DOlu dan SEKARANG ~setelah 8 tahun~

4:39:00 PM Aliza Reesya 2 Comments

Bila hari dah masuk petang.. mulalah kepala saya berpusing-pusing. hari ni balik lambat, kak long abis kelas jam 6.30 arini. jadi macam seronok plak nengok gambar kawin yang diambil kekekeke. tetiba tergerak hati nak nengok gambar kawin dolu2... banyak bezanya.. cuba korang nengok apa yang beza....


Ni gambar tahun 2002, (25/12)


ni gambar tahun 2011 (01/01)

Macam banyak sangat perubahannya... apa yang berubah yer kekekekeke...


za: hati tetap tak berubah

2 comments:

Part time

10:57:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Ada part time job



za: sampai sekarang cari kerja yang sesuai

0 comments:

Batasan bersahabat dengan lelaki bagi seorang isteri

10:13:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.


Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!

Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?

Hati suami perlu dijaga

Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga.

Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.

1 – Hindari keluar makan malam bersama (walaupun rakan sekerja)
Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.
Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.

Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.

2 – Elak pergi berjauhan berdua (Walaupun rakan sekarja)
Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.

Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya. Ikuti kupasan tentang ini di entry Jika suami tiada, isteri jangan tergoda!.

Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?

Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.

3 – Jauhi tempat yang romantis
Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.

4 – Jangan bercerita rahsia
Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.

Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.

Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.

Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.

5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki

Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.

Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu tersimpan terselit rasa curiga. Berhubung kembali dengan bekas teman lelaki juga boleh mengimbas kenangan lama. Kenangan sewaktu bercinta lebih-lebih lagi cinta pertama memang syahdu dan mengasyikkan. Membina semula hubungan dengan bekas teman lelaki boleh menyebabkan cinta lama kembali bertaut. Oleh itu, jauhi diri anda daripada menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki, jika anda sayangkan rumahtangga anda.

Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi :

1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.
2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.
3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.
4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.
5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.
6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.
7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.

Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.

Semoga bermanfaat!

Sumber : http://laman-seri.blogspot.com, MW#1387 dan iLUViSLAM.com

za: Rasanya bukan wanita yang sudah bersuami saya perlu beringat.. Lelaki yang sudah beristeri juga perlu beringat jangan terlalu mudah meluah perasaan atau masalah kepada rakan perempuan lain..tak kisahlah siapapun dia...

0 comments:

Sayang disayang-dataran nilai 010111

5:16:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Petang Sabtu ni saya rasa aga boring... bila di godek-godek laptop.. ada gambar yang saya belum post... kekekekeke bukan apa... bila nengok gambar ni.. rasa terperasan plak diri ni... cuma sekarang tak sama macam dulu

best ..best...


Rasa macam pengantin baru



anniversary tahun lepas dah ada anak 2.. tahun depan?

Saya sayang awak





za: kekadang sayang hilang.. kekadang sayang menggunung

0 comments:

Layang-Layang

10:31:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Pagi tadi macam biasa nak g keje dalam jam 7.30... lewat plak hari ni sebab papa hantar anak-anak.

seawal jam 7.20 pagi saya ternampak orang main layang-layang. apa kejadahnya pepagi buta main layang-layang ... dalam fikiran saya mesti orang tu takder kerja kan.. atau tugasnya memang jual layang-layang.


nampak tak layang-layang tu yang dalam bulatan merah

za: layang-layang putus tali

0 comments:

Tinggalkan di Sini ya

11:46:00 AM Aliza Reesya 3 Comments

Susahnya saya nak follow balik member-member yang pernah melawat blog saya.. kekadang ada yang saya nak keep n touch... tapi tulah.. takder link.. apa kata korang bantu saya untuk dapatkan balik link korang.

Dapat widget baru... macam kat gambar ni.. so nanti orang lain yang melawat blog saya pun bleh masuk ke blog korang... mudahkan...


ada kat bawah sekali yer


za: saya bukan along, saya cuma nak tolong ;)

3 comments:

SAYA NAK HADIAH DARI MOMMY

10:40:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Baru sekejapan tadi saya di tag.. dah lama rasanya tak di tag dalam blog. jadi try ajerlah sementara nak siapkan keje. saya baru jer di tag oleh Huda



GA nih dianjurkan oleh kasihmommy...

