29 June, 2010

On 12:45:00 PM by Aliza
Korang, arini aku rasa macam terganggu sket, ntah napa... tapi memang rasa lain sket perasaan tu. hmmm.. so, hasil daripada perasaan aku yang kacau bilau sket tu.. terhasillah kira-kira aku ni kehkehkehkeh... mari kita kongsi sesama yer.. bukan apa, saja jer nak wat perbandingan sket, tapi yang jelasnya aku tak tujukan kepada sesapa pun, hanya tujukan untuk diri sendiri, untuk papa dan untuk anak-anak aku yang lain.
mari kita nengok apa yang aku dah buat dan apa yang aku dah kira...

sekang umur Qaireen dah 22bulan. itu tandanya dan 22 bulan juga dia minum susu ibu, tak campur susu lain. dan itu juga tandanya aku tak tahu berapa harga pasaran susu formula setin atau yang refill sekang..

A.)
Qaireen = 22bulan

minum susu ibu selalma 22 bulan adalah free. cuma aku terpaksa beli beberapa peralatan yang berguna untuk membantu aku melaksanakan ekspedisi bf aku.

1. Set pam susu = RM600
2. Deep freezer = RM700
3. Storage untuk EBM = RM60
4. Servis pam n gajet2 beserta penggalak susu = RM200

so semua kosnya = RM1560.00

kalau Qaireen minum susu formula pula,

Qaireen 22 Bulan
susu formula anggaran yang cikai-cikai = RM30

so jumlah susu formula yang perlu dibeli hingga adik umur sekarang 22 bulan (belum kira sampai adik 2 tahun) adalah RM2640.00

jadi perbezaan RM kalau adik minum susu formula dengan susu Ibu adalah RM1080.00. (ini kiraan cuma setakat ni jer, belum kira lagi sampai adik umo 3, 4 tahun)

banyak bezanya kan.. Syukur sangat sebab adik minum susu ibu. pam susu dan deep freezer boleh guna lagi nanti kan, tak rugi kan. tin susu formula boleh simpan kuih raya.

B.)
ni lampin adik plak.
Qaireen mula pakai lampin kain moden (CD) masa umo 4 bulan. so hingga sekarang adik dah 18bulan pakai CD. kita kira yer.

harga Cd masa tu sekeping RM30, RM25, RM39. jadi aku anggarkan CD adik semuanya dalam rege RM1000.

kalau Qaireen pakai lampin pakai buang selama 18 bulan,
lampin pakai buang yang biasa adik pakai masa tu 1 beg = RM39.90, sebulan adik pakai 2 beg:

sebulan kos lampin pakai buang adik = RM39.90 x 2 = RM79.80.
18 bulan kos lampin pakai buang Qaireen = RM79.80 x 18 = RM1436.40

jadi beza kos adik pakai CD dengan lampin pakai buang adalah RM436.00 (itu kira adik pakai selama 18 bulan jer, belum dikira sehingga umo adik 3 tahun, korang leh kira sendiri, tapi kos pakai cd tetap sama.) banyakkan bezanya.

jadi cukup setakat ini bebelan ibu Alizareesya kehkehkehkeh.. sebarang pertanyaan atau tak puas hati boleh bagi comment jer yer, cuma rasanya semua ok kot, sebab ini cuma kira-kira dalam keadaan stabil...


nota ibu: fuh jimat sungguh belanja adik, berbeza dengan belanja yang dikeluarkan masa kak long dulu kehkehkehkeh.... jadi kesimpulannya, gunalah kemudahan yang free dan sedia ada dan gunalah LAMPIN KAIN MODEN WUDDAH. wakakakakakakakaka
On 9:35:00 AM by Aliza
"Kita perlu mengamalkan konsep masa berkualiti dengan ahli keluarga kita". Demikianlah saranan yang sering kita dengar hampir setiap hari. Ramai yang bersetuju dengan saranan ini. Dalam kesibukan kita mengejar masa dengan urusan seharian, kita tidak lagi mampu untuk meluangkan banyak masa dengan ahli keluarga yang lain. Untuk itu, masa berkualiti adalah alternatifnya. "Apa guna meluangkan masa berjam-jam dengan anak jika ianya tidak diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat?", itu rasionalnya.

