30 October, 2009

On 4:27:00 PM by Aliza
Aku dah mula kemaruk dengan cerita Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 setiap Jumaat malam. aduh.. tersentap rasa bila nengok cerita tu. malam ni ada lagi, dan untuk pengetahuan korang aku dah terskip 3 episod, jadi punyalah aku pulun download dari tenet citer tu ke dalam henpon ku. episod 18, 19 dan 20. korang pun macam aku gak ker? meh layan...



video

video

video
On 2:55:00 PM by Aliza in



Mendidik anak-anak adalah wajib dilaksanakan, termasuk antara perkara
terpenting dan tidak boleh dilalaikan sedikit pun. Anak adalah amanah Allah
kepada kedua orang tuanya. Hati mereka masih suci dan bernilai tinggi,
keadaan jiwanya yang masih kosong dan bagaikan sekeping kertas yang
belum digores oleh tulisan atau pun apa jua lakaran. Mereka menerima apa
saja yang dicorak atau gambarkan, malahan ia akan cenderung pada sesuatu
yang diberikan padanya. Ini akan menjadi kebiasaan dan akhirnya akan
menjadi kepercayaan.

Apabila anak-anak diberi pendidikan dia akan membesar bersama kebaikan
dan mereka akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat. kedua ibu
bapa, pendidik, pengajar serta pengasuh turut mandapat pahala. Sebaliknya
jika anak itu sejak kecil dibesarkan dengan keburukan dan dibiarkan tanpa
menghiraukan pendidikan dan pengajaran ( seperti seseorang yang memelihara
binatang), maka akibatnya anak itu akan rugi dan rosak binasa akhlaknya.
Maka dosanya tentulah dipikul oleh orang yang bertanggung jawab memelihara
dan mengasuhnya.

Ibu bapa tentunya akan menjaga anaknya dengan rapi supaya tidak disentuh
oleh api neraka diakhirat. Hendaklah diberi didikan, ajaran dan latihan yang baik
untuk memperolehi budi pekerti dan akhlak yang luhur. Jauhi dari bergaul dengan
kawan-kawan yang jahat tidak bermoral. Jangan biasakan dengan keseronokan,
jangan ajar berhias dengan perkara yang tidak sepatutnya dan juga yang akan
menimbulkan keborosan, ini akan merosakan jiwanya.

Dari mula sejak ia dilahirkan perlu diberi perhatian. Pengasuh dan penyusunya
hendaklah dipilih dari wanita yang solehah, kuat pengangan agama dan makanan-
nya sentiasa halal. Kedua ibu bapa perlu memberi contoh dan perlakuan yang
baik disepanjang pembesaran dan perkembangan fikirannya. Anak ini akan punyai
perasaan malu dalam diri sendiri, dia akan segan untuk melakukan perkara yang
tidak elok, dan akan meninggalkan kelakuan yang dianggap tidak senonoh. Ini-
lah merupakan cahaya akal yang dapat menerangi tindak tanduknya nanti.

Semua ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah. Jadi terpulang pada
mereka bagaimana untu mencorak anak mereka.

ALLAH s.w.t berfirman yang bernaksud:
" Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu
dari seksaan api neraka,"
( Ar-Tahrim;6)

29 October, 2009

On 8:32:00 AM by Aliza   No comments
pagi nih buka emai, sekali aku terpandang artikel nih, rasa menarik.. selintas lalu terasa ada kebenaran pada apa yang disampaikan... bukannya nak mengingat kisal lalu, cuma rasa mungkin iya dan mungkin tidak sebab segalanya bergantung pada individu tersebut.. betul tak? kalau salah tolong betulkan erk...

Perkara yang paling menarik untuk dikenang-kenang ialah cinta. Samada anda sedang bercinta atau telah putus cinta. Walaupun putus cinta itu menyakitkan tetapi ada kalanya seronok juga untuk dikenang-kenangkan. Lihatlah kebodohan-kebodohan silam, anda tentu tersenyum&

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.

Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Dalam keadaan yang baik, ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan.

Seorang kawan saya tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada saya setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman lelakinyanya itu, kini suami orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula dibawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari bertemu, kadang-kadang urusan rasmi, kadang-kadang urusan tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya.

Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap dihati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya, gelak ketawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat tidak terduga.

Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya tak kesampaian.

Usah terburu-buru untuk bercinta, dicintai mahupun mencintai. Bersabar dengan pilihan anda, pilih dengan syarat. Jangan takut untuk mengatakan tidak sekiranya dia tidak menepati ciri-ciri yang anda mahukan.

Hargai cinta anda, mahalkan sikit harganya, agar apabila merelakan ia dibeli seseorang dia amat-amat menghargainya

28 October, 2009

On 3:48:00 PM by Aliza in
Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina. "Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula. "Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik. "Alamak Sybil, cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba. "Why?"Sybil tertanya-tanya. "Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya." Sybil menyambut dengan ketawa. Gurauan ada kalanya tersirat kebenaran. Berapa ramai pasangan suami isteri hari ini yang bercerai di usia perkahwinan yang masih muda. Mereka menyatakan semuanya Takdir Tuhan, berpisah lantaran tiada lagi persefahaman. Ikatan suci yang bermula dengan kasih dan cinta, berakhir dengan sengketa dan buruk sangka.


SUATU PERJALANAN

"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak.. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG

“ Awak beruntung ye Ina, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
" Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.
" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini. "
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Jumpa lagi, Insya Allah.

On 2:26:00 PM by Aliza in
sket jer kemeknya kan....

ini calar dan retak sket kat tepinya, sib baik lampu tak pecah

Sket jer kan?


inilah rupnanya, bumper depan dah jatuh, sib baiklah pakai avanza, kalau kete lain tak taulah macamna kebal gak kete nih

ni kete yang menjadikkan aku mangsa semalam, teruk remuknya kat belakang, macam tak sangka plak kete ku yang langgar bila nengok remuk dia sebab kete ku sket jer cedera.

tolak campur bahagi darab semuanya cecah ribu gak....
On 11:38:00 AM by Aliza in
Ada saat dan ketika
terkenang cerita itu.
Membina cerita cinta, mengungkap janji,
sumpah setia setinggi awan,
sehidup semati tiada terpisah.

tiada seindah tika itu
Dara hanya buat si teruna
Majnun hanya untuk Laila
Jehan hanya untuk Mumtaz

Ketika ini tiada lagi bersemi kasih
tiada cinta untuk diurai
tiada rindu untuk ditanggung.

Kasih lain haluan
cinta lain bicara
rindu lain membara

Yang tinggal
hanya cerita cinta itu
cerita yang buat kita leka.....

100% aku yang punya
On 11:16:00 AM by Aliza
  1. Menjadi hamba Allah yang sentiasa tunduk pada DIA.
  2. A great husband ~ suami yang terlalu lalu lalu menyayangi, mengasihi, menyintai hanya aku seorang sebagai isterinya.
  3. Anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat, sihat dan sempurna akal dan fikiran.
  4. Mengandung lagi, dan bila scan comform baby boy ~ harap sangat
  5. Seorang anak lelaki yang boleh membantu aku dan membela nasib kakak-kakaknya.
  6. Menunaikan fardhu haji
  7. jalan-jalan, shopping lagi kat China
  8. sebuah rumah Semi-D yang besar tak payah nak naik turun tangga.
  9. sebuah kereta besar yang boleh bawa keluarga besar ku nanti berjalan-jalan

cukup dulu buat masa ni, nanti kutambah lagi kalau ada yang terlintas wakakakakaka
On 8:27:00 AM by Aliza in
Mari Kita luangkan sedikit masa berfikir. Berfikir secara mendalam. Menilai…
Mari fikirkan rutin Kita seharian.. Adakah Ia hampir sama dengan apa yang diutarakan dalam bahagian yang lepas? Jika benar rutin hidup harian Kita hanya berkisar di sekitar…
"Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan.Berehat. Berhibur. Tidur."……mungkin Kita kena review, ulangkaji kitaran hidup Kita.

