21 December, 2012
Lepas balik dari bercuti di utara saya terus uruskan urusan anak-anak.
Baju sekolah kak long ada sket lagi tak siap. Beg sekolah kak long dah beli.. Tahun lepas tak beli langsung beg sekolah kak long. Kasut sekolah dah beli, buku dah beli, alamak... pensil belom lagi. Hmmm nantilah.
Adik punya semua dah... Tinggal nak ambil kasut jer lagi. Alhamdulillah dah selesai....
Yeyyy jom boleh bercuti lagi...
![]() |
| Baju sekolah Adik |
![]() |
| beg sekolah kak long dan adik |
![]() |
| kak long dan adik punya |
05 December, 2012
SOALAN : ASSALAMUALAIKUM UZTAZ.SAYA NAK BERTANYA MENGENAI MENGAJAK ISTERI MENONTON FILEM LUCAH UNTUK TUJUAN MEMPELAJARI TENTANG CARA-CARA MELAKUKAN SEKS.INI KERANA ISTERI SAYA TIDAK BEGITU PANDAI MELAKUKAN SEKS DAN UNTUK MERANSANGKAN NAFSUNYA DULU SEBELUM MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN.APA PENDAPAT USTAZ?
JAWAPAN :
Wa'alaikumussalam, Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit.
Nabi SAW bersabda : Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain" Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga. Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-
Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 ) Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini. Nabi SAW bersabda :
Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )
Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
ust zaharuddin
15 Mei 2007

za: apalah pendek punya akal orang yang sibuk melihat hak orang lain....
02 December, 2012
29 November, 2012
![]() |
| Cantikkannnn |
![]() |
| perlukan gantian baru |
21 November, 2012
20 November, 2012
![]() |
| Buah Tarap yang dah bertahun tidak kujamah |
![]() |
| inilah bancuhan tepung untuk buat kuih |
![]() |
| Dah jadi kuih |
za: ayah suka goreng bijik tarap
17 November, 2012
Za: rindu ayah sangat.
23 October, 2012
![]() |
| kekanak yang paling seronok nak jalan walau dorang tak tahu apa tujuan sebenarnya berjalan tu. yang penting pada dorang ada kolam mandi. |
| Dah sampai jalan masuk. ada lebih kurang 15 minit lagi perjalanan untuk sampai ke destinasi. |
![]() |
| Sebelum chek in.. layan gambar dulu dengan adik. kak long??? hahahaha dia tukang ambil gambar sementara papa tengah sibuk dengan urusannya bersama kawan-kawan seperjuangannya. |
lebih setengah jam juga kami tunggu untuk dapatkan kunci bilik. aduyaiiii naik berkematu dah montot. tapi apa boleh buat... sabo jerlah. suasana kat sini ok, sejuk.. banyak pokok-pokok yang boleh dibuat teduhan... cuma rasa serabut macam dok bercuti dalam hutan pulak rasanya... hahahahaha..... bukan apa.. terlalu banyak hinggakan rasa macam tak sesuai... kawasan parkingnya pun tak berapa banyak.. jadi mungkin biliknya terhad.. so tak boleh nak buat aktiviti besar kat sini.
![]() |
| Tada...inilah biliknya dari arah pintu. memang cantik... kira sesuai untuk honeymoon punya hiasanlah. dengan wanginya...dengan sejuknya.. wallahhh |
![]() |
| cantikkan? memang cantik. cuma rasa tak best kalau tv ada channel astro tapi tadak channel tv3 hahahaha..... |
![]() |
| bila dah malam... suasananya memang romantik. tapi kat dalam jerlah. kat luar bilik memang dah mati terus, langsung takde aktiviti apa yang boleh dibuat. |
![]() |
| ini sajalah teman seperjuanganku sepanjang berkurung dan bertapa kat hutanni walau dihiasi dengan bilik yang cantik... |
12 October, 2012
05 October, 2012
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick. “Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla. Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain AliminApabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
za: memang dari kecil suka berangan-angan

02 October, 2012
Ayah,
kalau ayah ada, mungkin ija tak buat semua ni. sebab ija tau yang ayah tahu ija sayangkan ayah. kalau ayah ada, mungkin rindu tak sekuat ini.. sebab ija tahu.. ayah juga tak betah tanpa dengar suara kami anak -anak ayah.
minggu ni genab 6 bulan ayah pergi... sekejap sangat kan ayah. kalau ayah ada, macam-macam kita boleh buat... hmmm yelah.. perkataan kalau... sesiapa pun boleh berkalau bila hati rawan begini...
01 October, 2012
![]() |
| ini antara novel yang ada kat kedai buku, tak tahu nak pilih mana, sebab terlalu banyak penulis baru |
![]() |
| memula nak amik ni... pastu saya letak balik |
![]() |
| nak amik ni plak.. tapi iena kata tak best... |
![]() |
| last sekali.. ini yang dipilih buat pemulaan |

