photo header2-1.png

Tak ada yang menuntut ole-ole

Aku tunggu punyalah tunggu, sekang jam dah dekat jam 4 petang. so masih belum ada yang email aku bagi tau bahawa dia adalah mengunjung bertuah... dia tak perasan kot hehehehe takpelah.. so sekang dengan rasminya kita declare takder pengunjung bertuah yer.. dan ole-ole ni aku akan bagi kepada siapa yang dulu dapat bagi aku tajuk dan nama penyanyi lagu yang aku suka dengar ni.. ada dua lagu yang aku suka dengar, yang pertama macam ni lagunya .....

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang
Menjelma lagi
Terbayang saat-saat
Yang manis
Ketika bersama dahulu

Tak tertahan menanggung rindu
Disaat kau berjauhan dariku
Bayangmu selalu datang menjelma
Membuat teguhnya cintaku

( korus )
Oh sayangku hulurkan tanganmu
Bersama kita bergandingan
Berdua menuju arah bahagia
Melalui liku-liku kehidupan
Pahit manis kita hadapi bersama
semoga kita berdua berbahagia...

Dikala ku keseorangan
Kenangan pun datang menjelma lagi
Terbayang saat-saat yang manis
Ketika bersama dahulu

untuk lagu yang kedua pulak....

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan
Ingin ku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Pernah ada rasa cinta antara kita
Kini tinggal kenangan

ok korang kalau tau tajuk dua-dua lagu ni terus email aku erk.. cinderela0805@gmail.com

result counter

Salam semua...
aku nak tanya satu soklan jer... dah ada ker yang jadi pengunjung bertuah? kalau dah ada jangan lupa emailkan aku yer.. kalau takder email sampai jam 12 tengahari ni aku buka untuk yang lain plak, sebab ole-ole tetap aku bagi heheheheh cuma tak tau nak bagi kat siapa....

Counter lagi

Salam semua...
Pagi ni aku nengok blog aku dah nak cecah nombor yang cantik.. "6666" , kebetulan plak, cuti raya haji ni aku nak g langkawi... aritu g Guangzhou, China pun aku ada juga buat kes macam ni.. siapa yang kena hehehehehe... kali ni aku nak bawa ole-ole dari langkawi plak...
so macam biasa, siapa yang kena leh cepat-cepat copy n paste (print Scrn) blog aku ni sebagai bukti kemudian email.. dan tunggu jer ole-olenya.. tapi kali ni aku nak linkkan ngan blog satu lagi... ala saja nak besarkan sket ole-olenya so ada dua penajalah kononnya untuk ole-ole ni hehehehe....

Untuk blog Alizareesya anda perlulah jadi pengunjung yang ke 6666

untuk pengunjung Awrastore (sila klik gambar @ awrastore) anda perlulah menjadi pengunjung ke 2555
Ok selamat mencuba yer... nanti siapa yang bertuah tu leh ym @ email kat aku cinderella0805@yahoo.com


Ada apa dalam hati

Apa yang ada dalam hati sekiranya sesuatu yang diberi terlalu banyak dipertikaikan.. itulah inilah.. macam-macamlah...

Apa yang ada dalam hati bila sesuatu yang diberi tidak dijaga dengan baik seolah-olah tidak dihargai...

mungkin terlalu banyak yang dipertikai kerana pemberian tu kita tak suka... atau kita suka sangat.. atau tidak memenuhi citarasa atau tidak padan atau terlalu murah.. atau mungkin sebab mahal sebab tu dipertikai itu ini.. semua tu mungkin boleh diterima pakai sebab lain orang lain penerimaannya...

tapi macam mana pulak pemberian yang diberi dibiarkan rosak... seolah-olah tidak dihargai.. tidak dijaga dengan baik... alangkah kecilnya hati.... biarlah sesuatu pemberian itu buruk, tidak elok, tidak canggih... tapi bukankah itu sesuatu pemberian yang terlalu ikhlas dari hati... jagalah dengan elok.. rawatlah dengan rapi biar apa pun pemberian itu... kerana ia adalah hadiah dari hati......

anak-anakku, kotak-kotak suamiku

Hari jumaat lepas bergegas aku pulang ke rumah, sebab en. somi dah menyuarakan hasratnya untuk ke Showroom pada malamnya sebab ada barang sampai kat showroom. so aku pun malas masak nak tinggal sorang dengan anak-anak aku pun ikutlah... jadi sempatlah amik gambar aksi anak-anakku.

adik antara orang yang sibuk membantu papa, tak padan dengan sakit mata

ni kak long plak


bantuan apakah ini?


ini bukan bantuan, tapi gangguan

Merancang Jantina Anak

Mesti ada yang bertanya, apalah aku ni asik bercerita pasal palanning jer yer... bukan apa, tengah ingat so aku buatlah, nanti dah lupa payah plak.... kali ni aku cari info plak pasal nak dapat jantina anak yang kita nak.... lepas ni aku tingin nak dapat bb boy plak... dah ada 2 girl, so tingin plak ada boy, leh teman papa potong rumput hehehehehe...

Dalam semua hal yang berkaitan dengan ciptaan manusia segala-galanya dalam kudrat Allah s.w.t. Jika Allah berkehendak untuk menjadikan makhluk, Dia berfirman: Kunfayakun yang bererti adilah engkau,maka jadilah makhluk tersebut.