Saban Hari, saban bulan, saban tahun..itu jugakah rutin hidup harian Kita? Rutin Kita yang sedemikian amat dekat dengan rutin haiwan Dan unggas. Rutin yang sedemikian hanya layak untuk orang yang tidak mempunyai pedoman dalam hidup.. Yakni orang
bukan Islam. Kita bukan dilahirkan sebagai haiwan. Dan Kita Kita bersyukur kepada Allah, Kita bukan orang yang tergolong ke dalam orang yang bukan Islam. Kita adalah makhluk Allah yang mulia, dikurniakan pancaindera, otak, akal fikiran Dan hidayah pedoman hidup. Kita Ada otak, Ada akal, Ada hidayah. Haiwan Ada otak tetapi tidak berakal. Manusia
yang kafir punya otak Dan akal tetapi mereka tidak seperti Kita orang Islam yang beroleh hidayah, petunjuk dari Allah. Pastinya rutin harian Kita berbeza. Sepatutnya berbeza. sewajarnya berbeza. Kadang-kadang dalam kesibukan hidup ini, Kita tidak sempat untuk berfikir isu-isu begini. Tetapi yakinlah.. Kesedaran Dan kefahaman Kita mengenai hal inilah yang bakal membezakan Kita dengan orang kafir atau haiwan. Bahkan, Ia membawa kebahagiaan, ketenangan, kemaslahatan bagi Kita dalam kehidupan di
dunia ini Dan di akhirat nanti.


Petikan dari omaryaakob.blogspot.com

27 October, 2009

On 4:12:00 PM by Aliza

Ku siapkan CD adik step by Step... huhuhu..

26 October, 2009

On 3:47:00 PM by Aliza
Aku? Anak-anak? suami? Kawan? yang mana satu?

ada ketika aku seperti tersepit... ada ketika aku tak tahu apa-apa.. ada ketika aku disabitkan bersama... apakah pertikaian yang ada? apakah semua pertikaian yang berlaku aku perlu dijadikan mangsa?

Aku tak tahu menahu.. aku tak tahu apa-apa......... so tolong jangan korbankan apa yang pernah ada.... jangan hilangkan apa yang sedia ada.....

On 10:20:00 AM by Aliza
 Dalam bahagian yang lepas, kita melihat bahawa bagi
sebahagian kita, hidup seharian berlegar di sekitar
mencari makan (kerja), berehat, berhibur dan tidur.

Kita juga melihat bahawa jika itulah kitaran hidup
kita saban hari, maka kitaran tersebut tidak jauh
bezanya dari kitaran harian makhluk Allah yang bernama
haiwan dan unggas…atau manusia yang bukan Muslim.

Anda pasti pernah melihat sang lembu.

Bayangkan rutin hariannya. Pagi-pagi mereka sekawan
dihalau ke padang ragut. Bermulalah kerjanya mencari
makan. Ragut sana, ragut sini. Kunyah sana, kunyah
sini. Makan sana, minum sini. Ketika tengahari, cuaca
panas, sang lembu mencari tempat berteduh, berehat.
Sambil berteduh, masih boleh mengunyah. Mungkin ini
juga masa untuk berhibur; mengawan, menurunkan zuriat.
Apabila petang, mereka dibawa kembali ke kandang.
..untuk tidur.

Esok.. rutin mereka berulang.

Lusa.. rutin yang sama.. makan, kunyah, rehat,
berhibur, tidur...ragut.. kunyah.. rehat.. berhibur..
tidur..

Begitulah rutin mereka saban hari, saban minggu,
bulan, tahun. Umur meningkat, berat bertambah,
sehingga tiba masanya tuan mereka memutuskan untuk
menjual atau menyembelih mereka.