Setelah sekian lama kita disarankan dengan konsep masa berkualiti ini, fahamkah kita akan maksudnya yang sebenar? Apa yang dimaksudkan dengan masa berkualiti dengan keluarga? Apakah ia bermaksud "ke-ber-ada-an" kita dengan mereka? Apakah dengan ber-adanya kita dengan mereka itu dapat ditakrifkan sebagai meluangkan masa secara berkualiti? Ataukah ada aspek lain yang lebih penting dari semata-mata berada dalam lokasi yang sama pada sesuatu masa?

Jika kita ingin mengatakan bahawa kita meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak, apakah corak kegiatan yang kita lakukan? Apakah kekerapan kita melakukan kegiatan tersebut? Dengan segala kegiatan dan kekerapan ini, apakah unsur lain bagi mengesahkan yang masa tersebut telah diisi secara berkualiti?

Memang sukar untuk mendefinisikan maksud masa berkualiti. Walau bagaimanapun, saya ingin cuba untuk memberi definisi yang pada saya dapat menggambarkan maksud masa berkualiti ini.

Masa berkualiti merujuk kepada satu masa di mana sekumpulan orang meluangkan masa secara bersama dengan melakukan sesuatu yang bersifat interaktif dan memberi makna kepada semua yang terlibat.

Jangkamasa bersama itu tidak penting tetapi ia mestilah memadai untuk menyelesaikan sesuatu aktiviti. Aktiviti yang bersifat interaktif memerlukan kedua-dua belah pihak berinteraksi sesama sendiri ketika melakukan perbuatan tersebut. Di masa yang sama, aktiviti dan interaksi yang berlaku mampu memberi makna kepada semua pihak yang terlibat. Ini bererti interaksi tersebut berhasil untuk mendatangkan manfaat kepada semua yang terlibat baik dari segi mengeratkan hubungan, mengenali di antara satu sama lain dan sebagainya.

Jadi, dalam konteks keluarga, makan malam bersama di mana semua ahli keluarga makan bersama sambil bercerita tentang apa yang berlaku kepada mereka sepanjang hari boleh dianggap sebagai satu masa yang diluangkan secara berkualiti. Begitu juga dengan keluarga yang bermain board games bersama. Ia nampaknya bermain tetapi melalui interaksi tersebut berbagai makna yang tersurat dan tersirat dapat dirasai oleh semua yang terlibat. Begitu juga dengan bersukan, menolong anak membuat kerja sekolah, mengajar anak mengaji dan seumpamanya.

Sebaliknya, sebuah keluarga yang menonton televisyen bersama tetapi masing-masing asyik dengan cerita yang ditonton tanpa bercakap sepatahpun, melainkan "Minta kuaci tu sikit!", bukanlah meluangkan masa mereka secara berkualiti. Sebaliknya, mereka hanya menonton bersama. Begitu juga ibubapa yang meminta anak-anak membantunya mencuci kereta. Sekiranya aktiviti tersebut tidak disetujui oleh anak-anak dan tiada interaksi semasa melakukannya, sebaliknya hanya ingin menyelesaikan tugas tersebut, maka ia bukanlah satu luangan masa berkualiti. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa aspek penting dalam masa berkualiti ini ialah interaksi yang bermakna.

Dengan definisi ini, saya boleh mengatakan bahawa kita masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan sesiapa sahaja tanpa berada di satu lokasi dengan mereka. Sebagai contoh, ibubapa masih boleh meluangkan masa berkualiti dengan anak mereka yang menuntut di luar negara melalui telefon, misalnya atau surat, atau e-mail.

Walaupun ada jurang antara masa ibubapa menulis surat dengan masa anak membacanya, masa ini boleh dianggap sebagai masa berkualiti kerana apabila anak membaca surat tersebut, ia merasa hampir kepada ibubapanya, disayangi dan dirindui. Pastinya, ini hanya berlaku jika kandungan surat tersebut mengandungi luahan rasa serta nasihat yang bermakna kepada anak-anak dan bukannya satu notis penghantaran wang saku semata-mata.

