pendidikan untuk saya. semuanya saya kena usaha sendiri, semuanya saya kena fikir sendiri caranya hingga saya rasa begitu buntu, hinggakan saya rasa nak menangis kuat-kuat menjerit panggil nama ayah dengan harapan ayah tahu yang saya begitu penat nak cari duit untuk sambung belajar. Tiada siapa yang sudi bantu saya kali ni, tiada siapa yang sudi lapangkan masa untuk ringankan beban di kepala saya. saya kena cari duit sendiri untuk beli laptop, saya kena cari duit sendiri untuk bayar yuran. memang kali ni saya betul-betul kena berdikari tanpa ayah. sesungguhnya ayah lelaki terhebat yang sanggup buat apa saja untuk saya. 

16 tahun lepas, saya mendaftar untuk belajar sains komputer, tahun ni saya mendaftar untuk belajar Pentadbiran perniagaan. jauh benar lari bidang saya ahahahahaha. tapi demi sebuah impian dan angan-angan saya kuatkan juga hati untuk belajar. saya amat berharap Allah mempermudahkan segalanya, yang paling penting Allah beri saya kekuatan semangat untuk belajar dengan baik dan jayanya. Hanya dengan redha Allah saya pasti jadi orang berjaya. Insyaallah.....


Dah dapat kawan-kawan pun 
Kuliah start 6hb ni... yeeyyyyy

nota: tiada apa yang paling membanggakan bila ayah cakap dekat semua orang yang anak dia baru habis belajar dan bergelar graduan universiti. Ayahlah lelaki terhebat saya yang sanggup turun naik mana2 saja bangunan Pejabat demi mendapatkan bantuan atau biasiswa untuk saya belajar. Sekarang tiada lagi lelaki yang begitu hebat dalam hidup saya. Saya kehilangan.....

07 April, 2014

Alamak... tak ingat lah bila kejadian ni berlaku hahahahahaa..... tapi yang pastinya masa cuti sekolah dan bukan masa cuti sabtu ahad :p. Sebenarnya dah lama plan nak g memancing kat kelong ni.. tapi disebabkan ada saja acara lain yang menggagalkan misi, masa terpaksala ditunda saja. tapi kali ni alhamdulillah... jadi juga.. Syukur Ya Allah.

Kami bergerak dari umah dalam jam 9.30 pagi, sampai kat Bagan Lalang lebih kurang jam 11 pagi.. tu pun selepas campur tolak bahagi darab dengan macam-macam persinggahan nak beli itu ini, adehhhh...

Ala, tak retilah akak nak bercerita pepagi ni.. meh nengok gambar.

Semua barang longgok saja sini sementara tunggu bot sampai. panas wehhh

Delu masa 1st time datang sini, adik masih kecil lagi..
umo dalam 3 tahun kot.. alahai.. dah tak ingat la.
sekang datang lagi, adik dah anak dara dah. Besar kan adik...
Kak long, kali pertama lah ni datang trip mancing kat Bagan Lalang
ok, bila sampai je kat sini.. kira-kira tetangah laut,
ini aktiviti pertama, pasang apa yang patut dipasang.
Ibu tukang amik gambar saja, sebab ibu tak reti nak pasang mende alah ni,
 nak pancing boleh la..

Tada... dah dapat ikan.... tapi cenonet je ikannya.. apapun, Alhamdulillah
Ramai tu
Kali ni joran adik plak sangkut ikan.
hmmmm... dah nengok gambar kan. kesimpulan cerita memancing kali ni agak suram hahahahaha. bukanpe, ikan tak banyak... ikan-ikan kali ni semuanya agak pemalas nak makan umpan. Saya pun rasa tak seronok.. tapi dalam hati berkata-kata, nak datang lagi.. nak dapatkan ikan yang banyak. 

ops, lupa nak kasi tau, sewa ke kelong Bagan Lalang ni dah naik tau.. dah jadi RM50 satu kepala, bebudak dia caj separuh. kelong ni plak macam umah tengah laut yang ada banyak bilik, ada toilet zaman jepun dan ada dapur untuk masak. oklah not bad.. cuma yang badnya bila takde ikan.. hahahahahaha


Akhir sekali, kami makanlah ikan bakar yang ada kat kedai makan sini..
kahkahkahkahkahkah


za: sekali sekala berlibur kan....

27 June, 2010

On 4:56:00 PM by Aliza in
Dah lama tak berjalan dan menziarah blog kengkawan. Hari ni aku berkesempatan melawat blog Suhail. aku suka tiap entry yang ada disitu. tetiba aku terbaca entry ni.. dan aku suka statement ni..

