Tahniah Maya - syamimi mya hafyesha binti mohd. hafizan

10:23:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

syamimi mya hafyesha binti mohd. hafizan

0 comments:

Lagi 10 Visitor

10:13:00 AM Aliza Reesya 3 Comments

minggu lepas saya dah masukkan entry Siapa nak Ole-ole. syaratnya semua dah diterangkan... sekang ni saya punya counter ada problem.. tapi sib baik saya ada backup... so korang leh nengok berapa conter terkini.. hari rabu saya dah nak berangkat ke Kuala Terengganu.. siapa yang nak ole2 leh join kira anda pengunjung yang keberapa yer... so selamat semua.....






za: siapa nak...... SAYA!!!!!

3 comments:

SIAPA NAK OLE-OLE LAGI

10:33:00 AM Aliza Reesya 2 Comments

Kalau yang biasa mengikuti perkembangan blog saya pasti tahu tahun sebelumni saya pasti dengan baik hatinya akan bagi ole2 kalau saya nak ke mana2 kekekekekeke.. kunun.. tahun ni, raya cina nanti saya ada kursus kat Kuala Terengganu.. so saya ingat nak beli sesuatulah kepada pengunjung bertuah saya.. kalau ada yang sudi nak terima ole-ole dari terengganulah.. kalau takder takpe.... saya leh amik sendiri hihik..... ok. so korang leh ikut step  yang tertulis kat gambar di atas.... @ leh baca penerangan kat bawah:

  1. Memula sekali mesti  follow blog saya, semua pasti ada facebook kan??? so follow macam kat gambar atas.
  2. Kedua, mestilah pengunjung ke 13,888.. ingat tu pengunjung ke 13,888.
  3. Ketiga... tolong teka, lagu apa yang saya sedang nanyi sekarang penyanyinya sekali yer... liriknya kat bawah... bila dah dapat semuanya, memenuhi syaratlah konon... comment kat blog  n email kat saya cinderela0805@gmail.com...
SELAMAT MENJAWAB YER....

saya tengah syokkan lagu nih....

Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup



za: suka bila ada org bagi ole2, tak kisahlah walau gula-gula sebijik

2 comments:

Promosi Januari 2011 ~melekat gam gajah~

8:48:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Sempena pembukaan Tahun 2011, Wuddah membuka jualan promosi barangan wuddah dengan nilai RM150 sahaja. Promosi ni adalah berupa pakej... "Bamboo Printed (any design) RM79.90, bamboo limited edition (any 4 colour) RM60.00, microfiber button (limited colour) RM42.00 dan viscose diper liner RM27.00."
semua barangan tersebut hanya dengan harga RM150.00 sahaja.

Promosi pakej baru

hanya RM150.00

0 comments:

Cara-cara mendakwa orang ke tiga

5:56:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Orang ketiga yang saya maksudkan bukanlah madu anda atau isteri suami anda yang telah sah di sisi syarak sebaliknya orang ketiga yang termasuk di dalam pendefinisian yang membenarkan peruntukan undang-undang tersebut dikenakan ke atas dirinya ialah lelaki atau wanita yang menggugat kebahagiaan perkahwinan dan rumahtangga anda bersama pasangan anda.

Pendefinisian ini bermaksud jika anda, tak kiralah seorang lelaki atau wanita menjadi sebab kepada berlakunya ketidakharmonian perkahwinan seseorang, anda boleh disabitkan melakukan kesalahan jenayah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah. Akta ini terdapat di setiap negeri. Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan), seksyen 36, seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orang ketiga ini ke muka pengadilan. Berikut saya lampirkan peruntukan tersebut:

[b]Seksyen 36. Memujuk lari perempuan bersuami.Mana-mana orang yang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.[/b]

[b]Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan Mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai pasangan suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.[/b]

[b]Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.[/b]

Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa sahaja yang menjadi penghalang hubungan bahagia antara anda dan pasangan anda, boleh dibicarakan. Sebagai contoh, suami anda mempunyai teman wanita hingga melalaikan kewajipannya sebagai suami dan ayah, teman wanita suami anda itu boleh dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Sama juga jika isteri anda mempunyai hubungan dengan teman lelaki hingga melalaikan tanggungjawab dan kewajipannya, teman lelaki isteri anda boleh dibicarakan.

Caranya? Anda perlulah mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda. Di dalam aduan tersebut, anda perlu jelaskan dengan terperinci mengenai hubungan pasangan anda dengan temannya hingga memporak-perandakan rumahtangga anda. Anda juga perlu kemukakan segala bukti yang ada berkaitan dengan hubungan mereka. Antara bentuk bukti yang boleh dikemukakan ialah gambar atau bil telefon atau emel atau sms atau apa saja bukti yang berkaitan. Aduan akan diselidiki dan jika berkaitan, pertuduhan dan pendakwaan akan dilakukan oleh Pihak Pendakwa, Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan tersebut. Sekiranya disabitkan bersalah, lelaki atau wanita terlibat akan dikenakan hukuman yang telah ditetapkan.