Sebagaimana yang kita tahu, konsep masa berkualiti ini adalah satu konsep yang secara relatifnya baru. Kalau tidak silap, ianya mula disarankan dalam tahun 1980an. Jika demikian, apakah konsep masa berkualiti ini hanya timbul dalam zaman ini sahaja? Apakah di zaman lampau atau 30 tahun yang lalu, ahli masyarakat mempunyai begitu banyak masa sehingga mereka tidak perlu kepada penggunaan masa berkualiti? Apakah 50 tahun yang lalu, seorang bapa mampu meluangkan 4 jam sehari untuk anak-anaknya dan seterusnya generasi yang lebih awal dari itu meluangkan masa 6 jam sehari bersama anak-anaknya? Bagaimana pula keadaan generasi yang terdahulu? Bagaimana dengan Junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w?

Rasulullah s.a.w, sepertimana yang kita tahu, merupakan seorang manusia biasa. Ini bermakna seperti manusia yang lain, Baginda memainkan banyak peranan dalam hidupnya. Baginda merupakan seorang hamba Allah, seorang individu yang ada keperluan sendiri, seorang suami, seorang ayah, seorang datuk, seorang Rasul dengan segala tanggungjawab dakwah dan tidak terkecuali, Baginda merupakan seorang negarawan. Namun, dengan segala kesibukan ini, Baginda tidak sesekali mengabaikan keluarganya.

Baginda Rasulullah s.a.w. sentiasa memastikan bahawa Baginda meluangkan masa dengan ahli keluarganya, baik dengan isteri-isteri Baginda, anak-anak, juga cucu-cucunya. Kita juga tahu, pada suatu ketika, Baginda yang pada saat itu memiliki sembilan orang isteri, memastikan bahawa Baginda melawat kesemuanya pada setiap hari. Kini terbukti bahawa lawatan-lawatan tersebut bukan semata-mata untuk makan dan tidur, tetapi lebih dari itu. Hasilnya, isteri-isteri Baginda semuanya terkenal sebagai pendakwah yang terkemuka, menjadi tempat rujukan masyarakat Islam pada ketika itu dan ada di antaranya yang menjadi perawi hadis yang berwibawa. Ini menunjukkan wujudnya penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan Baginda serta kejayaannya. Tidakkah kita merasa terpanggil untuk mengetahui bagaimana Baginda melakukannya agar kita juga dapat manfaatnya?

Jika kita membaca sirah Rasulullah, kita dapati bahawa walaupun interaksi Rasulullah dengan para isteri baginda berlaku dalam jangka waktu yang singkat, tetapi berbagai ilmu yang telah diturunkan kepada isteri-isteri Baginda. Ini terbukti bila isteri-isteri Baginda meriwayatkan sesuatu hadis yang diperolehi semasa mereka bersama Rasulullah. Bukan dengan isteri-isteri Baginda sahaja, anak baginda, Fatimah Az-Zahrah juga tidak kurang pengetahuannya hasil dari didikan ayahnya itu. Kita juga sering terbaca kisah Rasulullah bermain-main dengan cucunda Baginda, Hasan dan Husin.

Ternyata pemakaian konsep masa berkualiti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat. 50 tahun dahulu misalnya, bila mana keluarga Melayu bergantung kepada pertanian sebagai punca pendapatan, ibubapa juga sibuk mencari rezeki. Pastinya, mereka juga cuba mendekati anak-anak mereka dan mengajar anak-anak tentang apa yang perlu mereka tahu. Ada di antara mereka meluangkan masa bersama anak sambil mengajar mereka membuat pedang, gasing, memesin getah dan sebagainya. Ini juga boleh dianggap sebagai peluangan masa secara berkualiti.

Pembangunan teknologi maklumat kini pastinya meninggalkan kesan kepada penggunaan konsep masa berkualiti dalam kehidupan seharian kita. Alat-alat canggih dalam era teknologi maklumat ini, seperti alat teknologi lain, boleh digunakan untuk kebaikan keluarga, mahupun sebaliknya. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan kualiti hubungan keluarga, namun tidak kurang yang melihatnya sebagai penghalang kepada hubungan kekeluargaan itu sendiri. Ini semua bergantung kepada kebijaksanaan kita menggunakannya.