"Aktiviti sebegini sangat penting bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga tinggal berjauhan dan jarang bertemu. Buatlah saja apapun aktiviti seumpama ini. Tengok wayang, berkhemah di hutan, berjogging di taman, mengemas laman, dan apa saja.. yang penting BERJEMAAH. Pasti tak sia-sia."

Setiap perkara yang tidak disertakan padanya nama ALLAH maka ia akan menjadi sia-sia (lagha), senda-gurau serta main-main kecuali empat perkara. Suami yang bercanda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seorang yang sedang memilih antara dua sasaran dan seorang yang berlumba dalam sukan renang.

- Hadis riwayat al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, hadis no: 2312.

untuk cerita penuh korang masuk sini



cerita za: bila jarang bertemu kerana jarak atau macam-macam alasan, gunalah ruang yang ada sebaik mungkin untuk membahagiakan dan buat mereka yang kita rindui dan kasihi sentiasa ketawa.

29 April, 2010

On 2:23:00 PM by Aliza in
Harini lambat sket buka email. sebab banyak benda yang nak dikejarkan. ni dah jam 2 baru berkesempatan nak belek n baca mana email yang patut. mana yang sesuai untuk dikongsi aku kongsi, mana yang tak sesuai aku tak foward. tetiba aku terbaca email ni.. tajuknya "kasih seorang abang". mata aku terpaku pada gambar tersebut.. lama aku tenung dan renung gambar ni... tetiba air mata aku jatuh.. rasa sayu sangat bila nengok gambar ni. mungkin secara mata kasarnya apa yang dilihat cuma seorang budak lelaki peluk seorang budak perempuan.. seolah-olah mereka sedang meminta sedekah.. tapi pada aku, sungguh dalam nilai dalam gambar ni. siapalah yang lukis gambar ni, nak saja aku bertanya apa yang tersirat dan tersimpan di dalam fikiran pelukis sewaktu melukis gambar ni.
apa yang aku sedang fikirkan sekarang, betapa kasihnya abang tersebut terhadap adiknya, dia sanggaup lakukan apa saja untuuk siadik. dialah pelindung adik bila tiada siapa yang boleh membela nasib mereka. aku terasa sayu, aku teringatkan anak-anak gadis aku. aku tidak punya anak lelaki, tidak punya waris lelaki yang boleh membela nasib adik-adik perempuannya nanti kalau aku atau suami tiada. andai kami tiada kalau anak2 sudah besar mungkin tiada persoalan timbul dalam kepalaku, tapi andai kami pergi disaat anak-anak masih kecil bagai manakah? siapa yang akan memeluk anak-anak kecil ku nanti? andai ada abang, bolehla anak-anak gadisku berlindung dari kesusahan dunia... tapi bila tiada, bagaimanakah nasib mereka nanti di dalam dunia yang penuh mencabar ini.. kaum wanita dan anak-anak kecil sering menjadi mangsa penindasan.. setiap hari pasti ada saja penindasan yang berlaku....
Ya Allah, lindungilah anak-anak aku dan anak-anak kecil yang lain.... Amin.

inilah realiti kehidupan yang sebenarnya.

nota hati kecil ibu: andai pelukis gambar ini terbaca blog aku, boleh tak bagi tahu aku apa yang tersirat sebenarnya. sesungguhnya anak itu punya anugerah masing-masing...

22 April, 2010

On 10:45:00 AM by Aliza in





30 December, 2009

On 12:09:00 PM by Aliza in
Sebenarnya korang, dalam beberapa hari ni aku rasa mood tak berapa ok, ntah kenapa sebab tak de hadiah yang nak dibuka ka abang? hehehehehehe tapi memang aku perasan yang aku moody sangat.. pantang ada silap pasti aku nak moncongs.... anak-anak plak selalu buat perangai, terutama adik yang seperti tak faham... ibu penatlah konon, padahal ada orang jer kat umah menolong . En. somi plak, hari-hari balik lambat.. alasannya cuma satu, sibuk di Showroom.. aduhhhh.. kekadang aku terpikir alangkah baik kalau showroom tu tiada, tu bila dah moncongslah tu sejak ada showroom tak pernah balik awal dah asik sibuk memanjang dengan orang yang datanglah.. bagai-bagailah lagi, hinggakan bila aku tanya hadiah aku takder ke tahun ni? dan jawapan en. somi "tak sempatlah yang, abang sibuk sangat kat Showroom, tak menang tangan nak buat itu ini...". Dengan anak yang meragam hari-hari, umah yang tunggang langgang, aku betul-betul seperti perlukan bantuan, siapa yang sudi membantu? suami selalu balik lambat.. nak minta kak long bantu? huh!! lagi naik darah aku...dah sampai hari ini aku rasa macam nak tebalik-tebalikkan jer dunia ni hihihihi

pst.. sorilah akak emo sangat nih....