Allah menceritakan kepada kita di kalangan manusia pun
ada kumpulan yang rutin harian hidupnya umpama kitaran
harian sang Lembu…

"
dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia
serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan
minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
." 
                                                                           (Surah Muhammad: 12)

Soalnya, siapa orang-orang ini yang dinyatakan oleh Allah
mempunyai kehidupan umpama sang lembu?

Mari kita sama-sama fikirkan, apakah kehidupan kita mempunyai ciri yang hampir serupa?

petikan dari      omaryaakob.blogspot.com
 

__._,_.___


23 October, 2009

On 4:44:00 PM by Aliza
Semalam kita melihat bahawa kebanyakan kita hidup berkisar di sekitar.. " bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur..".

Anda mungkin berkata.. so what?? Apa halnya? Apa Kesahnya?

Salah kah kita menjalani hidup yang berputar di sekitar...bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.?

Cuba kita pejam mata sebentar dan bayangkan, renungkan kitaran rutin harian hidup makhluk Allah yang berikut..

Ayam.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.

Burung.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.

Kambing.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.

Lembu.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.

Orang bukan Islam.. bangun pagi, cari makan, berhibur, makan, berehat, tidur.

Sekarang renungkan..

- Layakkah kita pun mempunyai kitaran hidup seharian yang hampir serupa….????

- Patutkah rutin harian kita serupa dengan mereka?

- Atau di manakah kelainan/perbezaan yang patut ada di antara kita dan mereka?

bersambung...

22 October, 2009

On 3:20:00 PM by Aliza in
video

21 October, 2009

On 10:57:00 AM by Aliza in

Semalam saya mengajak kita merenung rutin perjalanan hidup kita seharian....

Hari ini anda bangun pagi... gosok gigi.. mandi...

Adakah apa yang anda lakukan hari ini mempunyai rutin yang sama dengan semalam?

Adakah rutin anda hari ini dimulakan dengan ke bilik air, dipenuhi dengan tindakan dan usaha mencari 'makan' dan akan ditamatkan dengan menghadap TV dan tidur?

Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan tidak banyak perbezaan.. plotnya hampir sama.. itulah rutin anda…

Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..

Demikianlah kisah kita.

Itulah rutin kita. Saban hari kita bangun pagi. Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur.

Esoknya..

... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....

Esoknya….??

... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....

Mungkin terdapat sedikit sebanyak variasi, mungkin kita bercuti, mungkin kita berkelah, mungkin kita... Tetapi pokoknya ia tidak lari jauh daripada "..makan, cari makan, berhibur dan tidur...."

Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Masa berlalu, umur semakin meningkat. Kubur makin dekat. Itu juga rutin kita seharian.

Ringkasnya hampir seluruh hidup kita berlegar di sekitar..

... Makan. Pergi kerja, cari makan. Balik kerja. Makan. Berehat. Berhibur. Tidur....

Anda mungkin berkata .. so what?? Apa halnya? Apa kesahnya?

.. bersambung

petikan dari omaryaakob.blogspot.com
On 8:01:00 AM by Aliza

tuai padi antara masak...
esok jgn layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jgn rindu-rinduan


On 8:00:00 AM by Aliza
1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... .. ..

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... ... ..

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang... ... .. ..

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..

8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.. ... .. ..

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya. .... .. ..

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. ..... .. ..

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.... .


20 October, 2009

On 4:54:00 PM by Aliza in
kalau ada antara korang yang berminat untuk mencuba Cloth Diaper (CD) Wuddah, leh contact aku atau contact terus reseller yang berdekatan.