Laporan Lexmark tentang "Computing and the American Family" (Berita Harian, 18 Disember 1996) menemui bahawa dari segi komunikasi, ramai mengakui bahawa komputer telah memberi lebih masa berkualiti kepada keluarga. Penggunaan komputer dalam keluarga telah menjurus kepada komunikasi yang lebih antara ahli keluarga, saling berhubung dan berinteraksi. 74% responden melaporkan mereka menggunakan e-mail untuk saling berhubung dengan rakan dan ahli keluarga. Manakala 63% yang menggunakan internet mengakui internet telah membolehkan jalinan perhubungan dipelihara. Komputer telah digunakan untuk jalinan perhubungan peribadi dengan rakan-rakan (77%) dan keluarga (71%).

Itu dari segi penggunaan e-mail. Selain e-mail, terdapat berbagai laman web yang berasaskan keluarga yang boleh dilawati bersama oleh sesebuah keluarga dan diambil manfaat darinya. Selain laman web bersifat keluarga, banyak laman web lain yang boleh memberikan manfaat kepada ahli keluarga secara bersama. Misalnya, ibu dan anak perempuan yang menggemari fesyen terkini, mereka boleh melawat mana-mana laman web tentang fesyen secara bersama. Begitu juga dengan bapa dan anak lelaki, mereka boleh melawat laman web permainan sukan tertentu secara bersama. Ini tentunya akan memberi kesan positif terhadap ikatan (bonding) antara anak-beranak.

Begitu juga dengan telecommuting. Bekerja di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana ia memberikan ahli keluarga peluang yang lebih untuk berkongsi masa berkualiti (New Straits Times, 20 Februari 1999). Ini lebih bermakna bagi golongan ibu tunggal di mana mereka tidak perlu risau untuk memikirkan hal penjagaan anak jika ingin keluar bekerja.

Ada orang yang tidak percaya bahawasanya konsep masa berkualiti ini boleh berjaya. Bagi mereka, masa berkualiti hanyalah satu alasan ibubapa untuk meluangkan sedikit masa untuk anak-anak tanpa merasa bersalah (http://www.ozemail.com.au/~chriskaz/attachparent/. Bagi golongan ini mereka berpendapat bahawa kita perlu meluangkan masa yang banyak untuk anak kita sekiranya kita mahu mereka membesar dengan sempurna. Dalam kata lain, mereka percaya kepada konsep masa berkuantiti. Satu golongan yang lain pula atas sebab-sebab tertentu hanya bersama anak-anak bila ada kesempatan. Namun, bagi saya, antara kedua-dua ekstrim ini, konsep masa berkualiti walaupun tidak sempurna merupakan alternatif terbaik untuk keluarga zaman kini, terutamanya yang kedua suami-isterinya bekerja.

Sumber : http://www.ikim.gov.my/

28 June, 2010

On 3:04:00 PM by Aliza

Saja ingin menyampaikan... mari kita kongsi bersama

*Sertai kami sebagai fans di Facebook : wuddah

On 11:36:00 AM by Aliza

Seorang lelaki mengunjungi Umar bin al-Khattab untuk mengadu perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu, menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun. Maka lelaki itupun beredar sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirul-Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi sudah beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul-Mukminin, aku datang untuk mengadu perangai isteriku yang buruk dan suka berleter di hadapanku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku, jika beginilah keadaan Amirul-Mukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku.”

Umar berkata kepadanya: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makananku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya.”

Lelaki itu menjawab: “Wahai Amirul-Mukminin, demikian jugalah isteriku? Umar pun berkata kepadanya: “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya itu tidak lama, hanya seketika saja.”

Lihat jawapan Umar, “padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.”

Memanglah BUKAN wajib untuk isteri menjalankan kerja-kerja seperti membersih rumah, mencuci pakaian, mengasuh anak-anak dan menyediakan makanan, dan suami TIDAK boleh paksa isteri melakukannya.

Ia merupakan satu BONUS jika isteri dengan rela hati melakukannya, berpahala jika dapat menenangkan dan menggembirakan hati suami.




za: selalu membebel dan berleter sampai orang naik muak. tak salah sekiranya saling bantu membantu, hamba Allah itu sudah diciptakan untuk saling melengkapi.

27 June, 2010

On 4:56:00 PM by Aliza in
Dah lama tak berjalan dan menziarah blog kengkawan. Hari ni aku berkesempatan melawat blog Suhail. aku suka tiap entry yang ada disitu. tetiba aku terbaca entry ni.. dan aku suka statement ni..