24 November, 2009

On 7:57:00 AM by Aliza in
Apa yang ada dalam hati sekiranya sesuatu yang diberi terlalu banyak dipertikaikan.. itulah inilah.. macam-macamlah...

Apa yang ada dalam hati bila sesuatu yang diberi tidak dijaga dengan baik seolah-olah tidak dihargai...

mungkin terlalu banyak yang dipertikai kerana pemberian tu kita tak suka... atau kita suka sangat.. atau tidak memenuhi citarasa atau tidak padan atau terlalu murah.. atau mungkin sebab mahal sebab tu dipertikai itu ini.. semua tu mungkin boleh diterima pakai sebab lain orang lain penerimaannya...

tapi macam mana pulak pemberian yang diberi dibiarkan rosak... seolah-olah tidak dihargai.. tidak dijaga dengan baik... alangkah kecilnya hati.... biarlah sesuatu pemberian itu buruk, tidak elok, tidak canggih... tapi bukankah itu sesuatu pemberian yang terlalu ikhlas dari hati... jagalah dengan elok.. rawatlah dengan rapi biar apa pun pemberian itu... kerana ia adalah hadiah dari hati......

03 November, 2009

On 9:32:00 AM by Aliza in
SORANG TIDO ATAS SORANG TIDO BAWAH,
SORANG TIDO BAWAH SORANG TIDO ATAS,
2 TIDO ATAS 2 TIDO BAWAH....

ADA YANG TIDO LAMBAT, ADA YANG TIDO AWAL
SESUKA HATI JE NAK BALIK AWAL.. SESUKA HATI JE NAK BALIK LAMBAT ...
SEMUANYA SESUKA HATI SAMPAI MATI....
TAK PIKIR PERASAAN DAN HATI.....


16 October, 2009

On 10:39:00 AM by Aliza in
"Za, aku tak bolehla za.." semalam sorang teman meluahkan apa yang dia rasa... "apa yang tak bolehnya?" aku nakkan kepastian dari dia. "aku tak boleh lupa dia, sampai ke hari ni dia masih ada dalam kepala dan hati aku, memang tak boleh lupa, nak buat macamner erk" jawap teman. aduh.. aku yang tergamam plak bila dengar pengakuan dia. anak dia dah 4, ni nak masuk yang kelima, tapi macamner masih tak boleh lupa.... "apa yang ko rasa? ko sengaja ingat-ingatkan dia ker? atau ingatan tu yang datang sendiri? sentiasa?" macam polis pencen aku. "ni pakwe yang mana ko takleh lupa nih? ko baru kenal ker? senang saja jawapan yang dia bagi kat aku.."pakwe lama, 1st love aku". Huh!!! terus aku buat kesimpulan sendiri.... sebenarnya panjang lagi perbualan kami dalam ym semalam, tapi taklah kesemua kucerita kat sini.. aku cuma nak share masalah teman itu saja.
sebenarnya apa yang aku nak kongsi ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.. just share. 1st love, atau cinta pertama, memang aku akui sukar untuk dilupakan, ibarat teman tadi, anak dah nak masuk 5, tapi hati dan perasaan masih teringatkan cerita lepas. kekadang kita sendiri bukan ada niat nak mengingati.. tapi selalu saja ada cerita yang akan mengaitkan hati, perasaan dan perjalanan cerita kita dengan cerita-cerita lepas. macam teman tadi, dia ada cerita yang kekadang dia ada termimpikan orang itu. bukan dia minta, walhal tak pernah terlintaspun pasal orang itu, tetapi tetiba bila malam dia menjelma dalam mimpi. tak kah pelik? bukan nak kata orang lain, aku sendiri ada ketika akan terkenang juga.. memang tak boleh lari dari semua tu, nak buat macamna kalau dah nak datang... hati dan perasaan bukan boleh diejas-ejas.
tapi betullah apa yang orang selalu cerita, cinta pertama bukan mudah untuk dilupakan, kekadang dibawa sampai kemati.... tapi yang peliknya, kalau masih terkenangkan cerita cinta pertama, kenapa perlu kita berpisah dengan dia? kenapa tak kahwin saja terus dengan dia? kan senang dah tentu hati dan perasaan hanya pada dia.......kenapa perlu kahwin dengan orang lain? jawapan yang aku boleh bagi untuk soklan ku sendiri... JODOH....
buat teman ku.. "tak salah untuk ingat... cuma ingatan tu kita saja yang tahu betapa jauhnya, tak salah untuk sayang.. cuma sayangtu hanya kita saja yang tahu betapa dalamnya.. jadi.. kalau boleh padamkan saja cerita-cerita lepas.. teruskan dengan apa yang kita ada hari ini.... bukankah baik kita menghargai apa yang kita ada sekarang... kalau betul sayangkan dia, biarkanlah dia bahagia dengan pilihan hidup dia, dan kita bahagia dengan pilihan hidup kita"


pst.. selalu dengar lagu Alya ~tak mungkin kerana sayang~ kadang2 hati aku tersentuh juga.. cuma aku dan tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati aku, apa yang aku fikirkan, apa yang aku kenangkan...cuma saat ini.. biarlah segala kenangan yang kekadang menjelma menjadi sejarah untuk hari esok rahsia di hati tak siapa yang tahu.