Cara² nye,

* Korang perlu jadi FOLLOWER blog kasihmommy
* Copy gambar hadiah tu dan letak dalam blog korang beserta tajuk SAYA NAK HADIAH DARI MOMMY (beserta link ye - http://kasihmommy.blogspot.com/2011/02/ga-saya-nak-hadiah-dari-mommy.html)


* kemudian, korang letak nama dan link blog korang kat tempat comment
* Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan untuk join sama GA nie
* Tarikh tutup penyertaan, 28 Februari 2011
* Apa hadiahnya? jeng3.. rahsia.. Ada 3 orang pemenang bertuah akan dipilih..
* Lagi ramai yang sertai, lagi banyak hadiah yang akan di beri..
* Join okeyh!! Selamat berGA...!!


kalau korang nak join, sile ke sini ok?

nah saye tag 3 orang yang bertuah..

Eliya Ezlin Alias
Shiela Firdaus
Tina Othman

sile lah korang yeee...:)



0 comments:

Morning sickness - senyum simpul

9:08:00 AM Aliza Reesya 3 Comments

Harini rasa malas sangat nak g kerja.. semalam sakit kepala bukan kepalang.. rasa macam mau pecah kepala. sib baik ada En.Alias an anak-anak boleh tolong picitkan kepala ibu yang tengah sakit. tapi sakit-sakit kepala pun boleh g pasar malam juga.. kekdahnya sebab nak carik kuih peneram... macam orang ngidam kunun kekekekeke tapi sib baik jumpa juga so berbaloi-baloi sakit kepala kuar umah g pasar malam. Jadi kesimpulan cerita untuk pagi ni, berkat dari sakit kepala semalam, saya jadi malas dan letih untuk pergi kerja hari ini.



Jadi pagi tadi jadi agak kelam kabut sketlah.. baju adik tak siapkan lagi, kasut sekolah kak long tak sediakan lagi.. aduh.... tepat jam 7.30 saya keluar umah.. ya Allah, bercinta rasa nak pergi kerja harini.. macam orang morning sickness jer malasnya... kena pulak baik jer kuar umah.. jalan jam.. waduhhh.... lagi pening..


memandangkan akak pakai baju bari harini serba kelabu.. akak gagahkan juga untuk pergi kerja dan senyum kekekekekek


tengoklah kereta... kuar jer tol Bangi.. Fuh kereta macam 10 juta orang yang keluar..
agak melampau ker 10
juta


Kuar dari roundabout pun sama....


ni nak masuk roundabout pun susah.. aduh.. fening-fening


Bila tengok anak kat belakang.. alahai kesianlah pulak.. kalaulah dapat tido macam dia pepagi nih...


bila dah sampai sekolah.. adikpun jadi macam orang malas nak bangun, sib baik adik tak ngamuk pagi nih...


alahai.. dia dah buat cebek mulut dah


saya meneruskan perjalanan lagi.. lepas hantar adik, kena tempuh jem lagi nak masuk opis.. alahai boring siut.. ada tak kapal terbang atau helikopter yang boleh hantar saya terus g kerja?


tapi saya cuba untuk tersenyum untuk menunjukkan yang saya sudah
tak sakit kepala dan berbaju baru ehem...


cantikkan tudung saya .. apa motifnya itu????


za:"nak makan durian tak?" soklan En. Alias semalam masa saya tengah sakit kepala.


3 comments:

Kenapalah Allah Sering Berkata TIDAK kepadaku

11:12:00 AM Aliza Reesya 2 Comments

Aku memohon kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku. Allah menjawab, "TIDAK, itu bukan untuk Kusingkirkan tetapi untuk kau mengalahkannya"

Aku memohon kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku. Allah menjawab, " TIDAK, jiwa itu adalah sempurna, badan hanyalah sementara"

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran. Allah menjawab, "TIDAK, kesabaran adalah hasil dari kesusahan. Ia tidak dihadiahkan, ia harus dipelajari"

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, "TIDAK, Aku memberimu berkat, kebahagiaan adalah bergantung kepadamu"

Aku memohon kepada Allah untuk menjauhkan penderitaanku.
Allah menjawab, "TIDAK, penderitaan menjauhkanmu daripada perhatian duniawi dan membawamu dekat pada-Ku"

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, "TIDAK, Aku akan memberimu hidup sehingga kau dapat menikmati segala hal"

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain yang kukasihi seperti mana Engkau mengasihiku.
Allah menjawab, "Akhirnya kau mengerti, HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu, mungkin hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang, kamu adalah dunianya".


za: Kenapalah rasa susah sangat untuk memberi bahagia

2 comments:

Tips Bagaimana Membina Sikap Rajin Bersyukur

11:05:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Memandangkan kecelaruan tengah berlaku.. saya sikit demi sedikit cuba lakukan sesuatu untuk diri sendiri....

Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda. Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.

Berikut adalah 5 tips bagaimana untuk merasai kesan sikap bersyukur,khas untuk seorang wanita.

Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.