"Aktiviti sebegini sangat penting bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan lebih-lebih lagi apabila ahli keluarga tinggal berjauhan dan jarang bertemu. Buatlah saja apapun aktiviti seumpama ini. Tengok wayang, berkhemah di hutan, berjogging di taman, mengemas laman, dan apa saja.. yang penting BERJEMAAH. Pasti tak sia-sia."

Setiap perkara yang tidak disertakan padanya nama ALLAH maka ia akan menjadi sia-sia (lagha), senda-gurau serta main-main kecuali empat perkara. Suami yang bercanda dengan isterinya, seorang yang melatih kudanya, seorang yang sedang memilih antara dua sasaran dan seorang yang berlumba dalam sukan renang.

- Hadis riwayat al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, hadis no: 2312.

untuk cerita penuh korang masuk sini



cerita za: bila jarang bertemu kerana jarak atau macam-macam alasan, gunalah ruang yang ada sebaik mungkin untuk membahagiakan dan buat mereka yang kita rindui dan kasihi sentiasa ketawa.

25 June, 2010

On 3:50:00 PM by Aliza in
Adik dengan Wuddah Bamboo Printed Genius Kid
Jenuh nak suruh dia berposing, nak tayang CD baru
Ini insert baru, 4 layer, lebih tebal dan lebih menyerap
yang ni plak Autumn Dream.
kain luarnya lembut sangat, materialnya superb..fuh!! sangat puas hati, nengoklah extra buttonnya.   
nampak lebih kemas dengan extra button yang dibuat.
New design
abaikan kaki modelnya yer
so kita boleh kemaskan lagi CDnya, adik pakai selesa, ibu pun puas hati
senyuman paling manis adik sebab dapat 1st cd bamboo printed. printed bamboo pertama yang aku jumpa.
model CD
"lepasni adik nak pau cd mana plak yer...."

pesanan ibu: rasa puas hati sangat bila dapat cd bamboo printed pertama. memang puas hati. biarpun regenya agak mahal, tapi rasa puas hati. so mari kita cari cd bamboo printed brand lain.. rasanya belum ada, ini yang pertama.
On 10:19:00 AM by Aliza in
Salam, Harini dengan rasminya Wuddah lancarkan banyak produk baru, antaranya cd printed bamboo... rasanya belum pernah nengok lagi bamboo printed. so, marilah kita cuba.


Item : Snap Button Bamboo Cloth Diapers/Nappies
Design option:

Genius Kid,Cute Butterfly,Pink Dot,Autumn Dream, Football Fever,White Galaxy
Material:
Cover (outer): 100% polyester + waterproof
Cover inside: 98% bamboo 2% polyester
Insert:
1 layer: 98% bamboo 2% polyester
3 layers: 100% microfiber
Contain : one set include one diaper cover and one insert

New features:

1. New button style to overcome 'wing drop' problem
2. 4 layers insert.
3. Extra button on left wing to well fit new born baby.



22 June, 2010

On 11:42:00 AM by Aliza in
Senyuman paling manis

Tunjuk jam kak long

ntah apa yang dibuatnya tu

Budak lasak...

On 10:25:00 AM by Aliza in
Produk baru Wuddah lagi....

Product Information
Material: 100% Soft Cow and Sheep Leather
Size option: 0-6 months / 6-12 months / 12-18 months / 18-24 months
Design option: White Flower, Pink Flower, Black Stripe, Red Soccer, Blue F1, Green Ladybird

Features:
1. Durable and breathable
2. Soft Flexible and interesting bright colour - most suitable for growing baby
3. catchy design
On 9:01:00 AM by Aliza
Ni petikan email yang aku terima pepagi tadi... mari kita kongsi-kongsikan.

Survei yang dilakukan oleh AOL Living dan majalah Women’s Day menunjukkan, lebih dari 50 persen wanita mengungkap, lelaki yang dinikahinya bukan pasangan jiwa yang tepat. Mereka bahkan terkadang berpikiran menyesal telah menikah.

Survei dilakukan pada 35.000 wanita dan hampir 50 persen mengatakan kepribadian suami adalah hal pertama yang membuat mereka jatuh cinta. Namun, ketertarikan itu memudar setelah menikah. Sedangkan selebihnya mengungkap, kepribadian suami masih menjadi hal paling menarik, meski setelah menikah.