Jangan salah faham, peruntukan ini bukan penghalang wujudnya poligami. Jika belum kahwin pun perkahwinan sedia ada dah berantakan dan bergoncang, bagaimana anda boleh dipercayai untuk mempunyai satu rumahtangga lagi? Poligami juga bermaksud perkongsian, bukan perebutan hak. Jika ingin hadir sebagai orang ketiga di antara sepasang suami isteri, jagalah tingkah laku anda dan awasi juga tingkah laku bakal teman hidup anda agar anda tidak menggugat kebahagiaan perkahwinannya yang sedia ada.

Bererti, kepada mereka yang berhasrat menggugat kebahagiaan orang lain, berhati-hatilah ya....


za: semua ni hanya info.. bagi membantu mereka yang sering dianiaya

0 comments:

ORANG KE TIGA

5:43:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Menurut perundangan, individu yang menyebabkan kacau ganggu di dalam rumah tangga hingga berlakunya pengabaian tanggungjawab ini boleh didakwa di mahkamah syariah.

Mereka boleh disabitkan menjadi orang ketiga. Orang ketiga yang dimaksudkan bukanlah madu anda atau isteri suami anda yang telah sah di sisi syarak sebaliknya orang ketiga yang termasuk di dalam pendefinisian yang membenarkan peruntukan undang- undang tersebut dikenakan ke atas dirinya ialah lelaki atau wanita yang menggugat kebahagiaan perkahwinan dan rumahtangga anda bersama pasangan anda.

"Pendefinisian ini bermaksud jika anda, tak kiralah seorang lelaki atau wanita menjadi sebab kepada berlakunya ketidakharmonian perkahwinan seseorang, anda boleh disabitkan melakukan jenayah di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

"Akta ini terdapat di setiap negeri. Merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah- wilayah Persekutuan), seksyen 37 dan seksyen 38 adalah berkaitan dan boleh digunakan untuk membawa orang ketiga ini ke muka pengadilan.

Petikan - MW oleh NOR AMIZA ABDUL KADIR dan NETTY AH HYER

rujukan satu klik sini
rujukan kedua sini

Syarak telah tentukan setiap perkahwinan perlu menepati prinsip yang tertentu antaranya memberi kebahagiaan kepada kedua-dua pihak

za: nampaknya kita yang sudah berumahtangga kena amik tau semua ini.


0 comments:

PENGERTIAN WASIAT

9:37:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

PENGERTIAN WASIAT

Washiat berasal dari washai tusy a uushiihi berarti aushaltuhu (saya menyambungkannya).Jadi, orang yang berwasiat adalah orang yang menyambung apa yang telah ditetapkan pada waktu hidupnya sampai dengan sesudah wafatnya.Adapun menurut istilah syar’i ialah seseorang memberi barang, atau piutang, atau sesuatu yang bermanfa’at, dengan catatan bahwa pemberian termaksud akan menjadi hak milik si penerima wasiat setelah meninggalnya si pemberi wasiat.

HUKUM WASIAT

Wasiat wajib atas orang yang memiliki harta yang harus diwasiatkan. Allah swt berfirman:
“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda), maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapak dan karib kerabatnya secara ma’ruf, (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (QS al-Baqarah: 180).

Dari Abdullah bin Umar ra bahwa Rasulullah saw bersabda, “Orang muslim yang memiliki harta yang akan diwasiatkan tidak berhak tidur dua malam, melainkan wasiatnya sudah tertulis di sisinya.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari V: 355 no: 2738, Muslim III: 1249 no: 1627, ’Aunul Ma’bud VIII: 63 no: 2845, Tirmidzi II: 224 no: 981, Ibnu Majah II: 901 no: 2699 dan Nasa’i VI: 238).

KADAR BANYAKNYA HARTA YANG DIANJURKAN DIWARISKAN

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash ra, ia bertutur: Nabi saw pernah datang menjengukku waktu di Mekkah. Dan, saya tidak suka meninggal dunia di daerah yang saya pernah hijrah darinya. Sabda Beliau, “Mudah-mudahan Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Ibnu Afrak.” (Sa’ad) jawab, “Ya Rasulullah bolehkah saya mewasiatkan seluruh harta kekayaanku?” Jawab Beliau, “Tidak (boleh).” Tanya saya, “Separuh?” Jawab Beliau, “Tidak (juga).” Saya bertanya (lagi), “Sepertiga?” Dijawab, “Sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan mampu itu jauh lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin hingga meminta-minta kepada orang lain. Sesungguhnya, betapapun kecilnya belanja yang kau nafkahkan, maka sesungguhnya itu adalah shadaqah, sampai pun sepotong makanan yang kau suapkan ke mulut isterimu (itu adalah shadaqah), dan mudah-mudahan Allah mengangkat (derajat)mu, sehingga orang-orang (muslim) mendapat banyak manfa’at darimu dan orang-orang lain (kaum musyrikin) tertimpa bahaya.” Sedangkan pada waktu itu dia hanya memiliki seorang puteri. (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari V: 363 no: 2742 dan ini lafazh Imam Bukhari, Muslim III: 250 no: 1628, ’Aunul Ma’bud VIII: 64 no: 2847, dan Nasa’i VI: 242).