Oleh yang demikian, walaupun manusia berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat tetapi jika dengan tiada kudrat Tuhan maka tidak akan terjadi kehamilan yang melahirkan zuriat itu.

Salah satu daripada beberapa perkara yang sangat diutamakan oleh manusia ialah mengenai pilihan jantina anak. Kelahiran anak lelaki masih lagi menjadi pilihan utama di kalangan kebanyakan kaum dan masyarakat di dunia ini khususnya di kalangan masyarkat Timur.

Pilihan anak lelaki sangat kuat di kalangan kaum Cina dan Korea, tetapi di kalangan orang Melayu pilihan jantina anak itu tidak begitu dihiraukan berbanding dengan kaum yang saya nyatakan tadi.

Keinginan untuk mendapat anak dari jantina yang berbeza boleh terjadi apabila sepasang kelamin berturut-turut mendapat anak lelaki sahaja misalnya setelah lima atau enam kali melahirkan anak.

Keinginan membara untuk mendapatkan anak perempuan menyebabkan mereka terus-menerus mencuba sehinggalah jantina anak yang diidam-idamkan itu berjaya diperolehinya.

Dari perubatan, pilihan jantina menjadi penting jika berlaku sesuatu penyakit yang berkait dengan jantina anak. Misalnya penyakit hemophilia iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan darah. Penghidapnya iaitu anak lelaki mengalami kesulitan dalam pembekuan darah menyebabkan darah tidak berhenti mengalir dari luka. Dalam hal demikian doktor menasihatkan pasangan kelamin ini cuba mendapatkan anak perempuan.

Seperti yang kita ketahui, percantuman benih lelaki dengan telur perempuan akan menghasilkan janin, warisan kita. Penentuan jantina ini adalah terletak pada pihak suami kerana benih lelaki yang biasanya berjuta-juta banyaknya itu mengandungi faktor yang boleh menghasilkan anak lelaki atau kromosom Y dan anak perempuan kromosom X, manakala telur perempuan hanya mengandungi faktor yang membawa jantina perempuan iaitu kromosom X sahaja.

Tegasnya penentuan jantina anak adalah terletak pada benih suami. Pada kebiasaannya antara beratus-ratus juta benih lelaki yang dikeluarkan selepas persetubuhan, bilangan benih yang membawa faktor jantina lelaki (Y) dan perempuan (X) adalah lebih kurang sama.

Adalah dipercayai benih yang membawa kromosom lelaki (Y) adalah lebih aktif dalam pergerakan dan seringkali ia dapat menuju ke sasarannya iaitu telur perempuan dengan lebih cepat.

Adalah dipercayai juga benih yang membawa kromosom lelaki (Y) mempunyai jangka hidup yang lebih pendek berbanding dengan benih yang membawa kromosom perempuan (X).

Benih yang membawa kromosom lelaki juga dikatakan tahan hidup dalam cecair yang lebih alkaline manakala benih yang membawa kromosom perempuan boleh hidup dalam cecair yang berasid.

Disamping itu, dengan adanya peralatan teknologi moden, benih yang membawa kromosom lelaki dan perempuan boleh dipisahkan dengan cara terbaru. Dengan pengetahuan mengenai ciri benih lelaki, manusia telah mencapai kejayaan walaupun tidak seratus peratus untuk merancang jantina anak yang belum dihamilkan itu.

Sejak zaman-berzaman manusia telah menggunakan bermacam-macam cara dan teknik untuk merancang jantina anak sebelum dihamilkan.

Salah satu cara menentukan jantina ini ialah melalui kiraan bulan. Cara ini diamalkan oleh orang Cina. Mereka berpendapat, jika kehamilan dihasilkan pada bulan tertentu, maka anak lelaki akan dilahirkan, manakala persenyawaan benih yang berlaku pada bulan yang lain menghasilkan anak perempuan.

Asas bagi penggunaan kalendar untuk menentukan jantina anak tidak begitu difahami dan tidak boleh diterima oleh ahli-ahli sains perubatan.

Sesetengah orang percaya jenis makanan boleh mempengaruhi jantina anak yang dilahirkan. Ada yang percaya jika seseorang lelaki makan banyak makanan laut seperti udang, ikan atau sotong, besar kemungkinan anak lelaki akan dihasilkan. Tidak terdapat bukti jelas dari segi sains perubatan yang dapat menyokong pendapat tersebut.

Selain daripada cara yang disebutkan, cara perubatan moden juga boleh digunakan untuk menentukan jantina sebelum dilahirkan. Cara termoden ialah melalui pemisahan benih lelaki Y daripada X.

Seperti yang dinyatakan, benih lelaki akan menentukan jantina anak dan ini bergantung kepada benih mana yang bercantum dengan telur perempuan. Jika ia bercantum dengan benih Y hasilnya anak lelaki – hasil percantuman XY. Jika percantuman itu dengan benih X hasilnya ialah anak perempuan (XX).