Sebanyak 52 persen wanita tidak percaya dengan takdir dan dongeng yang berakhir bahagia selamanya. Artinya, mereka tidak terlalu yakin bahwa suaminya adalah jodoh yang tepat baginya. Lalu, sebanyak 72 persen mengungkap pernah berpikir untuk meninggalkan pasangan.

Walaupun begitu, sebanyak 71 persen berharap mempertahankan pernikahan sampai akhir hidupnya. Untuk kehidupan seksual, lebih dari 50 persen wanita mengaku merasa bosan dan tidak ingat bila kali terakhir bercinta.

Sekitar 60 persen mengaku jarang atau tidak pernah ada kencan lagi setelah menikah. Dan lebih dari 50 persen para wanita berharap suaminya memiliki pendapatan yang lebih baik. Lalu, hampir 50 persen mengatakan suami mereka menjadi jauh lebih buruk setelah menikah.

Melalui survei, setidaknya Anda tahu bahwa pernikahan tidak selalu berakhir bahagia selamanya. Tetapi, jangan lantas Anda menjadi takut menikah atau tidak menghargai pernikahan.


21 June, 2010

On 8:12:00 AM by Aliza
Rasa seperti "dia" hadir lagi......

18 June, 2010

On 3:59:00 PM by Aliza
Orang yang dicintai akan merasa bahagia.
Bahagianya bukan kerana dicinta.
Tetapi dia dicinta kerana bahagianya.

Apa itu bahagia? Dimana bahagia?
Adakah bahagia datang kerana nasib?
Orang kaya sajakah yang bahagia?
Orang berjaya sajakah yang berasa gembira?

Tidak Tidak Tidak!
Semua orang berhak merasa bahagia.
Bahagia bukan bergantung pada nasib.
Bahagia bukan pada keadaan.
Bahagia bergantung pada bagaimana nasib dan keadaan itu diterima.

Seorang pesakit barah kronik berkata ;
Saya bernasib baik dan masih gembira walaupun menghidap penyakit barah kronik.
Kerana penyakit ini, saya ditakdirkan boleh menjangka pada tarikh bila saya akan mati.Jadi, saya dapat minta maaf dan terima kasih kepada rakan-rakan, keluarga dan ibu bapa. Saya merasa gembira, puas dan bahagia" Usah dikata "Saya tidak bahagia. Saya tidak gembira."

Kerana…kalau begitulah yang dikata, maka begitulah yang dirasa, begitulah jadinya. Kata-kata itu doa. Doa yang dikota oleh si Maha Pencipta. Orang yang tidak merasa bahagia, selalu terlupa nikmat yang ada. Orang tak bahagia sentiasa hendakkan apa

yang tiada.
Yang tiada itulah yang dikira.
Yang ada depan mata langsung tidak disyukurinya.
Pabila rasa syukur tiada, maka hilanglah rasa bahagia.
Semua orang berhak bahagia.
Sesiapa saja boleh bahagia.

Untuk bahagia tidak perlu kaya.
Bahagia bukannya pada benda atau harta.
Bahagia itu perasaanlah yang merasa.
Bahagia itu pada kesedaran adanya.

Usahlah dipinta bahagia pada sesiapa.
Kerana bahagia itu ada dalam diri manusia.



Nasihat: Rasa bahagia bukan apabila dicinta,tetapi untuk dicinta perlu rasa bahagia. dan za rasa bahagia bersuamikan dia.
On 3:42:00 PM by Aliza
* To fall in love.
* To find mails by the thousands when you return from a vacation.
* To go for a vacation to some pretty place.
* To listen to your favorite song in the radio.
* To go to bed and to listen while it rains outside..
* To leave the! shower and find that the towel is warm.
* To clear your last exam.
* To receive a call from someone, you don't see a lot, but you want to.
* To find money in a pant that you haven't used since last year ...
* To laugh at yourself looking at mirror, making faces.:)))
* To laugh without a reason.
* To accidentally hear somebody say something good about you.
* To wake up and realize it is still possible to sleep for a couple of hours.
* To hear a song that makes you remember a special person.
* To be part of a team.
* To watch the sunset from the hill top.
* To make new friends.
* To feel butterflies! in the stomach every time that you see that person.
* To use a sweater of the person that you like and find that it still smells of their perfume.
* To take an evening walk along the beach.
* To have somebody tell you that he/she loves you.
* To laugh .......laugh. .......and laugh ...... remembering stupid things done with stupid friends.