za: tengs Iena.... luv u so much.....
26 September, 2012
![]() |
| line kedua tak berapa terang, doktor cakap 50/50.. bila scan memang nampak sket. doktor suh datang lagi 2 minggu. |
![]() |
| capati buatan sendiri, cicah dengan sambal sardin |
![]() |
| putu mayam buatan sendiri |
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya ada zuriat yang ingin kau berikan buat ku, Kau berikanlah kekuatan buat dia untuk terus hidup dengan akal dan tubuh badan yang sihat, Kau panjangkanlah umurnya. Seandainya Ya Allah kau ingin mengujiku dengan rezeki yang sekejap, kegembiraan yang sekejap kerana zuriat ini tidak sihat akal dan tubuhnya, kau berilah petunjuk dan hidayahmu Ya Allah, berilah kekuatan buatku"
Sesungguhnya Nabi Allah s.a.w apabila duduk, maka sekumpulan dari sahabat juga akan duduk bersamanya. Ketika itu seorang anak kecil , anak kepada seorang sahabat, datang dari arah belakang ayahnya lalu didudukkan ayahnya di pangkuannya.
Maka Nabi bertanya kepadanya : Kamu cintakannya ?
Jawabnya : Wahai RasuluLLAH ! Aku mencintaimu ( ATAU ) ALLAH mencintaimu sebagaimana aku mencintai anakku.Maka ( selepas itu ) anaknya meninggal , dan lelaki tadi tidak lagi menghadiri majlis bersama RasuluLLAH kerana mengingati anaknya dan bersedih atas kematiannya. Nabi menyedari kehilangannya lalu bertanya : Manakah si Fulan , aku tak melihatnya di sini ?Maka para sahabat memberitahunya : Wahai RasuluLLAH , anaknya yang telah kau lihat dulu telah meninggal.Baginda terus menemuinya dan bertanyakan tentang anaknya. Dia memaklumkan kematian anaknya lalu Baginda mengucapkan takziah kepadanya lalu berkata : Wahai Fulan! Yang mana satu lebih kau sukai ,nikmati kehidupan kamu ini atau kelak kamu tidak akan sampai ke satu pintu dari pintu-pintu syurga dan kamu dapati anakmu telah mendahuluimu dan membukakan pintu untukmu?Dia menjawab : Wahai Nabi Allah ! Bahkan sudah tentu aku sukai jika dia mendahuluiku dan membukakan pintu syurga buatku.Maka kata Baginda : Maka begitulah keadaannya bagimu.Maka bertanya seorang sahabat dari kalangan Ansar : Wahai RasuluLLAH , moga Allah menjadikanku sebagai galang gantimu; apakah yang kau nyatakan tadi khusus baginya atau untuk kami semua ? Maka jawab Baginda :Bahkan ia adalah untuk kamu semua.
![]() |
| Segalanya berlaku dengan begitu pantas |
”Sesungguhnya mata ini menitiskan air mata dan hati ini bersedih, (namun) kami tidak akan mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami merasa sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
za: kecewa berkali kali. memang rahsia di hati tak siapa yang tahu, tapi Allah tahu mana yang baik dan mana yang tidak.
11 September, 2012
Kita selalu lalai tentang solat. dan selalu beranggapan, urusan dunia kita tak cantik sebab kita tak cukup masalah, sebab kita kekurangan danalah, kita kekurangan tenagalah, kita kekurangan itulah.. kita kekurangan inilah... bermacam-macam alasan yang berkaitan dengan "kekurangan" kita lemparkan untuk semua urusan dunia yang tak selesai selesai dengan baik. sedangkan kita tak tahu dan tak sedar.. kekurangan kita adalah SOLAT.. kita MALAS SOLAT!! kita anggap kita tak berhutang sesen pun dia Dia pencipta kita hingga kita raa angkuh untuk SOLAT dan membawa keluarga kita SOLAT bersama...
renung2kanlah selagi mata tak terpejam tak boleh buka-buka
za: selalu nampak dan pandang sahaja orang tak sedar bila-bla masa dia boleh jatuh tiada apa-apa
jom kerja..
za: :p
Petang semalam balik kerja, macam biasa saya trus ke parking. Alahai... Tak pernah-pernah ada kereta block sihitamku. Kalini myvi hitam plak yang block. Dahla tak tinggalkan no fon, handbrake pun tarik. Jenuh saya memikir macamne nak keluar. Alahaiiii makkk..... Last-last ku berjaya juga keluar menggunakan otak dan akal yang Allah bagi. Cuma driver kete tu je yang bertindak tak guna akal dan otak.
Dan rasanya ada pengajaran yang dia dapat semalam....
Adiosss....
07 September, 2012
Banyak cerita yang saya baca dari pengalaman orang lain.. Cerita-cerita di surat khabar.. Memang ada betulnya cerita di keratan akhbar ini.
Tapi kita acapkali menyalahkan faktor lain sebagai punca sesuatu musibah itu.. Sedangkan kita tahu.. Akar dan tiang hidup kita ini adalah SOLAT.
Betullah kata-kata..
"iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yg bertakwa"..
Nauzubillah.. Memohon petunjuk dari Allah untuk kehidupab hati ini dan esok... Dan selamanya.
Kekadang kita suka mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain, di atas toleransi orang lain, hingga kita meletakkan sesuatu hukuman ke atas orang lain seandai tidak melakukan toleransi dan kebaikan itu. Tak kiralah dalam bentuk apa jua hukuman itu.. Baik dalam perbuatan, tindakan atau kata-kata. Allah maha kaya.. Renung-renungkanlah..
28 August, 2012
za: rindu bau baby
Search
Total Pageviews
Popular Posts
Blog Archive
Kengkawan
-
-
-
1001 kisah sedih7 months ago
-
-
-
-
-
-
Kuey Teow Kerang mudah7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Life in 20169 years ago
-
hati hati9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
cribriform11 years ago
-
-
-
-
-
-
MH37012 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Kehamilan Kembar14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





