Ucap syukur kerana Anda dapat tidur malam tadi. Anda dapat rehatkan badan Anda. Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini, kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur. Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur. Selepas bangun, ucapkan syukur. Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.

Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak, niatkan untuk menggembirakan hati mereka. Mereka gembira merasai hidangan Anda, kesannya Anda akan gembira sama. Apabila terlihat senyuman mereka, ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda. Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa. Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyayangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup Anda indah sebenarnya, cuma Anda tak nampak selama ni. Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda, bunga-bunga Anda, dengar kicauan burung, rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan. Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu. Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.

Seorang suri rumah, pasti sangat sibuk. Memasak, mengemas, membersih, menghias. Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan! Jika di lihat dari perspektif lain, tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala. Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami, kepada anak-anak, bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya. Banyakkan memberi tenaga, banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang. Apa yang Anda curahkan, Anda akan dapat semula. Percayalah, apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat, anak-anak memuji usaha Anda, hati Anda pasti girang dibuatnya. Syukurilah semua itu!

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.

Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi. Kesannya, mereka jadi gelisah, rasa tidak selesa. Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama. Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda, hutang piutang yang perlu dibayar, gaji yang tinggal sedikit, keinginan yang semakin membanyak. Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup. Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi, maafkan kesalahan orang lain sebelum Anda tidur. Ketika Anda tidur, kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya, Anda bangun dengan rasa girang. Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian, amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati. Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda. Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan. Hargai kenakalan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah, bisa tersenyum. Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati, namun Anda pasti tersenyum! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini, walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya, untuk Anda bersemangat selalu, ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini. Kesannya pasti mujarab. Ada syarat. Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu, walau cuma sesaat! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran. Hal ni sukar untuk kali pertama. Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

0 comments:

SAYA YANG BERPUTUS HARAPAN

9:24:00 AM Aliza Reesya 0 Comments

Sejak beberapa hari.. beberapa jam.. beberapa minit.. kepala saya agak bercelaru.. runsing.. kusut.. jiwa kacau.. aduh.. tatau kenapa.. disebabkan hormon perempuan tiap-tiap bulan kah?? apakah?? Orang ada di sebelah pun kekadang saya boleh buat tak tahu, seperti tiada sesiapa...saya banyak termenung melayan perasaan yang kacau.. bila makan pun, tangan saja yang menyuap makanan.. mulut mengunyah tapi fikiran entah melayang ka mana hala.. mungkinkah dek kerana masalah yang sedang bertalu-talu menimpa? mungkinkah kerana jiwa saya yang tak tenteram.. atau mungkinkah bukan keadaan seperti sekarang yang saya harapkan...

Saya rasa sejak kebelakangan ini, kehidupan saya amat sukar sekali.. bermacam-macam kesukaran yang timbul... bermacam-macam.. hinggakan terlalu sukar juga untuk diungkaikan.. saya seolah-olah menjadi seorang yang patah semangat, putus harapan untuk teruskan apa yang cuba saya perjuangkan. saya rasa seolah-olah HIDUP itu tiada seri lagi, tiada makna melainkan menyusahkan diri saya saja... tapi keluaga bagaimana pula.. anak-anak bagaimana pula, suami bagai mana pulak kalau saya malas untuk teruskan hidup. Hinggakan ada ketika saya cukup nantikan hari semalam dan kelmarin.. serasa menoleh ke belakang adalah yang terbaik buat saya.. kerana itu saja hari-hari bahagia yang dapat saya rasakan dalam hidup saya.. apakah patut semua itu? Hingga ke saat ini, saya masih menanti dengan penuh sabar menjelmanya hari semalam dan kelmarin...
Sedetik pula, hati saya bemonolog sendiri, tidak bersyukurkah saya... tidak kuatkah saya untuk diuji... apakah dengan bersikap sedemikian rupa Allah akan meletakkan saya di "tempatNya". Astagfirullahhalazim.... beristigfar sejenak.. terus saya mencari kekauatan diri dan hati.. bahawa semua ini adalah ujian semata-mata.. dan saya harus kuat... kuat dan kuat... tapi semampu manakah saya.. sehingga bila... adakah sehingga saya gugur dari mempertahankan ketahanan diri???