TAK ADA WASIAT BAGI AHLI WARIS

Dari Abu Umamah al-Bahili ra, ia menyatakan: Saya pernah mendengar Rasulullah saw menegaskan dalam khutbahnya pada waktu haji wada’, “Sesungguhnya Allah benar-benar telah memberi setiap orang yang mempunyai hak akan haknya. Oleh karena itu, tak ada wasiat bagi ahli waris.” (Shahih: Shahih Ibnu Majah no: 2194, Ibnu Majah II: 905 no: 2713, ‘Aunul Ma’bud VIII: 72 no” 2853 dan Tirmidzi III: 393 no: 2203.

MUQADDIMAH YANG DITULIS DALAM WASIAT

Dari Anas ra, ia berkata, “Adalah mereka (para sahabat) biasa menulis di awal wasiatnya, (yang artinya), Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ini adalah wasita Fulan bin Fulan yang bersaksi bahwa tiada Ilah (yang patut diibadahi) kecuali Allah semata yang tiada sekutu bagi-Nya, dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya, dan bahwa hari kiamat pasti akan datang tak diragukan sedikitpun, dan bahwa Allah akan membangkitkan segenap penghuni alam kubur dan ia (Fulan bin Fulan) berwasiat kepada seluruh anggota keluarga yang ditinggal mati agar bertakwa kepada Allah, mengadakan ishlah sesama mereka, dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya, jika memang mereka orang-orang yang beriman, dan ia berwasiat kepada mereka sebagaimana wasiat yang Ibrahim sampaikan kepada anak cucunya dan Ya’kub: Wahai Nanda, sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam untuk kalian; karena itu, janganlah sekali-kali kalian meninggal dunia kecuali kalian dalam keadaan muslim).” (Shahih: Irwa-ul Ghalil no: 1647, Daruquthni IV: 154 no: 16 dan Baihaqi VI: 287).

KAPAN WASIAT MENJADI HAK MILIK PENUH

Wasiat tidak akan menjadi hak milik penuh bagi si penerima wasiat, kecuali setelah meninggalnya si pemberi wasiat dan terlunasinya seluruh hutangnya. Jadi, manakala seluruh harta peninggalan habis untuk dibayarkan pada hutang-hutangnya, maka sang penerima wasiat tidak mendapatkan bagian apa-apa:

Dari Ali ra, ia berkata: “Rasulullah saw biasa membayar hutang sebelum (dipenuhinya) wasiat; dan kalian (sering) membaca ayat tentang wasiat, MINBA’DI WASHIYYATIN YUUSHAA BIHAA AU DAIN (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya).” (QS an-Nisaa’: 11) (Hasan: Shahih Ibnu Majah 2195, Irwa-ul Ghalil 1667, Ibnu Majah II: 906 no: 2715, Tirmidzi III: 294 no: 2205).

PERINGATAN

Mengingat mayoritas masyarakat di zaman sekarang ini amat tertarik pada perbuatan bid’ah dalam agama mereka, terutama hal-hal yang bertalian dengan jenazah, maka menjadi suatu kewajiban atas orang muslim berwasiat agar ia dipersiapkan dan dikebumikan sesuai tuntunan sunnah Nabi saw, sebagai bentuk realisasi dari firman Allah swt:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS at-Tahrim: 6).

Oleh karena itu, adalah para sahabat Nabi biasa mewasiatkan masalah itu, dan dalam hal itu banyak sekali atsar (riwayat) dari mereka. Di antaranya ialah:

Dari Amir bin Sa’ad bin Abi Waqqash, bahwa bapaknya (yaitu Sa’ad bin Abi Waqqash) pada waktu sakit yang menyebabkan kematiannya berkata, “Galilah liang lahad untukku dan tegakkanlah batu bata untukku sebagaimana yang pernah dilakukan untuk Rasulullah saw.” (Periksa kembali Ahkamul Janaiz hal. 8 oleh Syaikh al-Albani).

PERINGATAN KEDUA

Manakala seseorang mempunyai anak yang berhak menjadi ahli waris yang telah meninggal dunia ketika ia masih hidup, maka ia wajib berwasiat untuk putera-puteri si mayyit itu, senilai dengan bagian yang menjadi hak sang mayat, atau sekitar sepertiga dari hartanya dan sepertiga itu sudah banyak. Jika ternyata orang di atas meninggal dunia juga dan tidak sempat memberi wasiat kepada anak-anak sang mayat, maka mereka (ahli warisnya) harus memberikan sebesar bagian yang harus diwasiatkan kepada mereka (kepada anak-anak si mayat tadi), karena ini sesungguhnya adalah tanggungan wajib ia (sang ayah) selesaikan, maka jika ia meninggal dunia dan ia belum sempat menulis penyelesaian tanggungan ini maka tanggungan ini belum terselesaikan. Inilah yang berlaku di pengadilan-pengadilan pada zaman ini.