1. Cheras, KUALA LUMPUR - Main Distributor (please click here) or call +6012-254 0864

2. Klang, SELANGOR DE (please click here) or call +6012-242 6803

3. Bangi, SELANGOR - call +6013-6241140

4. Sungkai, PERAK DR - Adress: No. 563, Jalan Tun Abdul Razak, F. Trolak Selatan, 35600, Sungkai, Perak DR - call +6019-520 8522 / +6019-517 1536

5. Kota Damansara, Selangor DE - call +6012-306 7879

6. Lembah Keramat, Hulu Kelang, Kuala Lumpur (Ombak Bumi Ent) - (please click here) or call +6017-667 9272

7. Puchong, Selangor DE - call +6016-298 9584 / +6016-632 0743

8. Ampang, Selangor (Butik SS Bidadari) - call +6019-218 8678 / +6019-277 8889

9. Jerantut, Pahang - call +6013-977 4014

10. Bandar Melaka - call +6016-6350878 / +6016-3740501 / +6017-2512045

11. Putrajaya - call +6019-3483451

12. Bayan Baru / Komtar, Pulau Pinang (Syifa Halwun Enterprise) - call +6012-5792559
On 4:48:00 PM by Aliza in
Hari ini anda bangun pagi. Apa yang anda lakukan. Anda mungkin membersihkan diri. Mungkin anda solat subuh? Atau tidak? Anda sempat sarapan di rumah?Jika anda telah berkeluarga, setelah mengucapkan selamat kepada anak/isteri anda bergegas ke tempat kerja. Mungkin anda berkenderaan sendiri. Mungkin sepanjang jalan anda memikirkan peristiwa semalam. Mungkin anda merancang apa yang bakal anda lakukan hari ini, esok, minggu depan, tahun depan. Seribu satu persoalan mungkin bermain di benak anda. Sepanjang perjalanan. Mungkin anda tersenyum memikirkan gelagat rakan-rakan pemandu lain. Mungkin anda geram, marah, menyumpah dengan karenah mereka. Anda mungkin mempunyai teman ketika memandu..isteri,suami, rakan. Anda berceloteh dengan mereka? Atau anda masam mencuka? Ceriakah anda hari ini sepanjang perjalanan? Anda mungkin menaiki kenderaan awam.. LRT, bas, komuter, monorel. Anda melihat sekeliling anda. Kelihatan pelbagai jenis manusia; pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai riak muka; senyum, masam, sedih, ceria, tak kisah, 'stone'…mereka seperti anda juga sedang memikirkan mengenai diri mereka dan mungkin juga sedang menilai riak muka anda! Anda tiba di tempat kerja. Anda pekerja misali. Anda menjalankan tugas dengan tekun dan dedikasi. Atau anda sebaliknya.. curi tulang? Anda menghadapi seribu satu macam cabaran; dengan bos, dengan rakan sekerja, dengan pelanggan… Tengahari anda ke kantin, restoran, kafe untuk makan. Tiba waktu pulang.. anda menjejaki semula langkah anda sewaktu anda datang. Mungkin anda singgah di supermarket, minimarket, pasar malam untuk membeli beberapa keperluan dan akhirnya pulang ke rumah. Solat anda bagaimana hari ini? Subuh? Zuhur? Asar? Atau anda tidak kisah? Tidak ambil peduli? Anda mungkin berpeluang bersukan, dan mandi. Anda solat maghrib? Keluarga anda bagaimana? Malamnya anda sibuk menyediakan atau mencari makanan. Selepas makan anda berhibur. Anda mungkin mengadap sumber nombor satu hiburan masakini TV, VCD, DVD, Hi-Fi, Satellite..dan entah apa lagi. Akhirnya rasa mengantuk melanda diri anda, rakan, anak dan isteri. Anda masuk ke bilik tidur untuk berehat. Demikian perjalanan hidup anda hari ini.. Esok.. anda mengulang kisah harian anda… besar kemungkinan plotnya hampir sama.. itulah rutin anda… Esok, anda bermula dari perenggan satu coretan ini..