These are some the best moments of life....



za nak menjerit: banyak sangat moments dalam hidup za, sampai rasa susah nak hidup.
On 10:15:00 AM by Aliza
Pagi-pagi hari tadi lepas solat subuh tetiba hati aku jadi sayu. ntah kenapa, mungkin sebab kesan dari mood aku yang tak ok semalam kot. tapi harini pun sebenarnya mood aku masih tak ok. kepala aku kusut sangat rasa. masa dala kete nak g keje aku masih rasa sayu... rindu kan anak-anak ker? atau rindukan bapa anak? huh!! tak tahu plak aku jadiknya. sambil nyanyi-nyanyi sumbang dalam kete terus aku tahu napa aku rasa sayu.. aku tengah dalam kerinduan rupanya..... aku rasa rindu sangat... aku jadi rindu kepada cinta hati aku yang aku kenal 10 tahun lepas. memang dia bukan cinta pertama, tapi entah kenapa hari ni aku asik teringatkan dia. tringat sangat. rasa macam terlalu jauh dari dia.. macam dah bertahun-tahun tak berjumpa. tetiba aku teringat zaman bercinta dulu.. kekekekekeke kelakar sangat... masa tu "segala-galanya hanya untukmu". rasa seperti ingin selalu berada di samping dia, tidak mahu terlepas dari memandang dia. serasa ingin bercinta lagi. perasaan apakah itu?
hingga ke saat aku postkan cerita ni, aku masih dapat rasakan kerinduan itu, apa tandanya ni erk???

ni gambar pertama yang kami ambil masa memula kenal.. gambar lama, tapi cukup touching, sebab masa ni aku belum kenal siapa dia.. dan dia masih belum boleh nilai hati budi aku lagi...


suara hati za: adakalanya kerinduan itu terlalu cukup menjerat hati...

17 June, 2010

On 10:56:00 AM by Aliza

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."



suara hati za: cinta hanya perlu pengorbanan dan tak perlukan sebab. tetapi cinta pd Allah dan Rasul kekal selamanya itu cinta za.
On 10:33:00 AM by Aliza

SAlam semua, saya saja ingin sharing-sharingkan dam menghebahkan satu peraduan yang dianjurkan oleh Awrastore.com. (lampin kain moden Wuddah)

PERADUAN BONANZA SIMANJAKU (15hb JUN – 15hb DISEMBER 2010)

 

HADIAH UTAMA      Sebuah TV LCD 32"

(dipilih berdasarkan pemenang bulanan )

 

HADIAH PERTAMA – 1 x Pemain DVD

 

HADIAH KEDUA    -  2 x Penyimpan air panas elektrik

 

HADIAH KETIGA   -  3 x Periuk nasi elektrik

 

HADIAH KEEMPAT   -  4 x Kipas kotak elektrik

 

HADIAH KELIMA   - 5 x Pemanas air elektrik

 

HADIAH KEENAM - 6 x Pembakar roti elektrik

 

HADIAH BULANAN – Voucher diskaun bernilai RM 1,500.00

                                        (5 pemenang untuk setiap bulan dari 15 Jun sehingga 15 Disember 2010)

                                               

 

Sila klik:

Borang Penyertaan "Peraduan Bonanza Simanjaku 2010"


Beli mana-mana produk keluaran WUDDAH (sekurang-kurangnya RM100.00) dan                    anda berpeluang menyertai dan memenangi hadiah-hadiah menarik. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak borang penyertaan, setiap borang hendaklah disertakan dengan resit pembelian asal.

 

Terma & Syarat Peraduan :

 

1.Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, Brunei dan Singapura yang berumur      18 tahun ke atas kecuali kakitangan dan agen AMS AWRA SDN BHD serta keluarga terdekat.

2.Salinan borang penyertaan boleh digunakan. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak   borang penyertaan. Setiap borang hendaklah disertakan dengan resit pembelian yang asli.

3. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

4. Semua hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik atau ditukarkan dengan wang tunai.

5. Peraduan ini bermula dari 15hb Jun 2010 dan berakhir pada 15hb Dis 2010 pada jam 5.00  petang.

6.Untuk hadiah utama LCD 32" pemenang akan dipilih daripada pemenang bulanan. Hadiah lain adalah terbuka kepada semua peserta.