Sumber: Diadaptasi dari ‘Abdul ‘Azhim bin Badawi al-Khalafi, Al-Wajiz Fi Fiqhis Sunnah Wal Kitabil ‘Aziz, atau Al-Wajiz Ensiklopedi Fikih Islam dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-Shahihah, terj. Ma’ruf Abdul Jalil (Pustaka As-Sunnah), hlm. 789 – 794.
http://ariefhikmah.com/wasiat/al-washaya-wasiat/



za: belum wat wasiat.. harta berjuta-juta lemon kekekeke

0 comments:

Cerita di suatu malam

8:55:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Semalam, masa tengah duduk-duduk di sofa, bersantai 4 beranak.. kak long baca surat PIBG sekolahnya... kekekeke anak plak yang baca yer, nak menunjukkan betapa malasnya ibunya nak baca. Kak long pun baca satu persatu.. ibu ngan papa dan adik plak sibuk berborak.... tiba-tiba sampai satu statement kat surat tu kak long berhenti membaca..
kak long: papa, papa... kelas boleh berjalan ker papa?
papa: apa?
rupanya isi surat tu "bla..bla..  semasa kelas berjalan.. bla..bla..bla..."
papa: bukan kelas berjalan, tapi masa kelas diadakan...
kak long: oooooo

kekekekekek... saya dan suami saling berpandang... rasa geli hati.. tapi takderlah ketawa terkekekeke depan dia.. cuma en. suami ada cakap... itulah anak2, dia masih belum faham apa2 lagi, dia masih keliru... betullah tu.. anak2 kecil ni masih belum sempurna akal yang diberi Allah...



za: kadang2 atau selalu silap.. anggap kak long dan adik macam orang dewasa... :(

0 comments:

Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah

12:24:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Sejak kebelakangan ni banyak nar berita gembira yang diterima.. aku cuma mendengar, tersenyum, salam dan ucap tahniah.. itu saja yang boleh aku buat... setiap hari pasti ada saja kegembiraan yang dikurniakan Allah buat umatnya, hari ni ada orang kahwin, esok ada orang bersalinlah, dapat baby barulah, kelmarin dapat berita ada member yang mengandunglah... semalam ada berita member naik pangkatlah.. semuanya berita gembira, dan saya tumpang gembira jugaklah... cuma kegembiraan itu akan lebih terserlah kalau diri sendiri yang merasa kan... gembira sebab nak kahwin, dah lama aku tempuh tak taulah kalau kalau akan merasa lagi kekekeke, gembira sebab naik pangkat hmmm... lambat lagi kot, sebab langkah saya masih jauh lagi.. gembira sebab dapat anak lagi hmmm maksudnya saya kena rasa gembira pregnant lagilah dulu.. sebenarnya memang teringin sangat na rasa gembira dapat baby n pregnant lagi, tapi rezekinya belum Allah bagi lagi, entah di mana hikmahnya.. tapi saya tetap berusaha.. memanglah ramai yang cakap, hidup di zaman moden dan di bandar anak 2 orang dah cukup.. tak perlu ramai-ramai, banyak kos, tapi pada saya... anak adalah harta, mungkin saya tak mampu untuk jadi kaya, tapi mungkin saya mampu untuk kaya anak.. betul tak??? jadi sambil-sambil memikir usia yang semakin mengenjak jauh.. saya terbaca satu artikel...Tips Untuk Membantu Pasangan Yang Ingin Hamil.
wah... banyak infonya, saya cuba untuk berkongsi, manalah tau ada pembaca yang senasib dengan saya, ingin anak lagi, ingin mengandung lagi, tapi rezekinya belum ada.... antara tipnya:-

1. Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seksual:-
Adalah penting bagi pasangan yang inginkan zuriat mengetahui tentang masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi). Bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda? Anda boleh dapatkan ovulation kit di mana2 farmasi. Ovulation kit ini boleh membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Anda perlu tahu bahawa telur yang matang hanya hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, sekiranya anda melakukan hubungan seks sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-
Ini adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka @ fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah "berapa kerap" anda melakukan hubungan pada " waktu subur". Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

3. Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda:-
Daripada penelitian pakar menunjukkan bahawa ketika seorang wantia mencapai orgasme - klimaks semasa hubungan kelamin - akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik - rahim - lebih tinggi.

4. Posisi Hubungan Seksual:-
Posisi seks yang dicadangkan berikut ini mungkin dapat meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Posisi suami di atas adalah yang terbaik untuk anda hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga pinggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Keadaan ini akan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar dan terlalu tinggi, kerana ia akan menyebabkan sperma terkumpul dibelakang rahim sahaja dan ini akan menyukarkannya untuk berenang dan bergabung degnan sel telur, yang akhirnya menjadikan usaha anda sia-sia saja. Manakala posisi seksual yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya tersisa sedikit sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Hukum graviti.

5. Jangan Banyak Bergerak Setelah Melakukan Hubungan Seks:-
Tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Karena sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik - rahim - sesaat setelah ejakulasi. Namun adalah digalakkan agar anda memberi masa untuk sperma berenang ke servik seperti yang diterangkan sebelumnya. Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksic untuk sperma.

6. Buat Para Suami:-
Para suami sebaiknya menghindari memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air panas, ini kerana ia akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau panas kawasan testis (pembentuk sperma). Ini berkait dengan tabiat atau amalan kebiasaan.