petikan dari omaryaakob.blogspot.com
On 12:02:00 PM by Aliza in





On 9:30:00 AM by Aliza
Salam,


Saya bukanlah orang yang benar-benar berpengalaman atau cerdik pandai seperti para sahabat r.a. Tetapi saya nak berkongsi pengalaman bagaimana menghadapi fitnah. Fitnah adalah suatu tuduhan palsu. Ianya tak benar. Kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang membangkitkan rasa marah membuak-buak, rasanya kalau jumpa sumber fitnah tu, nak aje kita luku kepala dia sampai lumat. Dan macam-macam reaksi orang terhadap fitnah sebab Allah SWT menganugerahkan kita suatu kurnia yang disebut gharizatul baqa' (survival instinct). Dengannya kita mempertahankan status diri, jika kita benar mengapa perlu dibiarkan kepalsuan, jika kita tinggi mengapa biar kita dijatuhkan, jika kita mulia mengapa biar kita dihina.. demikianlah peranan gharizatul baqa', suatu potensi hidup (thaqatul hayawiyah) yang Allah ta'ala anugerahkan kepada setiap manusia.

Bila difikir-fikirkan, rupa-rupanya ada beberapa teknik menghadapi fitnah. Boleh jadi ia berkesan, boleh jadi ia menjadi semakin menyeksakan. Antaranya,

1. Masuk kandang bersalah (defensif); teknik ini sering kali digunakan oleh pihak yang suka memanjangkan kes. Misalnya dulu ketua turus angkatan tentera Thailand pernah menuduh Malaysia sebagai sarang pengganas, melatih mereka di gelanggang latihan di Kelantan (kalau tak silap). Ketika itu Najib memegang portfolio menteri pertahanan, dalam reaksinya kepada fitnah tersebut dia menjawab, "BUKTIKAN!" Hahaha.. dengan kenyataan tersebut secara tak langsung Malaysia masuk kandang bersalah dan minta dibicarakan. Dan dengan teknik ini, kadang-kadang yang tak bersalah boleh dijatuhi bersalah. Prosesnya semakin rumit dan rumit. Teknik ini popular dikalangan pemikir dangkal!

2. Serang balas; teknik ini agak aggresif. Pihak yang difitnah benar-benar tak redha dan mengambil pendirian untuk tidak berdiam diri. Teknik serangan boleh jadi termasuk teknik defensif (seperti diatas) atau teknik offensif. Boleh pula offensif berlaku dalam dua keadaan; serangan fizikal seperti ambil kayu ketuk kepala tukang fitnah dan seumpamanya atau serangan secara psikologi seperti mengeluarkan kenyataan berbentuk offensif. Ada satu kisah dahulu dimana Rasulullah SAW dituduh sebagai penulis ayat-ayat suci Al-Quran yang dibantu oleh seorang nasrani bernama Jabr. Kemudian turun ayat untuk menyerang tuduhan tersebut,

"(Dan) sesungguhnya Kami mengetahui mereka berkata: Bahawasanya Al-Quran itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad). Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya (adalah) bahasa 'ajami (non-Arab), sedangkan Al-Quran itu dalam bahasa arab yang jelas [TMQ An-Nahl (16):103]

Nyata fitnah itu disanggah sepenuhnya, dan Muhammad SAW berjaya. Namun terdapat juga teknik menyerang fitnah dengan menggunakan fitnah juga. Teknik ini sangat terlarang dalam Islam. Teknik ini banyak sekali digunapakai oleh politikus sekarang. Maklumlah, nak menang. Apa saja boleh, asal menang. Kekadang sedih betul kita lihat situasi kotor dan hina yang berlaku dikalangan kaum muslimin. Fitnah berhambur kesana kemari tanpa ada keinsafan diri. Yang penting matlamat diri, bukan tujuan hidup dijadikan oleh Yang Maha Esa.