02 October, 2009

On 8:30:00 AM by Aliza in
Pepagi ni ada sesuatu yang bersarang di kepala ku, di minda, di hati.. dalam perasaan....
kalau ada sesiapa yang sudi sharing-sharing... bagilah jawapan untuk setiap persoalan yang tersimpan dibenak hati..hahahaha berkarat, puitis gitu

  • Harta, wang ringgit, kemewahan.... adakah itu kunci utama kebahagian dalam hidup? kebahagian dalam rumahtangga, kebahagiaan dalam keluarga?
  • atau kebahagian hidup, kebahagian dalam rumahtangga, kebahagiaan dalam keluarga adalah harta segala-galanya?
  • demi mengejar harta benda, wang ringgit, kemewahan, perlukah diabaikan keluarga? kebahagiaan keluarga?
  • apakah ganjaran untuk setiap pengorbanan yang dicurahkan? atau kita hanya pejam sebelah mata , pekakkan telinga untuk menghargai setiap pengorbanan yang diberi.. titipkan kata-kata menyakitkan, mengguris perasaan insan yang berkorban, anggap tiada apa pengorbanan yang dibuat, hanya "aku" saja yang berkorban segalanya, tiada insan lain.....


28 September, 2009

On 10:33:00 AM by Aliza in


semuanya pokok belakang umah keluarga en. abang ku

12 August, 2009

On 9:31:00 AM by Aliza in
Dah ada Aircond ari ni.. hoorayyy......

11 August, 2009

On 3:47:00 PM by Aliza in
Hari ni dah masuk 2 hari takde aircond kat opis. aku tak tahan betul.... berlengas abis badan... nak buat keje pun aku rasa malas. bertambah-tambah lagi dengan bermacam-macam perangai para-para profesor, Doktor -doktor dan orang-orang berpangkat di sekeliling aku. semua macam hampes....

marah..marah..marah....

09 August, 2009

On 8:43:00 AM by Aliza in
Salam,
Bermula Harini korang leh la tolong Undi Aku untuk Contest yang aku join... Korang leh nengok sini yer... untuk yang mengundi pilih BPC29, tengs sesangat

04 August, 2009

On 9:39:00 AM by Aliza in

21 July, 2009

On 4:18:00 PM by Aliza in
-Perut rasa sebu
-sakit badan
-mata ngantuk
-rasa lemmah jer badan
-perut ku tak selesa...............

22 June, 2009

On 9:23:00 AM by Aliza in

Buat Ayah…

Selamat Hari Bapa..

  • Terima kasih sebab membesarkan kami adik beradik
  • Terima kasih sebab terlalu banyak bekorban untuk kami adik beradik
  • Terima kasih sebab ada ketika menjadi emak dan ayah dalam satu masa
  • Terima kasih sebab menjadikan kami "orang" bukan ayam yang berguna dan Berjaya
  • Terima kasih sebab menjadi AYAH


Buat abang…

Selamat hari bapa.. wakil anak-anak

  • Terima kasih sebab banyak bekorban untuk za n anak-anak
  • Terima kasih sebab banyak mengalah biarpun banyak gak yang abang menang
  • Terima kasih sebab selalu tolong za n anak-anak lepas ni banyakkanlah lagi tolong za terutama pepagi hari
  • Terima kasih sebab terima kami anak beranak terimalah seadanya
  • Terima kasih sebab menjadi PAPA

15 June, 2009

On 3:10:00 PM by Aliza in
Pagi tadi aku dah dapat email, rupanya Ada 2 orang pengunjung bertuah, amacam erk? Akupun compius hehehehehe, tapi takper.... Ku Ada ole-ole dari China untuk keduanya sekali.... Tengs korang sebab sudi-sudi meluangkan masa menjenguk blog usangku.. T Ada rezeki n peluang lagi Kita buat lagi erk....
untuk yang bertuah ni, insyallah kucuba poskan barangnya dalam minggu ni erk...


1) ROZIANA BINTI ABD RAHMAN



2)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...