7. Relaks:-
Setiap pasangan suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan Anda:-
Menjaga kesihatan adalah asas yang paling penting. Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang. Tips di atas diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan kemungkinan untuk hamil. Anda perlu tahu, hanya 30% sahaja dari jumlah sperma yang bertemu dengan telur di dalam rahim akan berhasil untuk melakukan kehamilan manakala 70% lagi gagal walaupun anda telah melakukannya dengan betul. Jadi anda harus menunggu dan mencuba lagi.Sekiranya anda telah mencubanya sehingga 1 tahun tanpa membuahkan hasil maka adalah penting untuk anda dan pasangan merujuk kepada doktor pakar untuk dapatkan rawatan dan khidmat rundingan yang terbaik. Jodoh, rezeki dan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, bagaimanapun anda harus berusaha sebaik mungkin untuk meraihnya. Dr pakar adalah perunding terbaik untuk membantu anda mendapat anak.
Yang paling penting, sikap keterbukaan antara suami dan isteri untuk sama sama berfikir, berbincang dan berusaha untuk mendapatkan anak.
Rancang hubungan seksual anda, niat dengan ikhlas, berdoa kepada Allah dan ikut pesanan dan nasihat Dr. Insya Allah anda berjaya.

 kekekek, harap-harap artikel ini dapat membantu anda dan say ajuga.. semoga berita gembira yang akan datang adalah untuk kita pula yer....


za:selalu dambakan berita gembira tapi selalu dapat berita tak gembira. selamat bersalin buat maya n menantu kak Umi

0 comments:

Cinta Monyet

11:19:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Kelmarin saya baru saja postkan satu entry tentang I LOVE YOU.Korang leh baca kat entri ni , ramai yang memberi respond baik dalam blog dan juga dalam fb, tak kurang juga yang ym, kekekekek.. kira hebat jugaklah entri I LOVE YOU itu yer...  ada sorang member mula buka cerita, katanya semua itu adalah cinta monyet mungkin ya..dan mungkin tidak tapi teringat satu ceramah motivasi satu ketika dahulu.. cinta monyet itu adalah cinta yang melompat-lompat seperti monyet.. sekejap cinta dia sekejapan pula cinta sidia dan sekejap lagi cintakan sipolan, dan kenapa dipanggil cinta monyet juga, sebab asik bergayut ditelefon seperti monyet, kalau zaman saya dulu, telefon bimbit adalah agak mustahil untuk dapat di zaman sekolah dan zaman universiti, so, pondok telefon awamlah yang menjadi mangsa untuk bergayut... logik juga kenapa ia diberi istilah cinta monyet...Tapi tak semua cinta anak-anak di zaman sekolah itu adalah cinta monyet.. banyak cinta anak-anak di zaman sekolah kecundang sebaik saja masuk ke tingkatan lain atau sebaik saja masuk Universiti atau kolej, tapi banyak juga cinta anak-anak sekolah ini berakhir hingga ke akhir hayat dan hari ini pun mungkin ada yang sedang menghitung hari untuk menuju ke gerbang bahagia...
menurut wikipedia, istilah cinta monyet adalah adalah istilah informal yang bererti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya. Cinta monyet, yang juga dikenal dengan "crush", boleh juga dideskripsikan sebagai cinta seorang anak atau remaja kepada orang yang lebih tua. Sebagai contoh, seorang murid yang "suka" kepada gurunya. Dalam hal ini, istilah "cinta monyet" menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat balasan.
semua itu adalah istilah saja, tapi pada saya cinta diusia setahun jagung atau cinta di musin sekolah dulu banyaknya adalah cinta monyet.. sebab kalau saya kira masa zaman sekolah dulu agak2 15 tahun yang lepas, ramai teman saya yang sudah mula bercinta termasuk juga saya, tapi rasanya tak seorang pun pada hari ini berkahwin dengan pasangan yang sama masa sekolah dulu. Bila berjumpa semula selepas sekian lama berpisah, masing-masing akan membawa khabar yang sudah berkahwin, tapi bukan dengan pasangan masa sekolah dulu... mungkin sebab itulah cinta zaman sekolah digelar cinta monyet. banyak juga yang tidak ketemu cinta masa sekolah, tapi ketemu cinta masa masuk kolej atau universiti... tapi berakhir dengan perpisahan, semua percintaan itu hanya seolah-olah untuk suka-suka saja, itu juga mungkin boleh diistilahkan sebagai cinta monyet. cuma tak semualah begitu cerita cintanya, ramai juga yang bercinta hanya dengan seorang pasangan saja atau ramai yang bercinta dengan ramai pasangan tapi akhirnya berkahwin dengan cinta pertamanya di zaman sekolah atau di zaman kolej.
cuma apa yang saya tahu dari pemerhatian dan borak-borak bersama teman, cinta monyet itu terlalu istimewa, terlalu cukup payah untuk dilupakan.. selalunya terjadi kepada cinta pertama, bukannya cinta pandang pertama.. sebab itu rata-rata teman di sekitar senang menyatakan, cinta pertama adalah istimewa hingga ke akhir hayat walaupun ia hanya sekadar cinta monyet, kerana tika itulah mereka belajar untuk memahami apa yang di rasa, sepertimana yang dirasa oleh anak gadis tempohari. walau ramai mana yang dicintai mereka selepas cinta monyet pertama itu.. hinggalah mereka berkahwin dengan cinta realiti mereka, namun perasaan untuk melupakan kenangan cinta monyet itu adalah mustahil.. lebih-lebih lagi kala hati tengah gundah bersama pasangan sehidup semati mereka.... cuma apa yang saya perhatikah juga dewasa ini, ramai juga orang-orang tua atau orang-orang dewasa yang mudah terjebak dengan cinta monyet. sudah punya pasangan, tapi masih ghairah mengejar cinta monyet yang lain yang entah menjanjikan apa buat mereka.. nampaknya istilah cinta monyet ini sudah tak boleh digunakan buat anak-anak remaja kita lagi, tapi sudah boleh digukan buat orang dewasa yang mudah untuk jatuh cinta hingga memporak perandakan rumah tangga sendiri yang bertahun dibina.
itu cerita bila orang dewasa terjebak dengan cinta monyet, Tapi, akhir-akhir ini, ramai anak-anak kita yang bercinta ala-ala monyet menjadi dan bertindak dengan lebih agresif daripada monyet yang sebenar kekekekek, bukan apa, anak-anak zaman sekarang sudah ada yang mengandung, sudah ada yang melahirkan anak luar nikah, sudah ada yang tahu menggugurkan anak... semuanya itu adalah hasil dari cinta monyet juga... keadaan dan situasi sudah jauh berbeza berbanding zaman saya dulu seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini. Ya Allah, betapa takutnya saya untuk mengharungi semua itu.. risau perkara itu akan berlaku kepada anak2 saya.. saya punya 2 orang anak gadis yang semakin meningkat dewasa... kadang-kadang ingin saja saya menjauhkan mereka dari cinta monyet itu.. tapi berbaloikah saya atau bijakkah saya untuk melakukan semua itu....
saja in share, korang leh nengok di sini tafsiran tentang cinta monyet... banyak tafsirannya mengikut orang.