Air mani lelaki akan dikeluarkan tanpa persetubuhan ataupun diperolehi menerusi sarung kondom selepas persetubuhan. Kemudian air mani itu menjalani satu proses yang boleh memisahkan benih Y dengan benih X. Setelah dipisahkan, benih yang dipilih kemudian disuntikkan ke dalam rahim isteri pada waktu yang tertentu iaitu pada ketika ia mengeluarkan telur. Teknik pemisahan benih Y dengan X masih dalam peringkat penyelidikan lagi dan ia memerlukan teknologi yang tinggi.

Laporan dari negara Jepun, Israel dan Amerika yang mempunyai kemampuan teknologi menunjukkan pakar sains perubatan telah berjaya memisahkan benih X dengan benih Y menerusi satu teknik yang digelar chromatography, tetapi malangnya teknologi terbaru ini belum dapat dipraktikkan di negara kita.

Saya percaya di suatu masa kelak teknik ini akan dapat kita amalkan untuk merawat pasangan kelamin yang betul-betul mengkehendakinya. Terdapat banyak cara digunakan oleh ahli sains perubatan untuk memisahkan benih Y dengan X. Antara cara yang sering dilaporkan dalam suratkhabar ialah cara yang dipopularkan oleh Ericson. Tidak lama dahulu perkara ini telah menjadi satu isu di akhbar Singapura dan tempatan. Ini berlaku kerana terdapat beberapa orang doktor yang cuba membuat franchise bagi teknik ini.

Dalam ilmu dan amalan perubatan, seseorang doktor tidak boleh membuat franchise terhadap apa jua teknik yang digunakan. Jika ia mengetahui sesuatu cara rawatan perlulah disebarkan kepada semua, tidak ada had bagi doktor lain untuk menggunakannya. Akhirnya, doktor yang berkenaan di Singapura digantung lesen praktiknya.

Dalam cara pemisahan benih Y dan X yang dilaporkan oleh Ericson, pada asasnya ia menggunakan albumin untuk memisahkan benih X dengan Y. Proses pemisahan ini dilakukan dengan mudah dan satu tabung uji berasaskan pada pergerakan benih Y dengan lebih cepat.

Benih ini akan berkumpul pada satu lapisan yang tertentu. Apabila benih Y ini telah terkumpul, bahagian tersebut diambil dan seterusnya disuntikkan ke dalam rahim isteri iaitu ketika waktu suburnya.

Cara ini tidak boleh menjamin kejayaan seratus peratus. Ada yang mengatakan kadar kejayaan bagi jantina yang dikehendaki ialah dalam lingkungan 70 peratus sahaja.

Satu perkara yang penting dalam rawatan ini ialah tatacara suntikan atau insemination. Ini dilakukan selepas benih lelaki berjaya melalui proses pemisahan. Insemination atau persemanian adalah satu tatacara yang dengan mudahnya boleh dilakukan di klinik.

Ia tidak memerlukan peralatan yang rumit dan tidak juga memerlukan ubat bius. Apa yang diperlukan ialah alat untuk memeriksa kemaluan wanita dan satu alat penyuntik benih yang khas untuk menyuntikkan benih ke dalam rahim. Selepas menjalani tatacara persemanian ini, wanita itu perlu berehat setengah jam untuk memberi peluang benih masuk ke dalam rahimnya.

Untuk menentukan kejayaan persemanian, perkara yang amat penting ialah penentuan waktu subur yang tepat. Seperti apa yang saya telah terangkan lebih awal, pada waktu subur ini, wanita akan mengeluarkan telurnya. Biasanya telur wanita ini tidak hidup lama, hanya sekadar 24 jam hingga ke-48 jam sahaja.

Oleh itu penting bagi wanita tersebut dan doktor yang merawatnya mengetahui waktu yang tepat bagi pengeluaran telur tersebut supaya persemanian boleh dilakukan pada ketika itu.

Dalam bab yang lalu, saya telah bincangkan dengan panjang lebar masalah ini. Saya ingin jelaskan sekali lagi kerana mengenal waktu subur ini sangat penting untuk menjayakan sesuatu kehamilan. Ada banyak cara yang boleh digunakan oleh wanita untuk menentukan waktu suburnya. Pertama dia boleh menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum dia mandi atau memberus gigi.

Suhu badan ini kemudian dicatatkan pada satu carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid hingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk sama ada wanita itu mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga akan memberi petunjuk bila wanita itu mengeluarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.

Cara kedua ialah dengan mengkaji lendir dari faraj. Untuk mendapatkan contoh lendir ini, seseorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan. Ini lebih baik dilakukan sejurus selepas berhadas kecil. Tentukan kuku tidak panjang dan masukkan jari ke dalam lubang faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung.

Dari situ dia akan mendapat sedikit lendir yang akan terlekat pada jarinya. Lendir pangkal rahim ini sering berubah bentuk dan rupanya mengikut pusingan haid. Sebelum waktu subur lendir ini adalah jernih tetapi tidak banyak dan tidak mudah dijalurkan (stretch). Pada waktu subur iaitu yang biasanya jatuh pada hari 13 atau 14 selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak, cair, jernih dan mudah dijalurkan.

Inilah waktunya seseorang wanita itu sangat subur. Setelah telur keluar satu atau dua hari kemudiannya lendir ini menjadi kesat dan tidak jernih lagi dan serba keputihan warnanya. Ini menunjukkan hari subur telah berlalu.