SIKAP MANUSIA TERHADAP UJIAN ALLAH

Menghadapi ujian dari Allah Ta’ala tersebut, kebanyakan manusia tidak lulus. Hanya sedikit orang-orang yang lulus ujian, sedikit orang-orang yang beriman, sedikit orang-orang yang bersyukur kepada Allah Ta’ala. Sebagaimana dikatakan oleh Nabi Yusuf ‘alaihis salaam:
Dan aku mengikuti agama bapak-bapakku, yaitu Ibrahim, Ishak dan Ya’qub. Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah. Yang demikian itu adalah dari karunia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakan manusia tidak mensyukuri (Nya). (QS. Yusuf (12): 38)

Juga sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah Ta’ala kepada RosulNya yang paling mulia, Nabi Muhammad sholallahu ‘alaihi was salam:

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. (QS. Yusuf: 103)
Oleh karena itulah jumlah yang banyak bukanlah standar kebenaran. Standar kebenaran adalah wahyu yang dibawa oleh Rosululloh dari Allah Ta’ala, yang difahami oleh para sahabatnya.

SIKAP MANUSIA MENGHADAPI UJIAN KESUSAHAN

 
Banyak manusia berputus asa dengan kesusahan yang mereka alami, seolah-olah kesusahan itu tidak akan hilang dari mereka. Allah juga berfirman:

Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika dia ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa lagi putus harapan. (QS. Fushilat: 49)

Imam Ibnu Katsir berkata: “Manusia itu tidak bosan meminta kebaikan kepada Robbnya, yaitu meminta harta, kesehatan badan, dan lainnya. Namun jika keburukan menimpanya, yaitu musibah atau kemiskinan, dia menjadi putus asa lagi putus harapan, yaitu terbetik pada fikirannya, bahwa setelah itu kebaikan tidak akan pernah menghampirinya”. (Tafsir Ibnu Katsir, surat Fushilat: 49)


SIKAP MANUSIA MENGHADAPI UJIAN KESENANGAN

Namun sebaliknya, jika manusia itu mendapatkan berbagai macam kesenangan dan kenikmatan, maka kebanyakan mereka melupakan kepada Penciptanya. Mereka menganggap bahwa mereka berhak mendapatkan kenikmatan itu, mereka menganggap itu semua karena usahanya dan kepandaiannya. Kemudian kebanyakan mereka berbuat melewati batas!
Dan sesungguhnya kebanggaan dan kesombongan itu tidak menyelamatkan mereka dari siksa Allah sedikitpun. Allah berfirman:

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku”. sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. Sungguh orang-orang yang sebelum mereka (juga) telah mengatakan itu pula, Maka tiadalah berguna bagi mereka apa yang dahulu mereka usahakan. (QS. Az-Zumar: 49-50)

Allah juga berfirman:

Dan jika Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: “Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku, maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya.” Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras. (QS. Fushilat: 50)

Imam Ibnu Katsir berkata tentang ayat ini: “Yaitu: jika manusia mendapatkan kebaikan dan rizqi setelah kesusahan, dia mengatakan: “Ini untukku, aku berhak mendapatkannya di sisi Rabbku”.
FirmanNya “dan aku tidak yakin bahwa hari kiamat itu akan datang”, yaitu dia kafir terhadap datangnya hari kiamat. Yaitu karena Allah memberikan kenikmatan, dia menjadi sombong, berbangga, dan kafir.

FirmanNya: “dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku, maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya“, yaitu jika terjadi hari kiamat, maka Robbku akan berbuat baik kepadaku, sebagaimana di dunia ini telah berbuat baik kepadaku. Dia berangan-angan kosong terhadap Allah ‘Azza wa Jalla, padahal dia berbuat buruk dan tidak meyakini (hari kiamat).

Firman Allah: “Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan, dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras“, yaitu Allah mengancam dengan hukuman dan siksaan terhadap orang yang perbuatannya dan keyakinannya seperti itu”. (Tafsir Ibnu Katsir, surat Fushilat, 59)


Bila baca artikel dari blog seseorang.. tetiba rasa bersalah dan berdosa yang amat.. kenapa saya tak boleh menjadi kuat.... hanya sedikit ujian Allah.. tapi saya menjadi begitu lemah...



za: kekadang tak tahu bagaimana untuk lari dari semua kekusutan dan mereka-mereka yang mengusutkan

0 comments:

Termasuk aku kah?????