za:cinta monyet banyak kali, tapi cintapertama hanya sekali

0 comments:

dealova

8:55:00 AM Aliza Reesya 0 Comments



"aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi"

lagu ni bila didengar berkali-kali boleh buat air mata menitis, ntah kenapa tetiba jadi sentimental pulak. tapi pastinya saat ini anak gadis itu pasti suka untuk mendengar lagu-lagu seperti ini. untuk saya, saya hanya mampu mendengar dan mengingati saat-saat indah sahaja. sesekali serasa seperti ingin kembali ke zaman anak gadis itu.. yang senyuman sentiasa terukir dibibir untuk setiap gerak langkahnya... semoga percintaan monyet sidara dan teruna hari itu akan berakhir dengan sesuatu yang indah dan yang diimpikan.



za:selalu dan terlalu mengharapkan keajaiban dalam hidup yang dilalui.

0 comments:

Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

8:30:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Untuk renungan..

Tazkirah - PERKATAAN "SALAM"?? apa maksudnya??

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya



za: selalu lupa, selalu mengikut orang dan keadaan

0 comments:

I LOVE YOU

4:26:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Semalam dalam jam 6.15 macam biasa saya akan menjemput kak long dari sekolah. seperti biasa juga bila sampai awal, saya akan tunggu dalam kereta sementara menunggu loceng berbunyi. tetiba saya ternampak di sebelah padang ada dua merpati sejoli sedang berbual.. bergurau dan bermacam ber... saya tersenyum.. tersenyum melihat gelagat anak-anak kita, yang baru berusia agak2 dalam lingkungan 13, 14 tahun itu.. sudah pandai dan berani duduk berdua-duaan di tepi padang sekolah... bila loceng berbunyi, saya pun macam biasa akan kuar kete terus menuju pintu pagar sekolah untuk menunggu kak long, dan dalam masa yang sama juga, dua merpati sejoli tupun bagun dan kali ni diiringi teman perempuan... memang nampak serasi anak2 itu... sekali lagi saya tersenyum... bila sampai di persimpangan, maka berpisahlah si teruna dengan si dara.. siteruna jalan seiring pula dengan siteman yang baru muncul tadi... sekali lagi saya memandang bila saya terdengar jeritan si teruna kepada si dara "bye.. I LOVE YOU!!"... wah... lebar senyuman saya kali ini... berani sungguh anak-anak zaman sekarang... anak gadis tadi  terus tersipu malu bila ramai yang memandang sambil tersenyum.. apakah perasaan dia ketika itu.....
lantas, tetiba saya terkenang zaman sekolah dulu... agak-agak lebih kurang 15-16 tahun dahulu.... mungkin saya seusia mereka atau lebih tua dari mereka.. sebab saya rasanya mula mengenal erti cinta bukan seawal mereka.. saya dah nak habis sekolah baru kenal dan tahu apa perasaan cinta. dan saya seolah-olah mengerti apa yang dirasa oleh sidara tadi hinggakan dia boleh tersipu malu sambil tersenyum bila siteruna menjerit "I LOVE YOU!!". pastinya anak tadi akan berasa begitu gembira sekali.. rasa yang terindah itu hanya untuk dia sahaja ketika itu.. pastinya sepanjang perjalanan anak itu hanya akan diiringan dengan senyuman sahaja.. saya andaikanlah.. sebab itulah perasaan 15-16 tahun yang lepas... rasa tak sabar untuk ke sekolah... sanggup tunggu di tepi bolkoni sekolah hingga nampak kelibat dia, selagi kelibat sidia tak nampak, selagi itu perasaan gundah tak hilang.. aduh... betapa perit dan indahnya perasaan mencintai dan dicintai ketika itu.. cinta monyet katanya.... itu baru nampak kelibat gundahnya baru akan hilang... bila nampak wajah sidia, lagilah hati jadi tak karuan... tapi bila bertembung.. pasti tertunduk malu... tak berani seperti anak sekarang, duduk berdua-duaan di tepi padang sekolah, habis-habis akan luangkan masa untuk mengulang kaji bersama di kantin sekolah sambil ditemani kawan-kawan. I LOVE YOU... ungkapan itu terlalu berat untuk diungkapkan  15 tahun dahulu... ketika itu, rahsia hati hanya sendiri yang tahu.... ahhh.. nampaknya saya  mengarut dan melalut pulak.... bukan apa, saya cuma nak kongsi cerita tentang cinta anak-anak sekarang berbanding zaman saya dulu... dan saya cuba memahami perasaan sianak dara tadi bila ada pemuda melaungkan I LOVE YOU...  pasti dia tak tidur malam kerana terlalu bahagia....
Dan saya pula... terus tersenyum sampai kak long terpacul di depan saya memanggil "ibu"... teringat pula saya pada zaman sekolah dulu.. rindu menerjah secara tiba-tiba... serasa ingin berada pada zaman itu semula....