Untuk mengesan waktu subur dengan lebih tepat lagi beberapa ujian makmal boleh dilakukan. Ini berasaskan pada ujian lendir pangkal rahim ataupun dengan cara menyukat paras hormon tertentu yang perlu dilakukan berkali-kali apabila seseorang wanita mendekati waktu subur.

Cara lain ialah dengan membuat pemeriksaan ultrasound secara berulang kali. Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya ialah Klinik Kesuburan LPPKN sendiri.

Setakat ini teknik pemisahan benih Y dan X belum dapat dipraktikkan di Malaysia. Apa yang selalu dilakukan oleh doktor hanyalah memberi nasihat kepada pasangan kelamin tersebut mengenai waktu keluar telur ini atau waktu subur dan seterusnya menasihatkan mereka seperti berikut:

Jika pasangan ingin mendapatkan anak lelaki mereka dinasihatkan supaya mengadakan persetubuhan tepat pada waktu isterinya subur. Mereka tidak boleh melakukan persetubuhan beberapa hari sebelum waktu subur tetapi boleh meneruskannya selepas waktu subur itu.

Sesetengah pakar perubatan berpendapat jika pH dalam kemaluan boleh diubah kepada alkaline sedikit, ada kemungkinan anak lelaki dihasilkan. Bagaimana caranya untuk mengubah pH dalam kemaluan? Setengah jam sebelum persetubuhan, sebaiknya dilakukan satu prosedur yang digelar douching atau membasuh bahagian dalam kemaluan dengan cecair yang khas.

Dalam hal ini, cecair yang sesuai ialah sodium bicarbonate 8.4 peratus. Douching ini memerlukan satu alat seperti tiub dimasukkan ke dalam kemaluan dan pancutkan air yang dinyatakan di dalamnya. Cara melakukan prosedur ini boleh diajarkan oleh jururawat di klinik.

Jika anak perempuan pula yang dikehendaki, adalah dipercayai waktu persetubuhan seeloknya dilakukan 24 jam sebelum pengeluaran telur. Tegasnya pasangan tersebut bolehlah melakukan persetubuhan pada hari ke-11 atau 12 bagi mereka yang mengeluarkan telur pada hari ke-13, iaitu 24 jam sebelum telur perempuan keluar. Persetubuhan terpaksa dihentikan 4 atau 5 hari kemudiannya.

Adalah dipercayai juga jika pH di dalam faraj boleh ditukarkan kepada sH, ada kemungkinan anak perempuan dilahirkan. Bagaimana hendak menukarkan pH ini? Beberapa cecair yang asid sedikit seperti Lactacyd boleh dilakukan secara douching seperti yang dinyatakan. Douching ini juga perlu dilakukan setengah jam sebelum persetubuhan.

Dalam usaha memilih jantina yang dikehendaki perlu ditegaskan segala usaha dalam kudrat Allah s.w.t. Manusia merancang dan berusaha, Tuhanlah yang mengurniakan. Dalam rawatan perubatan seperti ini, seseorang doktor tidak boleh memberi jaminan kejayaannya. Mengikut kajian yang telah dilakukan, usaha pemilihan jantina ini hanya dalam lingkungan 70 peratus sahaja.

Seandainya pasangan itu tidak berjaya mendapat apa yang dikehendaki janganlah mereka mengeluh dan menyesal. Reaksi tersebut adalah satu tanda yang menunjukkan kita tidak bersyukur dengan rahmat yang diberikan oleh Tuhan.

Apa yang penting, kita bersyukur kerana bayi telah dilahirkan dengan selamat dan cukup sifatnya walaupun dia bukan jantina yang kita hajati. Setiap anak Islam sama ada lelaki atau perempuan perlu diingatkan tentang keislamannya ketika dilahirkan dengan menyeru azan atau kamat. Bagi mereka yang ingin mencuba saya ucapkan selamat berjaya.

Lepas ni kena ikut teknik yang betullah... cuma ada terpikir, berapa yer kos untuk buat semua ni kalau kita perlukan khidmat pakar?


petikan http://www.hamidarshat.com

Kaedah menjarakkan kehamilan

Adik baru setahun 3 bulan.. masih terlalu awal untuk mendapat adik lagi hehehehehe.. adik kepada adik, logik kah begitu? kikikikiki.... so aku pun dalam dua tiga menjak ni sibuklah mencari info tentang perancangan keluarga yang tak menjejaskan kualiti dan kuantiti susu ku. Bukan tak apa perancangan masa kak long dulu, perancangan tetap ada cuma masa kak long aku tak hirau malah tak kisah langsung pasal kualiti susu yang akan merundum.... so mari kita share bersama-sama info yang aku dapat.

MENJARAKKAN kehamilan bukan lagi satu perkara yang menjadi tabu kepada masyarakat di Malaysia kini. Kos sara hidup yang semakin meningkat ditambah dengan kesibukan kerja menyebabkan bilangan ahli keluarga kini semakin mengecil berbanding 20 tahun dahulu.

Lantaran itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan suami isteri terutama golongan muda memilih untuk merancang keluarga bagi menjarakkan kehamilan atau pun mengehadkan bilangan anak.