3:20:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Harini saya masih tak sihat.. semalam pun tak sihat.. ramai yang suspek saya mengandung..huhuhu... ohh mungkin tidak.... kerja tengah banyak, sebab tu saya gaghkan juga diri untuk masuk kerja, esok ada audit pulak. uh!! Audit nak datang esok, surat tak dapat-dapat lagi.. apa kes...
memandangkan kerja yang cukup banyak perlu diselesaikan, saya pun buka email, so saya tertarik dengan satu artikel dari Indonesia ini..Perempuan Tak Pernah Bisa Melupakan Mantannya? macam best bunyiknya..terus saya berfikir-fikir

Dunia kita sekarang sudah semakin jauh ke depan majunya, maklumat semua di hujung jari tanpa batasan. semua orang dengan mudah boleh mencapai segala info termasuklah info tentang teman-teman lama ataupun kekasih lama. Dan yang paling terkini sekali adanya facebook. cukup senang kerja untuk mencari kengkawan lama.. saya pun dengan fb ni saya dah boleh jejak ramai kawang2 sekolah dulu.. seronok tak terhingga saya. Tapi dari artikel yang saya baca, ada yang menggunakan fb ini untuk menjejaki kekasih lama.. huhuhu.. pasti saja nak tahu, dia dah kahwin ke belum, dah ada anak ke belum.. segalanya.



Jadi, betul jugalah info dari artikel ni, bila asik menjejak atau mengikuti perkembangan kekasih lama, macamna kita nak lupakan dia..hari-hari dok nengok wall dia saja. Cuba pulak kita bayangkan, kalau takde fb atau internet ni.. mungkin kita langsung dah tak terfikir pasal kekasih lama kan? kengkawan kita cuma yang dekat-dekat saja.mengikut kajian, dari 22 Disember hingga 5 January 2011, seramai 1000 orang yang terlalu terikat untuk mengingati kekasih lama mereka, tak kiralah yang dah kahwin atau yang masih bujang heheheh, banyak tu. member2 sekeliling saya pun ada juga yang masih tak boleh melupakan, so benda tu mungkin ada betulnya. dan yang paling best sekali, golongan yang paling ramai yang tak boleh melupakan kekasih lama adalah orang perempuan wakakakakakaka...

antara kajian mereka:
* 74 % perempuan dan 64 % lelaki mengaku terlalu sering memikirkan kekasih lamanya.
* 76 % perempuan dan 70 % lelaki pernah menjejaki kekasih lamanya di internet.
* 50 % perempuan dan 40 % lelaki mengaku sering menjenguk info di Facebook atau jejaring sosial lain bekas kekasih mereka.

mak aih.. susah betul jugak rasanya nak melupakan bekas kekasih kan, rasa tak boleh lupa ni ada kebarangkalian seseorang tu tak betul-betul ikhlas untuk putus satu ketika dulu, tidak betul-betul bersedia untuk melepaskan bekas kekasih mereka atas pelbagai alasan. Dan mengikut aktikel ini, telah terbukti, 59 % orang masih berhubung dengan bekas kekasih mereka di Facebook setelah putus, dan 48 % (42 % di antaranya telah berkahwin) mengakui selalu melawat wall Facebook atau jejaring sosial lain bekas kekasih mereka.

Dan yang lagi dasyat bila hati dah mula angau pula, sebab sebanyak 86 % responden mengaku selalu melihat gambar-gambar bekas kekasih mereka di fb, dan 14 % dari mereka sudah berkahwin. Tak cukup setakat itu saja, 50 % mereka-mereka yang dapat menjejak bekas kekasih mereka melalui fb sudah mula memulakan operasi bertelefon, berSMS, ber e-mail, atau ber yming antara mereka walaupun mereka tahu mereka tak seharusnya begitu. Cuma kesimpulannya sekarang, kalau punca utamaya masih ada.. bagaimana operasi untuk melupakan itu boleh berhasil.. jadi fikir-fikirlah.. lagipun internet ni bukannya untuk menjejak kekasih lama kan..kan..kan...

artikel ni saya dapat dari sini


za: selalu teringatkan sekolah lama, kantin sekolah lama..macam-macam yang lama

0 comments:

Q&A : Isteri jangan dizalimi walaupun tak suka

9:26:00 AM Aliza Reesya 0 Comments


Islam saran wanita pilih suami soleh sebagai keutamaan ketika cari pasangan

Soalan:

SAYA ingin mengetahui ciri-ciri suami derhaka dalam konsep Islam. Bagaimanakah seorang suami boleh terjerumus ke arah suami derhaka? Adakah suami derhaka dianggap satu dosa dalam Islam?

ADILA,
Petaling Jaya.

Jawapan:

DALAM surah an-Nisa' ayat 19, Allah SWT berfirman: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci terhadap mereka (disebabkan tingkah lakunya, jangan kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam menuntut agar suami melayan isterinya dengan baik dan tidak menzalimi mereka. Orang berakhlak mulia adalah orang yang baik dengan isterinya seperti dalam sebuah hadis riwayat al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku."

Begitu juga sabdanya lagi: "Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya."

Justeru, mereka yang sudah bergelar suami perlu bersikap bijaksana, sabar, adil, bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 34 bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum perempuan."