3. Buat 'derk' je (buat dono); teknik ini agak susah untuk diapply, hanya orang yang hatinya keras macam batu saje yang berjaya gunakannya. Lagipun boleh jadi ia tidak syarie sekiranya fitnah berlaku diantara kaum muslimin. Jika orang-orang kafir yang mencetuskan fitnah terhadap Islam dan kaum muslimin, maka teknik ini boleh digunakan sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan sepertimana keadaan Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. dizaman awal dakwah (di Mekkah). Namun sekiranya telah ada kekuatan (tentera) seperti era kebangkitan Khilafah pasca hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, maka wajar orang-orang kafir diperangi sehingga tidak wujud fitnah terhadap Islam. Manakala jika ia melibatkan fitnah antara kaum muslimin, maka perlu ada pihak yang membetulkan keadaan sehingga fitnah itu padam. Ini adalah sebab kaum muslimin saling memuhasabah sesama sendiri dalam konteks amar maaruf, nahiy mungkar dan sikap saling berkasih sayang. Kita diharamkan menanam sikap
assobiyyah dalam diri kita;

"Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah yang dikatakan assobiyyah? Jawabnya, bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman" [HR Abu Daud dari Watsilah bin Asqa]

Maksudnya, kalau kita nampak saudara (seIslam) kita buat salah (zalim) maka wajib kita hentikannya. Kalau buat dono, nanti terkena dosa bersyubahat, na'uzubillahi min zaalik.

Kesimpulannya, seperti awal email ini, saya katakan mungkin ada beberapa teknik lain yang tak dapat saya jangkau. Namun bagi saya, saya lebih menggemari teknik kedua, offensif secara ilmiah. Saya tak menggemari teknik defensif atau ultra defensif. Bagi saya, saya bukan pengutip sampah (recycler) tetapi saya suka membanteras orang yang buat kotor dengan sampah. Bagaimana dengan anda?

Layari
http://www.mykhilafah.com


19 October, 2009

On 10:28:00 AM by Aliza
Balik umah malam sabtu , teru kami mulakan projek.... en. somi lah yang bersusah payah mengemas itu ini....



wah... dah ada tv baru.. tapi kesian plak tv lama kan... terus takder mejanya.. takper, en. somi dah pindahkan tv kat dalam bilik kami....

On 8:58:00 AM by Aliza
Hari sabtu lepas, balik saja dari showroom, aku ajak en. somi pergi beli meja banquet. aku nak buat letak mesin jahitku, senang nak menjahit, yelah sejak-sejak dah ada mesin jahit tepi nih, so space kena lebih. kami pergilah carefour bandar Tun Husien Onn, mencari dan terus mencari meja seperti ini

tapi tettiba en. somi terberenti kat sini plak.. wah... cantik memang cantik tvnya.. aku memang dah pasang angan-angan dari dulu lagi, cuma kewangan masih belum mengizinkan, lagipun en. somi cakap tv kat umah tu elok g, jangan membazir. betul jugakkan.


wah.. makin banyak tvnya, macam-macam offer, terus aku terlupa tujuan sebenar ka Carefour.


aku tertarik dengan yang ini, salesman tu cakap tahan cerminnya, kalau kena ketuk tak pecah... hmmm bagus untuk kami sekeluargakan perasaan itu semakin hampir, rasa nak memujuk somi dan menarik moncongs panjang kalau tak dituruti


siap promosi.. sekali lagi aku terlupa, ada promosi ker meja yang kucari


akhirnya kami kepenatan melihat tv meja tu biarlah dulu


kak long pun dah letih.. tapi mana papa yerk....


hahahahaha... papa bawa trolilah.. tadi troli kosong.. sekarang dah ada isi yang besar-besar

hajatku tercapai juga untuk dapat tv baru LCD Tv... tapi apa plak cerita dengan meja mesin jahitku?