7.Peserta hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja untuk peringkat akhir peraduan.

8. AMS AWRA SDN BHD berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah tersebut dengan hadiah lain tanpa sebarang notis.

9. Pemilihan pemenang adalah muktamad mengikut pertimbangan pihak penganjur berdasarkan jumlah PENYERTAAN DAN TESTIMONI TERBAIK. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

10. Hadiah hendaklah dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemberitahuan, tuntutan selepas tempoh tersebut tidak akan dilayan.

11. Pemenang hadiah akan diumumkan melalui pos/akhbar/telefon dan laman web www.awrastore.com

12. Hanya penyertaan melalui POS sahaja akan diterima. Bukti penghantaran POS bukanlah bukti penerimaan.

13. Penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas atau penghantaran lewat secara automatik terbatal dengan sendirinya.

14. Pihak penganjur dan agensi-agensinya berhak menggunakan nama atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, iklan dan perdagangan tanpa membayar saguhati atau memberi notis.

15. AMS AWRA SDN BHD juga berhak mengubah, membatalkan atau menambah syarat dan terma peraduan ini tanpa memberi sebarang notis.

17. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju mematuhi terma dan syarat dari pihak penganjur.

 

Borang penyertaan hendaklah di hantar ke alamat :

 

"Peraduan Bonanza Simanjaku 2010"

AMS AWRA SDN BHD

No. 58, Tingkat 1, Jalan jujur,

Bandar Tun Razak,

56000 Cheras Kuala Lumpur.



--
http://alizareesya.blogspot.com
On 9:29:00 AM by Aliza in
Salam korang. aku just nak sharing-sharing ngan semua blogger yang selalu menziarah aku hehehehehe. jom, kalau berminatlah. join peraduan bonanza SIMANJAKU - Wuddah . syarat2nya mudah ajer. korang leh klik kat gambar kat bawah ni untuk detailnya yer. ok selamat berperaduan.


Hadiahnya lumayan-lumayan belaka...

HADIAH UTAMA – Sebuah TV LCD 32”
(dipilih berdasarkan pemenang bulanan )

HADIAH PERTAMA – 1 x Pemain DVD

HADIAH KEDUA - 2 x Penyimpan air panas elektrik

HADIAH KETIGA - 3 x Periuk nasi elektrik

HADIAH KEEMPAT - 4 x Kipas kotak elektrik

HADIAH KELIMA - 5 x Pemanas air elektrik

HADIAH KEENAM - 6 x Pembakar roti elektrik

HADIAH BULANAN – Voucher diskaun bernilai RM 1,500.00
(5 pemenang untuk setiap bulan dari 15 Jun sehingga 15 Disember 2010
)

Nota kaki tangan za: Tuan umah Wuddah, za join contest boleh tak?

16 June, 2010

On 12:03:00 PM by Aliza
Part 1
video

Part 2
video

Part 3

Part 4
video


post:5/5/10
On 10:41:00 AM by Aliza

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang

ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan.

Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia takdpt

lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share

yg buat I tak boleh tido mlm tadi. Razali kata ni Firaun modern.

Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume

rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau

lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran... Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas. Apa punya manusia ni, kata Razali Awang. Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza.

Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat

kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat

Palestine. Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir.tapi dgn

pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah charge

naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel. tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara

Islam lain..UIA pun dah bagus!!!) Gaza Palestine terbahagi kepada 2 Hamas dan Fatah.Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata

rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat

Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi

dia mention Hashim. Beautiful country, iklim Mediterranean. boleh kalahkan

Los Angeles kalau tak kerana peperangan. Hamas Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime.

Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap. Kalau anda dtg

lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi&quot like they know they

can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel. punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati

syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2

yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati

syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israeltak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn... Rakyat Palestine sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke;terpaksa dibuat tanpa bius.

Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2

kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus

..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit.Razali kata tak

de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang

sikit2 here and there. Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang.

Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak

pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran

kita ni ha...yg paling dekat SINGAPURA So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel. So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada.. Wasalam.




nota za: petikan dari email yang diterima pagi tadi. saja ingin berkongsi. betapa untungnya hidup di Bumi Allah Malaysia ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...