za: rasa bahagia yang amat sangat. tapi bahagia itu pasti akan hilang bila I LOVE YOU dipermainkan

0 comments:

17 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri (part I)

9:03:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Ramai dikalangan suami menuding jari untuk menyalahkan isteri jika berlaku masalah rumah tangga. Isteri tidak pandai jaga suami la…isteri aku tak macam tu…isteri aku tak macam ni… Hakikat sebenar, jika isteri begitu dan begini suami juga mungkin menjadi punca kepada isteri bersikap sedemikian oleh kerana suami tidak memenuhi hak dan kewajipan sepatutnya kepada isteri.

Disini saya senaraikan 17 Cara Untuk Suami Membahagiakan Isteri diambil dari majalah wanita(Majalah ni lagi???)

1. Membina Pertemuan yang Manis

Setiap kali pulang dari kerja pulanglah dengan muka yang manis bukannya membawa masalah di tempat kerja kerumah. Berilah salam sambil melemparkan senyuman kepada isteri ketika pulang bekerja. Isteri pula sambut le…nanti suami tersengih sorang-sorang orang ingat gila pulak.

2. Mengucapkan Kata-kata yang Baik

Setiap kali berbicara dengan isteri, pilihlah kata-kata yang baik yang boleh memberi kesan positif. Elakan menggunakan perkataan-perkataan yang negatif. Memberi perhatian kepada isteri ketika isteri ingin bercerita sesuatu. Ini akan membuatkan isteri akan terasa dihargai lebih-lebih lagi jika suami memanggil dengan nama panggilan mesra.

Bagaimanapun, kebanyakan suami biasanya akan buat-buat pekak apabila isteri mula bercerita mengenai nak langsir baru,kerusi baru,gelang baru dan baju baru. Kalau setahun sekali mungkin akan dengar kalau setiap kali gaji masuk…Mesti suami tiba-tiba jadi pekak.

3. Meluangkan Masa Bersama Isteri

Walaupun sibuk dengan urusan harian dan kerja. Teman hidup tidak boleh diabaikan. Kalau pada hari biasa sudah sibuk dengan urusan kerja apa salahnya pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama anak dan isteri.

Bukan tiap-tiap minggu nak main golf dengan Datuk-datuk??

4. Bergurau Senda

Jika sebelum kahwin “U ni klaka la…suka buat lawak…I like” apabila sudah kahwin. “Abang ni kelawar dah tak kelako!!!”. Hidupkan suasana ceria dirumah agar kehidupan rumah tangga kita lebih ceria.

Mungkin alasan yang biasa si suami untuk keluar melepak sampai 2,3 pagi “Bosan la duk umah”. Kalau suami bosan pastinya isteri pun bosan. Jangan pentingkan diri.

5. Bantu Isteri dalan Tugasan Harian

Bantu isteri dalam menguruskan rumah tangga. Basuh baju,masak, jaga anak dan apa sahaja berkaitan. Sebernarnya ini antara bahagian yang agak sukar untuk suami lakukan…ehem!!!

6. Sentiasa Berbincang

Setiap masalah suami perlu berbincang dengan isteri terutamanya berkaitan dengan masalah rumah tangga. Ini menunjukan pendapat isteri amat penting bagi suami dan isteri akan terasa dihargai. Jadi suami juga perlu mendengar pendapat isteri bukan menggunakan kuasa veto dalam membuat keputusan.

7. Menziarahi Sanak Saudara Kedua Belah Pihak

Suami tidak boleh mengabaikan pihak isteri. Jika sanak saudara kita selalu diziarahi maka begitu juga sanak saudara belah isteri.

8. Apabila Meninggalkan Isteri

Kadang kala suami mungkin perlu kerja luar (jangan makan luar yea). Jadi sebelum meninggalkan isteri ada beberapa perkara dicadangakan suami lakukan :

- Ucapkan selamat tinggal dengan mesra dan memberi nasihat yang baik kepada isteri

- Baca doa safar

- Berpesan kepad isteri untuk mendoakan kesejahteraan anda pergi dan pulang.

- Tinggalkan wang untuk keperluan secukupnya kepada isteri dan anak-anak

- Pulang secepat mungkin selepas selesai urusan

- Membawa pulang buah tangan kepada isteri dan anak-anak

- Kalau boleh elakan pulang pada waktu yang tidak sesuai seperti ketika isteri sedang nyenyak tidur pada waktu malam.