16 October, 2009

On 10:39:00 AM by Aliza in
"Za, aku tak bolehla za.." semalam sorang teman meluahkan apa yang dia rasa... "apa yang tak bolehnya?" aku nakkan kepastian dari dia. "aku tak boleh lupa dia, sampai ke hari ni dia masih ada dalam kepala dan hati aku, memang tak boleh lupa, nak buat macamner erk" jawap teman. aduh.. aku yang tergamam plak bila dengar pengakuan dia. anak dia dah 4, ni nak masuk yang kelima, tapi macamner masih tak boleh lupa.... "apa yang ko rasa? ko sengaja ingat-ingatkan dia ker? atau ingatan tu yang datang sendiri? sentiasa?" macam polis pencen aku. "ni pakwe yang mana ko takleh lupa nih? ko baru kenal ker? senang saja jawapan yang dia bagi kat aku.."pakwe lama, 1st love aku". Huh!!! terus aku buat kesimpulan sendiri.... sebenarnya panjang lagi perbualan kami dalam ym semalam, tapi taklah kesemua kucerita kat sini.. aku cuma nak share masalah teman itu saja.
sebenarnya apa yang aku nak kongsi ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.. just share. 1st love, atau cinta pertama, memang aku akui sukar untuk dilupakan, ibarat teman tadi, anak dah nak masuk 5, tapi hati dan perasaan masih teringatkan cerita lepas. kekadang kita sendiri bukan ada niat nak mengingati.. tapi selalu saja ada cerita yang akan mengaitkan hati, perasaan dan perjalanan cerita kita dengan cerita-cerita lepas. macam teman tadi, dia ada cerita yang kekadang dia ada termimpikan orang itu. bukan dia minta, walhal tak pernah terlintaspun pasal orang itu, tetapi tetiba bila malam dia menjelma dalam mimpi. tak kah pelik? bukan nak kata orang lain, aku sendiri ada ketika akan terkenang juga.. memang tak boleh lari dari semua tu, nak buat macamna kalau dah nak datang... hati dan perasaan bukan boleh diejas-ejas.
tapi betullah apa yang orang selalu cerita, cinta pertama bukan mudah untuk dilupakan, kekadang dibawa sampai kemati.... tapi yang peliknya, kalau masih terkenangkan cerita cinta pertama, kenapa perlu kita berpisah dengan dia? kenapa tak kahwin saja terus dengan dia? kan senang dah tentu hati dan perasaan hanya pada dia.......kenapa perlu kahwin dengan orang lain? jawapan yang aku boleh bagi untuk soklan ku sendiri... JODOH....
buat teman ku.. "tak salah untuk ingat... cuma ingatan tu kita saja yang tahu betapa jauhnya, tak salah untuk sayang.. cuma sayangtu hanya kita saja yang tahu betapa dalamnya.. jadi.. kalau boleh padamkan saja cerita-cerita lepas.. teruskan dengan apa yang kita ada hari ini.... bukankah baik kita menghargai apa yang kita ada sekarang... kalau betul sayangkan dia, biarkanlah dia bahagia dengan pilihan hidup dia, dan kita bahagia dengan pilihan hidup kita"


pst.. selalu dengar lagu Alya ~tak mungkin kerana sayang~ kadang2 hati aku tersentuh juga.. cuma aku dan tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati aku, apa yang aku fikirkan, apa yang aku kenangkan...cuma saat ini.. biarlah segala kenangan yang kekadang menjelma menjadi sejarah untuk hari esok rahsia di hati tak siapa yang tahu.

On 8:07:00 AM by Aliza in
pepagi tadi masa nak g keje, dengarlah radio hot fm. wah cerita pasal lagu hindustan dan kenangan dolu-dolu.. wah..wah..wah.. aku terus tersenyum sendiri... bila dengar lagu HUMKO HAMISE CHURA LO.. terus aku seperti di awan-awan.... terkenang za man itu.. ala zaman belajar dulu... boleh dikatakan setiap minggu ke jalan TAR cari cd hindustan... lagi2 bila ada movie baru, situlah pot kami serumah yang minat hidustan.. ada 13 orang kat umah sewa ku tu semua minat hindustan... kalau esok takde kuliah, malam ni semua layan hindustan kat pc. masa itulah masa banyak dihabiskan dengan cerita hindustan.... wah.. aku suker sangat kenangan itu....
lepastu kan korang, masa aku pegnenkan kak long, aku suka sangat nengok cerita hindustan yang ada prety zinta betul ker ejaanku hari-hari ku layan, sampai bila kak long lahir, huh.. lesung pipit sebijik macam cik prety, dua-dua belah plak tu... hehehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...