Dengan perkembangan dunia perubatan yang semakin maju, sebenarnya tiada lagi istilah ‘termengandung’ yang biasa digunakan oleh kaum wanita sebagai alasan setiap kali hamil lagi.

Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.

Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.

Jika masyarakat dahulu menggunakan kaedah tradisional seperti memakan air rebusan akar kayu atau jamu untuk mengelak hamil, kemunculan pil kontrasepsi dan kondom turut memberi ‘kelegaan’ bagi pasangan yang ingin merancang keluarga. Dan kini dengan hadirnya pelbagai lagi jenis kontrasepsi yang selamat, berkesan, mudah digunakan dan murah menjadikan perancangan keluarga bukan lagi perkara yang sukar.

Antara kaedah terkini yang semakin mendapat perhatian namun belum digunakan secara menyeluruh adalah implanon.

“Implanon adalah alat kontrasepsi berbentuk rod kecil yang dipasang hanya di bawah lapisan kulit (subdermal) di bahagian tengah lengan atas.

Ia boleh menghalang kehamilan sehingga tiga tahun dan tidak memerlukan sebarang tindakan harian,” kata Dr. Hamizah Mohd. Hassan dari Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Menurutnya lagi, implanon adalah kaedah halangan yang sangat berkesan dengan kurang daripada satu peratus kegagalan dilaporkan. Kebanyakan kegagalan yang berlaku adalah disebabkan kedudukan implanon yang tidak tepat. Wanita yang memakai implanon akan subur semula selepas tiga minggu alat tersebut dibuka malah implanon juga tidak mengganggu hubungan seks seperti sesetengah kontrasepsi.

Setiap rod implanon mengandungi etonogestrel. Ia bertindak melepaskan hormon progestin pada paras yang tetap sepanjang hayatnya.

“Implanon sesuai untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi mereka,” jelasnya.

Kata Dr. Hamizah, implanon juga bertindak dengan cara memekatkan mukus serviks yang mana dengan sendirinya menghalang kemasukan sperma ke dalam tiub fallopian.

Dengan ini, gangguan berlaku di bahagian endometrium sekretori yang mana ia menjadi nipis dan tidak membenarkan ovulasi berlaku.

Mungkin kedengaran agak menakutkan apabila rod implanon perlu dimasukkan di bawah lapisan kulit menggunakan trokar, namun menurut Dr. Hamizah, kaedah ini paling sesuai memandangkan ia kekal sepanjang pemakaian dan tidak memerlukan penjagaan yang melecehkan.

“Kalau dengan cara pil misalnya wanita tersebut mungkin akan terlupa,” katanya.

Namun begitu pemakaian implanon juga mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kesan pendarahan atau haid yang tidak dijangka.

Menjawab pertanyaan, Dr. Hamizah berkata, ada ketikanya berlaku kesan pendarahan tidak dijangka ketika penggunaan atau selepas tiga hingga empat bulan penggunaan.

Katanya, 50 peratus pemakai mungkin tidak mengalami haid atau mengalami sedikit sekali-sekala, 40 peratus mendapat pusingan haid yang normal manakala 10 peratus mengalami pendarahan banyak dan membebankan. Jika perkara ini berlaku, doktor akan menasihatkan supaya implanon ditanggalkan.

Implanon juga boleh menyebabkan komplikasi jangkitan setempat sebanyak satu peratus. Kesan-kesan yang biasa adalah berlaku lebam di sekitar kawasan kemasukan. Ada juga komplikasi berlaku ketika implanon ingin ditanggalkan terutama jika rod melebihi sebatang.

Masalah-masalah yang biasa dialami ketika menggunakan kontrasepsi lain seperti pening kepala, jerawat dan pertambahan mungkin juga boleh berlaku kepada pemakai implanon.

Namun sehingga kini belum ada pengesahan sama ada implanon boleh mengubah risiko seseorang wanita terhadap kanser payu dara.

Siapa yang boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.

Siapa yang tidak boleh menggunakan implanon?

Wanita yang mempunyai tumor thromboembolic disorder progestogen dependent (sama ada sudah mengetahuinya atau disyaki), mempunyai sejarah lalu atau semasa penyakit hepatik yang teruk seperti fungsi hati tidak kembali kepada normal, tumor hati benign atau malignant, carcinoma di dada, sedang hamil atau mengalami pendarahan vagina.

Fakta mengenai implanon:

l berbentuk rod sepanjang 4 sm x 2 mm, mengandungi 68 miligram gonane progestin etonogestrel.

l implanon boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun penggunaannya perlu dihadkan sehingga tiga tahun sahaja.

l mula sekali diperkenalkan di Indonesia pada 1998, kemudian diluluskan penggunaannya di 30 negara lain dan kini telah dipakai oleh lebih 2.5 juta wanita seluruh dunia.

Cara pemakaian:

Anestetik disuntik pada bahagian lengan atas dan kemudian alat trokar seperti jarum digunakan untuk memasukkan rod implanon di bawah lapisan kulit. Prosedur ini hanya mengambil masa beberapa minit. Hanya doktor berpengalaman dibenarkan melakukan prosedur ini bagi mengurangkan risiko kerosakan saraf atau diletakkan di tempat yang tidak betul yang akhirnya menyebabkan kehamilan yang tidak diingini. Hanya 3.6 peratus pemakai implanon pernah mengalami komplikasi setempat termasuk bengkak, kemerahan, hematoma dan kesakitan.

