30 July, 2009

On 3:15:00 PM by Aliza in
Dah sekian lama aku mengidam nak membeli water filter. tapi masih belum kesampaian, almaklumlah sekarangni semuanya mencecah beribu. mana acik nak cekau duitasik shopping barang adik jer pastu bila berjinak-jinak dengan Cosway ni, aku pun tinginlah nak cuba water filternya, ala aku beli yang kecil jer, regenya dama RM295. oklah setakat ni...  horaayyyy tercapai gak hajat nak ada water filter, t ada duit g boleh beli yang beriban-riban pulak hehehehehehe.
inilah kotaknya
ini pulak modelnya

hahahaha ini tempatnya.... cantekkan




On 9:44:00 AM by Aliza in
korang tak rasa tension ker bila mengepam sekali dapat 2 oz jer.... waaaa.....................





On 9:15:00 AM by Aliza in ,

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.

Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.

Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.


Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
petikan dari Utusan Malaysia

pst... akupun selalu sedut hingus adik bila adik selesema. masa kak long baby dulupun aku selalu buat gitu. cuma nak tepuk tau reti pulak.

29 July, 2009

On 10:51:00 AM by Aliza
Salam. sejak dua menjak ni ramai plak yang YM aku tanyakan amacam nak buat ikan bilis hancur tu. hehehehe. korang yang bertanya tu lehla nengok kat sini yer (http://alizareesya-yummi.blogspot.com/)

28 July, 2009

On 12:26:00 PM by Aliza in
Ni lah kasut adik, 2nd hand tau merangkap kasut kak long masa kecik-kecik dulu

Dah koyak

kak long pun cakap dah koyak, sian adik

Nak jugak!!!!!!!!!!!!!!!!!!


On 11:43:00 AM by Aliza in
Jumaat malam sabtu lepas kita orang satu famili ikut trip Pejabat Dekan, FPI bercuti kat Mersing Johor. Aku excited giler sebab tak pernah g sampai ke johor. jadi bila ada peluang apa lagi aku... jadi ni rentetan percutian kami yer....

malam masa bertolak dalam jam 11pm, kak long duduk ngan papa adik ngan ibu

ni pepagi bila dah sampai di Mersing, kami sampai awal tapi benti solat subuh dulu.

Mersing

adik diam sekejap sebab dapat apa yang dia nak

kami benti sarapan dulu, betul-betul kat tepi jeti

sementara tunggu chek in kat chalet yang kami booking, kami






inilah bilik kami dari dalam. cantik, aku rasa puas hatilah juga.





esoknya kami bertolak balik, tapi sempat singgah kat Air Itam. hmm oklah, tapi lebih kurang Nilai 3 Jer.





27 July, 2009

On 12:28:00 PM by Aliza in
Salam Korang, dari minggu lepas aku sibuk benar... bukan sibuk apa, ku ngah mencarik background baru untuk blog baru ku, bukan apa, saja sesuka nak pindahkan entry yang berkaitan dengan resepi ke tempat baru... so mudah untukku mengupdate resepi baru anak-anakku. so korang pun senang kan kalau nak carik resepi baru hehehehehe.... so hari ni ku mengumumkan perasmian blog baru ku, tapi tak lengkap g tau... banyak lagi yang nak dibuat, cuma tak sempat jer. JOM

22 July, 2009

On 3:46:00 PM by Aliza in

Ni kali pertama aku nak ikut contest... cuba nasiblah katakan... aku kebetulan masuk blog http://sereniety.blogspot.com/, terjumpa plak contest ni.. jadik apa lagi... belum cuba belum tau kan....



- Nama ibu -
ZALIZAH

- nama anak -
NURQAIREEN ALIZA BINTI ALIAS


- tarikh lahir anak -
28/08/2008


- umur anak semasa foto diambil -
10 BULAN


- lokasi foto diambil -
DALAM KAPAL TERBANG KE GUANGZHOU, CHINA


-kenangan pahit atau manis semasa bf-
Ini merupakan 1st time full bf anak, terlalu banyak kenangan, tiap kali
Menyusukan anak, terasa diri begitu hebat, rasa terlalu dekat dengan anak
Waktu itulah rasa betapa indahnya ciptaan Allah, yang tak tertahan untuk
Dilalui adalah bila niple asik luka bila bf kan anak, lagi-lagi bila terkena block
duct



On 2:34:00 PM by Aliza in
Ahad Lepas papa dapat jemputan dari hotel palace of the golden horses, kononnya ada nak wat survey tentang hotelnya.. so kitaorang pun datanglah sebab dengar bunyi ada makan free.....makan free selalunya sedap. Jadi aku sempat amik gambar sket-sket kat hotel ni memandangkan aku tak pernah sampai sini.

ni pemandangan luar hotel


memula sampai papa kena isi borang kehadiran kononnya


Kak long plak amik kesempatan main kat playground yang disediakan


adik cuma leh nengok jer


kiri ke kanan adik menjadi pemerhati



amik gambar pun jadiklah...



papa suker adik moncongs






kat sini pun ada tempat pemeriksaan kesihatan


kuda kat tengah-tengah hall makan


ruang menunggu


dalam salah satu bilik hotelnya



pemandangan dari luar bilik hotel yang regenya paling murah RM700





Makan time





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...