- Bawa isteri bersama jika diizinkan

KREDIT to S2u.My : http://selangor2u.com/blog/isu-cinta/17-cara-untuk-suami-membahagiakan-isteri-i/





za: banyak hal menjadi salah.dan usahlah salah itu diletakkan atas kepala org lain

0 comments:

Jawatan kosong ~segera~

1:03:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Kami memerlukan pekerja di Showroom kami di Nilai 3.

Jika anda mempunyai kriteria seperti berikut, sila hantarkan resume anda kepada cinderela0805@gmail.com :

~ lelaki / perempuan
~ mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dan baik
~ boleh bekerja lebih masa
~ boleh berkerja di bawah pengawasan yang minimun




za: dulu penat sangat cari keje

0 comments:

Ekspo Oghok Pikuk Kek Lopak Kito di Pdg Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, N9

12:17:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Jom sertai kemeriahan Ekspo Oghok Pikuk Kek Lopak Kito di Pdg Istana Sri Menanti, Kuala Pilah, N9 bersama Team Wuddah dan dapatkan pelbagai barangan baby dan kanak2 dgn HARGA PROMOSI GILA-GILA - lampin kain moden/cloth diaper Wuddah bamboo printed hanya RM45(asal RM79.90), microfiber button cloth diaper RM30shj (asal RM42), bamboo button limited edition RM35 shj (asal RM68), baby blanket RM18 shj (asal RM58), viscose diaper liner RM10 shj (asal RM27.90), bamboo diaper liner RM18 shj (asal RM39.90), pelbagai baju kanak-kanak berjenama(zara, polo, paul smith, baby gap, carter's dan byk lg), set tilam dan bantal bayi dan pelbagai brgn baby dan kanak2. Hari ni hari terakhir. Datang beramai-ramai :)

0 comments:

Wuddah @ ekspo sri menanti kuala pilah. 2 day Last day

10:48:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Wuddah @ ekspo sri menanti kuala pilah. 2 day Last day

0 comments:

TIPS : Mengelak Perceraian

4:10:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Semua pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Namun, harapan saja tidak mencukupi, mereka seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Justeru ada banyak cara yang diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini. Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkala ini anda sedang berbahagia.

Di bawah disenaraikan tips berkesan untuk menghindari penceraian.


Tips # 1 Komunikasi dua hala

Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.

Tips # 2 Keterbukaan tentang masalah seks

Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.

Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda. Begitu juga sebaliknya.



Tips # 3 Menerima pasangan seadanya

Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri.

Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menimbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaan persepsi, wwasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.

Tips # 4 Jangan biasakan berbohong (ini yang selalu berlaku)

Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterus-terang denga pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.

Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui, perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.

Tips # 5 Jangan cemburu berlebihan

Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.

Misalnya seorang rakan telah melihat suami kelaur berdua dengan rakan sekerja wanitanya dan tanpa ertanya anda menyerang suami dan menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah, inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.

Tips # 6 Hindari kecurangan (ini sudah menjadi kebiasaan)

Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tetapi tidak didengari.

Kecurangan juga berlaku kerana pasangn kesepian, tidak merasakan kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini, perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca permasalahannya, kemudian berusaha untuk dihindari atau disingkirkan.

Tips # 7 Cari orang tengah

Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suamiisteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.


Tips # 8 Tetap mesra

Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.

Tips # 9 Pasrah kepada yang Esa

Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.

dipetik dari fb




za: tak pernah cuba untuk berbohong selalu beretrus terang, tapi selalu dibohongi .

0 comments:

Akhirnya, dia pergi jua

8:56:00 AM Aliza Reesya 2 Comments

dah seminggu gigi kekal kak long tumbuh, disebabkan kesibukan sekolah, kerja.. tak sempat2 juga nak g cabut gigi. ibu dah mula risau takut gigi kak long tumbuh tak cantik. tapi semalam ibu kuatkan juga hati dan semangat biarpun keletihan yang amat sangat untuk bawa kak long g klinik gigi lisa alis Bandar Baru Bangi.

nampak kan gigi kak long yang tumbuh kat belakang

adik pun suh amik gambar gak

orang ramai menunggu hampir 2 jam ibu n d gang menunggu

sekali lagi

adik yang tak sedap perut

masa ni doctor ngah periksa gigi kak long, sekali doktor cakap tak boleh spray, kena inject juga gigi kak long  maksudnya inject untuk bius, sebelum ni doktor cuma spray jer. doktor pandang ibi, ibu pandang doktor... last2 ibu cakap, oklah...

macam-macam pujian doktor cakap kat kak long.. supaya dia ok

doktor ngah sapu krim kebas


akhirnya doktor inject gusi kak long

hampir lima minit gak menunggu, barulah doktor cabut gigi kak long, nampak macam menahan kesakitan gak dia.. tapi alhamdulillah, semua ok.

dah selesai dah... akhirnya kami sekeluarga biarlah juga gigi kak long kena cabut... wat per simpan kalau dah takleh guna kan? kekekekekke




za:gigi kalau dah tak boleh guna senanglah kita nak cabut n buang, tapi kalau hati dan perasaan macamner plak?

2 comments:

Followers