Mengapa perlu perancang keluarga?

Kata Dr. Hamizah, kaedah perancangan keluarga adalah untuk menjarakkan kehamilan atau mengehadkan bilangan anak sama ada secara sementara atau kekal.

“Perlu diingat bahawa kaedah perancangan keluarga bukan bererti tidak mahu anak,” katanya.

Menurut Dr. Hamizah, seseorang yang mengamalkan perancangan keluarga adalah bersebab seperti menghidap kanser yang memerlukan rawatan, hamil berisiko, kahwin ketika usia terlalu muda atau usia lewat atau memiliki anak terlalu ramai dengan jarak yang rapat.

Jelasnya lagi, fatwa daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau tidak memandulkan.

“Keadaan yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.

“Merancang keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus,” katanya menjelaskan mengenai fatwa tersebut.

Jenis-jenis kaedah perancang keluarga:

1. Tradisional

Penggunaan jamu, herba dan ubatan tradisional masyarakat lama.

2. Semulajadi

Mengunakan kaedah masa selamat, suhu badan (masa subur/ tidak subur), mukus serviks (perubahan kepekatan dan warna) dan azal (mencabut zakar sebelum ejakulasi). Peratus kegagalan tinggi kerana sukar menentukan waktu kesuburan yang tepat.

3. Halangan

Penggunaan kondom (lelaki/ wanita), diafram, kap serviks dan spermisid (bunuh sperma). Kegagalan masih boleh berlaku.

4. Hormonal

Pil, suntikan, implanon, tampalan (belum ada di Malaysia) dan gegelang vagina (belum ada di Malaysia). Kesuburan baik pulih selepas kontrasepsi dihenti atau ditanggalkan.

5. Kontrasepsi darurat

Pil mencegah kehamilan selepas satu persetubuhan yang tidak dilindungi. Perlindungan berkesan 72 jam selepas persetubuhan, kurang berkesan selepas itu dan boleh diambil untuk tempoh 120 jam (lima hari).

6. Alat dalam rahim (ADR)

Alat yang dimasukkan dalam rahim dan dibiarkan untuk tempoh tertentu. Diperbuat daripada polietelin dan kuprum. Berkesan antara tiga hingga lima tahun bergantung kepada luas permukaan kuprum. Peratus kegagalan 0.16 kehamilan dalam 100 wanita setahun.

7. Pemandulan

Lelaki (vasektomi- mengikat saluran vas deferens) dan wanita (pembedahan untuk mengikat kedua-dua saluran tiub fallopian).

Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Nasihat doktor kepada mereka yang ingin merancang keluarga?

Dapatkan rundingan daripada pakar mengenai kaedah yang bersesuaian. Jangan dengar cadangan orang lain selain doktor kerana tidak semua kaedah sesuai dengan semua orang.


so kesimpulan yang aku dapat... biarlah dulu, sebab abang cakap... "original lagi bagus" hehehehehehe

fikir-fikirkanlah.....

Perasaan wanita sensitif. Dia juga sedar bahawa dia kaum yang lemah, menyebabkan dia lebih mudah tersinggung bila lelaki yang dia kasihi tidak berada disebelahnya menyokong dan memberi semangat untuk meninggikan martabat dirinya. Dia akan marah bila lelaki yang diharapkan akan menyokongnya menyalahkan dirinya pula. Itulah bentuk jiwa wanita, yang mendambakan kebijaksanaan lelaki untuk memahami dirinya. Apa Yang Wanita Harapkan

1.Mahu diiktiraf dan dihormati tapi lelaki selalu buat dirinya terasa tidak diadili dan dibiarkan.

2.Mahu dihormati dan diingati tapi lelaki selalu buat dia rasa dilalaikan dan tidak dipentingkan.

3.Mahu lelaki faham mengapa dia marah dan yakinkan dirinya bahawa dia masih dicintai walaupun dia tidak sempurna tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat.

4.Mahu difahami dan dihormati tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak didengari dan ditekan.

5.Mahu lelaki ambil berat terhadap perasaannya dan hargai keperluannya untuk dapatkan maklumat tapi lelaki buat dia rasa tidak dihormati dan dihargai.

6.Mahu rasa yakin bahawa lelaki mendengar dan ambil berat tapi lelaki buat dia rasa tidak dipedulikan dan diadili pula.

7.Mahu dianggap betul dan difahami tapi lelaki selalu buat dia merasa tidak disokong, tidak dicintai dan kecewa.

8.Mahu dihormati dan dinilaikan terutama semasa berkongsi perasaannya. Tapi lelaki selalu buat dia rasa tidak selamat dan dikawal.


Hadiah yang anda beri kepada isteri/ suami anda mempunyai maksud yang tersirat……

JAM TANGAN... ... ... Tanda mengingati setiap masa dan waktu
CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi
GELANG... ... ... ... .Tanda mesra
RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian
SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan
KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat / prihatin
PAKAIAN/KAIN. .. ... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu
PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi
MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan
BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur
BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ... ... .. semanis cintamu
LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN AL-QURAN... ... ... tandanya kita menyayanginya dunia dan akhirat

Satu lagi... . zaman mellinieum nih
HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!.. . ... . kan kucari walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup..