Ini bukan bermakna, lelaki bebas melakukan kezaliman kepada wanita. Bahkan mereka menanggung amanah Allah yang akan dipersoal di akhirat kelak. Islam mengajar supaya adil dalam semua perkara. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nahl ayat 90 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya."

Begitu juga suami yang baik hendaklah bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan isteri dan anak seperti makanan dan pakaian. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud, daripada Hakim bin Mu'awiyyah, beliau berkata bahawa ia pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suami? Rasulullah bersabda: Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian." Mungkin pada masa kini suami isteri bekerja, tetapi ia tidak bermakna suami sudah terlepas tanggungjawab memberi nafkah.

Namun, isteri walaupun pendapatannya besar, ia tetap tidak bertanggungjawab untuk mencari nafkah. Justeru, suami yang baik hendaklah memberi nafkah bersesuaian kemampuan suami. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 34 bermaksud : "Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana ALLAH sudah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."

Kepada saudari yang bertanya, sememangnya ada suami yang menzalimi isteri. Kerana itu, Islam menyuruh untuk memilih aspek soleh sebagai keutamaan memilih bakal suami. Suami yang soleh sekali-kali tidak akan menzalimi isterinya walaupun ia tidak menyukai isterinya dan kedua, mungkin saja suami yang tidak menyukai isteri disebabkan sikap isteri.

Seperti yang disebut oleh pakar motivasi, Datuk Dr Fadzillah Kamsah, kadang-kadang isteri suka mencabar suami apabila bergaduh. Kedua, isteri tidak menjaga mulut sehingga terlepas perkataan yang menyebabkan hati suami sakit. Ketiga, isteri tidak malu iaitu tidak menjaga batas pergaulan dengan lelaki asing. Keempat, isteri tidak menjaga penampilan di hadapan suami tetapi bersolek berlebihan apabila keluar rumah. Kelima, isteri cemburu berlebih-lebihan dan sebagainya. Semua perkara ini perlulah dimuhasabah kembali dan dibaiki agar keadaan menjadi lebih baik.

Wallahua'lam.

Sumber : Persoalan Agama oleh Ustaz Zahazan Mohamed di BHarian 13/02/2011

NB: Hemmm... Ustaz Zahazan macam tidak menjawab soalan yang dikemukakan. Yang disebut oleh pakar motivasi tiada kena-mengena dengan soalan. Harap ustaz tidak berniat untuk menyembunyikan ilmu. Perihal suami derhaka ini memang tidak banyak dikupas secara detail oleh ustaz dan ustazah, jika dibandingkan dengan isteri derhaka. Adakah ini bermaksud, tidak mengapa jika suami itu derhaka, tetapi isteri tidak boleh derhaka. Walhal perkara suami derhaka ini ada tertulis dalam kitab-kitab tafsir lama.

Mengapa kebanyakan ulama seolah-olah menutup isu begini? Hanya mereka dan Allah maha Mengetahui mengapa mereka 'mengelak' atau 'mengelat' untuk bercakap tentang ini, sedangkan ada ditulis dalam al-Quran, marhum-Nya, "Dan jika seorang perempuan bimbang akan nusyuz, atau atau sikap acuh tidak acuh suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik." (Surah an-Nisaa' ayat 128)

Saya cuba berbaik sangka dan mengandaikan ustaz Zahazan menjawab soalan secara berlapik (siapa faham, fahamlah ya), iaitu, jika kesemua yang disebut dalam awal jawapan tidak disempurnakan oleh seorang suami, maka itulah ciri-ciri suami derhaka.

petikan dari:
http://laman-seri.blogspot.com
Capaian entry berkaitan suami nusyuz @ derhaka :

0 comments:

Hati yang Resah ~ versi saya~

10:30:00 AM Aliza Reesya 2 Comments

semalam saya baca satu email. tapi emailnya dalam baha indonesia, so disebabkan saya berminta dan tertarik dengan isi kandungan email tersebut, saya cuba translate dan pusing sket ayatnya supaya sesuai dengan saya. kalau ada terlebih atau terkurang, maafkan saya.