Anti Smoking

video

Adik sakit mata

Hari rabu malam aku nampak mata adik merah, aku ingatkan sebab adik baru bangun tido. pagi semalam nampak mata adik merah n bengkak sket, pastu berair jer.. aduhh adik dah berjangkit kena sakit mata. memula kak long kena berjangkit dari budak kat nurseri yang parentnya ^%%&^^& tak pikir orang lain, ikut senang diri sendiri jer. tak pasal-pasal pengasuhpun berjangkit, dan kak long plak kena, tu yang buat aku hangin satu badan. ni bila kak long dah sihat adik plak kena.. aku marah sangat rasa..... tapi semalam lepas aku bagi adik makan ubat homopati, alhamdulillah adik semakin ok, aku balik keje semalam nengok adik matanya dah tak bengkak cuma agak sembap sket, merah dah tak ada, cuma matanya asik berair jer....
pagi tadi alhamdulillah mata adik dah nampak semakin pulih dan papa harini terpaksa tutup kedai sebab nak jaga adik.. "tengs abang".
untuk adik semoga cepat sembuh dan minta-minta lepasni tak ada dah yang berjangkit hehehehehe.....
untuk parents yang tak paham bahasa... pikirlah orang lain sama. jangan main pikir senang sendiri jer, nak jimat cuti antar anak bagi orang jaga walaupun anak tu sakit.... bebal apa....



Wuddah Ada CD baru

Aku baru perasan bila nengok www.awrastore.com, rupa-rupanya dah keluarkan produk baru, microfiber velcro plak.

jahitan nampak kemas


insertnya pun lebih tebal dan lebar
so kalau berminat bolehla ding dong yer.. masuk jer sini www.awrastore.com

Di mana Wuddah Showroom

Sejak kebelakangan ni ramai orang yang aku kenal dan yang tak kenal pun bertanya
"di mana shoroom wuddah?",
"di mana shoroom wuddah?",
"di mana shoroom wuddah?"

aku pun dah jadik malas nak menjawab .. jadi sekang aku jawab untuk semua orang yer... showroom wuddah kat Jalan Jujur, Bandar tun razak Cheras, nak lagi jelas korang nengok sendiri gambar bawah nih.

ni kalau korang dari jalan besar, memang akan nampak terus

ni pemandangan dari dekat
o.58, 1st Floor,
Jalan Jujur,
Bandar Tun Razak,
56000, Cheras,
Kuala Lumpur

Hadiah Dari Hati

Dari minggu lepas aku berangan nak beli jam yang agak berjenama n mahal sket RM50 pun mahal untuk aku macam-macam jenis yang aku pilih dan macam-macam yang direkomen . akhirnya aku tertarik dengan jam macam ni. tak guna bateri katanya.

nak amik kaler coklat, sebab nampak menarik, tapi aku tak suka plak kalernya

akhirnya aku amik kaler nih...

dua hari lepas aku berjaya membelinya dan secara rasminya akaun dalam bank ku pun dah berkurang. untuk abang, pakai jam ni tau lepas ni kalau orang tanya, cakaplah jam yang isteri abang beli paling mahal yang pernah abang terima kikikiki.

Ubat tambah susu ibu

sejak produk susu ku berkurangan agak-agak masa bulan posa tempohari, aku mengambil keputusan untuk amik ubat dari doktor, doktor bagi aku makan pil Moxolon untuk tambah susu. cuma bila makan ubat ni aku dah mula rasa tak selesa pada badanku, aku rasa mengantuk, malas, cepat moody.. macam-macamlah....

ni lah moxolon

Dari hari kehari aku makin rasa tak selesa untuk makan pil ni, so alu cuma makan masa malam jer, tapi produk susu ku memang ok bila makan ubat nih... jadi hari ni aku kebetulan pergi klinik homopati kat seksyen 9 bandar baru bangi. so aku amik terus ubat tambah susu. harap-harap kesannya menyenangkan hati aku.

ini ubat tambah susu homopati yang aku amik. baru makan 2 kali

Mengawal Emosi

Emosi adalah istilah yang digunakan untuk keadaan mental dan fisiologis yang berhubungan dengan beragam perasaan, pikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu. Emosi berhubungan dengan konsep psikologi lain seperti suasana hati, temperamen, kepribadian, dan disposisi.

Kata "emosi" diturunkan dari kata bahasa Perancis, émotion, dari émouvoir, 'kegembiraan' dari bahasa Latin emovere, dari e- (varian eks-) 'luar' dan movere 'bergerak'. "Motivasi" juga diturunkan dari movere.

Emosi... berkait rapat dgn perasaan. Suka, duka, marah, kecewa dan lain2 lagi. Emosi mungkin terjadi bergantung pada suasana persekitaran, diri sendiri terutama hati.

Memang betul, semua emosi ini kita yang menciptanya. Kita yang pilih untuk menjadi gembira atau sebaliknya.

Kegagalan mengawal emosi juga sebenarnya dipengaruhi oleh komunikasi kita pada diri kita dan respon minda kita terhadap semua apa yang berlaku di sekeliling kita.