Ada satu cerita tentang seorang suami yang hatinya menjadi resah setelah mendirikan rumah tangga selama sepuluh tahun. Entah kenapa.. cuba dia ingat semula, sepanjang perkahwinannya di tahun-tahun sebelum ini, rumahtangganya aman bahagia di dampingi tiga orang anak yang comel-comel an bijak pandai. dia dan isterinya dua-dua berkerjaya, memiliki kedudukan yang tinggi, bergaji besarm berkereta besar, berumah besar dan segalanya mewah. Di awal perkahwinannya, dia seolah-olah tidak punya apa-apa masalah di dalam rumahyangganya, memiliki kehidupan keluarga yang cukup harmoni walaupun masing-masing terlalu sibuk dengan urusan kerjaya yang dimiliki, segalanya mereka lakukan bersama-sama bila berada di rumah.
Tapi entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, sang suami berasakan seolah-olah isterinya sudah sukar untuk diajak berkomunikasi, serasa seakan-akan perasaan isterinya sudah terlalu jauh, seperti sudah tidak mengenali antara satu sama lain, walhal sebelum ini, merekalah pasangan yang cukup ideal, terlalu rapat boleh meluahkan segala kesulitan bersama.
Dia seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku antara dia dan isterinya, kepalanya terlalu kusut. Di sebelah pihak sana, rupa-rupanya sang isteri juga menyimpan perasaan yang sama, dan pernah juga si isteri meluahkan kepada suaminya "apakah yang sedang berlaku antara kita sebenarnya? kita sudah suakr untuk becerita seperti zaman awal perkahwinan dulu?" si suami juga pernah ajak mereka untuk berbincang tentang masalah yang dihadapi, tapi semuanya sia-sia belaka.. segalanya akan berakhir dengan pertengkaran yang begitu hebat dan terus menjadikan mereka semakin renggang. malah sejak itu juga, perkara yang kecil-kecil juga sering menjadi isu untuk bergaduh. si suami terlalu buntu, hinggalah dia bertemu seseorang yang boleh membantunya. diluahkan segala permasalahnnya, bukan untuk mengaibkan isteri atau rumahtangganya, tapi adalah untuk mencari jalan penyelesaian untuk menyelamatkan rumahtangganya.

Dan inilah nasihat yang diterima oleh si suami,
"keutuhan sesebuah rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang cukup mudah. Perkahwinan adah penyatuan dua hati yang memiliki ciri-ciri dan latar belakang yang berbeza. Belum lagi jika ditambah pasangan yang bekerjaya yang membuatkan waktu untuk berkomunikasi dan bersama-sama menjadi terbatas hingga menimbulkan pelbagai ragam masalah. Bila kedua-duanya berjaya di dalam kerjaya demi mengejar kedudukan yang tinggi, bergaji besar, maka segalanya tentang apa yang pernah dilakukan bersama di dalam rumahtangga menjadi lupa.

Seringkali masalah kecil menjadi punca pertengkaran. Setiap pertengkaran tentunya ada hikmah yang tersembunyi. pertengkaran dapat menimbulkan keakraban antara pasangan kerana dengan pertengkaran ini kita lebih mengenali pasangan kita. Tetapi, sebaik saja selapas bertengkar, bukalah pintu hati supaya anda dapat berjalan melaluinya untuk mengetahui apa yang dirasakan & diperlukan pasangan kita. Daripada berdiam, luahkanlah perasaan kita dengan penuh kasih sayang, 'ada pasangan yang berasa lebih selesa selepas bertengkar kerana ia akan membuat kita berdua mengetahui lebih banyak tentang satu sama lain dan lebih mengasihi satu dengan yang lain.' Sabar dan solat sebagai sebuah jalan untuk menghadapi pertengkaran di dalam rumah tangga. Pertengkaran juga ada masanya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti di dalam rumahtangga sekaligus meningkatkan kualiti peribadi untuk menyelesaikan masalah dengan baik. Setiap masalah didalam kehidupan adalah ujian dan cubaan yang datangnnya dari Allah, selain dengan berusaha sekaligus lebih mendekatkan diri kepada Allah membuat kehidupan keluarga menjadi terasa indah. 'Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.' (QS. al-Baqarah : 153).
"


petikan dan ringkasan dari sini


za: selalu bertengkar, selalu juga berbaik, selalu berasa disakiti, selalu berasa disayangi

2 comments:

Ada dalam Tiada vs habis

2:31:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Saya tengah tiada kerja, walaupun sbenarnya kerja saya terlalu bertimbun. Jadi untuk memilih manakah kerja yang perlu dibuat dulu antara yang bertimbun itu, saya perlu makan benda ini dulu.siapa tahu apakah yg sedang saya makan ini? Nanti saya bg hadiah kekeke

0 comments:

macam tak jadik jer

12:26:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

saya sedang belar membuat read more...

tapi rasanya macam tak jadik jer...


0 comments:

Mengapa Tertekan

12:01:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Antara perkara yang membuat hidup menjadi sukar, perasaan menjadi


tertekan dan dada sesak ialah;


1-Berbuat dosa dan tidak disertai taubat. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Maka ia adalah disebabkan apa-apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan

yang salah dan berdosa).”

(Asy-Syura:30).


2-Iri hati kepada sesama manusia, muncul perasaan untuk membalas dendam

kepada dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada orang lain. Mereka

lupa kepada firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud:

“Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya)

disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh

Allah kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya.” Sebuah hadis Nabi s.a.w yang

bermaksud: “Tidak akan merasa tenang orang yang berhasad dengki.”


3-Berpaling daripada mengingati Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku,

maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit.”

(Taha:124).


za: hanya sekadar renungan untuk mengubat hati yang tertekan

0 comments:

Nak "Let Go" Pam Susu SPECTRA 3

12:08:00 PM Aliza Reesya 5 Comments

Saya dah masuk 7 bulan tak mengepam... bukan malas atau ukan sebab tiada susu, tapi sebab adik dah cukup 2 tahun. jadi rasa sayang pula biarkan Spectra 3 saya itu terbiar begitu saja. jadi saya amik keputusan untuk let go saja.. lagipun entah bila adik akan ada "adik" lagi hehehehehehe. Untuk makluman, Brestpump saya ni sentiasa di service bila cukup masanya.. iaitu selang 6@8 bulan, setakat ni saya dah hantar service 4 kali.. saya beli masa pegnen 8 bulan tahun 2008 tapi mula guna pam ni  pada 30/08/2008 - 02/08/2010. maknanya saya dah guna pam susu ni dah 2 tahun. tapi masih tip top... jangan risau, semua masih dalam keadaan baik. cuma kalau nak ganti pun just ganti Spectra Membrane  dan Spectra Tubing sahaja. tapi semua tu pun saya baru saja tukar semasa saya g antar servis yang terakhir.

Spectra 3


saya jual double pump (tak termasuk botol)

Breastpump Spectra 3 spesification:-

Ideal for home and office use.The advantages are: very quiet, long life span, rhythmic suction (mimics baby's sucking rhythm - very comfortable to use), adjustable suction, simple to use, dual pumping option. Accessories (breast shield, tubing) are separable so it's easy to wash and sterilize. Its light weight and compact design to make it extremely portable and good to use in a small space.


Detail Spesifikasi breastpump spectra 3 yang saya nak letgo:


-  Saya  telah menggunakannya selama 2 tahun lebih sket (sekarang dah tak guna, adik dah cukup 2 tahun)
-  keadaan masih ok tak pernah mengalami sebarang masalah, sentiasa dihantar servis.
-  saya nak tolak pump dan Breastshield Set (double)

Spectra Tubing
Spectra Membrane
Jadi untuk breastpump saya ni, saya nak letgo RM250, termasuk pos. Kalau ada yang berminat leh komen atau PM saya yer. TQ


za: saya nak tolak benda yang dah bertapak dihati, tapi dari menjadi tukun, baik ditolak supaya boleh memberi khidmat

5 comments:

Trip Berbengkel ke Kuala Terengganu versi II

12:07:00 PM Aliza Reesya 0 Comments

Ni gambar masa hari terakhir di Luala Terengganu. seawal jam 9 pagi kami dah chek out dari hotel, naik bas nak ke rumha Dekan... Dekan nak belanja makan nasi dagang huhuhuhu... tapi sebelum sampai umah dekan, kami singgah g Masjid Kristal dulu... tapi sayangnya... saya rasa tak larat sangat nak jalan kaki g situ.. sempat menapak separuh jalan jer.. pastu patah balik.. penat woooo.... tapi macam entry sebelum ni.. memang isu penat saja yang saya boleh verita ahahahahahha.. bila tengah berbengkel pun mata rasa nak tertutup jer.... kepala asik terhangguk-hangguk.

adik dah mula meragam masa sampai Pusat Tamdun Islam

baju kami semua sama, jangan jeles.. tapi masa ni gambar ibu tadak

adik dah meragam.. semua tak kena

ke sana ke sini adik berlari sebab mengamuk

masa kejadian ini pulak.. time bebudak bujang tu main congkak.. last2 kak long yang menang hehehehehe


ice cream time.... makan eskrem susu kambing


tengok adik.. nampak gayanya.. adik pun kidal jugak macam kak long

anak ibu yang banyak meragam



ini suami ibu yang banyak meragam juga huhuhuhu

ini pun anak ibu juga.. tapi ragamya kurang sket

ni bebudak bujang yang tak bujang

masa ni dalam perjalanan nak balik dah, sebelum sampai ke Kemaman....

lenanya adik tido.. rupanya adik meragam sebab mengantuk


Bila semua dah bangun dari tido.. pakat cari makanlah pulak.. lapo beb





za: tahun depan nak naik tongkanglah pulak

0 comments:

Followers