Kena ada kekuatan untuk memberitahu minda bahawa kita seorang yang pandai mengawal emosi dan memberi arahan pada neuron di dalam otak untuk mencipta sistem kepercayaan yang kita mampu mengawal emosi diri sendiri.

Jangan biarkan diri dikawal emosi, sepatutnya kita yang mengawal emosi.


Mutiara Kata Ibnu Qayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t.

Di dalam hati manusia juga ada kesedihan, kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan-Nya.

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qada dan qadar-Nya serta sentiasa sabar menemui-Nya.

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya.

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat si hamba itu

Ayam best....

Hari ahad lepas kami makan ayam lagi. selepas kali pertama makan, aku rasa nak makan lagi. kali ni aku beli 2 ekor ayam sekali... wah..wah..wah.. ayamnya sedap wooo... kalau nak try masuk sini

Ini bake potato, aku amik 5 dapat 1 free


ini ayamnya.. sedap woooo


Kak long 1st time nengok wayang

Hari rabu minggu lepas aku cuti, cuti ada appoiment ngan doc. gigi. sementara tunggu nak tampal atau apa-apa pun yang doc nak buat kat gigi ku, aku ajaklah kak long g nengok cerita papadom ramai kata ceritanya best tu yang ajak kak long sekali... alhamdulillah, ada jugalah memberi sedikit kesan kepada kak long. dia cuba menjadi anak yang baik tanak jadi macam miasara.
kak long gaya yang sempoi yang baru diamik dari taska




nilah cerita yang nak nengok kejap g

kak long pesan lepas ni nak nengok cerita hantu plak ~wink~

Aku , Aku dan Aku

Aku suka hidup yang tiada gangguan
Aku suka Hidup yang tiada gangguan

Aku suka hidup orang lain tak susahkan hidup aku dan keluarga
Aku suka hidup orang lain tak susahkan hidup aku dan keluarga

jangan banyak menyusahkan orang lain
jangan banyak membebankan orang lain
kalau aku boleh tempuh cara hidup yang susah satu ketika dulu kenapa orang lain tak boleh.... jangan jadikan terlalu banyak alasan......

aku benci... jangan ganggu hidup aku!!!

Hendak Ke Mana Anda? Part 8

sendiri yang menyemakkannya dengan pelbagai hal dan benda.

Banyak masa luang tetapi kita habiskan dengan perkara yang tidak bermanfaat bagi kita. Kalaulah boleh kita kurangkan semak dalam kehidupan kita, .. kalaulah boleh kita kurangkan kesibukan diri kita, ..kalaulah kita kurangkan frequency menekan punat remote-control TV atau VCD player atau stereo kereta, ..kalaulah kita boleh kurangkan kehadiran kita di pelbagai pesta dan karnival... ..kalaulah kita boleh kurangkan berbual kosong di Facebook atau YM, Skype dan seumpamanya.
...pasti kita ada masa memikirkan masa depan dan hala tuju hidup kita. ...pasti kita boleh membezakan cara hidup kita dengan orang kafir. ...pasti kita boleh mengenalpasti beza hidup manusia dengan haiwan ...pasti kita boleh keluar dari rutin atau kitaran "makan ..cari makan.. BERHIBUR.. tidur.." Mari kita renungkan tentang perbezaan cara haiwan dan cara manusia:
Jika difikirkan betul-betul perbezaan utama di antara manusia dengan haiwan ialah: .. mereka ada otak tapi tiada akal…mereka hidup hanya mengikut nafsu dan naluri (instinct) mereka sahaja. Naluri haiwan dan unggas telah diprogramkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.Naluri inilah yang membolehkan haiwan misalnya:
menyayangi,melindungi dan mempertahankan anak mereka, bertindak secara berkumpulan tanpa memerlukan arahan dari ketua, tahu menjejaki langkah mereka sendiri, mempunyai sistem kommunikasi dan deria yang termaju. Mereka makan apabila lapar, membunuh jika perlu dan mengawan untuk survival mereka. Naluri inilah yang membolehkan burung-burung tahu menganyam sarang mereka yang kompleks, boleh mengembara beribu batu tanpa sesat . Semua keupayaan yang menakjubkan ini adalah naluri,instinct yang diwahyukan Allah. Jika diteliti, kita akan mendapati tidak ada cara bagi haiwan memperoleh keupayaan hebat ini selain daripada diwahyukan atau diajarkan oleh Allah. Oleh itu, kehebatan binatang membayangkan kehebatan dan keagungan Allah. Kalau kita boleh luangkan masa dari bergosip, kalau kita boleh kurangkan chatting dan YM, kita mungkin ada lebih masa depan komputer. Dengan masa luang itu, cuba layari laman web Harun Yahya yang mengajak kita berfikir, antaranya mengenai keajaiban penciptaan haiwan sebagai bukti keagungan Allah Yang Maha Pencipta. Semoga Allah memberi kita masa untuk memikirkan kehebatan dan keagungan-Nya.

Aku Cinta Kamu


 

 




 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENAFIAN: Pembacaan dan penerimaan pembaca tentang isi kandungan blog ini adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri. Blogger tidak bertanggungjawab untuk apa jua masalah yang timbul. Alizareesya Punya Cerita
.